Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Bukan Colic, Tapi Hernia

Salam. Berita terbaru tentang Ziyyad An Nafis, baby tu rupa-rupanya bukan kena colic. Seperti yang saya ceritakan di entri ini. Tapi hernia. Apa itu hernia? Bahasa biasa yang kita dengar adalah angin pasang. Secara ringkasnya penyakit ini adalah penyakit orang lelaki. Kawan saya, Lya, tengah berusaha bawa baby dia pergi berurut dulu. Doktor cadangkan operate. Ibu mana yang sanggup tengok baby yang belum sampai umur 2 bulan di operate. Alternatif lain,sekarang ni dalam proses berurut. Alhamdulillah, dah nampak penyakit tu beransur baik. Ada beberapa kali sesi urutan. Saya doakan baby sahabat saya tu sembuh.Antara petua untuk mengelakkan hernia :
  • Lepas mandi tuam perut baby & bird dia dengan daun mengkudu atau towel suam
  • Letak minyak telon atau minyak yuyee pada telapak perut n telapak kaki baby..
  • Bacalah dengan selawat...
  • Guna barut yg menutupi perut baby..
Antara info yang berkaitan tentang "Hernia" atau "Angin Pasang" :

  •  Hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar. Umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak. Hernia bukanlah penyakit keturunan. Proses terjadinya Hernia pada bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut.

  • Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat. Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan. Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.

  •  Bayi umumnya mengalami External Hernia (jenis Umbilical) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Kadar Hernia Umbilical pada bayi baru lahir adalah setinggi 20 peratus dan melonjak 70 peratus pada bayi yang lahir tidak cukup bulan dan pada kebiasaannya tidak terbabit dengan penyakit lain. Hernia jenis ini biasanya kelihatan seperti bonjolan kecil pada bawah kulit pusat yang akan tertonjol keluar apabila perut bayi ditekan atau ketika bayi menangis. Hernia Umbilical berlaku apabila kandungan isi perut, iaitu usus dan Omentum, membentuk satu bonjolan atau dikenali Hernia Sac (Sarang Hernia) di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan dinding Fasia Rektus perut. Biasanya penyakit ini menyerang bayi baru dilahirkan disebabkan oleh Cincin Umbilical, iaitu tempat salur darah Umbilical membekal makanan untuk fetus yang membesar di dalam rahim, tertutup dan tidak sempurna.

  •  Bergantung pada saiz, Hernia ini biasa sekecil satu sentimeter (cm) dan ada yang melebihi lima cm. Hernia sekecil satu sm biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan pada usia tidak lebih empat tahun. Hernia Umbilical kebiasaannya tidak mendatangkan masalah atau kesakitan tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan kesakitan, terutama pada Hernia bersaiz besar menyebabkan kandungan perut, iaitu usus berbelit atau tercekik pada Cincin Sarang Hernia. Jika itu berlaku, pembedahan segera diperlukan.

  •  Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya. Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ini kerana, ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus. dan boleh mengakibatkan, tidak hanya cairan yang keluar, lebih teruk lagi, usus juga boleh terkeluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia.

  • Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus. Hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan(merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan). Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan. Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia

Info lain berkenaan dengan hernia boleh klik di sini.

Insyallah baby dalam perut ni boboy, saya berdoa setiap kali solat supaya baby saya dijauhkan segala penyakit. Tips kat atas untuk peringatan saya juga.

Mummy Perut Baby Sakit. Baby Kena Colic Ni

Malam tadi sahabat saya, Lya, yang yang baru habis berpantang call. Dia tanya macam mana nak handle baby kena colic. Kesian Nafis,asik menangis je. Member saya tu macam stress je. Sebab Nafis tak berenti menangis.Dia pun dah balik rumah sendiri lepas pantang, mak ayah jauh kat Melaka. Tak tau nak handle macam mana. Nak harap kat hasben pun, diorang sama-sama 1st time ada anak. Takde pengalaman.

Terus saya teringatkan Khayra masa kecik-kecik dulu (macamlah kawan tu dah besar sangat skang ni). Memang selalu kena colic. Masa tu saya dok Gombak. Jauh dengan mak ayah. Malam-malam berjaga sebab Khayra asik menangis. Pastu tanya orang-orang tua.Petua yang selalu kitorang buat kalau Khayra kena colic :
  • Junjung perut baby kat umbun-umbun kepala kita. Selalunya hasben saya yang buat. Itu untuk melegakan perut yang berangin tu.Boleh jugak gosok-gosok perut baby kat lutut atau hujung bahu kita. Selalunya kalau buat macam tu, Khayra lega sikit.
  • Sapu minyak telon atau yu yi kat betis baby. Urut perlahan-lahan sampai baby lega.Kalau nak tau Khayra colic ke tak, kitorang mesti cek kat betis dia. Kalau betis tu keras,bermakna perut berangin la tu.
  • Ada juga saya dan hasben mintak air kat ustaz.Kita tawakal je masa tu.
Alhamdulillah,seiring dengan pembesaran Khayra lama-lama colic tu hilang. Kat sini ada sedikit info yang boleh kita share pasal colic.

Kembung Perut (COLIC)

Apa itu kembung perut (Colic)?
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut.Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3-4 bulan.
Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?
Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :

1. Usus :

  • Alah kepada protein susu lembu.
  • Alah kepada laktosa.
  • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan "angin" yang berlebihan.
  • Ketidakselesaan disebabkan "angin".
2. Biologi :
  • Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
  • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut
3. Psikososial
  • Ibu bapa yang tertekan.
4. Lain-lain
  • Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut?
Bayi akan selalunya :
  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
  • Di ikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
  • Tidak selalunya berkait dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain
Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?
  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3-4 bulan.

Jika anak anda kembung perut :
  • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
  • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
  • Kurangkan bunyi bising
  • Bawa bayi anda bersiar-siar
  • JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
  • Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.
Dapatkan nasihat doktor jika :
  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.
Apakah ubat yang boleh membantu?
  • Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
  • Anda boleh mencuba ubat untuk "angin" atau "colic" dan sejenis ubat bernama "dimethicone" untuk mengurangkan rasa kembung.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?

Jika bayi anda menghisap susu botol:
  • Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
  • Cuba tukar susu contohnya susu soya selepas merujuk kepada doktor anda.
Jika bayi menyusu badan :
  • Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, broccoli, bunga kobis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu.
Peringatan:
  • Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosa yang tepat adalah penting.
Dapatkan nasihat doktor jika: 
  • Diagnosa tidak dapat dipastikan
  • Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.

Gambar bersama baby Ziyyad An Nafis yang baru berusia 2 minggu.Khayra dah feeling kakak masa tu.

Sumber di ambil di sini.

Mari Membebel Bersama Mak Buyong

Semalam mood mak buyong ada sikit jiwa kacau. Mungkin disebabkan hormon menjadi semakin sensitip. Atau disebabkan bulan puasa yang menjadi alasan untuk bersikap sabar dan pemaaf tapi kerana melayan sifat degil suruh sabar taknak dibuat, tapi buat jugak. So jadilah mak buyong yang petang-petang semalam jadi mak nenek yang bukan sikit membebel, tapi berbakul-bakul.

Pagi Isnin - o.k. Petang Isnin - k.o.Sepatutnya 16 Ogos, pukul 2.30 petang ada meeting antara pihak Jabatan dan pihak Taska. Ini first time saya nak menghadirkan diri dalam program keibubapaan. Dolu-dolu time kat KL, hasben yang mengwakilkan diri antara kami berdua disebabkan dulu Khayra dibawah taska kelolaan department hasben. Siap jadi AJK Taska lagi encik itu. Sekarang bila pindah Melaka, Khayra masuk taska dibawah jabatan saya pulak. So, otomatik saya yang menjadi wakil untuk segala meeting.

Disebabkan Unit saya ni terletak jauh dengan main department, saya kena tempuh traffic light MITC baru sampai kat tempat meeting tu. Kesimpulannya saya kena drive tengah-tengah hari buta meredah traffic light untuk menghadirkan diri. Bila sampai, parking dah lah penuh. Kena side parking celah-celah keta. Ok fine. Saya sampai pukul dewan mesyuarat pukul 2.25. Aik, apesal gelap je. Bukan ke Timbalan SUK yang chair. Kenapa diorang tak siapkan bilik meeting lagi. Tanya kat budak receptionist tu. Dia pun tak tau. Dia siap cakap mungkin orang-orang PSM tak sampai lagi kot.

Saya duduk kejap. Tunggu dalam beberapa minit. Ada sorang cik puan tu pun bertanyakan pasal meeting yang sama. Tapi pastu dia keluar kejap. Tak puas hati, saya terus call pegawai yang incharge. Dia cakap macam ni "Mintak maaf puan, hari ni meeting batal. Timbalan SUK ada meeting tergempar. Tak dapat chairkan meeting ni. Tadi area pukul 11 lebih saya dah suruh staff saya inform by phone setiap orang yang meeting batal". Pergh! Menyirap saya dengar. Buat pengetahuan,semalam HP saya langsung takde incoming call mana-mana. Saya dah tengok kat log pun memang takde sape-sape call.Saya sound dia balik "Lain kali tolong cek balik kalau dah inform. Saya tak dapat mana-mana call pun.Penat-penat saya datang sini." Berapa kali dia mintak maaf kat saya. Saya terus letak call. Geram la wei. Sepatutnya dia kena monitor staff dia ataupun makesure semua jemputan meeting dah diberitahu pasal pembatalan.

Agaknya kalau dia tengok keadaan saya yang membuyong ni, mesti lagi berjuta kali mintak maaf. Takpelah. Redha. Dengan perut buncit ni, saya balik ofis balik. Tapi geram punya pasal, saya melencong kt Mydin dulu. Heeee.Ala, kalau sesape dalam keadaan geram, mestilah nak buat sesuatu untuk melepaskan apa yang terbuku di dada.Saya pegi sana dengan harapan dapat sejukkan hati sikit dalam panas tengah-tengah hari buta tu.Alasan kukuh. Noktah.

Sampai kat parking Mydin, ada lagi yang membuat saya menyirap. Mentaliti orang kita kalau nak parking main suka-suka hati je parking. Tak peduli pasal orang lain. Kalau korang tak suka,boleh amik parking lain. Ceh, kalau semua buat camtu, satu keta amiklah tiga petak terus. Parking melintang, lagi bagus.Memanglah banyak lagi parking kat situ, saya pun takyah nak membebel pasal keta ntahapahapa parking tu.Tapi sisa-sisa geram tu ader lagi, membuatkan saya nak membebel. Tolonglah wahai saudara-saudari sekelian. Jangan susahkan orang lain kalau nak parking suka-suka mak bapak kita.
Dengan hati macam reporter, terus saya snap gambar keta depan ni. Saya parking keta betul-betul depan keta yang cantik tersebut. At least pun ko tegakkanlah tayar keta tu. Dah macam sakit pinggang plak tengok keta dok parking berkeadaan bengkok macam tu.Pastu amik side orang lain. Oklah,positive thinking, agaknya driver tu tak tahan nak pegi "membuang" kot. Tak menyempat nak parking elok-elok. Pastu berlari sekuat hati cari toilet. Entah-entah dah terkucil.Hahahaha. Biarlah. Suka hati saya nak imagine macam mana pun.

Niat lain untuk pegi Mydin nak beli pencuci muka. Sekali lagi....geramnya! Bayang pencuci muka tu langsung takde. Dua tingkat bangunan tu saya jelajah. Kat both, kat outle, kat dalam, semuanya tak jual pencuci muka saya tu. Geramnya! Ok,saya tau salah saya keluar waktu kerja, saya balik ofis yang sebenarnya sebelah Mydin tu. Sasaran bebelan yang pertama mestilah member-member ofis. Dengarlah citer saya yang tengah geram tu. Sebenarnya dah ok dah, tapi agaknya petang-petang dah takde modal nak bercerita, berbakul-bakul lah saya membebel.

Petang tu, hujan lagi. Hasben call bagitau dapat tiket pukul 6 petang. Huhuhu. Sedihnya saya. First, sebab hasben balik lambat. 2nd, kesian kat hasben tak sempat balik berbuka ontime. 3rd, saya berbuka sorang-sorang. Huwaaaa! Hasben dah pesan suruh makan dulu. Jangan tunggu dia balik. Kesian kat baby dalam perut lapar.Makan dengan Khayra, sambil suap nasi ke mulut, teringatkan hasben yang struggle balik rumah naik motor membelah hujan lepas turun bas.Alhamdulillah hasben selamat sampai kat rumah pukul 7.45 malam.Alahai nasib kami.

Itulah serba-sedikit graf hormon mak buyong yang turun naik semalam. Cuba kira perkataan bebel untuk entri kali ni.

Sebelum Ramadhan Menjelma Telah Adakan Acara Makan-makan Dengan Kawan Gedik-gedik

Salam Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah setakat ni saya boleh lagi berpuasa. Saya berdoa semoga dapat berpuasa penuh lagi macam time saya pregnantkan Khayra dulu. Takdelah terhegeh-hegeh nak ganti puasa macam ari tu. Huhuhu.

Sebelum menjelang Ramadhan, saya ada buat mini gathering dengan the bestiest time diploma kt UiTM. Mereka-mereka adalah Puan Atik, Puan Raha dan Cik Yam. Last saya jumpa diorang time saya kahwin 2 tahun lepas. Pastu masing-masing dah beranak satu, barulah nak jumpa balik. Diorang lah tempat saya bermanja masa mula-mula datang Shah Alam 9 tahun lepas.Rindu lah time tuh. Huhuhu. Malas cakap banyak, meh layan gambar je.

So, semua dah ada.

Kenapalah saya ketawa macam tuh. Tak jelita sungguh T_T

Cik Yam yang masih single (tapi ader bawak BF untuk dikenalkan kepada kami-kami.Macam mintak restu pulak.Haha), Puan Atik yang comel, Mama Khayra yang kontrol dan Puan Raha yang maintain

Aksi

Tik, napelah mulut ko camtu. Padahal makanan yang licin kt sebelah tu angkara si tudung coklat dan si tudung hitam.

Sedap. Jangan telan air liur. Sekarang bulan puasa.

Kesian baby Shireeen. Ibu dia pegang jauh-jauh sebab nak masuk gambar empat orang je dalam satu snap.Tak dapaat.

Apesal ada plastik berlambak nih. Mesti ada orang menapau. (Malu nak ngaku pulak)


Memori album gambar. Usia album tu dah 9 tahun. Tu gambar kitorang time muda belia.

"Masa ni nape badan aku kecik sikit?"sambil tunjuk gambar dalam album 

Puan Raha nak jugak menyelit. Bukan ke ko tengah bagi susu kat baby tadi?

Bayar time! Posing dulu

Baby Ashir,Baby Khayra dan Baby Shireen

Haip! Tangan Khayra tu merayap je kejanya.

"Yam,cuba ko tengok betul-betul rega dia. Bagi 4 dapat berapa sorang?" (kantoi sebab tong-tong bayar.Haha)

Tak berhati perut betul tinggalkan Yam setel sorang-sorang. Tengok tu,mentang-mentang masing-masing dh ada anak.Pandai taktik memasing nih.Muahahaha

Yam, bila turn ko nih. Cepatlah sikit.

Empat sahabat. Kolej Anggerik. UiTM Shah Alam

Gedik memang haruus.

Perut membuyong.

Eksited.

Encik-encik inilah yang bawak makcik-makcik tadi berjumpa sampai bergegar restoran dan buat macam rumah sendiri tu.Situasi - macam kena paksa bergambar.

A Big Happy Family. Sila padankan dengan pasangan memasing ye.

Jumpa lagi kawan-kawan ku. Sayang kamu-kamu!

Oklah, itu saje cerita bergambar untuk entry kali ini. Thanks buat Yam yang datang jauh-jauh untuk acara berborak ni. Malam tu gak balik KL balik.Masing-masing pun dah berjaya. Sorang lecturer kat UiTM, sorang Pegawai Arkib, sorang lagi Cikgu KPLI.Aku bangga dengan korang. So, kami tinggalkan Restoran Tomyam Klasik dengan hati yang sungguh puas ---> dapat makan + dan berborak pastinya. Next gathering tunggu baby dalam perut ni kuar ye kawan-kawan (^_^)

Teruja Sebab Dah Confirm Yang Adik Baby Adalah Boboy Walaupun Tak Disertakan Dengan Bukti

Tarikh : 25 Julai 2010
Tempat : Dewan C, MITC
Majlis : Kenduri Kawin Sepupu Hasben
(gambar pengantin lupa nak amik sebab perut dah lapau)

Gambar terbaru kami sekeluarga. Oh!, Khayra tak mau didukung. Kata beliau, dia dah dewasa, dan tak lama lagi nak dapat adik. Malu lah berdukung bagai macam baby. Terpaksa lah mama dan papa posing walaupun adik baby tengah menendang-nendang time tuh. 32 weeks pregnancy.

Dah scan, confirm adik baby adalah boboy (^_^). Insyallah. Amiin.

Adik Baby dah Umur 30 Minggu Dalam Perut dan Kerja Saya Sekarang Makin Pening

Hari dah masuk 30 weeks..alhamdulillah. Sejak dua menjak ni adik baby asik mengeras dalam perut. Ada sekali tu sekali dia hentak, seluruh ari-ari rasa pijau (*pijar) dan senak. Terus saya terbaring atas sofa. Hasben asik bagitau, "Baby jangan kuar dulu. Papa belum beli pampers untuk baby lagi nih"..huhu, ade ke hasben saya risau sebab lom beli newborn diapers.

Saya pulak risau kalau-kalau ada compilation ke, bleeding ke, pape ke. Ye lah, kalau dah rasa macam-macam memanglah banyak benda bukan-bukan bermain-main kat kepala nih. Harap-harap adik baby kuar ontime. Saya nak beraya dulu..makan rendang, ketupat, pelbagai kuih-muih, kek yang best-best, air sirap, air sarsi, kerepek pedas, kerepek pisang, sate, soto, dan segala makanan masa hari raya nanti. Kalau ikut EDD, saya sempat beraya 9 hari. Lepas tu kena berpantang. (Ooohh...)

Hari ni Senin, esok kalau ikut dalam surat ada Meeting Budget dengan SUK. Halaaa..saya tak siapkan laporan lagi nih. Sampai saya termimpi-mimpi kalau-kalau SUK tanya macam-macam kat Unit saya nanti. Petang ni kalau tak setel gak, kena bawak Khayra balik opis, pastu kena siapkan semua. Tolonglah bagi saya kekuatan untuk melawan penyakit M ni. Sebab saya sempat update blog walhal saya boleh je siapkan keja-keja kewangan tu.T_T

Oklah, masa untuk berbelog dah makin tamat. Saya ada masa sejam untuk update. Lepas tu semua segala mak nenek chat, blog, Facebook ataupun sewaktu dengannya akan di block oleh Unit IT. Time lunch dan abis opis hour je boleh on balik. Hek eleh, berkira sangatlah diorang nih.Bye.


Gambar kakak baby yang lalok nak tidur masa pegi Jusco, hari Ahad (semalam)

Diari Harian Saya Sejak Dok Melaka dan Alasan Kenapa Saya Jarang Update Blog

Pukul 4.00 am

Bangun! Bangun! Saya kena bangun time ni sebab nak gosok baju hasben. Malam-malam saya tak sempat nak gosok baju. Alasannya sebab Cik Khayra kacau. Nanti dia berdiri kat tepi ironboard, pastu dia cakap "Panash..panash.." Tau pun panas. Tu belum lagi terpegang iron. Baru pegang board. Abis tu camne saya nak teruskan usaha saya meng'iron' baju? Sudahnya tunggu Cik Khayra tidur dulu,baru bole saya buat keja. Tapi yang tak bestnya, time Khayra tidur, kenapa saya pun turut serta untuk tidur sama?.....

Oleh kerana hasben kena pegi keja around (cewah,around) 4.50 am, saya kena siapkan sut keja hasben dulu baru bole saya gosok baju saya. Orang kata kenapa tak gosok untuk seminggu? Makcik tak larat nak diri lama-lama kat ironboard tu. Tumbesaran perut semakin kedepan. Kalau duduk pulak, saya tak selesa. Lenguh punggung. Itulah alasan saya.

Pukul 4.20-4.30 am

Saya dah start kejutkan hasben bangun tidur. Selalunya saya cakap kat hasben "Abang..bangun..dah pukul 5 dah ni.."..Otomatik hasben saya bangun. Hehehe. Itu ayat mak saya kejutkan kitorang adik-beradik. Mesti mak saya lebihkan sejam. Kelam-kabut semua bangun. Abis tu kalau saya kejutkan ngan-ngam, hasben saya dok termenung dulu. Kang lambat kang. Sementara hasben mandi dan bersiap, saya setelkan baju keja saya pulak. Oleh kerana sekarang musim World Cup, kadang-kadang TV tak tutup dari malam tadi. So,hasben saya terus leka tengok highlight game yang dah sudah sambil bersiap-siap dan menghensemkan diri sendiri. Selalunya hasben just minum air suam je. Dia taknak saya buat air bagai. Kang dia kata takleh tidur balik.

Pukul 4.50 am kadang-kadang kalau lewat 5.00 am

Saya dah bukak pintu pagar untuk hasben pegi keja. Pagi yang hening tu hanya kitorang berdua je kat luar rumah. Lepas salam, cium-cium, peluk-peluk (perlu ke bagitau?) dengan iringan doa, hasben saya bertolak naik motor ke Tol Ayer Keroh untuk tunggu bas ekspress kat sana. Selalunya dalam pukul 5.10 hasben dah sampai dah. Bas gerak dari Melaka Sentral pukul 5.00 am. Memang ramai yang seangkatan dengan hasben saya yang tunggu bas ekspress tu. Majoriti semuanya dah ada family. Ada yang sampai 5 tahun ulang alik Melaka - KL - Melaka setiap hari.

Pukul 5.15 am - 6.30 am


Lepas setel kemas barang-barang Khayra untuk ke taska, maka saya pun teruskan program saya untuk tidur balik. Selalunya Khayra tak bangun time papa dia pegi keja. 6.30 am saya kena bangun solat subuh then siap-siapkan diri. Khayra masa ni dah start merengek-rengek. Saya kena pastikan time saya mandi Khayra tak terjaga. Kesian nanti dok tercari-cari takde sapa kat dalam bilik tu. Pernah gak Khayra terjaga, lepas tu apalagi melaung lah cari saya. Kita la yang kelam-kabut mandi.

7.45 am

Lepas kemaskan Khayra, selalunya kalau saya tak sempat mandikan Khayra, saya just salinkan baju je. Diapers harus lah tukar. Mak saya selalu pesan, jangan bagi anak kita kat orang dengan selekeh. Kalau boleh mandikan siap2-siap. Kalau tak sempat mandi pun, basuhkan muka, salinkan baju baru. Takdelah bau tilam, busyuk masam time kita serah kat orang. Biar anak tu bersih. Itu kata mak saya lah. Sebabnya dulu saya adik-beradik pun orang jaga time mak saya pegi keja. Macam tu la mak saya buat. Pernah gak saya cakap dengan mak,tak sempat lah nak siapkan Khayra. Mak kata "No excuse". OK, faham mak.

8.10 am - 8.30 am

Saya hantar Khayra ke taska. Dulu time mula-mula masuk taska baru, hari-hari menangis nak ikut saya balik. Sedih gak saya tengok. Sekarang ni, start masuk ke pintu gerbang Seri Negeri je,dengan gaya tangan sekali Khayra akan jerit "Yeay!" Pastu saya kena rushing pegi ofis pulak. Masuk pukul 8.30. Ofis baru ni all the time busy. Facebook kena block. Blog ni pun kena blok. Tak bole komen kat blog orang ataupun sign-in blog sendiri. Lepas ofis hour baru bole bermaharajalela. Muahaha.

5.30 pm

Kalau takde keja urgent boleh la balik ontime. Kalau tak, asik kena tahan suruh balik lambat sikit. Nyampah. At least saya sampai kat taska Khayra pukul 5.50 pm. Seronoknya tengok anak kita panggil-panagil "Mama! Mama!"..hilang semua stress kat tempat keja. Kalau barang dapur dah abis, saya mesti singgah dulu beli barang, baru balik rumah. So, bayangkan dengan bawak perut, bawak Khayra dan barang-barang dapur. Saya kena berdikari. Tak boleh nak harap hasben selalu. Hasben time ni on the way dalam bas ekspress balik ke Melaka balik. Amik tiket bas pukul 5.30 atau 5.45. Depends, sebab perhentian bas dah jauh dari tempat keja. Kat Bukit Jalil nuun.

6.15 pm atau 6.30 pm

Saya dah sampai rumah. Masa ni layan Khayra tengok Playhouse Disney atau bukak DVD songs kat laptop. Terhibur tengok telatah Khayra sekarang ni. Untuk pengetahuan, cakap pun dah banyak. Nama samaran Khayra sekarang ni Kak 6.Letih gak melayan mulut yang becok tu. Hehehe. Time ni saya tak bole ke dapur. Gerenti Khayra suruh saya dok depan balik. "Mama, dok" sambil tarik tangan saya.

7.15 pm / 7.30 pm

Yeah! Yeah! Papa dah balik. Sukanya hati saya dan Khayra tengok papa dah balik. Khayra sampai melompat-lompat. Betapa rindunya dia dengan papa. Ialah, time Khayra bangun, papa dah takde depan mata. Dah sampai KL dah time tu. Petang nak masuk maghrib baaru nampak muka. Memang la rindu. Hasben saya pun orang pertama yang dia terkam mestilah Kak 6 tu. Hehehe. (Jeles).

8.00 pm 10.00 pm

Kalau ada pasar malam, saya tunggu je hasben balik. Tak sempat nak masak. Waktu macam ni baru nak bersihkan diri. sebab ada papa. Kalau tak Khayra mana boleh tinggal sorang-sorang. Malam kalau sempat saya bukak internet.Itupun kalau Khayra tak kacau. Hasben memang wajib surf internet. Dia ada agenda tersendiri. Cari side income la katakan. Pukul 10 pas solat isyak, kena masuk tidur. Hasben kena keja esoknya. Macam biasa. Pernah gak hasben ngadu "Baru je balik keja tadi,dah kena pegi keja balik..." kesian hasben saya.

Kat atas katil, bukan waktu tidur lagi. Khayra bukan main lasak main panjat-panjat. Konon-konon nak buat-buat tidur supaya Khayra pun boleh tidur sekali. Yang nyata, saya yang belayar dulu. Tak bole pakai daaa.Oh ye, Khayra akan bawak kawan-kawan dia sekali tidur dengan kitorang iaitu Abang Mickey, Encik Pooh, Kiki dan Pek-pek. Betapa ramainya umat atas katil tu. Selalunya saya akan jadi mangsa Khayra untuk tepuk-tepuk Encik Pooh supaya tidur. Manakala Khayra busy tepuk-tepuk Abang Mickey sampai Abang Mickey lelap. Esoknya macam biasa pukul 4.00 am saya kena bangun...........

Dialog 3 Beranak

Babak I

Pada suatu malam. Ada 3 orang yang terdiri daripada Encik Papa, Puan Mama dan Cik Khayra tengah sedap baring atas katil sambil berbual-bual.

Papa : Hari ni Khayra belum kiss baby lagi kan? Kiss adik ok.

Mama : Ha'a lah, meh sayang..kiss baby ni.. saaayaang adik.. (sambil mama usap perut)

Dengan pantas Cik Khayra pegi cium perut papa. Adakah perut papa dah sama besar dengan perut mama membuatkan Cik Khayra keliru ???


Babak II

Setelah babak I berakhir, 3 orang beranak tadi terus pejam mata kerana tidur. Tiba-tiba, Cik Khayra berbunyi sambil merengek-rengek :

Cik Khayra : Papa, papa, nak tusu... (mata masih terpejam lagi, tapi badan dah mengiring ke dada papa)

Papa : Emm..Khayra nak susu?...silap orang la, papa mana ada susu...

Dengan pantas juga Puan Mama tarik badan Cik Khayra terus lekap ke dada beliau.


Sekian.





Gambar terbaru Cik Khayra yang kuat melaram :)

Selamat Tinggal Gombak

Salam kepada rakan-rakan...

Hari ni merupakan hari terkahir saya dan keluarga berada di Kuala Lumpur. Petang ni (Jumaat, 16 April) kami akan bertolak balik ke Melaka. Kampung asal saya dan hasben. Insyallah saya akan berpindah di sana.

Alhamdulillah, saya telah ditawarkan kerja yang lebih bagus daripada kerja saya yang sekarang. Rezeki anak dalam perut (^_^) Mulai 19hb ni saya akan start kerja. Sebenarnya 6hb hari tu saya dah lapor diri kat satu agensi kerajaan Negeri Melaka. Tapi saya mintak tangguh untuk menyelesaikan masalah perpindahan kami sekeluarga dari KL ke Melaka.

Minggu lepas saya dan hasben berpinar cari rumah sewa. Dua hari berturut-turut mencari. Nasib baik hari nak balik ke KL balik baru dapat. Dalam kepala ni ingat senang lah cari rumah. Rupanya susah gak wei. Banyak rumah kosong kat taman-taman perumahan. Tapi takde contact number. Agaknya untuk display je kot. Geram tau. Takpe pasni kumpul duit beli rumah pulak.Mudah-mudahan dimurahkan rezeki.Insyallah.

Saya last kat tempat kerja lama hari Isnin hari tu. Air mata ni jangan cakap la asik berjujuran je keluar. Sikit-sikit nangis. Ye la banyak suka-duka yang saya tempuhi. Saya dah anggap semua staff kat situ macam family saya sendiri. Terima kasih banyak-banyak sebab telah mematangkan saya.Terima kasih kat Bahagian Kaunseling & Psikologi kerana menerima saya bekerja selama 2 tahun ni. Banyak pengalaman kerja saya dapat.Nak upload gambar lastday hari tu, (yang mata saya merah sebab menangis) tapi kabel kamera dah simpan dalam kotak. Saya dah tak tau mana hasben letak.Nanti lepas pindah rumah bila saya jumpa kabel tu balik saya upload ok.

Khayra pulak last kat taska hari Selasa hari tu. Suppose saya nak hantar Khayra sampai hari Khamis. Memandangkan kitorang tengah kemas barang nak pindah,takut Khayra kacau. Tu yang cadang hantar Khayra ke taska lagi.Tapi disebabkan ada kejadian tidak diingini berlaku pada Khayra masa kat taska hari tu, hasben saya suruh Khayra duduk rumah je.Lagipun adik ipar saya ada,import dia dari Melaka mintak tolong kemas barang.Sedih gak hari tu masa Khayra lastday kat taska. Saya pun tak plan, ingatkan hari Khamis lastday.So, nasib baik sempat jumpa Ibu-ibu Pengasuh kat sini especially Ibu An dan Ibu Ida. Terima kasih semua sebab jaga Khayra selama ni. Insyallah ada umur kita jumpa lagi.

Kepada kawan-kawan blog,mungkin ada antara kita selalu bersembang, tapi tak pernah bersua muka.Saya ada terkilan sikit sebab selama saya di KL, saya selalu miss jemputan birthday party anak-anak kawan blog. Kadang-kadang sebab clash dengan rutin balik kampung setiap bulan ataupun keadaan tak mengizinkan. Gathering susuibu.com pun tak pernah saya join. Selalu je clash dengan masa saya. Huhu. Lepas ni lagi susahlah saya nak join.

Dan satu lagi perkara masa saya kat KL yang tak pernah saya pergi -----> Genting <----- padahal view Genting memang jelas kat dapur rumah rumas saya. Saya kan dok Gombak, memang jelas nampak puncak Genting tu. Kalau malam-malam, lampu lip-lap memang menyerlah. Siap nampak logo Genting Hinglands lagi. Seriyes. Siang pulak kalau awan cerah, semua bangunan Genting tu kita boleh nampak. Memang tak jauh. New Year hari tu kitorang dapat tengok bunga api yang bakar kat puncak Genting itew. Pergh! View paling indah lah. Lepas dah tak bolehlah tengok lagi. Tinggal kenangan. Hasben saya pulak still kerja di KL. Tapi akan tinggal di Melaka dan akan berualang-alik pegi kerja naik bas express start kul 5 pg setiap hari. Kesian kan. Memang ramai pekerja KL yang tinggal Melaka buat macam tu. Kebetulan pulak time hsaben saya nak merasa naik bas express, Hentian Pudu dah pindah ke Bukit Jalil. Lagi jauh perjalanan hasben saya nanti. Berkorban demi keluarga. Buat masa ni hasben saya tunggu dulu sebelum cari kerja kat Melaka. Post dia hanya ada di HQ sahaja. So,nak tak nak hasben saya kena cari kerja lain. Mungkin gred yang sama tapi majikan lain. Setakat ni barang yang dikemas baru 80%. Alahai nervesnya saya barang tak abis kemas ni. Ok,lepas post entry ni saya akan terus kemas barang. Target saya nak kemas peti ais. Insyallah, walau dimana saya berada, saya harap hubungan kita di alam blog diteruskan.Semoga ikatan ini tidak putus. Mungkin seminggu dua ni saya jarang update blog sebab busy dengan kemas barang. Lepas ni saya akan bersiaran dari Negeri Bertuah, Negeri Melaka. Yeay! Doakan saya selamat pergi dan selamat sampai ye kawan-kawan.

p/s: Dah scan hari tu, doktor kata mungkin baby boy... la la la la la...

Bahasa Khayra

Words favorite Khayra

Time dah lapar susu atau tak tahan nak BF :
"Nak tusu" sambil tunjuk kat dada saya

Bila nak makan atau minum susu (especially BF), kena baca bismillah. Tapi saya yang kena baca bismillah dan akan disambut oleh Khayra dengan cepat (tak sabor le tu) :
"Amen"

Kalau terima apa-apa barang, Khayra akan jawab :
"Aceh"

Kuat minum air masak.Perkataan pertama Khayra pandai cakap :
"Air"

Dah pandai panggil saya kalau saya lambat masuk bilik time tidur malam :
"Mamaaa!" sambil berdiri atas katil dan tangan tu melambai panggil

Dan word yang paling disebut oleh mulut Khayra yang comel tu,tak lain dan tak bukan :
"Papa, papa, papa"

Perkataan lain yang Khayra boleh sebut :

Atuk
Nenek
Kakak
Kek=read cat
Bid=read Bird
Ami=read Syahmi
Nuwa=read Nuha
Pooh
Iki=read Mickey
Bobo=read bubur


Dah lupa apa lagi yang Khayra boleh cakap. Nanti saya update. Tapi kalau bebel bahasa Jerman tu memang expert la budak itu.

Sekian.


p/s: Alhamdulillah Khayra dah tak cirit lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...