Selamat Hari Raya Aidilfitri...ngeh..ngeh..

Sebelum bulan Zulkaedah berlalu pergi, meh lerr kita tempek gambar raya aritu.Adoi dah agak basi tapi takpe untuk rujukan dan tindakan akan datang.Cewahh!

Macam biasa 1 Syawal waktu pagi mesti kat Umbai dulu.Dah lepas salam peluk cium dengan all family members gerak ke Pulai pulak.Pastu balik Umbai balik untuk amik gambar raya.Lepas tu ziarah rumah yang dekat-dekat kita gerak ke Pulai balik,then konvoi pegi rumah sedara belah hasben sampai ke petang.Malam kita singgah Umbai lagi sekali dah dekat tengah malam baru balik rumah sendiri.Fuhhh!!

Jangan ler jeles.Inilah dia rutin orang yang duduk dekat dengan makpak & makpak mertua.Hehee.Gambar satu family untuk hari raya pertama memang banyak yang tak berapa nak cun.Anak-anak asik tak dok diam.Tu yang paling lasak semestinya dak Imran.Tercicit dia lari.Geram lah nak oi.


 Pagi raya kat rumah mak ayah saya dulu. Peace :D

 Pastu gerak ke Pulai.


 Jalan-jalan raya dengan Kak Hani & Kak Alia

 2nd time Imran beraya



 Famili Potret. Kejap je dah berkembang bilangan ahli keluarga.Yang termuda mesti lah si kecik Zarif Akil.Masa 1 Syawal baru 26 hari.

 Imran dah melesau nak turun.Amsyar asik dengan gaya otomen dia.Kakak kontrol cun, dah besar dah dia.Sobs..sobss..

 Pandangan sebenar kat mana kitorang amik gambar.Ayah dah siapkan curtain kat garaj keta.

Suka sangat dengan gambar ni.Kaklong, Kakngah, Abang Uda & Anoi. Mak dengan ayah steady je.



 Bila anak-anak tak dok diam.Asik larik sana,larik sini.....jom menggedik amik gambar berdua.Huhu..

Si sepet dah bukak tudung.Kejap pakai kejap bukak pastu pakai balik.Haihh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...