Guna Tangan Je

Sekarang ni aku dah start perah susu pakai tangan je.eh,itupun nak cerita kt orang ke? Aku dah tak guna manual breast pump Anakku lagi.Macam aku cerita kat entri ni.Kadang-kadang je guna.Rasanya pakai tangan dapat banyak kot.Harap pruduction aku tak merudum.


Hasil perahan guna tangan.Alhamdulillah.Masih konsisten.




Kalau nak seribu daya,tak nak seribu dalih.Semoga Khayra kekal mendapat khasiat susu mama sampai umur 2 thn ye sayang. Insyallah...






Alhamdulillah,Khayra Dah Pandai Jalan Genap Umur 10 Bulan

Hari ini Khayra dah berumur 10 bulan 2 hari. 19 Oktober hari tu semasa Khayra genap 10 bulan,dia dah pandai berjalan. Kalau entri hari tu aku ceritakan dia tengah tengah rajin bertatih sendiri, sekarang ni dah laju berjalan.Kalau kat rumah,asik tawaf seluruh hall.Pastu bawak En.Mickey jalan-jalan. Eksyen sekarang,dah taknak mama&papa pimpin tangan dia.Cewah!
Banyak yang Khayra dah pandai buat.Alhamdulillah.Tapi aku tak nak sebut satu-satu apa yang dia dah pandai.Rasanya tak perlulah aku memberitahu khalayak setiap apa yang dah boleh buat dan masa umur dia berapa.Cukuplah sekadar catatan biasa.Overall dia anak yang cerdik.Dan aku juga seperti ibu-ibu yang lain merasa bangga dengan setiap perkembangan dan kejayaan anak.Dan yang paling aku bangga sekali,Khayra pandai berjalan masa umur 10 bulan tanpa bantuan walker! Syukur alhamdulillah.Memang itulah yang kuharapkan.

Gambar ni masa Majlis Sambutan Hari Raya ofis papa Khayra 17 Oktober hari tu.Lagi 2 hari Khayra nak 10 bulan.Buat kat Restoran Nelayan,Tasik Titiwangsa.Masa ni Khayra still bertatih lagi.Memang macam tu la stail tangan Khayra bila berjalan.Belum boleh lurus lagi.Ooops!Off topik sat,nampak tak hadiah kat belakang tu.Tu hadiah kitorang dapat tau.Doorgift,Lucky draw,Pasangan Glamor (1st Prize) dan Baby Glamor (1st Prize).Rezeki ktorang anak-beranak.Rasanya biasa-biasa je.Hehe.

Chaiyok!

Ingat tak lagi entri aku pasal susu aku rosak tu?Kalau ada yang tak ingat,boleh klik sini ye. Sekarang ni aku still lagi pumping susu.Tapi aku dah fobia nak buat stok banyak-banyak.Takut pisang berbuah 2 kali.Cewah!Sehari sebotol aku collect.Ok la tu.Asalkan aku ada stok nak buat bekal Khayra ke taska.Khayra akan minum 5oz susu kat taska.Tengah hari aku direct feed je.So,setiap hari sebotol aku bekalkan,sebotol jugak aku dapat buat stok.Outpun sebotol,input sebotol.Dulu aku rajin mengepam.Sekarang ni sekali sehari.Hehe.Setakat ni production masih lagi tak mengecewakan.Alhamdulillah,syukur pada Allah bagi rezeki ni pada aku dan Khayra :)





Hanya ada 6 botol stok aku simpan dalam fridge.Ini pun dah syukur Alhamdulillah.






Gambar selingan : Detik-detik EBM aku nak dihumbankan dalam singki.Sayu je tengok susu yang aku perah hari-hari kena buang macam tu je.Kalau tak disebabkan rumah aku blackout,tak jadi la tragedi ni tau.Huhuhu.

Job Baru Khayra

Siapakah si kecik yang tengah berdiri sambil pakai topi besar tu?Ala siapa lagi kalau bukak cik kak kita Khayra.Saja nak share gelagat Khayra kat taska.Semalam masa aku datang,pihak taska dapat alatan permainan baru.Ada macam-macam permainan.Ada set baju polis dan bomba.So,Khayra orang pertama merasmikannya.Mari kita tengok gaya Khayra jadi penyelamat.Hahaha.



"Ada sesiapa yang terperangkap ke? Saya datang nak membantu ni.Aunty semua jangan panik ye.Tarik nafas pelan-pelan.Alamak,pintu ni besar sangat la.Nak tolak pun saya tak larat." kata Khayra sambil memerhatikan aunty-aunty yang tengah menyusukan baby kat dalam.




"Susah rupanya nak jadi penyelamat ni ye.Takpelah,bagi saya besar dulu.Nanti saya dah besar minum susu mama saya,baru saya tolong ok"

Anak Daraku Yang Rajin Mengemas

Anak daraku sekarang dah menampakkan ciri-ciri seorang anak gadis yang rajin. Khayra memang suka mengemas.Mama dia ni tak payah nak memenatkan diri mengemas rumah sekarang.Ialah,kalau aku kemas je,akan berlaku lah transformasi dari Khayra.Huhuhu. Tengok je la anak dara ku ini.Gamaknya memang suka aku menangis hari-hari tengok rumah bersepah.Dulu,lepas Khayra habis mengemas, aku tolong lah kemas balik.Sekarang ni jangan harap la.Rumah aku dah jadi dekorasi yang paling indah untuk dilihat.Sekejap je Khayra dah tolong aku deko,deko,deko!
Tengoklah betapa indahnya perhiasan rumah aku tu.Semua majalah aku dah kena kirai.Bukan tu aje,siap koyakkan lagi ada.Nampaknya sasaran tengah leka mengemas.


Wah!Wah!Kusyuk sangat nampaknya cik kak tu ye.Habis majalah Pa&Ma aku.Khayra memang suka tengok muka baby.Lagi dia tunjuk-tunjuk pastu...zasss,kena koyak.Sob..Sob..

Tengok tu,lagi nak mempamerkan senyuman yang menawan macam ratu.Konon-konon nak suruh aku bangga la dengan kerjaya yang dia tengah buat tu.Takpe-takpe,mama bangga apa yang Khayra buat.Huhuhu. "Hai mama.Tengoklah apa yang Khayra buat nih.Bestkan.Meh la mama join sekali.Seronok tau.Khayra boleh sepah-sepahkan semua majalah mama dengan mudah sekali.Tengok Khayra buat,amik satu-satu tau.Lepas tu kita buang kat lantai,jangan lupa selak majalah tu, then kita koyakkan!..Yahoo."kata Khayra dengan muka manisnya.

"Ok lah mama,Khayra nak teruskan kerjaya Khayra ni.Khayra ada target untuk hari ni.Nampaknya banyak lagi majalah yang nak disepahkan ni."kata Khayra dengan muka seriusnya.
Sepatutnya aku kena ubah tempat majalah tu.Letak tempat yang Khayra tak boleh capai.Tapi kalau balik rumah,hati ni mesti cakap,nanti la dulu alihkan.Sudahnya,makin hari majalah aku abis kena carik-carik.Nanti lah ye.Mana tahu hujung minggu ni kesedaran mengemas satu rumah tu ada.Boleh aku kemas sekali apa yang patut.Tak dapatlah Khayra meneruskan kerjaya yang mula mengembang tu.Hehehe.

Khayra Dah Mula Bertatih

Waduh,dah bersarang blog aku ni nampaknya.Lama tak hapdet.Macam biasalah, lappy tak baik-baik lagi.Nak kena tunggu beli baru kot harap-harap papa baca la harapan mama Khayra ni..hehe.So,memang jarang nak hapdet story.Banyak yang nak post,tapi ku pendam aja.Huhu.
Tapi disebabkan dorongan dari Pn.Naz kita yang dah lama tak dengar citer Khayra,aku pun memenuhi la hajat Naz itew.Ibu Rikazz ni memang rajin hapdet citer anak bujangnya.Mama Khayra ni je yang ada penyakit "M".Takpe,lagipun aku memang nak hapdet pun citer perkembangan Khayra.Ingatkan takde peminat,rupanya ada.Hehe.Jangan marah ye Naz Akak gurau je :)
Orait,jom kita tengok apa yang Khayra dah boleh buat sekarang ni.Khayra dah start melangkah 4-5 tapak.Tapi sebelum tu,aku just nak bagitau yang aku memang tak belikan Khayra walker.Aku memang dah berniat 3 perkara masa mengandungkan Khayra.No Formula Milk,No Walker,No Buaian.Setakat ni Alhamdulillah,aku still fully breastfeding.Buaian pulak memang Khayra pakai masa umur sebulan lebih.Itu disebabkan hadiah dari Ibu aku masa kenduri cukur jambul Khayra dulu.Slowly aku ajar Khayra tidur kat tilam.Disebabkan itu,Khayra guna buai sampai umur dia 4 bulan je.Memang senang kalau baby dah tidur kat tilam.Takde la bergantung kat buai je.

Then,citer pasal walker.Aku memang suka kalau Khayra berdikari dari kecik.Memang aku nampak Khayra memang cepat.Meniarap masa umur 3 bulan,menyalar 4 bulan dan merangkak masa 5 bulan 2 minggu.So,aku tak tergesa-gesa nak belikan walker.Aku tahu kemampuan Khayra.Selain bagi dorongan,aku tengok Khayra rajin meneroka apa yang dia lihat.Dia berusaha sendiri macam mana nak bangun,berdiri tegak dan melangkah.Aku seronok dia buat semua tu tanpa bantuan walker.Mungkin disebabkan dia tiada bantuan itu,Khayra memang rajin.Selalu buat.Kalau jatuh,dia bangun lagi.Dia tak mengalah.Nak jugak.Aku ada jugak terbaca ada blogger yang tak bagi baby dia walker.Mummy tu ada alasan lain.Boleh tengok kat blog Munira ye tiba-tiba tak boleh link tajuk pulak
Khayra mula melangkah masa umur dia 9 bulan 6 hari.Sekarang ni masih lagi lagi bertatih.Cukup rajin.Tapi sekarang ni mama dia pulak runsing.Aik,nape pulak runsing kalau anak dah start berjalan? Bukan apa,kalau Khayra dah berjalan tegap,dia kena pindah kelas kat taska tu.So, that means,Khayra kena bercampur dengan baby-baby yang tua dari dia.Takut kena buli.Kebanyakan baby yang dah boleh berjalan dalam kelas tu berumur 1-2 tahun.Khayra 10 bulan pun tak sampai.Lagipun Khayra cukup rapat dengan pengasuh dia sekarang.Pantang pengasuh dia hilang dari pandangan,memang la dia menangis.Lepas ni kalau pindah kelas,kena tukar pengasuh pulak.Harap Khayra serasi la nanti.
Ok lah,asik bercerita je,mesti orang boring.Ni ada gambar Khayra yang mula bertatih.Enjoy!
Iron board tu kena lipat.Kalau tak,Khayra buat tempat berpaut.Kang jatuh susah.Tapi sebenarnya dah pernah terhempap dah.

Tatih.Tatih.4 langkah ke 5 langkah,pastu jatuh.Berdiri.Tatih balik semula.


Sekarang tatih bawak Mickey.Bestfren Khayra.Mana-mana pun mesti bawak.


O bawak atas tilam rupanya.Lepas ni memang merata la En.Mickey tu berjalan.



Ni gambar kat taska.Kemain lagi tunjuk skil.



Sambil bertatih mari kita tepuk tangan.Memang suka kalau cakap "Pandai".Nanti Khayra pun tepuk tangan.


Balik dari taska.Dah busy suruh papa turunkan dia.Nak berjalan la tu.Selalunya papa dukung.

So,itulah serba sedikit perkembangan Khayra.Harap lepas ni aku rajin la mengepost blog.Asik baca citer orang je.Hehe.

Gambar Raya 2009 : Part II

Pagi raya Khayra bantai tido lagi.Malam sebelum tu Khayra meragam.Sian Khayra demam.Panas badan dia.So,dah bagi makan ubat,jadinya Khayra syok tido sampai pagi.Rupa-rupanya Khayra nak tumbuh gigi.Baru keluar sebatang.Hihi.Orang lain dah berbatang-batang dah gigi.


Papa tengah siap-siap pakai baju raya.Aku pun tengah siap ni.Tapi takde la nak enterframe kan.Belum pakai tudung lagi nih.Lepas kitaorang siap,baru aku bermaaf-maafan dengan hubby.Nangis-nangis.Hubby buat lawak pulak.Tapi lepas tu serius balik.Segala salah silap aku & hubby berterus terang masa tu.Sedih pulak.Lepas abis bermaafan dengan hubby,baru aku bersiap pakai tudung and mekap.Sorry gambar tak enterframe skali.



Eh,Khayra dah bangun.Masa ni dalam area pukul 7 pagi.Memang rutin family kitorang pagi raya bangun awal.Ayah lagi awal siap.Lepas ayah solat subuh,ayah aku dah tunggu kat kerusi feveret dia.Tunggu semua siap.Ada sesi bermaaf-maafan.


Masa ni tunggu lagi adik aku Kakngah dan Anoi siap.Ape lah diorang ni.Mesti lambat tiap-tiap tahun.Sampai ayah kena panggil.Tahun ni Khayra pertama kali beraya.Atuk dengan nenek lagi excited bila Khayra dah ada.Bila semua orang ready,ayah bagi tazkirah sikit.Syukur sebab kita dapat sambut lagi Aidilfitri tahun ni.Alhamdulillah tahun ni semua adik-beradik aku dapat berkumpul.Abg Uda beraya pertama kali sebagai suami.



Selepas emak mintak maaf dengan ayah,aku sebagai anak sulung memulakan mintak ampun dengan atuk dan nenek Khayra.Syahdu masa tu.Lepas tu diikuti dengan Kak Ngah,Abg Uda,Anoi,Hubby dan akhir sekali my SIL.Nasib baik masa tu Khayra tak meragam.Khayra jadi pemerhati je la.



Aku dan SIL (Liza) saling bermaafan.Tak sedar papa snap gambar ni.Ktorg bermaafan pulak adik beradik.



Lepas tu acara wajib tiap-tiap tahun dari aku kecik sampai la dah jadi mak orang ni,sesi bergambar kat ruang tamu.Memang itulah tempatnya time amik gambar.Agak-agak kalau aku kumpul gambar tempat yg sama tiap-tiap tahun mesti dah berpuluh-puluh ni.Cuma orang je bertambah.Sofa still sama dari dulu.


Atuk,Nenek dan Khayra.Tahun depan ayah dan mak aku nak dapat cucu baru.Insyallah.Khayra dapat sepupu nanti.


Sesi bergambar di studio.Lengkap sudah family aku.Sekarang ayah dan mak ada seorang cucu dan dua orang menantu.


Selingan gambar Raya 2007.Masa ni aku dan adik aku single lagi.Kitorg 4 beradik.Ikut turutan dari belakang,4th (Anoi), 1st (Aku), 3rd (Abg Uda) dan 2nd (Kak Ngah).Adik aku yang lelaki tu kawin dulu.Langkah Kak Ngah.Takpelah,dah jodoh.

Gambar Raya 2009 : Part I

Gambar Raya baru nak upload.Tema baju tahun ni kaler Hijau.1st time Khayra berhari raya. Yang paling seronok aku tengok,mak dan ayah aku dah ada cucu pertama tahun ni.Hehehe.Khayra bertambah manja bila duduk kampung.

Tema 1 Syawal 1430H

Tema 2 Syawal 1430H

Tema 3 Syawal 1430H

Cerita Sedih Lepas Cuti Raya Hari Tu..Huhuhu..

Lepas cuti raya seminggu kat Melaka,kitorang balik KL hari Isnin (28/9/2009).Hati ni macam terdetik je bila teringatkan EBM (express breast milk) aku kat rumah.Rupa-rupanya semua anggapan aku betul.EBM aku semuanya rosak.Ini semua gara-gara elektrik kat rumah aku black out (tendang).Agaknya hujan lebat ribut bagai yang buatkan black out.
Masa mula-mula masuk rumah,hubby terus cakap "Nape fridge rumah kita senyap je Yang?" Aku terus terpa fridge.Ya Allah,bau yang amat busuk menerjah hidung aku.Aku buka bahagian atas fridge,ada ulat dah buat sarang.Kat tepi-tepi tu pintu fridge pulak,ada kumbang menempek-nempek.Botol-botol EBM aku semua dah basi.Dengan penuh sayu aku tutup balik.Termenung kejap.Hubby tak habis-habis rasa kesal.Dia peluk aku,cakap "Kesian sayang abang"berapa kali ayat tu dia ulang.Ialah,nak buat mcam mana.Benda dah jadi.
Hubby teruskan kerja-kerja memunggah barang dari kereta.Seminggu lebih bercuti,memang banyak barang bawak dari kampung.Aku pulak meneruskan operasi membersihkan fridge.Memang nak termuntah.Uweek!Bayangkanlah nak dekat seminggu barang-barang dalam fridge membusuk.Dengan ayam,nugget,sayuran dan macam-mcam lagi barang menjadikan bauan yang begituuu...yark!!Tapi yang paling penting sekali,sayu betul masa buang satu demi satu susu aku tu.Bau susu basi,Masyaallah..busuk!Sama busuk dengan ta*k Khayra.Betul.Mungkin dah terlalu lama buatkan bau dia macam tu.
Aku pun tak pasti berapa lama rumah ktorg black out.Tapi lepas tu menjadi pengajaran kat ktorg supaya bawak semua EBM balik kampung kalau nak bercuti lama.Barang basah jangan tinggalkan.So,malam tu aku berhempas pulas memerah susu untuk bekalan Khayra ke taska.Memang tak banyak dapat.Sebab kalau aku dah lama tak perah,susu memang tak dapat sebotol.Cukup-cukup je.Itu lah kisah aku lepas cuti raya hari tu.Huhuhuhu.

Sebelum kejadian,aku sempat snap gambar susu yang bersusun dalam fridge.Ada 13 botol semuanya.Mula-mula memang saja nak buat entri pasal EBM aku ni.Last-last entri susu rosak pulak yang terjadi.


Aku siap label nama,tarikh dan waktu susu ni diperah.aku akan amik paling kanan hujung,pastu letak yang baru kat para bawah belah kanan.Ada sistem.

Inilah keadaan EBM aku.Sadis betul.

Tengoklah keadaan fridge tu.Bayangkan sekali bau dia.pergh!Cuba tengok kat tepi fridge tu,ada kumbang buat sarang.Kat dalam ice cube tu dah ada ulat-ulat kecik.

p/s:Mintak maaf kepada sesiapa yang geli bila baca entri kali ni ye.Saya pun geli gak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...