Resepi Superfast Cheese Kek Leleh

 Owh...saya adalah peminat tegar cheese.

Oleh sebab saya pernah buat entry nak buat Cheese Cake Leleh ataupun bahasa omputihnya Snowcheese Cake maka bermulalah pencarian bahan nak membaking menatang ni. Dan oleh sebab saya aim yang cheese je, maka saya buat formula sendiri - kek apa-apa je tapi yang penting cheese dia. #sukahatije

Sebelum tu mari kita tinjau Resepinya.

Cheese Cake Meleleh

Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair

Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.

Untuk Cream:
250g cream cheese
120ml susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream

Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.

___________________________________________________________________________________________

Ok dah salin resepi lom? Jom kita mulakan....

Sebelum tu salin resepi font merah tu je ye...Sebab saya nak buat cheese je...Kek kita beli siap-siap...Hahahaha!

 Actually ni kali kedua saya buat superfast cheesecake leleh. Kali pertama saya pakai shiffon kek.Kali ni saya beli kek coklat biasa.Ada perbezaannya.Nanti saya cerita.

Nak buat krim cukup senang.Pejam mata pun boleh buat. (nampak nau nipunya).Kali pertama saya beli cream cheese cap philadelphia..mahe sikit lah harga dia tapi sedap..yang kedua ni saya beli yang murah sket, cap tatura.Macam dalam bunjut gitu.Rasa dia tak jauh beza.Sedap je saya rasa (antu cheese).


 Pastu mix sekali dengan whipped cream dan susu pekat manis.Mix sampai halus dan tak berketul.Pastu siaappp dah cream chesse...!

Masa untuk menyira cheese. Kek tadi kita belah tengah untuk lapis dengan creamcheese.Lebih kurang macam ni.

 Lepastu saya amik bekas plastik macam ni untuk nampak beli kat kedai.Hahaha!Masa nak sira cheese lebih elok tuang cheese tu kat dasar bekas dulu baru letak kepingan kek tadi.So kek tu dah penuh disalut dengan creamcheese dari bawah sampai atas.Lepas sapu sekali lagi creamcheese barulah letak kepingan kedua dan salut sali dengan creamcheese...wahh heaven!

 Akhir sekali kita tabur dengan mozarela cheese yang siap diparut.Siapp!

Masuk dalam peti sejuk dulu dan makan lepas 4 jam.Sebab creamcheese memang sedap dimakan sejuk-sejuk.Saya dapat dua bekas.Ada gaya tokey cheesecake leleh tak?Hahaha!!

 Bekas yang ni bawak ofis.Bagi banjir punya cheese.

Inilah dia Snowcheese Cake yang pertama kali saya buat.Saya pakai kek pandan shiffon. Pada saya better kita guna shiffon cake sebab kek ni still lembut kalau masuk dalam peti ais compare dengan kek biasa yang jadi keras sikit kalau dah sejuk kat dalam peti ais tu.Gambar ni saya cilok kat instagram hasben.Dia lagi suka kek yang ni dari kek biasa tu untuk buat snowcheese cake.Alhamdulillah perut suami kita kena jaga.Heee.

Itu saje untuk tips kali ni...pace no war :)
6 Responses
  1. Rizziela Says:

    saya pun baru bercadang nak buat mcm ni..beli kek dah siap tu..murah ajer kan..then cheese buat sendiri :D


  2. Hanna Says:

    Betul tu..lagi jimat rasanya..shiffon kek sy beli just RM4.60 je sebuku..haha!


  3. kak long nak!! raya cina nnt buat eh. hehe :D


  4. Anonymous Says:

    Terbaek!!! Heheh


  5. Izan@is Says:

    jalan2 carik resepi kek cheess leleh..dapnye..nyumm


  6. Sekali je pernah try buat. Tp kek bantat. Trus xnak buat dh. Huhu. Teringinn pulakk rasee nak makann ���� kene seruu aura rajn dtg ni��


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...