Tupperware : Sumbangan Bulan Ramadhan

Hari ni masuk 6 hari kita berpuasa. Alhamdulillah.Rezeki bulan Ramadhan. Tadi ada penyampaian sumbangan sempena Ramadhan daripada Kelab Kebajikan dan Sukan ofis saya.Setiap orang dapat sorang satuu.

 Inilah dia..cap Tupperware uolls.

 Taraa..ada dua bekas dalam box tu.Pastu ada sepeket kurma dia bagi..sukee!



WordLess Wednesday - Mood Puasa

Anak Dara Rebutan


Taska Permata ada sediakan jurnal harian ataupun aktiviti seharian yang anak-anak buat kat taska. Rasanya dah banyak taska praktikkan cara camtu.Senang parents nak rujuk aktiviti apa yang anak-anak buat.Kat taska Permata kita panggil Buku SMS. Sebab parents boleh tulis apa-apa mesej kat buku tu.Nanti Teacher reply balik.

Hari Khamis 19 Julai 2012, bila saya baca Buku SMS tu, terus tergelak besau.Bila tanya kat Kakak, betul ke apa yang Teacher cakap..dia jual mahal.Almaklum group for 4 years dia sorang je bunga.Hai la...dah anak dara rupanya si Kakak ni.Apa yang Teacher cakap?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


 Kalau tak jelas wording tu, sila klik untuk tumbesaran huruf ye.. >.<

Sehari Sebelum Puasa...

.......Kitorang pergi Planetarium Melaka. Seronook sangat.Dapatlah tolak 2 jam aktiviti.Lalalala.

Teacher pakai baju korporat kaler oren. Anak-anak permata takde uniform lagi.Tapi kena ikut theme oren gak.Sebahagian parents yang join.Diorang ada yang tengah kerja, tapi tolak 2 jam keluar jap.Almaklum lawatan hari Jumaat, rugi pulak cuti.

Lepas habis melawat Planetarium Melaka, teacher ajak habiskan masa untuk genapkan 2 jam pergi Taman Seribu Bunga.Ibu bapa join bukan saje-saje jadi pengiring, tapi sambil melawat kena tunjuk ajar anak-anak apa itu alam semesta dan tumbuh-tumbuhan.Bagus jugak aktiviti macam ni, ada peluang mama habiskan masa dengan Kakak sorang je.Selalu Kakak kena mengalah bila mama dah pegang adik-adik dia.Hee.

Kakak sangat seronok sebab Papa pun ada join sekali.Tak selalu Papa cuti join aktiviti Taska.Dua beranak yang sangat akrab >.<





p/s : Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.Kejap dah puasa balik kann...

Kakak Dah Join Taska Permata

Tak faham betul la. Kejap tak boleh upload..kejap boleh pulak. Memang kawan-kawan selalu kena macam ni ke? Haritu masa tengah berkobar-kobar nak buat entry meletops, gambar tak boley upload sebab dah overload. Pastu kena upgrade storage kalau nak upload gambar.

Terus mood ke laut nak buat entry baru.Sekarang boley pulak tanpa sebarang kompromi.Takpelah labu, kang jap lagi dia mintak upgrade storage a.k.a berbayar tu baik kita layan dulu entry terperap.Hee.

Sejak bulan Mei 2012, Khayra dah masuk Taska Permata di bawah Kementerian Perpaduan. Alhamdulillah macam-macam aktiviti yang best-best Kakak dapat.So, tiap pagi mama kena hantar Amsyar & Baby Imran pergi Taska kat Seri Negeri pastu barulah hantar Kakak kat Taska Permata di MITC.

Antara peraturan Taskan Permata ni adalah ada aktiviti untuk parents.Kitorang (parents) kena take apart di Taska dan wajib adakan aktiviti dengan anak-anak permata selama 4 jam setiap bulan.Contoh aktivitinya macam ajar buat sandwish ke, story telling ke, pape je lah.Tak kisah lah sejam ke, 2 jam ke yang penting total up mesti genap 4 jam setiap bulan.

Bulan Jun haritu parents dapat task untuk ceriakan taska. Mama dapat task menghias ruang tonton.Blank mula-mula.Tak dapat nak tangkap camne nak hias ruang tonton.Teacher bagi masa sebulan. Lagi 2 minggu nak submit barulah dapat idea.Itupun berapa kali tanya Teacher camne nak buat.

 
 Akhirnya saya buat macam sign board poster je. Print alphabet bagi cantik-cantik.Pastu cari kartun Boboiboy, Upin&Ipin dan Spongebob.Itupun jenuh nak memikir camne nak design.akhirnya terpaksa bawak pegi ofis, tanya anak-anak dara kat ofis yang banyak idea tu.Hee.

 Ini rupanya bila dah siap gantung kat dinding. Elok je bawah TV.Teacher cakap, budak-budak ni siap berebut nak pilih kartun apa.Hee..Anak-anak, ingat ni boleh pilih dan tarik ke?Penat Mama buat tau.

 Kakak posing kat hasil kerja bersama. Papa tukang beli barang. Mama buat.Khayra tukang sibuk.Oklah tu, bersama-sama jugak kan.Hee.

 Disebalik tabir pembikinan signboard poster.Inilah dia dayang-dayang yang tolong saya tu.Saya dah buat kat rumah, bawak kat ofis just nak tacap sikit-sikit.Sangat rajin.Diorang yang volunteer nak tolong.Saya hape lagik, kecik tapak tangann,stadium bukit jalil saya tadahkan.Haha.

 
Khayra kat ofis mama.Memang tiap-tiap kali balik taska kena bawak Khayra balik ofis dulu.Taska bukak pintu pukul 5.00, kalau kita datang awal pun, Teacher akan benarkan balik kul 5 jugak.Pastu kalau lewat lebih pukul 5.15 kena denda RM3.Memang straigth.Huhu.Saya pulak balik kul 5.30, memang berkampung lah dak Kakak hari-hari kat ofis mama.Kakak kena paksa amik gambar dengan poster yang dah siap.

Esok ada lawatan anak-anak taska ke Planetarium Melaka.Parents dijemput sama, and paling best boleh tolak 2 jam aktiviti taska.Ngehngeh.Memang pantas mama setuju jek.Papa pun ikut sekali, sebab memang papa cuti esok.Mama pun sibuk nak cuti gak lah >.<

Takleh Nak Tukar Lor

Dah lama nak tukar header atas tu.Almaklum semenjak dah menambah ahli baru ni, gambar lama dah tak valid lagi.Incik hasben dah designed header baru..tapi takleh nak upload pulak.Dah resize pun tak leh upload gak.Pastu dia cakap dah overload.Haish...camne?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...