Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Mama, Khayra poopoo lagi

Alahai anak dara mama ni kena cirit-birit la. Start balik kampung hari Khamis hari tu dah mula tunjuk simptom cirit ni dengan menyalin diapers dalam 6-7 kali sehari sampai lah semalam bawak pegi klinik kali kedua (kali pertama pegi klinik kat kampung).

Doktor klinik kedua tu cakap budak cirit kena bagi ubat air garam je. Patutlah cirit Khayra tak baik-baik sebab klinik yang pertama bagi ubat tahan cirit,ubat angin/kembong,ubat garam dan krim sapu montot (montot Khayra sampai merah-merah sebab kerap sangat berak).Ubat tahan cirit tu sebenarnya hanya untuk budak 6 tahun ke atas. Lagipun ubat garam dia kaler oren,langsung Khayra tak hingin nak minum. Kalau putih jernih macam air masak tu Khayra boleh terpedaya minum macam tu je. Nasib baik klinik kedua tu bagi ubat garam putih jernih lagi menyucikan.

Alhamdulillah, cirit Khayra dan beransur surut. Doktor cakap dia still berak-berak tapi akan mula berkurangan. Takdelah sampai 6-7 kali sehari lagi. Semalam Khayra dah kurang kepada 2-3 kali sahaja.Bagus.





Setiap kali poopoo Khayra pandai terus cangkung. So,faham-faham je lah. Dengan berpeluhnya siap dengan muka-muka sekali. Masa ni masuk kat Art & Fun Kidz kat Jusco Melaka.Kejap je la masuk.Lepas main-main lebih kurang, Khayra mula menyangkung. Memang dah tau time tu Khayra kena cirit. Bayar untuk setengah jam, tapi baru masuk 15 minit. Burn 15 minit lagi sebab nak pegi bersihkan poopoo cik adik manis tu.


Vanidah VS Wardina

Saya nak mohon maaf kepada semua kalau saya jarang bersiaran. Nak jengah blog kawan-kawan pun tak sempat apatah lagi nak drop komen. Huhuhu. Keadaan kesihatan saya sekarang ni tak berapa sporting. Ditambah dengan mood yang loya tengok blog sendiri. Eeeiii.

Hopefully keadaan saya akan kembali macam biasa untuk minggu-minggu yang mendatang ni.Dulu masa pregnantkan Khayra tak pulak macam ni. Saya rasa morning sickness saya macam reverse kebelakang.Makin bertambah menjadi pulak. Masa mula-mula pregnant ok je.


Oklah,sementara saya tengah ok ni, saya nak kongsikan dengan kawan-kawan semua satu perkara. Benda ni dah berlegar-legar kat otak saya sejak zaman muda remaja dulu.Dulu masa kecik-kecik kawan-kawan pernah tak ditanya kalau terer sebut "BUAYA BIAWAK" laju-laju dengan betul.Kalau pernah,mesti terbelit-belit lidah nak menyebutnya kan?


Ok tu zaman dulu.Zaman sekarang ni saya nak uji kawan-kawan cuba tengok perkataan kat bawah ni dulu. Lepas tu tanpa baca perkataan tu, cuba cakap perkataan tu laju-laju dengan betul berulang-ulang kali.Hahahha.Mesti kelakar punya.




VANIDAH WARDINA



Sejak dulu saya tak pernah pass cakap perkataan tu laju-laju.Kalau ada yang terer boleh kongsi dengan saya.


Sorrylah saja buang masa dengan benda tak berapa faedah ni dengan kawan-kawan semua.Heeee.Babai.





p/s: Sorry to akak-akak berdua kat atas tu ye.Dah terguna nama akak pulak.Harap ampun (^_^)



Entry Terperam Pasal Dua Tahun Lepas

Salam kawan-kawan. Lamanye saya tak update blog sejak umumkan saya pregnant 2nd baby hari tu.Almaklumlah mood mak buyong ni lain macam sikit. Lagipun internet kat rumah saya tu tak sporting langsung.Asal saya nak guna je line dia terus tak elok.Bukan sekali dua.Taaapi baaanyak kali internet kat rumah saya tu tak kawan saya.Pastu kalau husband guna,ok pulak dia.Nyampah! Dengan kuasa mak buyong ni saya merajuk terus nak update blog.

Oklah,ni disebabkan mood saya boleh lah sikit-sikit tapi kadang-kadang boleh loya tengok blog ni.Hairankan,benda yang kita suka before pregnant jadi musuh time ngandung ni.Uweek! Alamak sori saya terloya pulak.Saya tahan dengan tutup mulut ok.Ok tarik nafas sikiiit.Fuuh..lepas.Saya amik masa nak menaip ni.Loya la mak.

Oklah,oklah.Sebenarnya saya nak cerita pasal anniversary yang kedua saya hari tu.Terima kasih.Terima kasih.Dah 2 minggu dah.Lama betul saya nak update pasal anniversary,baru sekarang kuar.Kalau peram dah lama masak ranum dah entry saya ni.Bukan saya nak cerita sambutan yang saya dan husband raikan.Tapi nak cerita pasal 7 Mac 2008,Hari Jumaat dua tahun lepas.



Jeng..jeng..jeng..



Tarikh : 7 Mac 2008
Hari : Jumaat
Masa : Lepas solat Jumaat
Majlis : Nikah
Situasi : Bukan gambar dalam album kawin, tapi gambar candid.

Debaran tunggu bakal suami terchenta.Ni first time saya mekap bagai ni.Macam ada topeng muka ni.
Dah pukul 2.48 petang.Kat ruang tamu orang sebelah dah sampai.Dup.Dap.Dup dap.

Orait.Pak imam dah ada,wali dah ada,saksi dah ada boleh kita mulakan. Ooops! lupa pulak pengantin mesti la ado.Kang naya masuk paper pengantin lelaki tak sampai.



Serius.Serius.Wali merangkap tukang nikah merangkap ayah saya.Sebelah tu pak imam.Saksi tu macam nak tidur je.



Alhamdulillah sekali lafaz saya menjadi isteri kepada Encik Khairul Nizam bin Mohamad.Masa ni encik suami tengah baca lafaz taklik dan sumpah janji.Saya dengan ayu dengar sambil angguk faham.Yo-yo o.


Ayah saya dah dapat menantu pertama.Yea! Yea! Ha, encik menantu sila salam dengan bapak mentua awak tu.



Muka saya dah kena conteng dengan mekap.Yang saya tak puas hati ada ke mak andam tu letak tone gelap kat muka saya yang sedia gelap.Tak mau.Tak mau! Dah la tudung senget.


Touc up sikit.Jap lagi nak batal air semayang.Sempat lagi makcik ni tau.


Saya amik masa yang lama nak salam tangan suami saya.Nangis tak berenti. Macam tak caya saya dah jadi isteri orang.


Saya mintak gelang.Hehehe.


Suami dapat cincin je la ye.


Apasal entah muka suami saya macam tu.Panas kot.Masa tu badan saya masih lagi kecik dan kurus. Sekarang..owh tidaak!


Salam mak mertua tu.Itu ibu saya.Syahdu tau.Duit hantaran lagi separuh ada kat peha mak saya tu.Nampak tak album kaler merah tu.


Alamak,gambar touching ni pun termasuk sekali ke.Adik-adik saya sebak.Saya memang dari tadi sebak.Lepas ni takpat la kita tidur sebilik sama-sama lagi.Pastu borak sampai pagi.Sampai mak tegur nape tak tidur malam-malam buta ni pastu buat bising pulak tu.Saya dah nangis dah macam orang tak sedar diri yang saya pakai mekap.


Tengok. Abis bulu mata palsu saya.Gam dia dah loose sebab air mata banyak sangat.Terpaksalah encik suami jadi pembantu mak andam kejap.


Lepas nikah jamu keluarga mertua saya makan tengah hari.Tu semua mak-mak sedara belah suami saya.


"Ok,abang nak balik dulu ni.Malam ni abang datang lagi."

"Abis tu sape nak betulkan bulu palsu Ana ni?..huhu".... gedik betul manja-manja time ni.



Tarikh : 7 Mac 2008
Hari : Jumaat
Masa : Lepas Isyak
Majlis : Malam Berinai
Situasi : Bukan gambar dalam album kawin, tapi gambar candid.



Waaah! Ada bunga api lah. Adik lelaki saya sponsor bunga api. Dua kali bakar jugak lah.Dah lah sekali bakar ada 16 das.Jenuh gak nak tunggu abis.


Suami saya gelakkan apa entah dengan abang ipar dia.Ye,abang ipar suami a.k.a biras saya jadi pengapit bidan terjun.Kena asap bunga api la tu.Adik lelaki saya yang sponsor bunga api tengah main kompang betul-betul fokus kat kamera.





Nama pun sanding waktu malam.Gelap gelita kat luar tu.


Family saya.Emak saya silap tema daa.


Hokie,gelak time.Bukan photo shoot time.


Mekap malam saya suka.Saya suka! Sebab lepas saya komplen dengan mak andam,terus dia buat tone cerah sikit.Lagipun dia kata mekap malam kena terang.Terus saya request lepas ni mekap semua nak terang-terang.


Eceh!


Dalam bilik.Belum boleh rasmi lagi taw.Hahaha!


Ok mari kita gelak lagi.


Dan lagi...


Bajet manja la tu kunun.




Tarikh : 8 Mac 2008
Hari : Sabtu
Masa : Pagi
Majlis : Persalinan baju
Situasi : Bukan gambar dalam album kawin, tapi gambar candid.Time ni Pilihanraya Umum.

Baju sendirik. Nasib baik boleh pakai lagi.


Bolly time!

Baju Arab daa.



Gaun putih bak salju.Pernah ke tengok salju?




Tarikh :8 Mac 2008
Hari : Sabtu
Masa : Pukul 1.30 tgh hari
Majlis : Persandingan
Situasi : Bukan gambar dalam album kawin, tapi gambar candid.Hari Pilihanraya Umum.Tak sempat pegi mengundi.

Princess kecik tu nama dia Amanda Batrisyia.Tak sempat nak prepare bunga untuk Amanda bawak.Huhu.


Suap dia.Tonyoh kuat sikit.

Waktu pembalasan.Ha amik ko! Lagi teruk saya kena.Huaaa!



Tarikh : 9 Mac 2008
Hari : Ahad
Masa : Pukul 1.30 tengah hari
Majlis : Sambut Menantu
Situasi : Bukan gambar dalam album kawin, tapi gambar candid.




Main cak-cak pulak.Suami saya bermalam kat rumah saya dulu.So kena siap kat rumah baru pegi rumah dia.Rumah kitorang dekat je.Apalagi amik gambar kat pelamin rumah saya dulu lah.



Rombongan saya memang ramai.Sedar tak sedar ramai pulak sedara-mara ikut.Sampai penuh khemah pengantin.Separuh kena lah makan kat khemah biasa.Sori ye.


Hahaha,pengantin yang tak ikut protokol.Tapi ni lepas bersanding.Kalau camni la gaya time saya bersanding memang kena reject dengan mak mertua.


Tarikh : 8 & 9 Mac 2008
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : Lepas bersanding
Majlis : Outdoor Photoshoot
Situasi : Bukan gambar dalam album kawin, tapi gambar candid.













Dah tak larat nak taip lagi.Kang saya loya kang.Just letak je gambar outdoor tu.
Itulah serba sedikit aktiviti saya waktu dua tahun lepas.Cepat masa berlalu kan.Sekarang ni nak tambah sorang lagi.Alhamdulillah. Dua tahun, dua anak.Akhirnya tercapai jugak saya nak buat enrty ni sempena Anniversary saya yang Ke-2.Walaupun dah terlewat saya masih lagi terkenang saat manis sambut anniversay bersama suami dan Khayra.
Oh ye,selang 2 hari lepas anniversary,iaitu pada 10 Mac hari tu Birthday saya yang ke 18+10.Heee.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...