Hari Raya Aidil Adha hari tu,dua orang adik aku tak dapat balik beraya.Satu-satunya adik lelaki aku beraya kat rumah mertua dia kat Triang,Pahang.Lagipun disebabkan kejadian keguguran tu,adik aku hantar wife dia balik kampung terus.Adik bongsu aku pulak memang decide tak nak balik beraya.Ini semua SPM punya hal.Orang tengah struggle nak amik exam,takut fikiran melilau kat lembu yang kena korban lak.Hahaha.
Lagipun ramai member dia tak balik rumah.Diorang ada paper Bio hari Isnin.Mak aku pun tak kisah.Ala bukannya jauh sekolah dia.Kat Jasin je.Rumah kitorang ada lah dalam 30 minit perjalanan.So,lepas ayah solat Jumaat (hari raya hari tu kan jatuh pada hari Jumaat)baru kitorang bertolak beraya kat sekolah adik aku.Bawak lah segala macam ketupat,rendang,nasi beriani (ayah aku yang masak,serius sedap),acar,kurma daging,kek oren dan manisan.Yang pasti,takde satu pun yang aku masak.Huhuhu.Teruk kan.
Soalan pertama yang aku tanya ayat macam biasa lah :
"Anoi,target berapa 'A' SPM ni?"
Soalan aku dijawab dengan senyuman:
"Akak tanya A+ ke A- ke atau A je?"
Eh,sekarang soalan berapa A dah tak relevan lagi.Adik aku boleh tanya aku balik kategori A apa yang aku maksud kan.Dia target straight A.Silap soalan lah aku ni.Hahaha.Harap adik bongsu aku tu berjaya dengan cemerlang.Kak Long sentiasa mendoakan kejayaan Anoi.Moga tercapai cita-cita yang Anoi impikan selama ini.Amin.
Mak Su yang dah rindu dendam dengan Khayra.Dah lama dia tak jumpa.Sekali jumpa Khayra dah boleh jalan.Lagi lah geram Mak Su tengok.
Beraya kat MRSM TGB
Khayra dikerumun member-member Mak Su dia.Habis kena kelek sana-sini.Khayra memang sporting.
1st of all,saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.Ada sesiapa yang tak balik kampung beraya?Mungkin masing-masing ada sebab tersendiri.Yang pastinya Hari Raya adalah untuk makan ketupat dan rendang disamping menghayati pengertian "Qurban".Tahun ni saya belum diberikan rezeki lebih untuk buat korban.Niat tu memang ada...
Tukar penggunaan ganti nama "aku" pulak.Hehehe.
Hari ni insyallah,kami akan bertolak pulang ke Melaka lebih kurang pukul 3 petang karang.Aku dan hubby amik half-day.So,semua barang dah siap-siap packed dalam bonet kereta tu.Malam tadi aku tertidur awal.Dalam pukul 9 lebih.Kalau menyusukan Khayra atas katil,harus aku pun tertidur sama.Nasib baik aku terjaga pukul 2.30 pagi tadi.Mula-mula hubby bangun dulu,aku dah celik dah.Tapi rasanya amat malas sekali kalau packed barang untuk balik kampung.Virus ni dah lama menular sejak aku kat U dulu.Malasnya kalau kemas barang...Huhu.
Mula-mula iron baju nak pegi keja dulu.Pastu barulah sesi menyelongkar baju-baju nak balik kampung.Kebetulan ada kenduri kawin sekali.Terpaksalah cari baju yang glam sikit.Muahaha.Sempat gak la buat milo panas dan roti bakar (kaya+planta) untuk hubby.aku bedal freshmilk yang diwarmkan dengan sekeping roti.Lapau wei..
Mata aku ni dah start ngantuk balik.Dalam pukul 4 pagi aku ajak hubby tidur.Dia leka dengan FB dan fantacy football dia.TV bukak cerita bola.Bosan gue.Aku bukan apa,petang karang dia gak nak drive.Kalau ngantuk je,camne nak sampai rumah.Aku boleh je drive,tapi Khayra mesti nak ikut duduk dengan aku.Last-last aku tutup lampu,biar gelap sikit.Dalam 10 minit hubby tutup laptop masuk dalam beg (sebab nak bawak laptop tu balik kampung),kemas-kemas apa yang patut then tarik selimut macam aku gak.
Tapi fikiran ni asik terbayang, kalaulah kejadian blackout macam dulu tu terjadi lagi.Naya je.Tapi aku ada reason tersendiri tak bawak balik EBM aku balik kampung :
Aku pegi ofis dulu,susah untuk aku simpan kesemua EBM dalam cooler bag aku hanya boleh memuatkan dalam 4 botol + 2 ice pack.
Kalau EBM mencair,kemungkinan untuk Khayra minum jauh sekali.Khayra hanya minum EBM time aku pegi keja or aku takde bersama dengan dia.Harus EBM tu rosak macam tu je.
Aku berdoa semoga Allah selamatkanlah semua EBM dalam fridge aku tu.Sekarang musim hujan.Takut gak kalau-kalau blackout lagi.Ok lah kawan-kawan semua,Yang baik datang dari Allah,yang buruk datang dari saya (tukar penggunaan ganti nama).
Pandu berhati-hati."Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami KNR".
Kad Touch n Go yang banyak berjasa kat kitorang yang menggunakan Lebuhraya PLUS.
Disebabkan Mama Khayra tengah belajar photoshop,entri untuk minggu lepas baru la dapat publish.Sebab kena edit gambar dulu.Kata baru belajar kan.So,memang lembab sikit la nak mengedit.Terkial-kial lagi.Itu belum lagi papa ajar yang intermediate.Baru beginner.Boleh la labu..
Disebabkan hujung minggu hari tu papa busy dengan custom album,so aku pun ajak la adik yang duduk kat Cheras datang rumah ktorang kat Gombak.Tujuannya nak mintak teman keluar jalan-jalan.Tak nak ganggu papa buat kerja.Lagipun Khayra selalu kacau.Huhu.So,destinasi kitorang hari Sabtu hari tu pegi Jusco Wangsa Maju atau Alpha Angle.
Waktu ni Khayra taknak didukung.Peh,seronok betul dia dapat lepas.Merayap sana-sini.Aku tak larat nak kejar dia lari.Kang mau dia hilang kat celah orang ramai,nangis tak berlagu aku.Tapi tempat-tempat yang dilarang masuk pun dia redah je.Yang aku tak tahan,dia boleh feeling tengok gambar orang cium-cium kat area perfume tu.Alahai,anak mama...
Kitorang ni tak de tujuan sangat pegi situ.Dah nama berjalan-jalan,so kitorang pun jalan je la.Tak gi shoping langsung.Sambil-sambil tu tengok orang buat donut kat "Big Aple".Syok betul tengok orang celup-celup donut tu.Adik aku asik cakap "Kak,kalau senang camni,kita pun boleh buat."Iyo lah,akak nak pasni ko buat donut sebijik rasa macam kat "Big Aple" tu. Aku tapau untuk papa donut set 6 ketuiTapi yang pasti muka kitorang dah 4-5 kali lalu lalang kat situ.Muahaha.
Pas jalan-jalan,pastu duduk.Jalan lagi,duduk.Itu lah keja kitorang.Memang takde tujuan.Khayra dah start bunyik2.aku tau dah time susu dia.Pegilah cari nursing room.Takde rupanya.Aku bukannya selalu lepak kat situ.Tak familiar sangat.Pegi tandas,kot-kot ada tempat tersembunyi ke,takde gak.So,amik gambar la kitorang.
Kena jugak breastfeeding Khayra.Last-last kitorang lepak kat surau.Boleh lah Khayra menyusu dengan amannya.Tengoklah muka Khayra yang kekenyangan dengan susu mama dia.Comel!
Pukul 4 Mat Kacau datang bagi belon.Sebenarnya Khayra dah dapat dulu belon tu.Mama yang mengendeng kat akak yang tiup belon tu.Dapat la sebijik.Pastu time Mat Kacau bagi belon,tadah tangan lagi.1st belon adik aku pegang.Macam belum dapat pape lagi.So,Khayra dapat 2 bijik belon.Tak senonoh betul aku ni kan.Hehehe.Khayra bukan kenal sangat Mat Kacau tu.Tapi layan je.Khayra tengok sibuk perhatikan Mat Kacau.Dia bukan kisah berdiri sorang-sorang.Lagi dia yang pegi Kacau Mat Kacau ada.Haha.
Pic with Mat Kacau.Sebenarnya Mat Kacau yang nak amik gambar dengan kitorang.Muahahaha!
Mak Ngah belanja makan kat McD.Aku baru tau prosperity dah ada balik.Cepat betul.Raya cina bila ek?Tapi yang penting,Mak Ngah memang baik hati.Hehehe.puji ada makna ni Khayra tahan pedas makan curly fries tu.Banyak betul dia makan.Aku bagi suku je.Bbawak gak bekal bubur dari rumah.Nasib baik makan bubur dulu.Kalau tak,memang dia tak pandang.Licin curly fries tu Khayra kerjakan.
Masa balik,aku susukan Khayra lagi.Aku dah agak mesti dia tidur.Nak suruh adik aku drive,dia tak familiar sangat area situ.Pas Khayra betul-betul lena,aku pass Khayra kat pangku adik aku pulak.Tadi aku duduk kat seat sebelah driver.Bayangkan macam mana aku pass Khayra kat adik aku tu.
Balik rumah,hujan turun dengan lebatnya.Nasib baik sempat masuk rumah dulu.Papa dah rindu dendam dengan kitorang.Rasanya inilah pertama kali jalan-jalan papa takde.Khayra tidur sampai maghrib...
Hihihi..Bukan apa, dah final select blog template.Ok la kot.Rasanya kena mekap sikit-sikit.Gambar-Gambar Khayra setiap bulan lom tempek lagi.Kena cari balik.Hari tu buat back up save kat word, punya la pandai sekarang file tu tak leh import.Kena selongkar kat laptop kat rumah balik.
Sekarang ni aku tengah menimba ilmu berlajar photoshop kat En.suami a.k.a Mr.Papa. Almaklum Papa kan Graphic Designer.Dah lama dah Papa nak ajar.Sejak zaman bercinta lagi.Kira-kira dah 9 tahun offer,baru ni aku yang tergerak mintak Papa ajar.Lama ek.Ye lah,bercinta 8 tahun,kawin dekat 2 tahun.Ini pun aku berlajar sebab nak tacap gambar Khayra.Hehehe.Papa tepuk dahi.Ingat nak belajar betul-betul.
Oklah,aku ni amatur lagi,so kalau gambar tak cantik buat-buat tak nampak la ye.Sekarang ni jangan anggap gambar ditacap oleh Papa Khayra lagi.Awal-awal lagi En.Suami dah warning.Kang rosak reputasi dia.Ceh!Oh ye,kalau nak tengok sebahagian karya Papa Khayra boleh klik kat sini ye.Itu cuma buat time free je.Sekarang Papa Khayra berkhidmat dengan agensi kerajaan.Designer gak.Kadang-kadang amik job buat custom album kawin.Yang pasti,aku dan Khayra la sumber inspirasinya perasan.
Ni ha gambar yang comot aku tacap kat photoshop.Seriously aku memang zero.Tak tau pape pasal photoshop before ni.Pasni gigih belajar photoshop lagi.Tiba-tiba best plak mengedit gambar."Abang,assistant in da making akan berkhidmat tak lama lagi.Tungguu"Muahahaha!
click for enlarge Inilah hasil kerja aku yang comot.Itupun garu kepala asik tanya papa.
p/s :Eleh,benda simple pun nak publish dalam blog.
Bunyi macam bestnya je tajuk kat atas tu.Ni tengah survey mana-mana blog template yang cun.Skang ni temperory lagi.Rasa-rasa sepanjang terjebak dalam arena pemblogan ni (buleh ke eja camtu) dah 4 kali aku tukar template dan background. Yang terakhir yang ada bunga-bunga kat header.Santek.Tiba-tiba rasa sayang pulak tukar.Tu la gatal sangat tangan.Sekarang ni blog berjiwa kacau kejap.Tunggang-langgang.Nanti akan ku mekap cantik-cantik.Nasib baik dah buat back up.Gambar Khayra dan gambar masa aku jadi perantin akan ku tempek kemudian hokey.Dadaa.
Khayra genap 11 bulan hari ni. Ya Allah, tanpa ku sedari dah 11 bulan umur anak mama ni dan 11 bulan la aku bergelar mama.Alhamdulillah.Tinggal sebulan je lagi Khayra nak setahun.Detik-detik kelahiran Khayra telah aku catatkan dalam entri ini. Mama berdoa agar Khayra diberi kesihatan yang baik, jangan nakal-nakal dan bijak dalam semua hal. Insyallah.
Khayra berusia 1 hari.Merah lagi.
Duka
Dalam pukul 11 pagi tadi,emak aku call.Nak informkan yang adik ipar aku keguguran.Adik lelaki aku menangis-nangis bila call emak bgtau yang baby dia mati dalam perut. Sedih aku dengar.Adik ipar aku - Liza - baru pregnant 13 weeks.Tapi dah tersurat yang diorang takde rezeki.Aku ingat lagi,adik aku - Zul - botakkan kepala bila wife dia pregnant.Memang adik aku teruja.Aku pun tumpang seronok.Aku dah mula berkempen fully bfeeding kat Liza.
Tapi,hari ni bila diorang pegi monthly check up and scan,doc cakap janin dah takde.Rupanya uri lagi besar dari janin.So,janin tak dapat oksigen secukupnya.Doc bgtau yang janin dah takde sejak 3 minggu lepas.Subhanallah. Esok,Zul bawak balik Liza ke Temerloh (rumah Mak Ayah Liza).Diorang dok Klang.Pegi hospital dan boleh terus kebumikan janin tu.Harap adik aku dan my SIL tabah.Semuanya ada hikmah.Kemungkinan kalau baby tu hidup,dia tak normal.Allah dah tentukan rezeki masing-masing.
Sekarang ni kalau offer Khayra berjalan harus dia tak tolak.Kejap je berdukung,lepas tu kaki dah getik melonjak-lonjak nak turun.Dalam umur 10 bulan setengah ni,kaki Khayra bertambah kuat.Jalan dah tak jatuh lagi.Alhamdulillah.Kat rumah selalu ajak mama main kejar-kejar.Huhu.
"Tak main la stroller lagi mama.Tak anak dara la macam ni"kata KhayraBerdating dengan sang jejaka sambil berpegangan tangan.Jeles I.
Makan apa tu syg?
Mama yang tak larat tunggu anak dia berjalan terkedek-kedek.Terus angkut.Baru cepat sikit.
Patutnya amik gambar anak.Tapi mama yang hover.Muahaha.
Hai semua.Berjumpa lagi kita.Mesti ramai yang tertunggu-tunggu entri terbaru daripada saya kan.Harap anda tidak marah.Eh,eh.Kenapa dengan Mama Khayra ni?Perasan sangat. Macam la ada orang baca blog ni.Hahaha.Mama Khayra dah bengong.Oklah,kalau takde sesiapa yang baca pun,ini hanya sekadar berkongsi pengalaman.
Hari tu kat
entri ni, Kak Salwa ada bertanyakan petua aku camne nak perbanyakkan susu badan.Hmm..petua ye?Mungkin kalau nak ikutkan bukan lah petua sangat pun.Sebab kalau petua tu macam amalan orang tua-tua.Agaknya kot.Macam tu lah aku iktiraf petua. ntah apa-apa yang aku taip ni Selalunya aku banyakkan minum dari makan. Kalau makanan,aku banyakkan sayur-sayur hijau. Oklah,disebabkan entri ni bertajuk Minuman Wajib Untuk Mama, meh kita tengok apa yang Mama Khayra tiap-tiap hari minum.
HL Fresh Milk : Minuman wajib dari aku pregnant sampai la sekarang.Aku tak minum Anmum ke,Enfamama ke,tapi yang ni la aku tala sampai berkotak-kotak.Tak percaya tanya En.Suami. Hehe.Dulu masa pregnant aku minum flavor strawberi, suka sangat.Mungkin disebabkan pembawakan baby girl kot. Sekarang ni minum fresh milk biasa. Yang penting sekali mesti brand HL.Sedap tau.Setiap pagi before pegi keja mesti minum segelas.
Nesvita + Oat 3 in 1 : Ni minuman kat ofis.Campuran dua perasa.Tahu kan Quaker Oat ada keluar minuman 3 in 1? Kalau tahu bagus lah.Hihi.Aku suka yang vanilla.Campur dengan nestum.Fuh,sedap tau minum panas-panas.
Milo / Milo + Oat : Air milo memang kegilaan dari sejak aku berpantang sampai la sekarang. Ingat lagi,masa berpantang kat kampung,tak boleh makan berat-berat.Mak suruh aku minum milo cicah biskut.Masa tu makanan ni la paling sedap aku rasa. sebab makanan best-best yang lain tak boleh bedal,pantang.Huhu Disebabkan itu,dah jadi minuman feveret pulak.Kat rumah mesti ada satu balang milo.Kalau tinggal setengah,gigih membeli untuk dijadikan stok.Bekas milo tu mesti sentiasa penuh.Hehe,tamak kan?Sama jugak dengan oat.Aku beli Quaker Oat Instant.Plastik dia kaler merah.Kalau tak minum milo begitu sahaja,aku minum campur dengan 3 sudu besar oat. Memang oat ni menggalakkan pengeluaran susu badan.
Eh,macam mana gambar ni terselit ni.Ini bukan minuman ye.Ni spageti masak hari tu.Hehe.Yang biji-biji tu bukan bijan ye puan-puan.Itu adalah grated cheese. macam la orang tak tahu
Oklah,itu je lah minuman aku sepanjang hari.Mungkin dengan niat untuk menambahkan susu badan membuatkan susu sentiasa ada.Alhamdulillah,Kadang-kadang kita kena jugak guna psikologi.Mind cakap susu badan akan tambah dengan pemakanan macam ni atau macam tu.So,lama-kelamaan susu akan mula bertambah.Macam itulah yang aku amalkan sekiranya production susu aku mula merudum.Dengan niat nak beri Khayra yang terbaik,aku setkan dalam fikiran yang susu aku banyak.Aku insan biasa.Tak semestinya susu aku sentiasa penuh.Ada juga waktu-waktu sukar.Dengan cara pemakan dan minuman yang betul,Alhamdulillah,susu sentiasa ada.Itu lah sahaja pengalaman sepanjang 11 bulan aku menjadi fullybreastfeeding mama.Bak kata Kak e-caR, "Sharing is Caring and Loving".
Sekarang ni aku dah start perah susu pakai tangan je.eh,itupun nak cerita kt orang ke? Aku dah tak guna manual breast pump Anakku lagi.Macam aku cerita kat entri ni.Kadang-kadang je guna.Rasanya pakai tangan dapat banyak kot.Harap pruduction aku tak merudum.
Hasil perahan guna tangan.Alhamdulillah.Masih konsisten.
Kalau nak seribu daya,tak nak seribu dalih.Semoga Khayra kekal mendapat khasiat susu mama sampai umur 2 thn ye sayang. Insyallah...
Hari ini Khayra dah berumur 10 bulan 2 hari. 19 Oktober hari tu semasa Khayra genap 10 bulan,dia dah pandai berjalan. Kalau entri hari tu aku ceritakan dia tengah tengah rajin bertatih sendiri,sekarang ni dah laju berjalan.Kalau kat rumah,asik tawaf seluruh hall.Pastu bawak En.Mickey jalan-jalan. Eksyen sekarang,dah taknak mama&papa pimpin tangan dia.Cewah!
Banyak yang Khayra dah pandai buat.Alhamdulillah.Tapi aku tak nak sebut satu-satu apa yang dia dah pandai.Rasanya tak perlulah aku memberitahu khalayak setiap apa yang dah boleh buat dan masa umur dia berapa.Cukuplah sekadar catatan biasa.Overall dia anak yang cerdik.Dan aku juga seperti ibu-ibu yang lain merasa bangga dengan setiap perkembangan dan kejayaan anak.Dan yang paling aku bangga sekali,Khayra pandai berjalan masa umur 10 bulan tanpa bantuan walker! Syukur alhamdulillah.Memang itulah yang kuharapkan.
Gambar ni masa Majlis Sambutan Hari Raya ofis papa Khayra 17 Oktober hari tu.Lagi 2 hari Khayra nak 10 bulan.Buat kat Restoran Nelayan,Tasik Titiwangsa.Masa ni Khayra still bertatih lagi.Memang macam tu la stail tangan Khayra bila berjalan.Belum boleh lurus lagi.Ooops!Off topik sat,nampak tak hadiah kat belakang tu.Tu hadiah kitorang dapat tau.Doorgift,Lucky draw,Pasangan Glamor (1st Prize) dan Baby Glamor (1st Prize).Rezeki ktorang anak-beranak.Rasanya biasa-biasa je.Hehe.
Ingat tak lagi entri aku pasal susu aku rosak tu?Kalau ada yang tak ingat,boleh klik sini ye. Sekarang ni aku still lagi pumping susu.Tapi aku dah fobia nak buat stok banyak-banyak.Takut pisang berbuah 2 kali.Cewah!Sehari sebotol aku collect.Ok la tu.Asalkan aku ada stok nak buat bekal Khayra ke taska.Khayra akan minum 5oz susu kat taska.Tengah hari aku direct feed je.So,setiap hari sebotol aku bekalkan,sebotol jugak aku dapat buat stok.Outpun sebotol,input sebotol.Dulu aku rajin mengepam.Sekarang ni sekali sehari.Hehe.Setakat ni production masih lagi tak mengecewakan.Alhamdulillah,syukur pada Allah bagi rezeki ni pada aku dan Khayra :)
Hanya ada 6 botol stok aku simpan dalam fridge.Ini pun dah syukur Alhamdulillah.
Gambar selingan : Detik-detik EBM aku nak dihumbankan dalam singki.Sayu je tengok susu yang aku perah hari-hari kena buang macam tu je.Kalau tak disebabkan rumah aku blackout,tak jadi la tragedi ni tau.Huhuhu.
Siapakah si kecik yang tengah berdiri sambil pakai topi besar tu?Ala siapa lagi kalau bukak cik kak kita Khayra.Saja nak share gelagat Khayra kat taska.Semalam masa aku datang,pihak taska dapat alatan permainan baru.Ada macam-macam permainan.Ada set baju polis dan bomba.So,Khayra orang pertama merasmikannya.Mari kita tengok gaya Khayra jadi penyelamat.Hahaha.
"Ada sesiapa yang terperangkap ke? Saya datang nak membantu ni.Aunty semua jangan panik ye.Tarik nafas pelan-pelan.Alamak,pintu ni besar sangat la.Nak tolak pun saya tak larat." kata Khayra sambil memerhatikan aunty-aunty yang tengah menyusukan baby kat dalam.
"Susah rupanya nak jadi penyelamat ni ye.Takpelah,bagi saya besar dulu.Nanti saya dah besar minum susu mama saya,baru saya tolong ok"
Anak daraku sekarang dah menampakkan ciri-ciri seorang anak gadis yang rajin. Khayra memang suka mengemas.Mama dia ni tak payah nak memenatkan diri mengemas rumah sekarang.Ialah,kalau aku kemas je,akan berlaku lah transformasi dari Khayra.Huhuhu.
Tengok je la anak dara ku ini.Gamaknya memang suka aku menangis hari-hari tengok rumah bersepah.Dulu,lepas Khayra habis mengemas, aku tolong lah kemas balik.Sekarang ni jangan harap la.Rumah aku dah jadi dekorasi yang paling indah untuk dilihat.Sekejap je Khayra dah tolong aku deko,deko,deko!
Tengoklah betapa indahnya perhiasan rumah aku tu.Semua majalah aku dah kena kirai.Bukan tu aje,siap koyakkan lagi ada.Nampaknya sasaran tengah leka mengemas.
Wah!Wah!Kusyuk sangat nampaknya cik kak tu ye.Habis majalah Pa&Ma aku.Khayra memang suka tengok muka baby.Lagi dia tunjuk-tunjuk pastu...zasss,kena koyak.Sob..Sob..
Tengok tu,lagi nak mempamerkan senyuman yang menawan macam ratu.Konon-konon nak suruh aku bangga la dengan kerjaya yang dia tengah buat tu.Takpe-takpe,mama bangga apa yang Khayra buat.Huhuhu."Hai mama.Tengoklah apa yang Khayra buat nih.Bestkan.Meh la mama join sekali.Seronok tau.Khayra boleh sepah-sepahkan semua majalah mama dengan mudah sekali.Tengok Khayra buat,amik satu-satu tau.Lepas tu kita buang kat lantai,jangan lupa selak majalah tu, then kita koyakkan!..Yahoo."kata Khayra dengan muka manisnya.
"Ok lah mama,Khayra nak teruskan kerjaya Khayra ni.Khayra ada target untuk hari ni.Nampaknya banyak lagi majalah yang nak disepahkan ni."kata Khayra dengan muka seriusnya.
Sepatutnya aku kena ubah tempat majalah tu.Letak tempat yang Khayra tak boleh capai.Tapi kalau balik rumah,hati ni mesti cakap,nanti la dulu alihkan.Sudahnya,makin hari majalah aku abis kena carik-carik.Nanti lah ye.Mana tahu hujung minggu ni kesedaran mengemas satu rumah tu ada.Boleh aku kemas sekali apa yang patut.Tak dapatlah Khayra meneruskan kerjaya yang mula mengembang tu.Hehehe.
Waduh,dah bersarang blog aku ni nampaknya.Lama tak hapdet.Macam biasalah, lappy tak baik-baik lagi.Nak kena tunggu beli baru kot harap-harap papa baca la harapan mama Khayra ni..hehe.So,memang jarang nak hapdet story.Banyak yang nak post,tapi ku pendam aja.Huhu.
Tapi disebabkan dorongan dari Pn.Naz kita yang dah lama tak dengar citer Khayra,aku pun memenuhi la hajat Naz itew.Ibu Rikazz ni memang rajin hapdet citer anak bujangnya.Mama Khayra ni je yang ada penyakit "M".Takpe,lagipun aku memang nak hapdet pun citer perkembangan Khayra.Ingatkan takde peminat,rupanya ada.Hehe.Jangan marah ye Naz Akak
gurau je :)
Orait,jom kita tengok apa yang Khayra dah boleh buat sekarang ni.Khayra dah start melangkah 4-5 tapak.Tapi sebelum tu,aku just nak bagitau yang aku memang tak belikan Khayra walker.Aku memang dah berniat 3 perkara masa mengandungkan Khayra.No Formula Milk,No Walker,No Buaian.Setakat ni Alhamdulillah,aku still fully breastfeding.Buaian pulak memang Khayra pakai masa umur sebulan lebih.Itu disebabkan hadiah dari Ibu aku masa kenduri cukur jambul Khayra dulu.Slowly aku ajar Khayra tidur kat tilam.Disebabkan itu,Khayra guna buai sampai umur dia 4 bulan je.Memang senang kalau baby dah tidur kat tilam.Takde la bergantung kat buai je.
Then,citer pasal walker.Aku memang suka kalau Khayra berdikari dari kecik.Memang aku nampak Khayra memang cepat.Meniarap masa umur 3 bulan,menyalar 4 bulan dan merangkak masa 5 bulan 2 minggu.So,aku tak tergesa-gesa nak belikan walker.Aku tahu kemampuan Khayra.Selain bagi dorongan,aku tengok Khayra rajin meneroka apa yang dia lihat.Dia berusaha sendiri macam mana nak bangun,berdiri tegak dan melangkah.Aku seronok dia buat semua tu tanpa bantuan walker.Mungkin disebabkan dia tiada bantuan itu,Khayra memang rajin.Selalu buat.Kalau jatuh,dia bangun lagi.Dia tak mengalah.Nak jugak.Aku ada jugak terbaca ada blogger yang tak bagi baby dia walker.Mummy tu ada alasan lain.Boleh tengok kat blog Munira ye tiba-tiba tak boleh link tajuk pulak
Khayra mula melangkah masa umur dia 9 bulan 6 hari.Sekarang ni masih lagi lagi bertatih.Cukup rajin.Tapi sekarang ni mama dia pulak runsing.Aik,nape pulak runsing kalau anak dah start berjalan? Bukan apa,kalau Khayra dah berjalan tegap,dia kena pindah kelas kat taska tu.So, that means,Khayra kena bercampur dengan baby-baby yang tua dari dia.Takut kena buli.Kebanyakan baby yang dah boleh berjalan dalam kelas tu berumur 1-2 tahun.Khayra 10 bulan pun tak sampai.Lagipun Khayra cukup rapat dengan pengasuh dia sekarang.Pantang pengasuh dia hilang dari pandangan,memang la dia menangis.Lepas ni kalau pindah kelas,kena tukar pengasuh pulak.Harap Khayra serasi la nanti.
Ok lah,asik bercerita je,mesti orang boring.Ni ada gambar Khayra yang mula bertatih.Enjoy!
Iron board tu kena lipat.Kalau tak,Khayra buat tempat berpaut.Kang jatuh susah.Tapi sebenarnya dah pernah terhempap dah.
Tatih.Tatih.4 langkah ke 5 langkah,pastu jatuh.Berdiri.Tatih balik semula.
Sekarang tatih bawak Mickey.Bestfren Khayra.Mana-mana pun mesti bawak.
O bawak atas tilam rupanya.Lepas ni memang merata la En.Mickey tu berjalan.
Ni gambar kat taska.Kemain lagi tunjuk skil.
Sambil bertatih mari kita tepuk tangan.Memang suka kalau cakap "Pandai".Nanti Khayra pun tepuk tangan.
Balik dari taska.Dah busy suruh papa turunkan dia.Nak berjalan la tu.Selalunya papa dukung.
So,itulah serba sedikit perkembangan Khayra.Harap lepas ni aku rajin la mengepost blog.Asik baca citer orang je.Hehe.
Pagi raya Khayra bantai tido lagi.Malam sebelum tu Khayra meragam.Sian Khayra demam.Panas badan dia.So,dah bagi makan ubat,jadinya Khayra syok tido sampai pagi.Rupa-rupanya Khayra nak tumbuh gigi.Baru keluar sebatang.Hihi.Orang lain dah berbatang-batang dah gigi.
Papa tengah siap-siap pakai baju raya.Aku pun tengah siap ni.Tapi takde la nak enterframe kan.Belum pakai tudung lagi nih.Lepas kitaorang siap,baru aku bermaaf-maafan dengan hubby.Nangis-nangis.Hubby buat lawak pulak.Tapi lepas tu serius balik.Segala salah silap aku & hubby berterus terang masa tu.Sedih pulak.Lepas abis bermaafan dengan hubby,baru aku bersiap pakai tudung and mekap.Sorry gambar tak enterframe skali.
Eh,Khayra dah bangun.Masa ni dalam area pukul 7 pagi.Memang rutin family kitorang pagi raya bangun awal.Ayah lagi awal siap.Lepas ayah solat subuh,ayah aku dah tunggu kat kerusi feveret dia.Tunggu semua siap.Ada sesi bermaaf-maafan.
Masa ni tunggu lagi adik aku Kakngah dan Anoi siap.Ape lah diorang ni.Mesti lambat tiap-tiap tahun.Sampai ayah kena panggil.Tahun ni Khayra pertama kali beraya.Atuk dengan nenek lagi excited bila Khayra dah ada.Bila semua orang ready,ayah bagi tazkirah sikit.Syukur sebab kita dapat sambut lagi Aidilfitri tahun ni.Alhamdulillah tahun ni semua adik-beradik aku dapat berkumpul.Abg Uda beraya pertama kali sebagai suami.
Selepas emak mintak maaf dengan ayah,aku sebagai anak sulung memulakan mintak ampun dengan atuk dan nenek Khayra.Syahdu masa tu.Lepas tu diikuti dengan Kak Ngah,Abg Uda,Anoi,Hubby dan akhir sekali my SIL.Nasib baik masa tu Khayra tak meragam.Khayra jadi pemerhati je la.
Aku dan SIL (Liza) saling bermaafan.Tak sedar papa snap gambar ni.Ktorg bermaafan pulak adik beradik.
Lepas tu acara wajib tiap-tiap tahun dari aku kecik sampai la dah jadi mak orang ni,sesi bergambar kat ruang tamu.Memang itulah tempatnya time amik gambar.Agak-agak kalau aku kumpul gambar tempat yg sama tiap-tiap tahun mesti dah berpuluh-puluh ni.Cuma orang je bertambah.Sofa still sama dari dulu.
Atuk,Nenek dan Khayra.Tahun depan ayah dan mak aku nak dapat cucu baru.Insyallah.Khayra dapat sepupu nanti.
Sesi bergambar di studio.Lengkap sudah family aku.Sekarang ayah dan mak ada seorang cucu dan dua orang menantu.
Selingan gambar Raya 2007.Masa ni aku dan adik aku single lagi.Kitorg 4 beradik.Ikut turutan dari belakang,4th (Anoi), 1st (Aku), 3rd (Abg Uda) dan 2nd (Kak Ngah).Adik aku yang lelaki tu kawin dulu.Langkah Kak Ngah.Takpelah,dah jodoh.
Ku ialah isteri kepada En.Khairul Nizam dan Mama kepada our beautiful daughter Khayra Nur Rania...Duduk rumah jaga Khayra yg semakin aktif explore kebolehan dia...hehe..i'm proud being a fully breastfeeding mama,Khayra tak minum susu lain selain susu mama dia :)