Foremilk and Hindmilk

Kawan-kawan yang menyusu badan biasa tak dengar foremilk dan hindmilk? Biasanya orang panggil susu awal dan susu akhir. Kalau nak mudah orang-orang tua panggil air minum budak dan makanan budak.Itulah yang saya nak cerita.

Kat opis saya kebanyakkan staf adalah perempuan dan anak anak dara.Setiap kali sesi mengepam, anak-anak dara ni kemain berminat nak tengok camne saya pam.Err,takdelah saya tunjuk direct B saya ni.Sambil-sambil pam, biasalah mesti dok berborak. Sorang anak dara tu tanya saya "Kak, mak saya kata belah kanan ni air belah kiri ni makanan. Betul ke kak?" Emm,saya dah biasa dah dengar soalan-soalan macam tu.

Oklah, mari kita cek apa betul ke susu belah kanan minuman dan belah kiri makanan.

Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).Apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair (mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yang berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.

Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.Oleh itu, pastikan ibu-ibu membiarkan bayi menghabiskan sebelah payudara sepenuhnya dan tidak bertukar ke payudara yang satu lagi untuk memastikan bayi mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk tersebut.Sumber saya amik kat sini.

Ini contoh susu awal (cair) dan susu akhir (pekat).

Yang ni pulak original susu awal dan susu akhir yang saya perah petang semalam. Boleh nampak perbezaan yang pekat dan cair.Betul,perahan ni untuk sebelah breast sahaja.

 Ada demand ada lah supplies.Saya ada 2 demand,so supplies kena buat stok banyak. Dua orang budak ni lah yang demand menyebabkan saya mewah dengan susu,alhamdulillah syukur.

Cakap orang-orang tua ni kadang-kadang ada yang tak betulnya. Tapi kita yang faham,kena lah bagitau dengan lembut dan jelas. Jangan sampai orang tua kecil hati. Pada diorang,kalau anak masih tak kenyang sebab bagi kat breast yang salah. Kena tukar yang belah makanan pulak. Tapi hakikatnya kalau kita start yang kanan dulu, pastu bagi yang kiri ataupun yang kiri dulu pastu bagi yang kanan, anak cuma dapat hilangkan haus dan dahaga je la. Proses susu nak bertukar jadi hindmilk terbantut sebab baby dah bertukar breast.Oklah, sharing is caring and loving. Babai.

Dating Dengan Abang K

Semalam pegi dating berdua dengan Abang K.Dating kat Klinik Kesihatan Ayer Keroh. Since papa kerja ulang-alik Melaka-KL-Melaka ni saya memang dah kena beli kari eh berdikari.Semalam ulang bulan abang K yang ke 4 bulan.Nasib baik tak kena cucuk. Sebabnya jenuh menunggu turn kat situ. Bukannya ramai pun.

Saya ingat datang lambat-lambat, orang dah takde boleh lah check up dengan cepat. Tapi yang hampehnya bilik untuk check up dikurangkan kepada 2 bilik je. Kalau awal-awal tadi ada 4 bilik, dah tinggal 2 bilik memang la sangap jadinya.Pukul 1 jugak baru setel hanya untuk check up.

Abang K steady je. Just dah tengah hari Abang K dah rimas, suruh mama dukung. Kesian Abang K nak tido. Yang penting Abang K naik sekilo lagi. Dari 6.04kg kepada 7.06kg untuk 4 bulan.
 Just You and Me
 Tido sudah. Masuk kereta terus lelap. Kesian Abang K
 Kening nak berkerut
Tanganku depang. Sungguh lena kurasakan.

Lepas tu terus hantar Abang K balik taska balik. Saya sambung kerja.Bulan depan kita berdating berdua lagi ok. Sayang Abang K.Mmuuah!

p/s : Kenapa saya tak boleh komen kat page saya sendirik? Saya nak komen kat entri dilema, tapi dapat lepas 1 komen je. Pastu tak buleh.Kat page orang lain pun saya tak buleh komen. Oh!apa salah ku?

Dilema

Entry kali ni adalah luahan hati seorang emak budak. Bukanlah bertujuan untuk membangga diri atau sewaktu dengannya. Hanya berkongsi cerita tentang suka-duka Aku dan EBM <---- novel terbaru, dapatkan dipasaran sekarang.

Untuk sesiapa yang baru mengenali diri saya, saya adalah emak kepada dua orang budak, iaitu Khayra Nur Rania (2 tahun 1 bulan) dan Khair Amsyar (nak masuk 4 bulan).Dua-dua budak ni alhamdulillah masih menyusu  badan dengan saya. Iya, betul Khayra pun masih menyusu dengan saya. Khayra fully bf dengan saya time kat rumah. Cuma kat taska je minum susu formula. Itupun minum sikit je.

Khair pun saya tempatkan di taska yang sama dengan kakak dia. Baru ni je Khair dapat masuk taska. Awal bulan Januari hari tu baru ada kosong. Kalau tak, Dak Adik saya tinggalkan kat rumah pengasuh satu taman. Masalahnya sekarang, Khair Amsyar ni susah nak minum EBM. Kalau saya bagi 2 botol, sebotol lagi memang tak terusik. Dak Adik lebih rela tungu saya datang taska waktu lunch. Kalau tak sempat datang, dia takde pilihan kena minum gak. Tapi bergaduh besarlah dia dengan pengasuh. Mengamuk je la.

Dia bukan tak tahu tempat kerja mak dia dengan taska bukan dekat. Adalah dalam 4km pergi balik.Kena tempuh traffic light lagi ada.Pukul 10am memang tak sempat nak jengah.Waktu lunch hour wajib pergi taska menyusu kan anak teruna saya tu.Yang merunsingkan saya (sambil kerut dahi), saya makin malas nak mengepam susu. Adakah disebabkan kekangan masa? Atau busy dengan kerja-kerja ofis? <--- soalan yang agak sama di situ T__T

Setiap kali pam, alhamdulillah saya akan dapat 2 botol penuh. Saya akan pam 2 x sehari. Jumlah yang saya dapat tuai setiap hari ialah 4 botol. Tapi disebabkan Khair Amsyar hanya minum sebotol sehari, ada belen 3 botol tiap-tiap hari. [2 x 2 - 1 = 3] haa amik ko siap bagi jalan kerja lagi. Disebabkan itulah, freezer kat rumah saya dah hampir takde ruang lagi nak simpan EBM. Sekali lagi saya nak nyatakan, statement ni bukan nak membangga diri - _ -

Mula-mula simpan EBM, cantik je tersusun guna botol. Sekarang ni penggunaan botol tak efektif lagi. Saya guna liner bag untuk selit-selit ruang mana yang kosong.Ruang untuk simpan stok makanan pun setiap hari dah kena curi space dia. Tapi kena reservekan ruang nak bekukan balik chiller yang ada 4 ketul tu.Nanti macam mana nak masukkan EBM dalam cooler bag kalau takde chiller kan. Almaklum, fridge saya takdelah sebesar mana.Sekejap je ruang dah penuh.

Masalah problem tu membuatkan hati saya terdetik "Ala, takyah pam lah. Kang Khair bukan minum banyak. Perah banyak-banyak pun ruang dah takde.Pam sekali je lah" Boley gitu.Hati ni (hati lagi) memang lah teringin nak cari deep freezer.Tapi kaan, budget takde lor.Huhuhu. Camne tu kawan-kawan?Saya dah banyak kali tukar botol dan teat supaya Khair selesa menyusu. Dari yang semahal-mahal sampailah yang murah. Khair tetap demand nak direct feed je.

Selalunya EBM yang lebih (walaupun bekalkan sebotol,tetap ada lebih yang tak abis) saya terpaksa buang macam tu je.Setiap kali buang, saya berdoa pada Allah supaya diperbanyakkan lagi susu badan saya. Saya tak berniat nak buang EBM ni. Pernah gak saya bagi Khayra, mintak maaf cakap, si Kakak tu lagi demand. Tengok susu dalam botol je terus reject. Saya dah berapa kali cakap susu ni sama je, susu mama jugak. Siap tolak dengan tangan. Sedey.

Alhamdulillah, walaupun begitu, susu badan saya masih lagi murah dan banyak. Mungkin disebabkan Khayra dan Khair selalu tandem dengan saya. Khayra panjat atas badan saya sambil menyusu, si adik menyusu tepi, dan saya baring dengan relax. Seronok tengok adik beradik ni menyusu sambil bertentang mata.

Sekarang ni, saya tak tahu adakah teruskan pum 2x sehari macam biasa, kurangkan sekali atau beli DF? Mungkin beli DF tapi kalau Khair still demand sebotol sehari, macam mana tu?


Simpanan EBM saya yang dah kacau bilau. Hari tu ada simpan ikut sistem. Sekarang simpan ikut mana ada ruang, di situ ada EBM.


Kat poket pun saya kena selit gak. Kalau tak kat mana lagi saya nak simpan.Huhuhu.

Close up.Kadang-kadang kalau bukak pintu freezer ada je botol EBM yang jatuh. Sebab dah terlebih dari sasaran.

Kat dalam ni pun jadi. Memang takde harapan nak simpan ais.

Sekali lagi saya mohon pandangan kawan-kawan kalau sudi bagi pendapat. Sharing is caring and loving.

p/s : Kalau ada yang nak let go DF area Melaka do contact me :)

Saya Tak Bau Apa-apa Pun

Tolonglah incik flu. Tolonglah pergi berkhemah kat tempat lain. Jangan lah berkhemah lagi kat dalam hidung saya ni. Dah dua hari saya tak dapat cium bau anak-anak saya dengan bapak anak-anak saya tu tau.Diorang tu entah wangi ke, busyuk ke, masham ke, saya pun tak tau. Ini semua disebabkan incik flu yang rasa-rasanya dah melekat sampai likat dan pekat sehingga saya nak bernafas pun susah.Memanjang je tersumbat.Huhuhuhu.

Oklah, meh kita tengok info selsema yang saya google ni :

Demam selsema


Apakah itu demam selsema?


Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.


Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.


Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?


Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.

Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.

Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
  • Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
  • Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
  • Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
  • Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
  • Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
  • Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.
Gejala-gejala yang lain :


  • Mata rasa kepanasan sedikit
  • Hilang deria bau dan rasa.
  • Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
  • Demam.
  • Sakit-sakit badan.
Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.


Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.


Apakah komplikasi demam selsema?

Kadangkala demam selsema melarat menjadi sesuatu yang lebih serius, terutama apabila berlaku jangkitan bakteria lain (jangkitan yang bertindan) seperti:


  • Jangkitan di bahagian telinga tengah (otitis media)- kerap berlaku pada kanak-kanak apabila jangkitan merebak dari rongga hidung ke telinga tengah.
  • Sinusitis- jangkitan merebak hingga ke sinus.
  • Pneumonia- jangkitan merebak melalui saluran udara hingga ke paru-paru.
Risiko

Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk (atau komplikasinya). Ini termasuklah mereka yang:
  • Kekurangan zat makanan.
  • Letih dan berasa tidak sihat
  • Susah hati.
  • Warga tua.
  • Pesakit yang sistem pertahanan badannya ditekan seperti mereka yang sedang menjalani rawatan radioterapi.
Pencegahan

Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
  • Selalu membasuh tangan dengan bersih.
  • Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
  • Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
  • Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
  • Jangan menggigit kuku.
  • Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin
  • Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
  • Makanlah makanan yang seimbang.
  • Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
  • Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
  • Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
  • Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.
Pengurusan sendiri

Masa merupakan satu-satunya penawar demam selsema. Bagaimanapun, sesetengah perkara boleh dilakukan bagi membuatkan anda rasa lebih baik dan selesa.


Di sini disenaraikan beberapa petua untuk melawan demam selsema:
  • Berehat di katil.
  • Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam ketika anda melawan penyakit ini.
  • Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas.Ia boleh menggalakkan/melancarkan rembesan saluran pernafasan, dengan itu dapat membantu penyingkiran dan pembersihan lendir dan kahak oleh silia (rerambut dalam rongga pernafasan yang menolak bahan buangan).
  • Menghadkan aktiviti, terutama semasa penyakit sedang teruk. Ia dapat mengurangkan penyebaran virus kepada orang lain.
  • Meminum banyak air
  • Minum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan).Lendir akan mengalir dengan bebas dalam badan yang cukup cecair dan menolong anda mengelakkan jangkitan atau pulih daripadanya.Virus sukar menjangkiti tisu yang sihat dan lembab berbanding tisu yang kering.
  • Berkumur-kumur dengan air garam yang suam.Untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.
Bila anda perlu menggunakan produk/ubat-ubatan yang boleh diperolehi di kedai?


Ubat-ubatan yang digunakan bagi demam selsema adalah bertujuan untuk memperbaiki/melegakan gejala-gejala yang timbul sementara sistem pertahanan semula jadi badan diaktifkan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan penyakit. Jadi anda tidak memerlukan antibiotik yang sebenarnya tidak dapat membunuh virus.


Jika anda melakukan rawatan sendiri - ketahuilah gejala-gejala yang anda rawat, jenis ubat yang digunakan dan bagaimana ia bertindak. Pegawai farmasi boleh membantu anda memilih rawatan yang bersesuaian dengan gejala.

Dekongestan


Hidung tersumbat adalah suatu masalah biasa yang merengsakan (mengganggu) semasa demam selsema. Tidak hairanlah, Dekongestan termasuk dalam sediaan ubat-ubatan demam selsema di pasaran.

Ia dapat meredakan penyumbatan atau bengkak pada saluran hidung, dengan itu melancarkan pernafasan.

Antitusif dan Ekspektoran

Ubat batuk bertindak dengan menjadikan batuk anda lebih produktif iaitu mengeluarkan kahak atau dengan mengurangkan batuk yang kering dan menyakitkan.


Untuk mengurangkan kekerapan batuk anda buat sementara waktu, anda boleh memakan ubat penahan batuk. Ubat-ubatan ini yang juga dikenali sebagai antitusif (penahan batuk) bertindak terus ke atas pusat batuk di dalam otak.

Ekspektoran adalah sejenis ubat batuk yang mengandungi Guaifenesin, iaitu bahan yang bertindak melancarkan perjalanan lendir di dalam saluran pernafasan. Hasilnya Ekspektoran dapat menolong melapangkan saluran pernafasan dari bahan-bahan yang mengganggu.


Antihistamina

Agen-agen Antihistamina ini dapat melegakan gejala-gejala seperti bersin, hidung dan mata berair yang biasa dikaitkan dengan demam selsema.

Ia dapat mengurangkan perembesan lendir dan membantu penghidap demam selsema berehat.

Analgesik/antipiretik

Sakit otot, sakit kepala dan demam yang kadangkala terjadi semasa demam selsema boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat-ubatan yang dibeli di farmasi.

Parasetamol ialah agen antipiretik yang berkesan dan digunakan dengan meluas.

Aspirin sepatutnya tidak digunakan untuk merawat penyakit demam di kalangan kanak-kanak atau remaja. Ini kerana aspirin dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit Sindrom Reye.

Sindrom Reye ialah penyakit yang serius, tetapi sangat jarang berlaku. Ia lazimnya terjadi di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 3-12 tahun. Ia boleh menjejaskan semua organ badan, tetapi selalunya mencederakan otak dan hati.

Vitamin C

Vitamin C mungkin dapat mengurangkan jangka masa atau keterukan gejala-gejala yang berlaku, tetapi tiada bukti yang jelas mengenainya.

Berjumpalah doktor sekiranya....

Demam selsema biasa yang anda hidapi tidak berkurangan selepas seminggu atau anda mempunyai gejala-gejala berikut:
  1. Selsema dengan demam 38oC atau lebih tinggi yang berpanjangan lebih dari 2-3 hari.
  2. Sakit kepala yang teruk atau sakit di bahagian muka.
  3. Penyumbatan hidung yang mengakibatkan sukar bernafas.
  4. Berbunyi ronkus ketika bernafas (nafas bunyi berdesit).
  5. Batuk yang teruk.
  6. Sakit telinga.
  7. Kahak berwarna kekuningan, kehijauan atau merah karat.
Gejala yang ada pada saya sekarang ni semua yang kat atas kecuali nombor 1 dan 5. Info-info kesihatan yang lain boleh klik kat sini.

Budak Ini Nak Baring Je

Dak Adik ni dah 3 bulan setengah. Tapi baru nak ngiring. Kalau ikutkan kakak dia dulu, 3 bulan 2 hari dah boleh meniarap dengan sendiri.Saya agak kemungkinan sebab Khair lambat nak ngiring sebab badan dia berat sikit. Khair Amsyar badan naik cepat compare kakak dia dulu.

Khayra Nur Rania

NB : 3.3kg
1 month : 4.05kg
2 months : 4.8kg
3 months : 5.2kg

Khair Amsyar

NB : 3.0kg
1 month : 4.5kg
2 months : 5.5kg
3 months : 6.0kg

Ni bukan gambar Khair Amsyar tau. Ni kakak Kaiya. Genap umur dia 3 bulan 2 hari dah boleh meniarap.Boleh refer link kat sini.


 Ini Khair Amsyar yang masih terbaring tapi tetap kontrol hensem.Hehe.

 My Hero tengah dukung My Hero

Takpelah Dek, asalkan awak sihat. Sekarang ni satu family kena flu. Boleh tahanlah hidung masing-masing berlumba-lumba nak mengalirkan hingus.Weeee.

Duty On Sunday

Salam semua. Happy New Year 2011.Makin tuo nampaklah kita ye. Takpe, itu hanya angka,yang penting kita sentiasa muda.Betul.Betul.Betul.Citer New Year takde, tapi citer time Krismas hari tu ada.

Dah ada dua orang anak ni,memang kerja kena buat pantas. Lebih-lebih lagi mak ni bekerja. Kena setel hal budak-budak,bapak budak,pastu kena fikir keja lagi. Fening-fening.Alhamdulillah walaupun sekarang makin busy, Encik Bapak Budak sedia membantu.

26hb Disember hari tu, ofis saya ada buat event. Kena lah mak bertugas. Walaupun hari Ahad.Hangkut semua sekali budak-budak comel ni.Saya import bibik-bibik. Tapi diorang datang lambat.Terpaksalah hasben berambat dengan Khayra dengan adik Khair kat MP. Event saya ni buat kat shopping mall. Meriah gak sebab time Krismas.
 Khayra yang sampai-sampai je terus pow papa dia beli Barney yang boleh nyanyi tu. Papa tak sampai ati sebab Khayra dah peluk kuat-kuat Barney sambil cakap "Ni Kaiya punya". T_T

Lepas penat berlari sana berlari sini, berambat dengan papa, joget-joget ikut lagu kat mall then mintak suruh masukkan dalam stroller. Penat. Dengan arahan suruh adik Pacal keluar. Waa,dah pandai guna kuasa mandatori. Kak Kaiya, Kak Kaiya.

Adik, terima dengan redha itu stroller Kakak Kaiya yang punya. Adik hanya mewarisi saje. Dan-dan tu jugak kena cari alternatif lain. So,dengan rasminya baby carrier tu Adik Pacal yang punya.


 Dan dengan rasminya, papa kena hangkut dua-dua sekali serentak.Khayra sampai tertido. 

Jauh gak papa bawak jalan budak-budak comel ni.Mr.Papaa! (baca sambil nyanyi macam lagu latar citer Mr.Mama tu ye)
 Bibik saya yang pertama - yang tengah pow nugget Khayra - Mak Ngah Khayra

 Bibik saya yang kedua - Maksu Khair Amsyar

Event saya pada petang tu. Tugas saya - sediakan teks ucapan perasmian CM.Fening mak.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Tapi saya berapa kali mengulau (mengular) sebab nak susukan Khair.Paling dekat yang ada baby room kat Parkson je. Lepas tunjuk muka, kena skip lagi sebab Khair poopoo. Pastu pegi bawak Khayra makan pulak.Nasib baik officemate tak kisah.Diorang faham. Lepas habis CM berucap, saya mintak izin balik. Dua beradik tu dah tido. Khayra kat stroller, Khair kat dukungan saya. Kesian pulak. Buat member-member ofis, congrats kat memasing sebab dapat jayakan event ni dengan cemerlang. Chaiyok! Chaiyok!





p/s: Thanks gak kat bibik-bibik saya tu. Susah-susah je datang. Nanti Kak Long belanja makan kat rumah kitorang ye.Hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...