Selesai Sudah Majlis Sambut Menantu 2 Bulan Lepas

Lepas seminggu hantar adik ipar kahwin kat Pontian, barulah kenduri rumah PIL saya. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.Sebenarnya majlis tu berjalan sehari selepas saya dan family berjimba kat Langkawi...

Bayangkan flight balik ke LCCT pukul 10.45 malam hari Khamis, pastu delay sampai kul 11 lebey.Sampai LCCT, pastu bertolak balik ke Melaka, akhirnya pukul 4 pagi hari Jumaat baru jejak rumah.Adoiyai.Jumaat malam dah start orang baca Yassin & Marhaban kat rumah PIL sempena sambut menantu.

Nasib baiklah mak mertua sporting.Ngeh ngeh.Nolong lah jugak mana yang patut.Just malam tu Amsyar dah start demam.Lembik je siap muntah lagi.Dak Kakak pulak baru baik demam,hari ke3 kat Langkawi demam pulak.So, saya terpaksa ngelat sikit-sikit mana nak tengokkan anak demam lagi, nak tolong kenduri lagi.Serba-salah kang kalau tak tolong.Dan sekali lagi nasib baiklah adik-beradik ipar faham.Huhuhu..

Alhamdulillah esoknya, masa majlis kenduri kahwin Amsyar dah elok sket...

  
 Anak dara

 Cucu-cucu Nek Jem & Tokyah

 Sepupu-sepapat : Hani Emelda, Khayra Nur Rania & Nor Alia Afrina...Khayra sepupu perempuan paling muda

 Dengan Emy, adik ipar dan anak sepupu kitorang, Lisa


 Muka kesian nak tolong cuci cawan.Sebenar nak main air tu.Tau dah taktik Kakak dengan Dak Abang...




 Dak Abang dah baik demam. Sukalah tu mama dah bagi lampu hijau main air. Saya bagi pun sebab waktu dah petang, dah tak ramai orang.Alang-alang nak mandi petang, main lah puas-puas air tu bang.

 Adik saya ,Koklin dengan mak pun datang.Besan sebelah kampung je apa ada hal.Hehehe....

 Waktu ni orang dah tak ramai.Pengantin pun dah cabut pegi shooting outdoor.Macam biasa, saya tak sempat nak snap gambau pengantin masa bersanding.Mana taknya Imran nak berdukong je time tu.Haishhh...



 Tiga beradik.Sayang kamu semua



 Selesai sudah majlis sambut menantu kat rumah mertua saya. Segala kekurangan harap dimaafkan.Pasni  tunggu turn sape pula ek? Koklin, akak dah ready nak buat hantaran untuk ko pulak.Hehehe...

Tempat Ke-2 Baby Photogenic Contest Anjuran Family Store

Assalamualaikum & Morning uolls....

Tengah rajin godek-godek gambar dalam henpon. Bagus gak boleh jadi idea untuk buat entry. Ni nak citer pasal Dak Imran ni. Bulan Mei 2013, Family Store kat area rumah saya ada buat contest Baby Photegenic Contest. Alaa contest kecil-kecilan je. Hadiah tajaan Drypers. Kebetulan Imran memang pakai Drypers, so cuba nasib lah.

Lepas sebulan saya dapat SMS yang Imran dapat tempat ke-2 contest tu. Oh tak sangka. Saya submit form pun hari akhir sebelum contest tutup.Pihak Family Store suruh datang pick up hadiah 23 Jun 2013 around 10.30 hingga 11.30 pagi. Alhamdulillah rezeki Imran.

Sebenarnya pick up hadiah tu sehari slepas kiotrang pegi Pontian. Hantar Pak Yen Kahwin. Malam tu kitorang sampai rumah dekat kul 12.00 malam. Nasib baik pagi tu tak terlajak sambung tido balik. Hehehe. Kerah budak-budak bangun ikut pegi Family Store pick up hadiah.7

Dapat 6 beg Drypers termasuk 3 beg jenis pant & set mandian jenama Drypers.

 Takde penyampaian hadiah besar-besaran pun. Nama pun Family Store kannn.Just pick up hadiah pastu amik gambar. Cukup ler.

 Staf ni tampal sticker "Paid". Inilah dia drypers yang Imran dapat. Sampai sekarang ada yang belum guna lagi. Jimat beli pampers 3 bulan ni nak oii.Syukur :D


Gambar yang saya submit sampai Imran dapat tempat ke-2 tu......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Taaraaa!!!

 

Hantaran Kahwin Untuk Adik Ipar

Bulan Jun 2013, bulan mengkerastangan sendiri. Sebab kena siapkan hantaran adik ipar yang nikah 22 Jun 2013.Menantu ni baik hati memvolunteerkan diri sebab pas hari nikah nak berjimba ke Langkawi pulak.Seminggu kat Langkawi tak sempat nak nolong rumah mak mertua yang tengah kecah nak sambut menantu baru (tiba-tiba rasa ada pesaing pulak..kikiki).

Rumah kitorang kenduri seminggu lepas nikah kat Pontian.So, boleh imejin tak menantu hantu jelita ni takde, masa orang sibuk nolong nak kenduri kawin.Sampai dari Langkawi elok je esoknya dah majlis.Bagusss.Tu lah Pak Yen,sape suruh nikah time tu,orang dah booked tiket awal-awal dah.Bluerk!!!

Oklah, intro kemain panjang.Dak Ayen (adik ipar) nak 9 dulang.Dengan gigihnya ahkak ipar buat cecantik 9 dulang yang diidamkan itu.Pastu tiba-tiba tengok masa makin suntuk.Eh,rasanya dah bajet nak buat awal.Tapiii lengah-lengah dah macam takde masa nak buat.Hangkut segala pekakas ke ofis mintak tolong kawan-kawan yang jelita lagi gojess tu (jek kena lebey).

Thanks Fina dan Ila..nasib baik korang tolong.Shalu pun thanks jugak sebab tolong tengok.Booo...hahaha! Sebenarnya saya lom dapat rentak je,pas makcik-makcik tu start, baru lah mood tu mari.Dapatlah saya siapkan 9 dulang tu dalam masa seminggu lebey.

 Mak buyong Ila tengah tembak gam dengan gunting riben


 Fina tengah bagi idea


 Shalini....tengah pegang riben dan tengok riben..Hehehe.



Kawan-kawan tolong siapkan yang penting-penting je,pastu saya bawak balik rumah deco cecantik munga-munga tu.Theme color Purple & Pink. Bahan-bahan semua saya kena fikir sendiri nak beli macam mana. Fening jugak. Sebab kena ikut tema dan bajet yang diberi.Ngeh ngeh..

Pastu dah setel buat 9, dak Ayen mintak tambah sedulang untuk perfume..grrrr!Kena carik lagi munga-munga,tapak & lace. Pastu tapak gelang batal air semayang tak buat lagi.Matik! Kena tawaf lagi kat kedai tu.Pape pun Kak Ana suka Yen..Huhuhu.

 Telekung ni adik ipar bongsu yang gubah.Terer tak dak Atin buat..saya touch up mana yang patut.


 Hari sebelum bertolak ke Pontian.Kitorang kat Melaka.


 Perfume

 Baju kebaya nyonya dengan kain batik.


 Al-Qur'an dan Sejadah

Duit mas kawin dalam frame yang saya lekat dengan shine-bright-like-a-diamond dan gelang batal ir semayang

 Beg

 Kasut

 Bakul buah dan buah-buahan.Time ni gugusan anggur lom letak lagi.

Sireh junjung buat gubahan bunga dalam bakul.Gulung-gulung pastu cucuk.Siapp

 Telur Pindang

 Kapkek

 On the way pegi Pontian.3 Jam perjalanan dari Melaka. Lentok sudaa.

 Inilah Dak Ayen.Berdebar ke dude?Rilekk arr..kehkehkeh

 Tudung biru pakai spek tu my sporting mother-in law.Tudung coklat tu mak kesayangan saya.Ikut sekali.Kata besan kann.Ayah pun ikut.Hee.

 Pelamin pink youu.




 Imam tak sampai lagi.Apa yang disembangkan tu entah.

 Baca jangan tak baca

Lepas gambar tu saya snap,bergegas ke bawah rumah melayankan hero kecik saya yang turun-naik tangga tu.Spoil la Dek.Mama tak dapat tengok Pak Yen ketau tangan salam pak imam tu.Gambar pengantin perempuan a.k.a biras saya pun tak sempat nak amik.Imran dengan Amsyar tag team main pasir & batu-batu kat bawah rumah.Adoiyaii..

Melengas jangan cakaplah budak-budak tu.Saya inta-intai je dari tingkap dengar pengantin nak akad.Dah balik rumah tengok video nikah tu,tergelak pulak sebab Imam yang 3 kali akad. Sebab susah sangat sebut nama pengantin perempuan.Hahaha lawak.Pengantin lelaki steady sekali lafaz.Cewah!


 Balasan hantaran dari pihak perempuan.Kerlass ko Ti..Hehee :D

Lepas nikah ada malam berinai.Tapi saya terpaksa balik Melaka malam tu.Kena pack barang nak fly ke Langkawi.So kitorang ditugaskan bawak balik hantaran perempuan.Nasib baik 2 kereta (hasben & ayah pun balik)..so muat semua hantaran.Yang terbalik tak yah cakaplah.Nasib baik dah setel majlis.


Kepada Ayen & Ati, Selamat Pengantin Baru (2 bulan pun baru gak)..Semoga ikatan ini kekal selamanya.Amiin. (cilok gambar kat FB pengantin..peace :D)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...