Susah Betul Kalau Memilih Makan ni

Drama Sebabak

Papa : Khayra makan sup ni..sedaaap..
Khayra : Kaiya tanak la papa..kaiya tanak cop (sup)..
Papa : Ni papa tiupkan ni..fuhhh..fuhhh..fuhhh..
Khayra : Kaiya nak makan niii.. (sambil cucuk-cucuk kentang)

Zuup!..Encik Kentang yang telah dicucuk oleh Cik Khayra telah selamat mendarat di bawah meja.

Sekian

Anak Dara Mama Dah Besar - Happy Birthday Sayang!

 
Alhamdulillah. Hari ni 19 Disember 2010, saya genap dua tahun bergelar mama. Hari ni hari lahir my precious Khayra Nur Rania bt. Khairul Nizam.Tanpa Khayra tak mungkin saya dapat title mama.Tak sangka dah dua tahun saya berkenalan dengan Khayra, dulu dia kecik je.Sekarang ni Khayra dah jadi kakak. Kakak Kaiya.

Dulu masa mula-mula saya tahu yang saya prengnant lepas sebulan nikah, hati ni berharap biarlah yang keluar nanti baby boy.Entah la,mungkin kerana lelaki adalah ketua, so saya fikir lelaki kena keluar dulu. Lepas 5 bulan pregnant, saya dapat tahu yang dalam perut ni adalah girl. Emm,takpelah.Saya pun takdelah frust sangat.Bermula lah misi mencari barang-barang gegirl.

Setelah 39 minggu, akhirnya my 1st baby girl keluar. Alhamdulillah. Saya dan hasben sepakat nama Khayra Nur Rania.Saya berniat nak bagi Khayra fully breastfeeding sampai 2 tahun. Setelah setahun, Allah memberi saya rezeki lagi apabila pregnant adik Khayra. Tapi saya dapat fully bfeed sampai 1 tahun 2 bulan je. Lepas tu saya mula campur susu formula sebab production susu merudum.Sepanjang saya pregnant, Khayra tak sabar tunggu adik keluar. Khair Amsyar dilahirkan masa umur Khayra 1 tahun 9 bulan.

Khayra ringan tulang. Tadi baru je dia tolong saya kemas lepas makan. "Kaiya tolong mama tau" Aduhai, tersentuh naluri keibuan saya."Papa, Kaiya tolong mama.." Kena ek jugak dengan papa dia, sambil bawak plastik berisi polisterin dan suratkhabar ke dapur. Sebelum tu dia dah siap-siap angkat jug dah. Mau pecah jugak jug tu wahai anak.Jaga adik pun pandai. Tanpa disuruh bila adik dia menangis, Khayra akan baca selawat yang dia dengar kat kenduri-kenduri. Sambil cakap "Dek, sape wat dek?" "Ala shayang-shayang". Sejuk hati saya dengar macam tu. Khayra dah boleh harap dah walaupun masa tu usia baru nak masuk 2 tahun.  

Sekarang ni, saya begitu bersyukur kerana dikurniakan anak perempuan dulu. Kalau kenangkan balik dulu saya mengharapkan anak lelaki sebagai anak pertama, saya patut merasa malu. Allah memberi rezeki setiap hambanya penuh tersirat dan berbeza-beza. Kita tak tau apa perancangan Allah kepada kita. Yang penting, kita harus menjaga rezeki yang diberi sebaik mungkin.

Buat anak mama Khayra Nur Rania, mama harap Khayra membesar sebagai anak yang bijak, sihat, mendengar kata mama dan papa, rajin, penyayang, pandai jaga adik, cerdik, comel dan solehah. Mama menghalalkan setiap titis susu mama yang Khayra minum. Walaupun mama hanya fully breastfeed Khayra 1 tahun 2 bulan, mama harap mama dapat tebus balik bila adik Khair Amsyar keluar.Sampai sekarang walaupun mama dah niat nak bagi susu sampai Khayra 2 tahun, tapi mama tak sanggup nak pisahkan susu dengan Khayra. Sebab Khayra pandai amik hati mama bila Khayra mintak susu. Khayra automatik baca doa makan bila menyusu...

Happy 2nd Birthday Sayang....

My precious
My heart

Klip Video yang sempat mama rakam. Mata tu sebenarnya tengah tengok TV. Nama pun budak-budak kan.

My Hero


Jejaka yang kontrol macho bila amik gambar.

Owh!Sangat segar apabila dah mandi ni.Pastu kena timang-timang sket.Sungguh syok jadi budak baby nih.

Dah Macam Cyber Cafe Pulak. Sejam RM2 je.

Hari tu saya ada sikit bising pasal Khayra kongker laptop. Asik suruh bukak Pororo, Upin&Ipin, Video klip kanak-kanak, bla bla bla kat YouTube.Sekarang masalah dah selesai.

Dah ada dua bijik. Satu bukak FB, satu bukak YouTube.Dah, mama jangan dok berebut dengan Khayra tau.

Tapi kena rebut dengan papa T_T

* Mama kena sedar diri, itu-itu laptop papa yang puunyaaa.Huhuhuhuhu.

Bawak Gunting, Pen dan Masking Tape ke Opis

Tujuannya adalah untuk marking EBM.

Ye puan-puan, bahan-bahannya ialah :
1 x gunting kertas,
1 x permanent marker pen,
1 x masking tape

 Sila gunting masking tape elok-elok. Jangan koyak macam tu je. Tak cantik. Comot.Lepastu tampal bahagian yang digunting ke tempat yang rata. Catatkan nama, tarikh, hari dan masa setelah selesai mengepam.
 Tampal catatan tu ke botol / plastik yang mengandungi EBM dengan betul. Jangan salah tampal pulak.
Dah boleh masuk dalam cooler bag ye puan-puan.Jangan tinggalkan kat atas lantai macam gambar di atas. Itu hanya untuk gambar hiasan saje. Jangan lurus sangat tau.

Sekian saja aktiviti saya hari ni. Dadaaa

Ragam Anak-anak Saya

Khayra Nur Rania dan Khair Amsyar

Sampai merah pipi adik tu Khayra kerjakan. Adik cool je, ek ek sikit pastu sambung senyum.

Kak Kaiya dan Mat Senyum

Khayra minum susu Isomil Plus. Kadang-kadang je. Sekarang ni sebulan sekali baru habis satu tin. Dulu seminggu sekali kena beli Isomil tu. Masa time pregnant hari tu, Khayra banyak minum Isomil dari menyusu dengan saya. Maybe production merudum, Khayra pun takdelah mintak-mintak sangat. Sekarang ni sejak dah bersalinkan Khair, alhamdulillah production mencurah-curah. Apalagas, Khayra tumpang sekaki ler. Minum susu Isomil hanya nak pegi taska waktu pagi je. Pastu minum susu saya sepenuhnya. Saya berkira-kira nak stopkan Khayra menyusu sampai 2 tahun je.Ok ke? Kadang-kadang macam tak sampai hati.Huhu.Tengok la macam mana nanti. 

Saya Emak Yang Ada Anak Dua

Update blog versi pantas.

Sayang sangat kat Kakak dan Adik.Sedar tak sedar dah anak dua dak Ana ni. Hehe. Alhamdulillah.

Khayra tak lama lagi nak masuk 2 tahun. 19 Disember ni.Sangat sayang kat adik. "Nape dek?"itulah ayat dia kalau dengar Khair berbunyi. "Mama, buat ei.Ace agi mama tuh buat adik pacal" (Biasa lagi mama tu buat adik Amsyar). Masih menyusu dengan mama.Dengan bahasa mudah, menyusu badan. Pantang tengok adik susu, dia pun nak jugak. "Nak cucu (susu) mama.Huwaa" kalau bad mood "Adik tepilah..Kaiya nak cucu ni..tepi!"Sambil tolak kepala adik Khair yang tengah menyusu T_T

Khair Amsyar nak masuk 3 bulan. Sangat peramah. Suka berborak dengan mama. Dan pantang kalau yang ajak berborak tu pompuan, lagi rancak mulut dia berbunyik. -_- Time saya kerja, Khair dok rumah pengasuh yang sebaris dengan rumah saya. Khayra pulak masih dok Taska. Sebetulnya saya nak Khair dok Taska jugak,senang saya hantar dua-dua sekali. Tapi Taska penuh. Kena tunggu bulan Januari atau Feb nanti. Takpelah, time tu Khair dah besar sikit.

Tak sabar nak balik rumah ni. Sambil drive balik rumah dengan Khayra, kita boleh nyanyi Bulong Kakak Tua, Nobadi nobadi batcu, Nenek-nenek si kokok tige dan perut oh perut kenape engkau sakit, cammane aku tak sakit,makaan naacik lemak,makaan nacik lemak <--- semua tu adalah versi Kakak Kaiya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...