Bukan Colic, Tapi Hernia

Salam. Berita terbaru tentang Ziyyad An Nafis, baby tu rupa-rupanya bukan kena colic. Seperti yang saya ceritakan di entri ini. Tapi hernia. Apa itu hernia? Bahasa biasa yang kita dengar adalah angin pasang. Secara ringkasnya penyakit ini adalah penyakit orang lelaki. Kawan saya, Lya, tengah berusaha bawa baby dia pergi berurut dulu. Doktor cadangkan operate. Ibu mana yang sanggup tengok baby yang belum sampai umur 2 bulan di operate. Alternatif lain,sekarang ni dalam proses berurut. Alhamdulillah, dah nampak penyakit tu beransur baik. Ada beberapa kali sesi urutan. Saya doakan baby sahabat saya tu sembuh.Antara petua untuk mengelakkan hernia :
  • Lepas mandi tuam perut baby & bird dia dengan daun mengkudu atau towel suam
  • Letak minyak telon atau minyak yuyee pada telapak perut n telapak kaki baby..
  • Bacalah dengan selawat...
  • Guna barut yg menutupi perut baby..
Antara info yang berkaitan tentang "Hernia" atau "Angin Pasang" :

  •  Hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar. Umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak. Hernia bukanlah penyakit keturunan. Proses terjadinya Hernia pada bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut.

  • Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat. Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan. Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.

  •  Bayi umumnya mengalami External Hernia (jenis Umbilical) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Kadar Hernia Umbilical pada bayi baru lahir adalah setinggi 20 peratus dan melonjak 70 peratus pada bayi yang lahir tidak cukup bulan dan pada kebiasaannya tidak terbabit dengan penyakit lain. Hernia jenis ini biasanya kelihatan seperti bonjolan kecil pada bawah kulit pusat yang akan tertonjol keluar apabila perut bayi ditekan atau ketika bayi menangis. Hernia Umbilical berlaku apabila kandungan isi perut, iaitu usus dan Omentum, membentuk satu bonjolan atau dikenali Hernia Sac (Sarang Hernia) di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan dinding Fasia Rektus perut. Biasanya penyakit ini menyerang bayi baru dilahirkan disebabkan oleh Cincin Umbilical, iaitu tempat salur darah Umbilical membekal makanan untuk fetus yang membesar di dalam rahim, tertutup dan tidak sempurna.

  •  Bergantung pada saiz, Hernia ini biasa sekecil satu sentimeter (cm) dan ada yang melebihi lima cm. Hernia sekecil satu sm biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan pada usia tidak lebih empat tahun. Hernia Umbilical kebiasaannya tidak mendatangkan masalah atau kesakitan tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan kesakitan, terutama pada Hernia bersaiz besar menyebabkan kandungan perut, iaitu usus berbelit atau tercekik pada Cincin Sarang Hernia. Jika itu berlaku, pembedahan segera diperlukan.

  •  Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya. Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ini kerana, ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus. dan boleh mengakibatkan, tidak hanya cairan yang keluar, lebih teruk lagi, usus juga boleh terkeluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia.

  • Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus. Hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan(merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan). Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan. Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia

Info lain berkenaan dengan hernia boleh klik di sini.

Insyallah baby dalam perut ni boboy, saya berdoa setiap kali solat supaya baby saya dijauhkan segala penyakit. Tips kat atas untuk peringatan saya juga.

Mummy Perut Baby Sakit. Baby Kena Colic Ni

Malam tadi sahabat saya, Lya, yang yang baru habis berpantang call. Dia tanya macam mana nak handle baby kena colic. Kesian Nafis,asik menangis je. Member saya tu macam stress je. Sebab Nafis tak berenti menangis.Dia pun dah balik rumah sendiri lepas pantang, mak ayah jauh kat Melaka. Tak tau nak handle macam mana. Nak harap kat hasben pun, diorang sama-sama 1st time ada anak. Takde pengalaman.

Terus saya teringatkan Khayra masa kecik-kecik dulu (macamlah kawan tu dah besar sangat skang ni). Memang selalu kena colic. Masa tu saya dok Gombak. Jauh dengan mak ayah. Malam-malam berjaga sebab Khayra asik menangis. Pastu tanya orang-orang tua.Petua yang selalu kitorang buat kalau Khayra kena colic :
  • Junjung perut baby kat umbun-umbun kepala kita. Selalunya hasben saya yang buat. Itu untuk melegakan perut yang berangin tu.Boleh jugak gosok-gosok perut baby kat lutut atau hujung bahu kita. Selalunya kalau buat macam tu, Khayra lega sikit.
  • Sapu minyak telon atau yu yi kat betis baby. Urut perlahan-lahan sampai baby lega.Kalau nak tau Khayra colic ke tak, kitorang mesti cek kat betis dia. Kalau betis tu keras,bermakna perut berangin la tu.
  • Ada juga saya dan hasben mintak air kat ustaz.Kita tawakal je masa tu.
Alhamdulillah,seiring dengan pembesaran Khayra lama-lama colic tu hilang. Kat sini ada sedikit info yang boleh kita share pasal colic.

Kembung Perut (COLIC)

Apa itu kembung perut (Colic)?
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut.Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3-4 bulan.
Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?
Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :

1. Usus :

  • Alah kepada protein susu lembu.
  • Alah kepada laktosa.
  • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan "angin" yang berlebihan.
  • Ketidakselesaan disebabkan "angin".
2. Biologi :
  • Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
  • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut
3. Psikososial
  • Ibu bapa yang tertekan.
4. Lain-lain
  • Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut?
Bayi akan selalunya :
  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
  • Di ikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
  • Tidak selalunya berkait dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain
Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?
  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3-4 bulan.

Jika anak anda kembung perut :
  • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
  • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
  • Kurangkan bunyi bising
  • Bawa bayi anda bersiar-siar
  • JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
  • Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.
Dapatkan nasihat doktor jika :
  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.
Apakah ubat yang boleh membantu?
  • Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
  • Anda boleh mencuba ubat untuk "angin" atau "colic" dan sejenis ubat bernama "dimethicone" untuk mengurangkan rasa kembung.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?

Jika bayi anda menghisap susu botol:
  • Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
  • Cuba tukar susu contohnya susu soya selepas merujuk kepada doktor anda.
Jika bayi menyusu badan :
  • Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, broccoli, bunga kobis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu.
Peringatan:
  • Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosa yang tepat adalah penting.
Dapatkan nasihat doktor jika: 
  • Diagnosa tidak dapat dipastikan
  • Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.

Gambar bersama baby Ziyyad An Nafis yang baru berusia 2 minggu.Khayra dah feeling kakak masa tu.

Sumber di ambil di sini.

Mari Membebel Bersama Mak Buyong

Semalam mood mak buyong ada sikit jiwa kacau. Mungkin disebabkan hormon menjadi semakin sensitip. Atau disebabkan bulan puasa yang menjadi alasan untuk bersikap sabar dan pemaaf tapi kerana melayan sifat degil suruh sabar taknak dibuat, tapi buat jugak. So jadilah mak buyong yang petang-petang semalam jadi mak nenek yang bukan sikit membebel, tapi berbakul-bakul.

Pagi Isnin - o.k. Petang Isnin - k.o.Sepatutnya 16 Ogos, pukul 2.30 petang ada meeting antara pihak Jabatan dan pihak Taska. Ini first time saya nak menghadirkan diri dalam program keibubapaan. Dolu-dolu time kat KL, hasben yang mengwakilkan diri antara kami berdua disebabkan dulu Khayra dibawah taska kelolaan department hasben. Siap jadi AJK Taska lagi encik itu. Sekarang bila pindah Melaka, Khayra masuk taska dibawah jabatan saya pulak. So, otomatik saya yang menjadi wakil untuk segala meeting.

Disebabkan Unit saya ni terletak jauh dengan main department, saya kena tempuh traffic light MITC baru sampai kat tempat meeting tu. Kesimpulannya saya kena drive tengah-tengah hari buta meredah traffic light untuk menghadirkan diri. Bila sampai, parking dah lah penuh. Kena side parking celah-celah keta. Ok fine. Saya sampai pukul dewan mesyuarat pukul 2.25. Aik, apesal gelap je. Bukan ke Timbalan SUK yang chair. Kenapa diorang tak siapkan bilik meeting lagi. Tanya kat budak receptionist tu. Dia pun tak tau. Dia siap cakap mungkin orang-orang PSM tak sampai lagi kot.

Saya duduk kejap. Tunggu dalam beberapa minit. Ada sorang cik puan tu pun bertanyakan pasal meeting yang sama. Tapi pastu dia keluar kejap. Tak puas hati, saya terus call pegawai yang incharge. Dia cakap macam ni "Mintak maaf puan, hari ni meeting batal. Timbalan SUK ada meeting tergempar. Tak dapat chairkan meeting ni. Tadi area pukul 11 lebih saya dah suruh staff saya inform by phone setiap orang yang meeting batal". Pergh! Menyirap saya dengar. Buat pengetahuan,semalam HP saya langsung takde incoming call mana-mana. Saya dah tengok kat log pun memang takde sape-sape call.Saya sound dia balik "Lain kali tolong cek balik kalau dah inform. Saya tak dapat mana-mana call pun.Penat-penat saya datang sini." Berapa kali dia mintak maaf kat saya. Saya terus letak call. Geram la wei. Sepatutnya dia kena monitor staff dia ataupun makesure semua jemputan meeting dah diberitahu pasal pembatalan.

Agaknya kalau dia tengok keadaan saya yang membuyong ni, mesti lagi berjuta kali mintak maaf. Takpelah. Redha. Dengan perut buncit ni, saya balik ofis balik. Tapi geram punya pasal, saya melencong kt Mydin dulu. Heeee.Ala, kalau sesape dalam keadaan geram, mestilah nak buat sesuatu untuk melepaskan apa yang terbuku di dada.Saya pegi sana dengan harapan dapat sejukkan hati sikit dalam panas tengah-tengah hari buta tu.Alasan kukuh. Noktah.

Sampai kat parking Mydin, ada lagi yang membuat saya menyirap. Mentaliti orang kita kalau nak parking main suka-suka hati je parking. Tak peduli pasal orang lain. Kalau korang tak suka,boleh amik parking lain. Ceh, kalau semua buat camtu, satu keta amiklah tiga petak terus. Parking melintang, lagi bagus.Memanglah banyak lagi parking kat situ, saya pun takyah nak membebel pasal keta ntahapahapa parking tu.Tapi sisa-sisa geram tu ader lagi, membuatkan saya nak membebel. Tolonglah wahai saudara-saudari sekelian. Jangan susahkan orang lain kalau nak parking suka-suka mak bapak kita.
Dengan hati macam reporter, terus saya snap gambar keta depan ni. Saya parking keta betul-betul depan keta yang cantik tersebut. At least pun ko tegakkanlah tayar keta tu. Dah macam sakit pinggang plak tengok keta dok parking berkeadaan bengkok macam tu.Pastu amik side orang lain. Oklah,positive thinking, agaknya driver tu tak tahan nak pegi "membuang" kot. Tak menyempat nak parking elok-elok. Pastu berlari sekuat hati cari toilet. Entah-entah dah terkucil.Hahahaha. Biarlah. Suka hati saya nak imagine macam mana pun.

Niat lain untuk pegi Mydin nak beli pencuci muka. Sekali lagi....geramnya! Bayang pencuci muka tu langsung takde. Dua tingkat bangunan tu saya jelajah. Kat both, kat outle, kat dalam, semuanya tak jual pencuci muka saya tu. Geramnya! Ok,saya tau salah saya keluar waktu kerja, saya balik ofis yang sebenarnya sebelah Mydin tu. Sasaran bebelan yang pertama mestilah member-member ofis. Dengarlah citer saya yang tengah geram tu. Sebenarnya dah ok dah, tapi agaknya petang-petang dah takde modal nak bercerita, berbakul-bakul lah saya membebel.

Petang tu, hujan lagi. Hasben call bagitau dapat tiket pukul 6 petang. Huhuhu. Sedihnya saya. First, sebab hasben balik lambat. 2nd, kesian kat hasben tak sempat balik berbuka ontime. 3rd, saya berbuka sorang-sorang. Huwaaaa! Hasben dah pesan suruh makan dulu. Jangan tunggu dia balik. Kesian kat baby dalam perut lapar.Makan dengan Khayra, sambil suap nasi ke mulut, teringatkan hasben yang struggle balik rumah naik motor membelah hujan lepas turun bas.Alhamdulillah hasben selamat sampai kat rumah pukul 7.45 malam.Alahai nasib kami.

Itulah serba-sedikit graf hormon mak buyong yang turun naik semalam. Cuba kira perkataan bebel untuk entri kali ni.

Sebelum Ramadhan Menjelma Telah Adakan Acara Makan-makan Dengan Kawan Gedik-gedik

Salam Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah setakat ni saya boleh lagi berpuasa. Saya berdoa semoga dapat berpuasa penuh lagi macam time saya pregnantkan Khayra dulu. Takdelah terhegeh-hegeh nak ganti puasa macam ari tu. Huhuhu.

Sebelum menjelang Ramadhan, saya ada buat mini gathering dengan the bestiest time diploma kt UiTM. Mereka-mereka adalah Puan Atik, Puan Raha dan Cik Yam. Last saya jumpa diorang time saya kahwin 2 tahun lepas. Pastu masing-masing dah beranak satu, barulah nak jumpa balik. Diorang lah tempat saya bermanja masa mula-mula datang Shah Alam 9 tahun lepas.Rindu lah time tuh. Huhuhu. Malas cakap banyak, meh layan gambar je.

So, semua dah ada.

Kenapalah saya ketawa macam tuh. Tak jelita sungguh T_T

Cik Yam yang masih single (tapi ader bawak BF untuk dikenalkan kepada kami-kami.Macam mintak restu pulak.Haha), Puan Atik yang comel, Mama Khayra yang kontrol dan Puan Raha yang maintain

Aksi

Tik, napelah mulut ko camtu. Padahal makanan yang licin kt sebelah tu angkara si tudung coklat dan si tudung hitam.

Sedap. Jangan telan air liur. Sekarang bulan puasa.

Kesian baby Shireeen. Ibu dia pegang jauh-jauh sebab nak masuk gambar empat orang je dalam satu snap.Tak dapaat.

Apesal ada plastik berlambak nih. Mesti ada orang menapau. (Malu nak ngaku pulak)


Memori album gambar. Usia album tu dah 9 tahun. Tu gambar kitorang time muda belia.

"Masa ni nape badan aku kecik sikit?"sambil tunjuk gambar dalam album 

Puan Raha nak jugak menyelit. Bukan ke ko tengah bagi susu kat baby tadi?

Bayar time! Posing dulu

Baby Ashir,Baby Khayra dan Baby Shireen

Haip! Tangan Khayra tu merayap je kejanya.

"Yam,cuba ko tengok betul-betul rega dia. Bagi 4 dapat berapa sorang?" (kantoi sebab tong-tong bayar.Haha)

Tak berhati perut betul tinggalkan Yam setel sorang-sorang. Tengok tu,mentang-mentang masing-masing dh ada anak.Pandai taktik memasing nih.Muahahaha

Yam, bila turn ko nih. Cepatlah sikit.

Empat sahabat. Kolej Anggerik. UiTM Shah Alam

Gedik memang haruus.

Perut membuyong.

Eksited.

Encik-encik inilah yang bawak makcik-makcik tadi berjumpa sampai bergegar restoran dan buat macam rumah sendiri tu.Situasi - macam kena paksa bergambar.

A Big Happy Family. Sila padankan dengan pasangan memasing ye.

Jumpa lagi kawan-kawan ku. Sayang kamu-kamu!

Oklah, itu saje cerita bergambar untuk entry kali ini. Thanks buat Yam yang datang jauh-jauh untuk acara berborak ni. Malam tu gak balik KL balik.Masing-masing pun dah berjaya. Sorang lecturer kat UiTM, sorang Pegawai Arkib, sorang lagi Cikgu KPLI.Aku bangga dengan korang. So, kami tinggalkan Restoran Tomyam Klasik dengan hati yang sungguh puas ---> dapat makan + dan berborak pastinya. Next gathering tunggu baby dalam perut ni kuar ye kawan-kawan (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...