Sepupu Baru Khayra dan Khair - Zulaikha Nur Damia


Hai semua. Saya adalah sepupu Kakak Khayra dan Abang Khair. Saya baruu je dilahirkan pada 28 November 2010 hari Ahad. Berat saya 3.67kg masa ibu saya lahirkan.

Inilah anak buah saya yang pertama. Kalau belah hasben, saya dah ada 2 orang anak buah. Tapi yang ni anak adik lelaki saya. Terujanya saya! Adik-beradik saya yang lain dah merasa ada anak buah since dapat Khayra dan Khair hari tu. Saya pulak, inilah kali pertama merasa dapat anak buah dari adik-beradik sendiri. 

Nama anak buah saya ialah Zulaikha Nur Damia. Saya nak semua anak buah dan anak-anak perempuan saya nanti ada nama Nur kat middle. Macam nama Khayra Nur Rania. Seronok. Barulah ada identiti.Cewah!Tapi nama dia tu bukan saya yang memandai suruh letak Nur tau. Ibu dia yang letak macam tu.

Setelah melalui saat-saat keguguran seperti saya ceritakan kat entry ni, akhirnya adik saya Zul dan wife dia Liza selamat menyambut orang baru yang comel.Tahniah Dek!

Mana Aci Khayra Kongker Semua.Huhuhu.

Rasanya dah lama saya tak ngadap lappy kat rumah. Memanglah saya dah busy dengan Khair Amsyar sekarang ni. Tapi alasan lain ialah, Khayra yang kongker. Huh!

Sampai je rumah bila balik dari taska "Mama,nak pololo-lolo (Pororo)". Saya ada la dari tadi dah fikir nak layan tenet koman-koman FB, nak gak update blog.Emm,sori la. Khayra kalau dah duduk depan lappy akan sambung Pororo, Upin&Ipin, Klip video Burung Kakak Tua, Nenek2 si Bongkok Tiga kadang-kadang video klip Baby dari Justin Bieber pun dia dok tengok ulang-ulang. Semua tu dah di favoritekan dalam akaun YouTube dia tu. Sekarang ni video klip The Lucky Laki anak Ahmad Dhani tu. Kemain lagi ngadap..mentang-mentang tu semua abang-abang..

Kitorang ada gak favoritekan video klip Alif Baa Taa. Kejap je dia layan. Dapat hafal sampai Kho, pastu malas dah nak tengok. Dia nak gak layan Burung Kaka Tua. Dah hafal sampai boleh nyanyi kat pentas dah. Maklum la,anak dara tu tak pelat. Lancar je nyanyi. Doa makan dah hafal,tapi kadang-kadang ikut sedap mulut dia je.

Macam Pororo tu bukannya takde kat Playhouse Disney, tapi Khayra nak gak suruh bukak kat YouTube. TV ada Pororo, lappy pun Pororo. Tak aci betul,semua Khayra bolot.Huhuhuhu.

Kusyuk bangat. Tak sedar mama datang. Waktu baru pukul 7.30 pagi hari Sabtu. Bangun tidur terus suruh on lappy.Aduhai.
  

Pororo and the gang. Proro, Poby and Croc.
 

Favorite dia Proro Song kat YouTube. Pororo, Edy, Croc and Khayra

Budak Cukur Bantal

Rambut adik Khair lebat masa lahir. Lepas tu naik ruam kat belakang telinga dan sekitar dahi. Lebih kurang usia Khair 3 minggu, kitorang decided yang kepala Khair harus dibotakkan. Lepas dah botak licin, rambut Khair dah start tumbuh. Sekarang ni nampak hensem sikit. Tapi yang tak bestnya kat area belakang kepala dah start cukur bantal daa.

Apa tu cukur bantal. Setahu saya la ye, cukur bantal tu ialah rambut baby yang gugur kat belakang kepala. Selalunya kat area kepala baby yang mengadap bantal.Mula-mula sikit je, skang ni dah nampak botak besar kat belakang kepala dia. Yang cantik tu, cukur bantal Khair elok je keliling kepala dia. Macam trim sendiri pulak.Tak tau la sampai bila rambut dia nak terus gugur.

Pandangan belakang. Keliling beb

Yang Khair tunjuk kat jari dia tu botak banyak sikit

Alahai budak cukur bantal ni

Khayra dan Khair. Kakak yang lima minit sekali cium adik dia

Breastpump Situ Breastpump Sini

Sana-sini mak-mak sekarang ramai yang dah guna benda alah kat bawah ni. Ala benda yang boleh pump susu tu. Memang canggih. Sambil bawak keta pun boleh pump susu tau,dua-dua belah pulak tu. Jimat masa dan tenaga.Nama dia Medela Freestyle. Semua ini kerana komitmen untuk bagi yang terbaik untuk anak-anak yang minum susu ibu.Walaupun harga dia mahal, kerana sayangkan anak, tutup mata sebelah beli jugak. Saya takde freestyle ni. Tak mampu. Tapi memang itulah impian saya. Kalau dapat,alangkah bestnya. Senang nak mengepam.Tak dapat saya bayangkan kalau saya pump susu guna contoh kat atas. Hehehe.

 
Tapi bukanlah yang beli breastpump murah-murah tu tak sayangkan anak.Lagi-lagi yang guna manual je.Memang menjerihkan. Oleh kerana tu, memang saya salute mak-mak yang guna manual dan dapat stok EBM yang cukup untuk anak.Dulu saya pun guna manual.Mula-mula breastpump manual macam hon kereta tu,warna merah.Kihkih. Second, upgrade ke Manual Pureen. Pastu tukar lagi ke Manual Anakku.Alhamdulillah tanpa breastpump2 tersebut, memang saya tak dapat nak kumpul EBM untuk Khayra dulu.

Masa dua minggu lepas bersalinkan Khair Amsyar saya dapat benda kat bawah ni. Posmen yang hantarkan. Nama dia Medela Swing Breastpump.Kalau dulu saya guna breastpump manual, alhamdulillah dah di upgrade yang mudah sikit.

 
Swing ni saya beli kat blog Kak Engku, bukan Kak Engku Raja Azura ye. Kak Engku ni jual secara ansuran. Yang bestnya kita boleh tawar menawar dengan dia. Alhamdulillah Kak Engku bagi harga yang berpatutan. Pastu kalau nak ansuran, tak kisah berapa bulan atau berapa RM yang kita boleh bayar. Asalkan habis bayar baru Kak Engku poskan barang tu. Saya target dalam lima kali bayar. Mula-mula bayar seratus lebih pada bulan pertama.Next month saya dah bersalin pulak, Khair Amsyar pulak duduk dalam wad nurseri.Memang jadi bengkak susu. Tangan saya dari dari pergelangan tangan ke siku memang bisa sebab terpaksa perah manual. Almaklum baru 2 hari bersalin. Badan lemah lagi.So, hasben dengan baik hati dan kesian tengok tangan saya bisa-bisa,bagi duit suruh saya setelkan beli Swing cepat. Dah dapat Swing ni saya suukaa sangat.Thanks papa.

Time saya beli dengan Kak Engku, dia still jual breastpump auto dan manual. Cuma sekarang je dia tak jual yang auto lagi, sebab supplier dah naikkan harga. Bagi Kak Engku, dia nak menolong orang-orang macam kita beli breastpump yang mampu milik. Tapi disebabkan dah naik harga, dia tak jual lagi.Yang ada cuma breastpump manual.Tapi bukan tu je Kak Engku jual, selain tu set bersalin pun ada. Yang penting kos penghantaran pos adalah PERCUMA! Saya rasa macam beli terus kat dia je sebab tak keluar modal duit shipping. Heee. Saya promote blog Kak Engku ni pun sebab saya puas hati dengan cara Kak Engku layan pelanggan (yang penting dapat tawar..hehehe).

Hari Isnin depan (15 November) saya dah start keja balik. Cepatkan.Sebab hari tu amik cuti bersalin awal dua mingu. Ingatkan baby keluar awal. Rupa-rupanya overdue 4 hari.Huhu. Rasa rugi pulak amik cuti awal. Antara lain saya amik cuti awal sebab sambung terus cuti raya hari tu.Stok EBM ni pun antara buat tak buat je. Takut gak kalau tak cukup nanti.

 Ish..orang kat rumah tu takde stok makanan ke?Kosong je? 
Label EBM memang ada, tapi saya pusing ke belakang..Saja..

Harap-harap cukuplah untuk Khair Amsyar nanti. Kalau mak-mak lain mesti dah penuh fridge. Saya takat tu je la. Alhamdulillah rezeki.Saya ada persoalan, susu awal yang kita perah tu (kolustrum), sama tak jangka hayat dengan EBM lain?Takut baby rasa lain pulak.Adalah dalam 2-3 botol susu kolustrum (kaler kuning) dalam freezer tu.Boleh guna lagi ke?Harap-harap adalah sesiapa yang pakar dapat bagi jawapan.

Jap lagi nak pegi potong rambut. Memang dari dalam pantang tu saya dah niat nak potong rambut lepas habis berpantang. Tak tahan. Sampai jumpa lagi.Bye

Habis Sudah Berpantang

Rindunya kat blog ni. Salam semua. Selama saya berpantang hari tu, susah betul saya nak update blog. Saya tinggal kat rumah mak ayah saya. Kat situ internet cukup tak memuaskan (ayat skema selepas pantang). Saya ni pulak jenis tak sabar nak tunggu lama-lama. Nak upload gambar punya la lama. So, tunggu saya balik rumah sendiri baru puas hati guna internet. Laju sket (riak).Pastu dengan anak-anak lagi (dulu guna perkataan anak je).Baru nak on internet, Khair Amsyar dah berbunyi. Nak jengah blog member-member pun tak sempat.

Hari Jumaat hari tu saya habis pantang. Sabtu balik rumah sendiri. Sekarang ni just nak intro dulu.Tak banyak cerita nak tulis. Saya ada seminggu lagi balance cuti. Hari tu dah amik dua minggu cuti sebelum bersalin.Kakak Khayra still minum susu mama walaupun dah ada adik. Kadang-kadang buat tandem nursing.Nanti saya story lagi pasal tandem nursing tu ok. Sekarang Khair Amsyar dah sebulan lebih. Peramah orangnya.Orang bujang dah panggil dah. Chow dulu!

Gambar terbaru Khair Amsyar. Botak sudah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...