Cooler Bag Yang Berjasa

Masuk hari ni, dah 4 hari cooler bag dan 3 ketul chiller saya berpencen.Pencen sebab saya dah tamatkan PhD Breastfeedingkan Imran.Kalau nak guna tunggu pregnant lagi and dapat baby baru.Tapi rasanya lambaaaaaatt lagi kot.T_T Alhamdulilah CB ni saya guna sejak Khayra kecik lagi.Saya order online pada 6 Julai 2009. Kiranya dah nak masuk 5 tahun usia CB saya ni.Dia dah berkhidmat untuk 3 orang anak saya...ohh terharu rasanya..

Saya beli jenama Moms Little Ones (MLO).Harga dah lupa.Tapi saya beli set. Dapat CB, Chiller 3 ketul dan 6 bijik botol EBM.Semua jenama MLO.Saya rekemen untuk sesiapa yang nak beli CB, cari lah jenama ni.Sangat tahan lasak.Beberapa tahun saya usung dia ke ofis yang cuma rosak ada sikit tetas kat zip dia.Yang lain semua ok.

Rupa set CB saya masa mula-mula sampai.Baru kuar kotak ni.

 Comel je tapi boleh memuatkan 6 bijik botol dan 3 chiller tau..Hebat!

 Masih kacak dan hensem.

Closed up.MLO.

Entry 5 tahun lepas excited dapat 1st CB boleh klik kat link ni :)

Dan inilah rupa incek CB saya setelah 5 tahun.Sedikit uzur tapi masih menawan.Hitam itu menawan.Walawei.Saya dah start bungkus dia simpan baik-baik.Dah 4 hari dia tak ikut saya pergi ofis.Biarlah CB ni rehat.

 Pandangan sisi.Tegap lagi

 Dah berkedut.Takpelah masih segak dan bergaya :)

 Close up lagi.


Ni chiller.Pun tak mengecewakan service dia.Cuma saya pernah terjatuhkan seketul chiller masa dia tengah lembik dan terus bocor.Top up yang baru beli jenama MLO jugak.


Alhamdulillah puas rasanya beli barang yang dapat pakai lama.Orang kata kalah membeli menang memakai.Dan saya juga bersyukur dapat menyusukan Imran full breasfeeding selama 2 tahun ni.Tanpa CB tak dapat saya nak simpan EBM yang perah kat ofis tu.Jasamu ku kenang T__T

My SIL's Wedding

Pada 16 Februari 2014 telah berlangsungnya kenduri kawin adik ipar saya iaitu adik hasben.Nikah dan sanding hari yang sama.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Meh nak share gambar.
 
Family In Law
Purple theme.







The Hantaran


Pelaminan yang indah..walawei!





My small family with pengantin





My anak dara





5 gambar ni keadaan Amsyar yang pose statik.Langsung tak kisah apa yang berlaku.Tengah leka main game. T__T

Kepenatan.Amsyar oh Amsyar kenapa gaya tidur macam tu nak?

25 Feb 2014 : Happy 2nd Birthday Son

Alhamdulillah dengan ini, saya pun telah selesai melaksanakan tugas menyusukan Imran susu ibu sepenuhnya.Syukur Ya Allah. 

Dulu masa Khayra, fully 1 tahun 2 bulan dan campur formula+susu badan sebab pregnantkan Amsyar.Khayra stop breastfeeding dengan saya umur 2 tahun 6 bulan.Amsyar pun sama dengan kes Kakak dia, fully 1 tahun 2 bulan dan campur formula+susu badan sebab pregnantkan Imran.Sama jugak stop breasfeeding umur 2 tahun 6 bulan.

Dan Imran yang paling special sebab time dia menyusu,mama dia kosong (tak pregnantkan sape-sape..hihihi).Alhamdulillah saya dapat perah susu kat ofis dan bekalkan untuk Imran kat taska selama 2 tahun.Hari ni Imran dah 2 tahun.Terharu...


Designed by : Papa



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...