Akhirnya...

Sudah berapa lama ofis aku ni block semua jenis chat kt internet. Kalau nak ym,meebo,atau shoutmix semuanya forbidden.Kt rumah pulak semua maklumlah laptop rosak.So,sepanjang ofis aku forbidden semua jenis chat,aku tak dapat baca mesej kat shoutmix aku tu.Kaunter hit pun aku tak tau dah berapa.Itu pun diorang forbidden gak.


Hari ini,buat pertama kali aku dapat baca mesej kt shoutmix.Yea!Yea!Diorang dah allow kot semua chatting ni.Hehe.Buat kawan-kawan yang bagi mesej kat shoutmix tu,saya ucapkan terima kasih.Saya tak balas,bukan saya sombong ye.(^_^).Lepas ni saya akan blogwalking kt kawan-kawan kt shoutmix tu.Eh,eh,jam dinding saya pun muncul la.Hari tu dia tak keluar pun.Akhirnya...semua kembali macam sediakala.

Tanpa Mu Aku Sunyi

Sekarang ni aku telalu merindui mu


Dulu,kau akan sentiasa melayan segala permintaan aku


Kadang-kadang,walau sesukar mana pun perkara yang berlaku,kau tetap menolong ku mencari penyelesaian dan jawapan


Segala memori ku simpan didalam hatimu


Setiap waktu ku terkenangkanmu


Sekarang,betapa susahnya aku engkau tiada


Oh!Laptop...kenapalah engkau rosak


Hampir dua bulan engkau tidak bernyawa


Harap-harap lepas ni hubby repair balik


Ataupun abang beli baru je la..Hehehe..




Semalam Hujan Ribut

Semalam (18/8/2009),waktu sampai je rumah,hujan selebat-lebatnya. Tak sempat kitaorang nak masuk rumah. Mula-mula Mr.Papa kata dia try bukak pintu rumah dulu,baru aku dan Khayra masuk. Almaklumlah,rumah kitaorang ni kat tingkat atas.Tangga nak naik ke rumah takde awning langsung. So,memang kena betul-betul bergantung dengan cik payung je lah. So,elok-elok Mr.Papa sampai atas rumah,kilat sabung menyabung. Angin menderu-deru kat luar. Eventhough aku kat dalam kereta pun boleh dengar bunyi angin tu.Aduhai,seram je.Mr.Papa call,kata keadaan sekarang tak mengizinkan aku dan Khayra naik kerumah.Aku kena tunggu dulu dalam kereta sampai hujan reda.
So,aku pun dengan Khayra buat la aktiviti yang boleh.Apalagi,Khayra bergayut je la kat aku.Tapi kan,takkan dia nak menyusu je.So,pas dia dah boring menyusu,aku pun dah tak tau nak buat apa dalam keta tu.Kat luar ni memang lebat lagi ni.Mr.Papa berapa kali call,tanya keadaan kitorang.Kunci keta,Mr.Papa dah amik.Takleh bukak aircond.Memang keadaan dalam tu makin lama makin panas,walaupun kat luar tengah menggila hujan turun.Nasib baik "Rooney" kipas tangan Khayra ada.Berkipas la kitorang.Aku tengok pokok pisang yang tuan rumah tanam,makin lama makin condong.Kuat betul angin tu.
Kat atas rumah,Mr.Papa cakap air dari luar dah masuk rumah.Banjir la rumah aku nampaknya.Keadaan angin yang kuat tu jugak membuatkan payung yang Mr.Papa guna tadi patah.Haru betul.Lepas bunyi guruh yang paling kuat berdentum,barulah hujan reda sikit-sikit.Mr.Papa selamatkan kitorang dalam keta.Ceh,macam hero aku tengok.Hehehe.

Hujan Ribut

Langit gelap.Tapi baru pukul 6.




Kitorang terperangkap ni.

Hilangkan bosan

Dapur rumah yang kecah
Air naik sampai bawah meja makan


Keadaan cik payung yang patah sebab angin kuat

Lepas naik rumah,Mr.Papa bertukus lumus bersihkan air yang bertakung.Mop lagi.Aku dok rilek jaga Khayra.Hehe.Kesian Mr.Papa,lepas proses pembersihan habis,Papa terus pengsan (tido).Penat sangat.Tadi bawak keta,tempuh jem,pastu kena kemas rumah lagi.Kesian Papa.Thanks banyak-banyak ye Papa sebab kemas rumah.Sayang Papa.
Itulah seba-sedikit keadaan kitorg semalam.Terperangkap dalam hujan.

Aktiviti Khayra @ Taska

Dah lama dah nak upload gambar ni. Baru nak masuk dalam blog. Khayra kalau kat Taska amat la lasak sikit. Kadang-kadang dia lanyak kat tilam baby lain. Suka-suka dia je nak landing mana-mana dia nak landing. Pastu suka sakat baby lain, contoh : Suka tarik puting kat mulut baby lain ataupun baby lain tengah hisap botol pun dia pegi tariknya. Harap Khayra time ni je lasak ye sayang,kalau dah besar macam ni gak...pengsan mama.Haha.


Gambar kt bawah ni time ibu-ibu dok berkumpul untuk menyusu baby masing-masing. Termasuk la aku ni ha. Seronok tengok ramai lagi yang menyusu badan sekarang ni. Ingat zaman dulu je ke menyusu badan ni. Hohoho. Masa ni lah kitaorang para ibu berkumpul potpet cerita hal masing-masing. Riuh. Anak-anak kitorang pun ada aktiviti diorang. Apa lagi mari kita tengok.
Nuha, Irynn dan Khayra
Mula berebut handbag.So,mangsa handbag hari ni ialah Mama Nuha
Take 5 dulu
Inilah dia anak-anak yang lahir pada bulan Disember 2008
Aksi rebut -merebut handbag. Nama pun budak-budak (^_^)


Handbag rebutan,sekarang kat tangan Khayra pulak


Khayra yang lasak (^_^)

Lepas waktu menyusu dah habis,petang tu diorang dah siap-siap pakai baju untuk balik rumah. Cantik-cantik semua. Time ni sempat lah aku snap gambar Khayra dengan Nuha. Nampak macam Khayra tengah pujuk Nuha jangan nangis kan.Tapi padahal,Khayra baru lepas lepuk si Nuha.Adoiyaii,anak mama. Depan mama pulak tu.Lagi kuat la Nuha menangis.Huhuhu.

Khayra :"Nuha,jangan la menangis,kita kawan ye"

Pastu buat muka slumber

Macam-macam karenah anak-anak yang boleh kita tersenyum sendiri. Kadang-kadang berderau gak darah ni bila Khayra buat aksi-aksi lasak dia. Setakat ni jatuh berdebuk tu biasa lah. Anak mama,anak mama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...