Salam Aidil Fitri dari kami "KNR"

Tahun ni kami beraya bertiga.Alhamdulillah.Selamat berhari raya buat pertama kalinya si comel Khayra.Buat kawan-kawan blog yang saya sayangi semua,saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan saya yang membuatkan anda tersentap atau tak suka (ada ke..?).Semoga ikatan persahabatn ini bukan saja di blog,kalau boleh dapat kita sama-sama berjumpa dan mengeratkan lagi tali persaudaraan ini.


Salam Aidil Fitri dari kami "KNR"

CUTE SLEEPING BABY CONTEST

Cewah,ada hati lagik nak masuk contest-contest ni.Hehe.Masa tengah blog walking kat blog kawan-kawan ternampak la contest yang cute ni.Maka,dengan pantasnya aku menggodek gambar-gambar Khayra dalam HP aku dulu.Tak tau la penyertaan kali ni diterima atau tak. Pn.Baiti harap terima ye (^_^)



Syarat penyertaan :

1. Penyertaan terbuka kepada semua para2 ibu n blogger..

2. Perlu lah menjadi FOLLOWER Love My New Lifedan add my link nie di bloglist anda

3. Buat entry contest bersertakan 1 gambar ur baby anda yang sedang tidor yang paling cute,chomel sekali...

4. Terhad untuk satu penyertaan sahaja dan umur bayi ketika itu hendakla dalam lingkungan usia 3 - 12 bulan

5. Perlu disertakan dengan NAMA BABY, BIRTH DATE, PLACE OF BIRTH & NAMA IBU

6. Kemudian add banner contest kat side bar beserta ngan link contest nyer skali

7. Nyatakan skali aper yang special tentang blog Love My New Life

8. Sila tinggal kan link peyertaan anda di comment yerk..

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*





Name : KHAYRA NUR RANIA BT. KHAIRUL NIZAM
DOB : 19 DECEMBER 2008
POB : HOSPITAL MELAKA
Mother's Name : ROHANA BT. ALIAS

Picture taken baru lagi.Masa ni mama baru je bangun untuk buat juadah sahur.Masa tengah belek alarm HP yang berlagu merdu tu,mama tengok Khayra kat sebelah.Kebetulan lampu luar tak tutup,maka mama nampak la gaya tidur Khayra pagi tu.Eleh,comey je.Ikut gaya papa tidur.Sejibik.Mama apalagi,HP kt tangan ni terus menjalankan tugas men"snap" gambar Khayra yang tidor ala-ala macam orang besar tu.Haha.Untuk pengetahuan kalian,Khayra memang tidor lasak.Kejap lagi posisi tu akan bertukar.Nasib baik mama sempat snap tau.Cuba kawan-kawan perhatikan,mana selimut Khayra? Ya betul!! Papa Khayra yang pakai.Khayra jangan harap la pakai selimut.Harus ia tolak pakai kaki apa saje yang ada kt badan dia.Hohoho.

Penganjur adalah Pn Baiti di blognya Love My New Life yang cute itu.Mama suka singgah kt blognya sebab Iris sebaya dan lahir sama bulan dengan Khayra,iaitu Disember 2008.Ok,cukup sudah entri untuk contest kali ni.Sesiapa yang nak join,sila masuk sini ye.

Kena Gigit

Entri ini khas buat si comel mama, Khayra. Nanti Khayra dah besar,dah pandai baca..mama nak Khayra baca yang ini ye..
Hari ini 09.09.09 bersamaan hari Rabu. Pukul 12tgh tadi mama dengan papa pegi Jalan TAR.Nak cari baju Raya untuk Khayra,Mama dan Papa.Dah puas tawaf Jalan TAR dan Jalan Masjid India,mama tak sedar dah pukul 2.Sepatutnya waktu untuk mama datang taska.Dah setel semua dan kaki dah lenguh, mama datang juga.Papa pun pesan suruh tengok Khayra.Walaupun penat,hati mama tak sabar-sabar nak jumpa Khayra.
Bila mama sampai kat taska,mama tengok Ibu An tengah suapkan Khayra bubur.Mama datang kat Khayra,tapi Khayra pandang mama dengan pandangan sayu.Bulu mata Khayra yang panjang tu basah,macam lepas menangis.Mama tanya kat Ibu An,Khayra menangis ke?Ibu An dengan rasa bersalah mengiyakan.Tapi mama tak rasa apa-apa lagi sebab memang tau yang Khayra kadang-kadang nangis kat taska bila Ibu An takde depan mata.
Mama peluk Khayra.Mama cakap-cakap dengan Khayra.Khayra peluk mama balik.Masa tu lah Ibu An cakap yang Khayra baru lepas kena gigit kat ibu jari tangan kiri.Mama terus cek.Ya Allah,merahnya.Ibu An dah sapu minyak gamat tadi. Sebenarnya mama macam nak nangis bila tengok Khayra macam tu.Tapi mama tahan.Taknak menampakkan yang mama terlalu marah atau sedih.Mama cium jari Khayra.Tiup perlahan-lahan.Walaupun Khayra dah tak rasa sakit lagi,tapi mama rasa bersalah sangat.
Cerita Ibu An,ada sorang baby ni dah mula menggigit baby lain.Nak test gigi kot.Mula-mula tadi,Khayra seolah-olah macam tunggu mama datang.Asik pandang pintu je.Sebelum tu memang Khayra dah makan.Tapi disebabkan mama tak datang lagi,Ibu An bagi lagi bubur.Masa Ibu An nak amik bubur kat pantri,Khayra ikut merangkak ke pintu pantri tu.Tadi Khayra elok-elok je kat tempat sendiri.Kebetulan baby yang kuat gigit tu ada kat pintu,maka terjadi la aksi menggigit jari.
Ibu An sempat datang masa baby yang menggigit tu dah lepaskan jari Khayra.Khayra menangis sakit.Aduhai,kesian anak mama. Mama rasa bersalah sangat.Kalau mama datang on time,mesti Khayra tak kena gigit kan.Tapi mama kena faham,kat taska macam-macam boleh jadi.Mama tak salahkan pengasuh atau baby yang menggigit tu.Mama tak salahkan sesiapa.Mama salahkan diri mama sendiri.
Lepas Ibu An abis cerita,mama pergi susukan Khayra.Selalunya kalau apa-apa terjadi,contoh Khayra jatuh atau terkena sesuatu,mama akan terus menyusukan Khayra.Macam terapi.Khayra menyusu sambil mama urut jari Khayra.Akhirnya Khayra tertidur kekenyangan dipangkuan mama.Sebelum mama hantar Khayra kat tilam,mama cium pipi Khayra puas-puas.Mama rasa bersalah sangat.Maafkan mama ye sayang.Mama terlalu sayangkan Khayra.Mama tak sanggup tengok Khayra disakiti.Mama harap mama tak nangis.

Breastfeeding Room

Tarikh : 6 September 2009
Hari : Ahad
Lokasi : Tesco Ampang
Waktu : Lepas Zohor
Papa ajak jalan-jalan Tesco hari Ahad hari tu.Pas Khayra penat main dengan container.Punya la ramai orang.Troli pun berebut.Sampai kejar customer kat parking.Haha lawak.Kitorang sempoi je.Niat pegi sana just nak beli diapers Khayra.So lenggang-kangkung la ktorang.Khayra pulak memang seronok jumpa orang.Makin ligat kaki dia pusing.Mulut plak membebel je.Masa dalam keta masa otw tadi dia bantai tido.Dah sampai Tesco,nampak Khayra macam nak sesuatu je.Mama dah faham dah.Dia nak susu.Nasib baik kat Tesco ni ada bilik untuk penyusuan.So,jom kita tengok apa ada kat dalam bilik tu.

Mula-mula sampai dalam bilik tu,Khayra kemain lagi excited.Maybe ada wallpaper kartun buat dia suka.Ambik gambar pun asik tersengih je.Haha.



Dalam bilik tu ada singki.Kat tepi singki disediakan pemanas air untuk sape-sape yang nak bancuh susu.Ada juga ruang untuk salin diapers baby.Pastu disediakan beberapa bijik sofa.

Susu time!SSyy..Jangan kacau,Khayra tengah kusyuk tu.

Khayra dah sudah menyusu.Alhamdulillah.Jom ambik gambar lagi.Sayang,nape tengok mama.Tengok la HP mama ni.Ala cute je tengok mama camtu :)

Ala nampak jari pulak.Tak pro la mama ni.Khayra suka tengok diri sendiri kat cermin.

Aktiviti Khayra Weekend Hari Tu : Part I

Tarikh : 5 September 2009
Hari : Sabtu
Lokasi : Rumah Kami
Waktu : Tengah Hari Sket
Hari Sabtu memang ditunggu-tunggu oleh kitaorang sekeluarga ataupun setiap family kat Malaysia ni.Hari untuk bersantai-santaian.Khayra dapat balas dendam tengok Channel Playhouse Disney lama-lama.Almaklumlah member tu dok Taska.Takpat nak tengok TV selalu.Malam-malam kena paksa tido awal.Itupun Khayra ngelat ajak dok depan TV,nak tengok lagi la tu.Disebabkan stroller Khayra dah jadi perhiasan dalam bonet keta,mama & papa buat stroller tu untuk dijadikan tempat duduk istimewa Khayra bila tengok TV.Haha.



Handy Manny Time! Antara favorite Khayra.

Time iklan baru nak pandang.

Haiwan kesayangan Khayra,Pooh dan Mickey.Mesti kena bawak sama.



Takleh dok dalam strolley lama-lama.Asyik nak memanjat untuk turun je.Ha,mama dah bawak turun.Tapi mata tu tetap tak berkelip tengok TV.



Amboi anak dara ni,kusyuk betul la.Dah penat berdiri ke cik kak? (sila abaikan pemandangan kat sofa tu ye.Saya dah kemaskan dah)

Aktiviti Khayra Weekend Hari Tu : Part II

Tarikh : 6 September 2009
Hari : Ahad
Lokasi : Rumah Kami
Waktu : Dalam Pukul 11 lebih
Malam Sabtu kitorang pegi Giant Gombak.Mama beli container untuk letak barang-barang Khayra.Before ni letak sementara dalam bekas polisterin air batu.Haha.Esoknya Ahad,mama dapat idea.Sebelum letak barang-barang,meh kita lenjankan dulu container itew.Khayra duduk diam-diam dalam container ni ye.Mama nak buat macam stroller mini.Hohoho.


Khayra excited dok dalam tu.Tak tau lagi apa yang bakal berlaku

Suspennya muka tu.Ala rilek la Khayra,mesti best punya lah


Jangan bangun dulu.Projek belum mula lagi ni

Yiihaa!Mama main sorong-tarik.Container tu pulak ada roda kat bawah,maka ape lagi,makin laju mama tolak.(sila buat-buat tak nampak keadaan rumah saya yang masih lagi belum berkemas)

Muka budak yang nak lagi mama dia tolak.Penat la sayang.Suruh papa pulak.(Papa kat belakang tengah baca paper hari minggu)

Target Nak Kurus

Semenjak bulan puasa ni,Alhamdulillah ada perubahan sket kat figure aku yg dah berisi ni.Hehe.Semua ni rentetan (ceh,ayat..) lepas bersalin 8 bulan lepas. Masa pregnant,jangan cakap la,berat badan aku dah macam berat tong.Memang menakjubkan bila berat naik dengan pantasnya.Sepantas aku makan la.Hehe.

Masa zaman anak dara berat aku sekitar 54kg-55kg dengan ketinggian 162cm.Kadang-kadang berat 50kg time malas nak makan.Start pregnant,badan dah mula naik.Biasa la tu.Mak Yong la katakan.Pastu makin lama makin besar.Akhirnya cecah lah 76kg before deliver.Memang teramat berat badan aku rasakan.Nak duduk sofa memang payah,sebab nak kena turunkan sikit lutut,baru duduk.Kalau tak,aku terduduk terus,takde brek-brek.Berat woo.Lepastu Khayra pun lahir dengan selamatnya dengan berat 3.3kg.


Masa ni dah cuti duduk kampung.Nak tunggu deliver je.Ayah bawak jalan-jalan dengan my sis yang lain.Hubby dok KL lagi,abiskan keja b4 cuti panjang.Tengoklah betapa tong dram nya aku masa tu.Gemok wei.Jalan mengengkang je.Hehe.
Aku mula proses berpantang kat rumah mak.Nasib baik bersalin normal,boleh lah aku bertungku dan berbengkung.Tapi,betul lah orang kata,pantang kena betul-betul pantang.Aku ade la sikit-sikit curi minum air dengan banyaknya.Orang tua-tua mana bagi minum air banyak-banyak ni.Yang lain,aku memang pantang betul-betul (eh,ye ke?..)Tengok-tengok berat aku turun dari 76kg ke 60kg.Ok la tu.

Lepas abis pantang,try la jugak diet sikit-sikit.Tapi disebabkan aku ni fully breastfeeding,so tahap pemakanan aku ni kerap jugak la.Lapar wei.So,berat aku takat tu je la.60kg dengan ketinggian 162cm (berapa kali mau ulang daa).Betapa jelesnya aku tengok orang lain dapat turun berat badan sama dengan figure b4 pregnant.Kurang makan 60kg,banyak makan pun 60kg.Ala,tak kisah lah.
Tapi sejak berpuasa ni,berat aku slowly turun.Hooray! Sekarang dah back to normal.Dapat berat masa anak dara balik - 55kg.Orang lain tak nampak aku kurus kot,sebab tang dada ni macam menampakkan aku still berisi.Mana taknya,sekarang dah kena tukar cup.Ok la,asalkan aku tau aku dah nak kurus (perasan).Tak tau la lepas raya nanti camne.Harap still maintain.Hehe.



Gambar terbaru.Alamak,sama pulak kaler tudung yang atas tu.Kantoi.Ada la sikit perubahan.Kalau tak,badan aku memang berisi sikit.

Contest Pasangan Seiras...Seiras ke?

Dah lama wei tak masuk contest-contest nih.Hari tu ada gak teringin nak masuk contest yang Kak e-caR buat tu,The Unique Photo Wedding.Tapi rasa2 macam tak menang terus tak join.Hehehe.


Yang contest ni,aku saja-saja gatal tangan nak join.Meramaikan majlis la katakan.So,enjoy!





Syarat2 Wajib


1. Terbuka kepada semua blogger malaysia dan antarabangsayang memiliki wajah seiras dengan suami/isteri, adik beradik atau kawan2.


2. Upload gambar seiras anda (nyatakan nama anda dan pasangan)dan tinggalkan link nya di entri ini)

3. Juga letakkan link contest ini di entry korang ye. Takde link tak Qualified ok.copy je ni--> http://miezaniera.blogspot.com/2009/08/contest-pasangan-seirasopened.html



Syarat2 Sunat.

4. Banner tu sapa yg rajin, letak la kt sidebar blog korang, kalo yg malas tu,tak yah la letak.


5. Pastu letakkan link
http://miezaniera.blogspot.com/ di blog list anda.


6. Lastly, jadi follower ;D


7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional.




Nama anda : Mama Khayra
Nama Pasangan : Papa Khayra

Actually,gambar ni masa zaman muda ktorang dolu-dolu.Time Raya 2007.Hehe.Masa tu lom kawin lagi.Masih dalam mood bertunang.Duduk pun malu-malu gitu.Ada orang kata muka ktorang seiras.Tapi time aku tak mekap la.Kalau mekap,dah lain ropanya.So,inilah dia rupa pasangan seiras aku.Kalau tak seiras pun,anggap la seiras.Hehe.Saja je nak tayang gambar zaman bertunang.Sape-sape yang nak join,sempat lagi kot.Masuk kat blog Sweet Mama (memang sweet pun).Deadline 4 September ni.Check it out!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...