Alhamdulillah Amsyar Dah Wean Off Sepenuhnya

Genap 2 tahun 6 bulan, Amsyar dengan berat hati melepaskan aktiviti penyusuan dia dengan saya.

Kalau bukan Amsyar tandem dengan Imran, mungkin saya masih lagi meneruskan penyusuan ni.Tapi, apo nak dikato, malam-malam Amsyar yang banyak kali bangun nak menyusu dengan saya.Siap menangis lagi.Kalau menagis, Imran pun terjaga sekalil. So dua-dua mintak upah. Macam mana rupa menyusu serentak tu boleh refer sini.

Tak boleh jadi ni, Amsyar pun dah besar.Bagi Imran je la yang menyusu dengan saya sorang.Dengan tekad Amsyar dah nak 2 tahun 6 bulan pada 23 Mac 2013 haritu, saya buat kaedah pekak telinga je kalau Amsyar nak susu.

Hati mau kering.Jangan terpedaya dengan lakonan air mata itu.Saya tak menggunakan taktik sapu asam jawa ke, letak gincu ke, yang saya gunakan ayat-ayat power "Abang dah besarkann..tak boleh susu mama lagi.Ni baby punya"..lepas tu radio rosak akan berbunyik nyaring. Bukan je melalak, dan meraung, badan siap terlentang atas lantai berguling-guling dia marah.

Kaedah tu kena di applykan dengan cepat-cepat buat susu botol.Pastu pujuk-pujuk sikit, puji-puji sket.Pastu lama-lama ok. Ada jugak lepas beberapa hari dia tak menyusu dengan saya lagi, dia tiba-tiba mintak balik."Maaa nak tuu,nak tutu"..Tak boleh jadi, hati kena keringkan balik.Hahaa.

Alhamdulillah, sejak 23 Mac sampai sekarang Amsyar dah tak menyusu dengan saya lagi.Dia pun dah boleh lawan perasaan kalau tengok Imran menyusu dengan saya.Kalau tak dulu pantang tengok Imran menyusu, dia tangkap sedey.Kesian saya tengok.


Buat Khair Amsyar, mama halalkan setiap susu yang mengalir ke dalam mulut Amsyar. Tanggungjawab mama menyusukan Amsyar sampai dua tahun dah selesai. Mama akan sentiasa rindukan saat kita menikmati perjalanan penyusuan ini walaupun Abang terpaksa berkongsi dengan Adik Imran masa umur 1 tahun 5 bulan.Semoga berkat susu mama, Khair Amsyar membesar sebagai anak yang soleh, dengar kata-kata mama dan papa, hormatkan orang tua, rajin berlajar dan diberikan kesihatan yang baik.Mama sangat sayangkan Abang...

Apabila Minat Berbloging Merudum.....




Assalamualaikum.

Allahu akbar..lamaaaa nyaaa tak bukak blog.

Camne ek, bukan saje tak log in blog, nak surf blog sendiri pun dah berbulan tak bukak. Blog orang lain lagi laaa.

Macam nilah apabila semua gajet dah menggantikan dan merampas tugas laptop dan PC.

Minat nak baca blog dah terganggu dengan kehadiran Instagram, Keek, WeChat, Group WhatsApp, Line dan FB. Mungkin benda-benda tu hanya catitan pendek dan bergambar je membuatkan malasnya nak scroll baca blog (itu saya laa).

Yang rugi, saya jugak.Sebab kat sinilah tempat nak buat catatan tentang anak-anak, peristiwa, cinta, suka dan duka.

Sekarang ni hati meronta-ronta nak cerita semuaaa..tapi yang mana nak start dulu ni.Ok.Ok. Kita letak gambar budak 3 orang tu dulu.Nanti sambung :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...