WordLess Wednesday - OutDoor Activity

LOVE MY FAMILY


























Sambungan Cerita Ke JB

Sambung citer basi 2 bulan lepas....

Ini first time saya jejak kaki ke JB.Itupun sebab ada meeting jabatan. Disebabkan bukan sebab holiday, so takde bawak anak-anak pergi jalan-jalan sangat kat JB. Malam tu kitorang singgah ke Danga Bay. Saje tengok lampu-lampu.
 
 

Incek Boss tengah wassap dengan kawan-kawan dia tanya tempat-tempat best kat JB ni, sambil tu google jugak . Memang takde dalam itinerary pun.Waktu ni saje pusing-pusing JB padahal kejap lagi saya kena meeting tu.Turn saya pukul 2.30 petang, so curik masa kuar kejap.

 Pusing-pusing ,pastu berenti kat mana entah.Saje amik angin laut.Imran dah tertidur dah.Nak pergi Legoland masa tak cukup.So round je la.Insyallah kalau ada peluang pergi JB kita buat plan betul-betul.Ni pun terpaksa pujuk Incek Boss amik cuti temankan mak budak-budak ni pergi meeting.Nasib baik Incek Boss setuju,bak kata Incek Boss pun "Redha je la"..kuikuikui..
 

 Hari Selasa kitorang check out dari Hotel Puteri Pacific. Kejap je dah nak balik.Yer lah, datang sini bukan holiday pun.Huhu.Sebelum balik saya sempat jumpa dengan Makcik Sabi saya yang kerja nurse tu. Khayra teruja sebab jarang tengok orang pakai uniform ni.Suka dia dapat jumpa dengan Nekcik dia. Makcik Sabi adik ayah saya :D Alhamdulillah kitorang dapat juga berjumpa sebelum Makcik Sabi berangkat untuk menunaikan ibadat umrah minggu tu.

On the way balik Melaka sempatlah jugak singgah Ayer Itam.Takde shopping sangat pun.Just beli kepek-kepek dengan tikar kartun. Khayra sempat mengepow softtoy Pororo.






Terima Kasih Nuffnang Ku Sayam

Pencapaian yang baik setakat ni..apa yang tercapai??

Setelah 4 tahun berblogging baru boleh cash out..Haaa bangga mak noks!! Giler tak giler la.Orang lain punya Nuffnang berdesup masuk duit.Ni kategori siput ke kura-kura tak tahu la nak dikata.Hihihihi.

Apa-apa pun itu semua rezeki masing-masing. Bagi saya, Nuffnang ni untuk suka-suka saja.Mula-mula tu sebab tengok orang lain ada iklan,kita pun nak ada iklan kat dalam blog jugak.Tapi blog pun tak selalu nak up date macam mana lah iklan nak masuk berdesupp kann. Alhamdulillah sapa nak bagi macam tu je.

Kalau macam ni tunggu lagi 4 tahun cukup lah seratus.Takyah cash out lah, biar duit tu dok diam-diam dalam tu.Bak kata Incek Boss pun, nak pencen sok boleh buat duit muka keta.Cett!!!

Thanks Nuffnang.Love u lot.Eceh!!


Cerita Basi Dok Hotel 2 Bulan Lepas

Assalamualaikum...

Haihh, macam-macam cerita nak borak dengan kawan-kawan semua. Entry ni dok terperam dalam draft. Bulan Mac aritu bawak budak pergi JB. Bukan pergi makan angin, tapi temankan mak dia pegi meeting. Check in pukul 3 ptg hari Ahad, sebab malam tu dah start meeting. Hari Selasa tgh ari baru check out. So merasa lah tidur hotel 2 malam.

Meeting kat Puteri Pacific Hotel, JB.Bila maknyer meeting, papa lah yang jaga budak-budak.Ni pun kawtim dengan pengurusan nak kan bilik sorang. Imrankan breastfeed lagi..huhuhu..Meh kita layan gambar...

Bayangkan katil tu 5 beranak tido sama-sama.Yeah, memang betul.Hahaha.

Entah ape yang budak 3 orang tu heran dengan meja tu.Mesti main tekan-tekan tepon ni.Adoii..

TV yang tak uptodate T_T

Meja study

Bathroom

 Toilet bowl menyuruk disebalik kaca tu.

Coffe or tea?

Incek boss tengah merehatkan badan

Dak kecik ni main sorong tarik pintu TV.

View from 10th floor

Macam Kakak yang nak meeting malam ni

Mini bar...dapat mini Chipsmore & mineral water sejukk.

Peti besi??!!


Eeeee tak malu..shame2!

 Adik! Jangan makan sabun tuuu!!!

Hotel memang ada sediakan wifi.Tapi setiap kali nak log in kena mintak password kat receptionist.Call je.Password bertukar setiap kali log in.Sebelum check in hotel aritu, jumpa dengan Makcik saya yang duduk kat JB. Dah lama tak jumpa.Nanti I update lagi okay.. (update la sangatt,benda dah basi 2 bulan lepas dahh.. T__T )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...