Hari Ni Nak Balik Kampung

1st of all,saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.Ada sesiapa yang tak balik kampung beraya?Mungkin masing-masing ada sebab tersendiri.Yang pastinya Hari Raya adalah untuk makan ketupat dan rendang disamping menghayati pengertian "Qurban".Tahun ni saya belum diberikan rezeki lebih untuk buat korban.Niat tu memang ada...

Tukar penggunaan ganti nama "aku" pulak.Hehehe.

Hari ni insyallah,kami akan bertolak pulang ke Melaka lebih kurang pukul 3 petang karang.Aku dan hubby amik half-day.So,semua barang dah siap-siap packed dalam bonet kereta tu.Malam tadi aku tertidur awal.Dalam pukul 9 lebih.Kalau menyusukan Khayra atas katil,harus aku pun tertidur sama.Nasib baik aku terjaga pukul 2.30 pagi tadi.Mula-mula hubby bangun dulu,aku dah celik dah.Tapi rasanya amat malas sekali kalau packed barang untuk balik kampung.Virus ni dah lama menular sejak aku kat U dulu.Malasnya kalau kemas barang...Huhu.

Mula-mula iron baju nak pegi keja dulu.Pastu barulah sesi menyelongkar baju-baju nak balik kampung.Kebetulan ada kenduri kawin sekali.Terpaksalah cari baju yang glam sikit.Muahaha.Sempat gak la buat milo panas dan roti bakar (kaya+planta) untuk hubby.aku bedal freshmilk yang diwarmkan dengan sekeping roti.Lapau wei..

Mata aku ni dah start ngantuk balik.Dalam pukul 4 pagi aku ajak hubby tidur.Dia leka dengan FB dan fantacy football dia.TV bukak cerita bola.Bosan gue.Aku bukan apa,petang karang dia gak nak drive.Kalau ngantuk je,camne nak sampai rumah.Aku boleh je drive,tapi Khayra mesti nak ikut duduk dengan aku.Last-last aku tutup lampu,biar gelap sikit.Dalam 10 minit hubby tutup laptop masuk dalam beg (sebab nak bawak laptop tu balik kampung),kemas-kemas apa yang patut then tarik selimut macam aku gak.

Tapi fikiran ni asik terbayang, kalaulah kejadian blackout macam dulu tu terjadi lagi.Naya je.Tapi aku ada reason tersendiri tak bawak balik EBM aku balik kampung :



  1. Aku pegi ofis dulu,susah untuk aku simpan kesemua EBM dalam cooler bag aku hanya boleh memuatkan dalam 4 botol + 2 ice pack.
  2. Kalau EBM mencair,kemungkinan untuk Khayra minum jauh sekali.Khayra hanya minum EBM time aku pegi keja or aku takde bersama dengan dia.Harus EBM tu rosak macam tu je.


Aku berdoa semoga Allah selamatkanlah semua EBM dalam fridge aku tu.Sekarang musim hujan.Takut gak kalau-kalau blackout lagi.Ok lah kawan-kawan semua,Yang baik datang dari Allah,yang buruk datang dari saya (tukar penggunaan ganti nama).

Pandu berhati-hati."Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami KNR".


Kad Touch n Go yang banyak berjasa kat kitorang yang menggunakan Lebuhraya PLUS.


Hujung Minggu Bersama Mak Ngah


Disebabkan Mama Khayra tengah belajar photoshop,entri untuk minggu lepas baru la dapat publish.Sebab kena edit gambar dulu.Kata baru belajar kan.So,memang lembab sikit la nak mengedit.Terkial-kial lagi.Itu belum lagi papa ajar yang intermediate.Baru beginner.Boleh la labu..

Disebabkan hujung minggu hari tu papa busy dengan custom album,so aku pun ajak la adik yang duduk kat Cheras datang rumah ktorang kat Gombak.Tujuannya nak mintak teman keluar jalan-jalan.Tak nak ganggu papa buat kerja.Lagipun Khayra selalu kacau.Huhu.So,destinasi kitorang hari Sabtu hari tu pegi Jusco Wangsa Maju atau Alpha Angle.



Waktu ni Khayra taknak didukung.Peh,seronok betul dia dapat lepas.Merayap sana-sini.Aku tak larat nak kejar dia lari.Kang mau dia hilang kat celah orang ramai,nangis tak berlagu aku.Tapi tempat-tempat yang dilarang masuk pun dia redah je.Yang aku tak tahan,dia boleh feeling tengok gambar orang cium-cium kat area perfume tu.Alahai,anak mama...





Kitorang ni tak de tujuan sangat pegi situ.Dah nama berjalan-jalan,so kitorang pun jalan je la.Tak gi shoping langsung.Sambil-sambil tu tengok orang buat donut kat "Big Aple".Syok betul tengok orang celup-celup donut tu.Adik aku asik cakap "Kak,kalau senang camni,kita pun boleh buat."Iyo lah,akak nak pasni ko buat donut sebijik rasa macam kat "Big Aple" tu. Aku tapau untuk papa donut set 6 ketuiTapi yang pasti muka kitorang dah 4-5 kali lalu lalang kat situ.Muahaha.





Pas jalan-jalan,pastu duduk.Jalan lagi,duduk.Itu lah keja kitorang.Memang takde tujuan.Khayra dah start bunyik2.aku tau dah time susu dia.Pegilah cari nursing room.Takde rupanya.Aku bukannya selalu lepak kat situ.Tak familiar sangat.Pegi tandas,kot-kot ada tempat tersembunyi ke,takde gak.So,amik gambar la kitorang.






Kena jugak breastfeeding Khayra.Last-last kitorang lepak kat surau.Boleh lah Khayra menyusu dengan amannya.Tengoklah muka Khayra yang kekenyangan dengan susu mama dia.Comel!








Pukul 4 Mat Kacau datang bagi belon.Sebenarnya Khayra dah dapat dulu belon tu.Mama yang mengendeng kat akak yang tiup belon tu.Dapat la sebijik.Pastu time Mat Kacau bagi belon,tadah tangan lagi.1st belon adik aku pegang.Macam belum dapat pape lagi.So,Khayra dapat 2 bijik belon.Tak senonoh betul aku ni kan.Hehehe.Khayra bukan kenal sangat Mat Kacau tu.Tapi layan je.Khayra tengok sibuk perhatikan Mat Kacau.Dia bukan kisah berdiri sorang-sorang.Lagi dia yang pegi Kacau Mat Kacau ada.Haha.





Pic with Mat Kacau.Sebenarnya Mat Kacau yang nak amik gambar dengan kitorang.Muahahaha!




Mak Ngah belanja makan kat McD.Aku baru tau prosperity dah ada balik.Cepat betul.Raya cina bila ek?Tapi yang penting,Mak Ngah memang baik hati.Hehehe.puji ada makna ni Khayra tahan pedas makan curly fries tu.Banyak betul dia makan.Aku bagi suku je.Bbawak gak bekal bubur dari rumah.Nasib baik makan bubur dulu.Kalau tak,memang dia tak pandang.Licin curly fries tu Khayra kerjakan.


Masa balik,aku susukan Khayra lagi.Aku dah agak mesti dia tidur.Nak suruh adik aku drive,dia tak familiar sangat area situ.Pas Khayra betul-betul lena,aku pass Khayra kat pangku adik aku pulak.Tadi aku duduk kat seat sebelah driver.Bayangkan macam mana aku pass Khayra kat adik aku tu.

Balik rumah,hujan turun dengan lebatnya.Nasib baik sempat masuk rumah dulu.Papa dah rindu dendam dengan kitorang.Rasanya inilah pertama kali jalan-jalan papa takde.Khayra tidur sampai maghrib...






Blog Template Baru+Photoshop CS4

Hihihi..Bukan apa, dah final select blog template.Ok la kot.Rasanya kena mekap sikit-sikit.Gambar-Gambar Khayra setiap bulan lom tempek lagi.Kena cari balik.Hari tu buat back up save kat word, punya la pandai sekarang file tu tak leh import.Kena selongkar kat laptop kat rumah balik.

Sekarang ni aku tengah menimba ilmu berlajar photoshop kat En.suami a.k.a Mr.Papa. Almaklum Papa kan Graphic Designer.Dah lama dah Papa nak ajar.Sejak zaman bercinta lagi.Kira-kira dah 9 tahun offer,baru ni aku yang tergerak mintak Papa ajar.Lama ek.Ye lah,bercinta 8 tahun,kawin dekat 2 tahun.Ini pun aku berlajar sebab nak tacap gambar Khayra.Hehehe.Papa tepuk dahi.Ingat nak belajar betul-betul.

Oklah,aku ni amatur lagi,so kalau gambar tak cantik buat-buat tak nampak la ye.Sekarang ni jangan anggap gambar ditacap oleh Papa Khayra lagi.Awal-awal lagi En.Suami dah warning.Kang rosak reputasi dia.Ceh!Oh ye,kalau nak tengok sebahagian karya Papa Khayra boleh klik kat sini ye.Itu cuma buat time free je.Sekarang Papa Khayra berkhidmat dengan agensi kerajaan.Designer gak.Kadang-kadang amik job buat custom album kawin.Yang pasti,aku dan Khayra la sumber inspirasinya perasan.

Ni ha gambar yang comot aku tacap kat photoshop.Seriously aku memang zero.Tak tau pape pasal photoshop before ni.Pasni gigih belajar photoshop lagi.Tiba-tiba best plak mengedit gambar."Abang,assistant in da making akan berkhidmat tak lama lagi.Tungguu"Muahahaha!

click for enlarge

Inilah hasil kerja aku yang comot.Itupun garu kepala asik tanya papa.



p/s :Eleh,benda simple pun nak publish dalam blog.






Blog Under Construction

Bunyi macam bestnya je tajuk kat atas tu.Ni tengah survey mana-mana blog template yang cun.Skang ni temperory lagi.Rasa-rasa sepanjang terjebak dalam arena pemblogan ni (buleh ke eja camtu) dah 4 kali aku tukar template dan background. Yang terakhir yang ada bunga-bunga kat header.Santek.Tiba-tiba rasa sayang pulak tukar.Tu la gatal sangat tangan.Sekarang ni blog berjiwa kacau kejap.Tunggang-langgang.Nanti akan ku mekap cantik-cantik.Nasib baik dah buat back up.Gambar Khayra dan gambar masa aku jadi perantin akan ku tempek kemudian hokey.Dadaa.


Hari Ini 19 November 2009..Cerita Suka dan Duka

19 November 2009

Suka-suki


Khayra genap 11 bulan hari ni. Ya Allah, tanpa ku sedari dah 11 bulan umur anak mama ni dan 11 bulan la aku bergelar mama.Alhamdulillah.Tinggal sebulan je lagi Khayra nak setahun.Detik-detik kelahiran Khayra telah aku catatkan dalam entri ini . Mama berdoa agar Khayra diberi kesihatan yang baik, jangan nakal-nakal dan bijak dalam semua hal. Insyallah.

Khayra berusia 1 hari.Merah lagi.

Duka
Dalam pukul 11 pagi tadi,emak aku call.Nak informkan yang adik ipar aku keguguran.Adik lelaki aku menangis-nangis bila call emak bgtau yang baby dia mati dalam perut. Sedih aku dengar.Adik ipar aku - Liza - baru pregnant 13 weeks.Tapi dah tersurat yang diorang takde rezeki.Aku ingat lagi,adik aku - Zul - botakkan kepala bila wife dia pregnant.Memang adik aku teruja.Aku pun tumpang seronok.Aku dah mula berkempen fully bfeeding kat Liza.

Tapi,hari ni bila diorang pegi monthly check up and scan,doc cakap janin dah takde.Rupanya uri lagi besar dari janin.So,janin tak dapat oksigen secukupnya.Doc bgtau yang janin dah takde sejak 3 minggu lepas.Subhanallah. Esok,Zul bawak balik Liza ke Temerloh (rumah Mak Ayah Liza).Diorang dok Klang.Pegi hospital dan boleh terus kebumikan janin tu.Harap adik aku dan my SIL tabah.Semuanya ada hikmah.Kemungkinan kalau baby tu hidup,dia tak normal.Allah dah tentukan rezeki masing-masing.

pic from mr.google

Galak Berjalan Sekarang Ni

Sekarang ni kalau offer Khayra berjalan harus dia tak tolak.Kejap je berdukung,lepas tu kaki dah getik melonjak-lonjak nak turun.Dalam umur 10 bulan setengah ni,kaki Khayra bertambah kuat.Jalan dah tak jatuh lagi.Alhamdulillah.Kat rumah selalu ajak mama main kejar-kejar.Huhu.

"Tak main la stroller lagi mama.Tak anak dara la macam ni"kata KhayraBerdating dengan sang jejaka sambil berpegangan tangan.Jeles I.


Makan apa tu syg?


Mama yang tak larat tunggu anak dia berjalan terkedek-kedek.Terus angkut.Baru cepat sikit.


Patutnya amik gambar anak.Tapi mama yang hover.Muahaha.

Minuman Wajib Untuk Mama

Hai semua.Berjumpa lagi kita.Mesti ramai yang tertunggu-tunggu entri terbaru daripada saya kan.Harap anda tidak marah.Eh,eh.Kenapa dengan Mama Khayra ni?Perasan sangat. Macam la ada orang baca blog ni.Hahaha.Mama Khayra dah bengong.Oklah,kalau takde sesiapa yang baca pun,ini hanya sekadar berkongsi pengalaman.

Hari tu kat
entri ni, Kak Salwa ada bertanyakan petua aku camne nak perbanyakkan susu badan.Hmm..petua ye?Mungkin kalau nak ikutkan bukan lah petua sangat pun.Sebab kalau petua tu macam amalan orang tua-tua.Agaknya kot.Macam tu lah aku iktiraf petua. ntah apa-apa yang aku taip ni Selalunya aku banyakkan minum dari makan. Kalau makanan,aku banyakkan sayur-sayur hijau. Oklah,disebabkan entri ni bertajuk Minuman Wajib Untuk Mama, meh kita tengok apa yang Mama Khayra tiap-tiap hari minum.


HL Fresh Milk : Minuman wajib dari aku pregnant sampai la sekarang.Aku tak minum Anmum ke,Enfamama ke,tapi yang ni la aku tala sampai berkotak-kotak.Tak percaya tanya En.Suami. Hehe.Dulu masa pregnant aku minum flavor strawberi, suka sangat.Mungkin disebabkan pembawakan baby girl kot. Sekarang ni minum fresh milk biasa. Yang penting sekali mesti brand HL.Sedap tau.Setiap pagi before pegi keja mesti minum segelas.



Nesvita + Oat 3 in 1 : Ni minuman kat ofis.Campuran dua perasa.Tahu kan Quaker Oat ada keluar minuman 3 in 1? Kalau tahu bagus lah.Hihi.Aku suka yang vanilla.Campur dengan nestum.Fuh,sedap tau minum panas-panas.



Milo / Milo + Oat : Air milo memang kegilaan dari sejak aku berpantang sampai la sekarang. Ingat lagi,masa berpantang kat kampung,tak boleh makan berat-berat.Mak suruh aku minum milo cicah biskut.Masa tu makanan ni la paling sedap aku rasa. sebab makanan best-best yang lain tak boleh bedal,pantang.Huhu Disebabkan itu,dah jadi minuman feveret pulak.Kat rumah mesti ada satu balang milo.Kalau tinggal setengah,gigih membeli untuk dijadikan stok.Bekas milo tu mesti sentiasa penuh.Hehe,tamak kan?Sama jugak dengan oat.Aku beli Quaker Oat Instant.Plastik dia kaler merah.Kalau tak minum milo begitu sahaja,aku minum campur dengan 3 sudu besar oat. Memang oat ni menggalakkan pengeluaran susu badan.



Eh,macam mana gambar ni terselit ni.Ini bukan minuman ye.Ni spageti masak hari tu.Hehe.Yang biji-biji tu bukan bijan ye puan-puan.Itu adalah grated cheese. macam la orang tak tahu


Oklah,itu je lah minuman aku sepanjang hari.Mungkin dengan niat untuk menambahkan susu badan membuatkan susu sentiasa ada.Alhamdulillah,Kadang-kadang kita kena jugak guna psikologi.Mind cakap susu badan akan tambah dengan pemakanan macam ni atau macam tu.So,lama-kelamaan susu akan mula bertambah.Macam itulah yang aku amalkan sekiranya production susu aku mula merudum.Dengan niat nak beri Khayra yang terbaik,aku setkan dalam fikiran yang susu aku banyak.Aku insan biasa.Tak semestinya susu aku sentiasa penuh.Ada juga waktu-waktu sukar.Dengan cara pemakan dan minuman yang betul,Alhamdulillah,susu sentiasa ada.Itu lah sahaja pengalaman sepanjang 11 bulan aku menjadi fullybreastfeeding mama.Bak kata Kak e-caR, "Sharing is Caring and Loving".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...