Set Bersalin Mana Yang Best?

Mak Yong tengah survey set bersalin ni.Masa Khayra dulu mak suruh beli Air Mancur. Tu zaman mak saya punya jam memang glamer air mancur.Adalah dia punya pilis, param & ubat makan.Tapi bau dia betul-betul macam orang tengah berpantang.Rempah kuat sangat.Teringat masa beli set Air Mancur tu, petang tu pergi beli, malam tu saya kuar tanda lendir darah.Macam tau-tau je nak bersalin, nasib baik sempat beli :)
 Inilah ropanya.Betul-betul oldskul.Anak pertama la katakan, ngikutkan je apa mak cakap.Tak reti nak beli yang lain.

Kat dalam kotak tu ada benda alah ni.Kena bancuh sendiri rempah-rempah tu.Saya tak boleh pakai pilis, terus kuar ruam kat dahi.Lagi best pakai bengkung kain ber ela-ela tu.Mak saya yang buat sendiri.Orang kata betul-betul 70-an lah.

Pastu bersalin Khair Amsyar, dah start ngengada nak cari yang moden sikit.Tak mau la pakai macam orang dolu-dolu.Masa tu saya  ingat lagi esok nak raya.Orang kata mantai.Orang lain sibuk pegi beli ayam daging, saya cari set bersalin.Sambar Set Bersalin Leesa Formula.14 Syawal saya selamat bersalinkan Khair Amsyar.Saya beli dengan bengkung sekali.Barulah moden.Haha poyo.
Dalam set ni krim halia dia boleh dibuat pilis kat dahi.Senang kerja saya.Takyah nak bancuh-bancuh. *dasar pem..

Preggie yang 3rd ni saya nak cari set bersalin apa pulak ek? Kawan-kawan boley bagi idea.Oleh kerana saya ni purple lover, saya macam terpikat kat Set Bersalin Hiraq ni (minat purple punya pasal, boley?).Ada sapa-sapa yang pernah guna tak?Produk Hiraq ni masih baru kat market.Macam-macam pulak yang ada dalam set ni.Sempat ke saya guna semua benda alah ni time pantang?


 Dalam Set Bersalin Hiraq ni ada :
  1. Karmila Platinum - 2 pcs
  2. Herba Mandian - 1 pcs
  3. Stretch Marks & Heel Care Cream - 1 pcs
  4. Bengkung - 1 pcs
  5. Sabun Herba - 1 pcs
  6. Susu Kambing - 2 pcs
  7. T3 Feminine Wash - 1 pcs
  8. Hiraq Jeli Gamat - 1 pcs
  9. Magical Cream - 1 pcs
Pastu dia bagi percuma 3 sachet Mandian Herba Hiraq bernilai RM10.80 & kupon diskaun 15% untuk next purchase.Saya dah terjah website Hiraq ni.Produk berasaskan Islam, suci dan halal. Hemmm, saya just survey dulu.Tak decide lagi nak beli yang mana.Nona Roguy ok tak?

Senyum Sabtu

 Suka sangat kat Lisa Sughihani..Hihihi..
 

Breakunch

Menu untuk hari ini : Nasi Goreng Ayam Belakang Masjid. 
Breakfast + Lunch = Breakunch
 
Brrp.Alhamdulillah...
 

Good Mood on Friday

Hari ni anak-anak mama semuanya in good mood. Walaupun adik pukul 2.30 am tadi mengaruk tak tentu pasal. Nak tido berdukung pulak.Kesian papa melayankan adik tu.Akibatnya, papa dah terkocoh-kocoh nak pegi keja.Lewat dah.Kul 4.50 am baru siap mandi.Nasib baik sempat.

Masa papa pegi kerja tu, dua orang budak ni dah celik mata. Lambai dari tingkap bilik je la. Pastu nak sambung tido balik, bukan main susah. Mama naik ngantuk dah ni. Nasib baik kakak bangun tak nangis. Memang rutin Kakak sebelum pergi taska kena mandi kat rumah dulu.Bila dah siap mandi, Adik pulak bangun, menangis cari mama.Bila dah bangun ni, projek poopoo dia pun bermula la.Kenalah mandikan dak Adik pulak.

 Budak-budak yang dah wangi pagi tadi.Lengkap dengan bedak gomak dia.Hee.Kakak suruh adik buat peace.Tapi tak jadi.

 2nd attempt. Tak jadi jugak peace adik.Beg budak-budak tu tu cap Upin & Ipin.Kena beli sama.Kang berebut

Satu jari je keluar.Boleh lah peace adik tu.Kakak berbaju taska. Adik tak pakai uniform lagi.

Bila dah galak berposing tu, kakak sambung amik gambar sendiri pulak.Macam-macam dia snap.

 Gambar mama kat luar keta.Masa ni kakak dah siap masuk dalam keta, tunggu mama open gate.Terlindung perut makyong.



 "Mama, mama..pandang sini jap.Kakak amik gambar mama.Senyuum.." Betul, macam tu la kakak cakap.Keletah je.


 Gambar beg Kakak.Kawan-kawan Upin & Ipin.Ni pun dia snap.

 Mama tengah drive, tapi Kakak suruh pandang kamera.Terpaksa senyum pandang depan.

Masa hantar Kakak and Adik kat taska pun masing-masing ceria.Adik siap "Baaa" (bye)..Tak nangis macam selalu. Lapang dada mak kau ni nak.Berkat penghulu segala hari, hari ni kot.Alhamdulillah.

4 Weeks To Go


Salam Khamis kawan-kawan.

Sangat teruja bila tengok kat babystrology kat belah kanan tu dah masuk 36 weeks.Kejap je masa berlalu.Ada kira-kira sebulan lagi baby nak kuar. Harap kali ni still ikut pintu, jangan lah ikut tingkap.Takut...Sebab terkenangkan masa 31 weeks hari tu baby hampir-hampir nak dikeluarkan ikut tingkap.Syukur Alhamdulillah, baby masih lagi dalam keadaan baik dalam belly mama ni.

Bila kandungan makin sarat ni, time tu lah tekak ni makin ngengada memilih makan. Ni ha, pasal makan segala mak nenek vitamin yang KK bagi. Dulu, dua orang anak, takdelah tekak ni loya bila makan iron, acid folic & B complex.Sekarang ni dah 8 bulan baru tekak takleh terima. Makan je vitamin-vitamin tu, tersembor balik ikut tekak. Mual ya rabbii.Tak tahu nak cakap camne. Pelik, sepanjang 7 bulan hari tu ok je, dah masuk 8 bulan ni rejected habis.

Barulah saya merasa macam mana member-member yang tak boleh telan iron ni. Saya siap sound kat diorang, korang makan je, takde loya lah.Telan pastu tutup mata, habis citer.Senangkan.Itu duluuu, time makyong ni tak merasa lagi camne loya makan iron tu.Skang kena batang hidung sendirik.Merangkak cari toilet bowl sebab tak tertahan nak meluekkan balik apa yang ditelan.Sadis sungguh...

Persiapan baby..emmm, masih tak bersiap lagi.Dari hari tu nak selongkar balik baju-baju kakak and abang yang elok lagi.Tak menyempat nak hadap almari tu.Nama je cuti panjang, tapi takde mood nak kemas. Huhu. Barut pun banyak.Blanket pun berhelai-helai dalam almari.Tilam baby dah ada (pilih je nak yang pink ke blue - lengkap). Tinggal nak cari yang baru mungkin mitten&booties kena tambah sikit, toiletries, baju&seluar, and mama punya set bersalin.

Sekarang ni masalahnya, baby ni boy or girl? Orang kata kalau dah nampak testis, sah lah baby boy.Tapi bila scan yang ke-2 kat doktor lain, dia cakap "Saya tak nampak pun tanda-tanda boy.Flat je.."Adoiyai..Oklah, saya decided untuk baby ke-3 ni kita buat surprise.Tawakal je baby apa yang keluar, asalkan baby cukup sifat dan sihat tubuh badan.Amiin.

My EDD is 23 February 2012.Insyallah..
 

Berendam di A Farmosa Water World

Alhamdulillah kesihatan mak buyong and baby semakin baik. Hari tu dah wat check up susulan kat GH. Doktor puas hati tengok uri yang lekang tu dah cantum balik. Dan-dan hari tu balik rumah pergi dukung dak Khair. Geleng kepala.

Hari ni nak citer pasal mandi-manda kat A Farmosa Water World pada 8 Januari haritu.Ofis ada buat Family Day kat Pengkalan Balak, bermalam sehari pastu pagi Ahad bertolak ke Water World pulak. Kebetulan Khayra baru baik demam, so mak sefamily takpat join ber-BBQ malam tu.Tapi join mandi-manda je la.Itupun Kakak tak berapa sporting main air.


Khair Amsyar 1st time pergi theme park. Sangat seronot main air.Kakak tu setakat meniarap kat air nan cetek boleh lah..pastu takoot!


Bapak ghimau datang..huargh!!




















Khair Amsyar suka tengok air tu kuar dari dalam kolam. Terjerit-jerit dia tengok air tu membuak keluar

Nasib baik papa dok layankan.Nak harapkan mama dia bawak perut memboyot ni, tak dapek nak nolong.Mengah dik non.



Kakak teruja tengok papa dengan adik main air. Sikit-sikit datang kat diorang. Kat situ takdelah dalam sangat.

Pastu, haa cabot! Tengoklah tu, papa baru simbah air sikit dia pergi lari balik.Adik steady je.


 Simbah lagi.Syok sangat.



Masa ni budak-budak ofis yang lain pun ada. Masing-masing dah berkubang macam budak kecik.Khayra dengan Khair pulak, kalau ada orang lain, terus taknak main air. Moody lagi sebab baru baik demam. So, terpaksalah kitorang pergi tempat lain. Tak geng dengan budak ofis.Hehe.

 Ekspresi muka dah menggambarkan betapa budak jantan sorang ni memang suka main air.Biar berjam-jam pun takpe.Bibir tu sampai biru dok berendam je.


Smile papa! Susah nak amik gambar papa senyum macam ni.Mahal dia kata.Iyolah...



Splash it!! Suka gambar ni.

Sebenarnya banyak lagi gambar. Tapi kena tapis sebab mak buyong kuasa 3 ni makin membuyong.Segan tengok diri sendiri.hihihihi. Harga tiket RM40 untuk dewasa termasuk pakej makan tengah hari. Kanak-kanak RM35.Khayra dengan Khair tak kena charge. Masa datang kat Water World tu, kitorang sampai lambat.So, kena guna duit sendiri dulu. Pastu boleh claim balik kat ofis.

Banyak lagi tempat yang boleh main air. Kat ombak besar tu lagi best.Adik boleh tunggu ombak tu datang kat dia.Budak bertuah.Pastu boleh ketawa besau tengok ombak tu hempas badan dia.Nak citer sikit, sebelum gerak ke tempat mandi lain, Khair boleh poopoo dalam suar dia.Haruuu.Nasib baik dia tak buat hal dalam air.Kalau tak terapung je dari jauh.Hahaha.

Elok lepas bagi makan, dia buat projek tau.Cepat-cepat tadah dengan plastik, pastu basuh suar dia.Dah setel, ajak main air balik.Tengok tu, tak padan dengan kecik.Sambung main ombak, area kul 5.00 petang baru balik.Esoknya saya start kerja setelah 2 minggu MC.Letih woo.Saje cari penyakit.Nasib baik tak pape.Hehe.

Kisah Di Sebalik Rompakan Wardina Safiyyah


Alhamdulillah Kak Wardina selamat dari kejadian rompakan. Saya memang mengkagumi wanita bernama Wardina ini. Saya antara ribuan fan yang LIKE FB Kak Wardina. Ini antara pengalaman Kak Wardina ingin kongsikan. Betapa kuat imannya hingga tidak keluar sekalipun kepala yang tidak menutupi auratnya tatkala perompak datang. Wardina hanya berdiam diri berselubung menutup seluruh badannya dengan cadar. 


Mereka Merompak "Perasaan Selamat" Saya.

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah”Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakkau” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

 Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

 Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

 "Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”    
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,

Wardina

p/s : Semoga kita semua dilindungi oleh-Nya. Amiin.

Aktiviti Masa MC Haritu

Masa dok MC kat rumah mak, boleh pulak kuar jalan-jalan. Itu adalah antara terapi untuk menyihatkan badan.Heee. Kakak dengan Adik seronok sebab Atuk & Nenek melayan je karenah diorang.

 My 1st sunglasses. Kakak berstylo dengan spek baru. Masa ni Kakak tengah demam. Bibir kering sampai pecah dan berdarah.Khayra ni jenis tak suka makan ubat. Meronta-ronta. dia boleh tutup mulut dengan tangan tak bagi ubat masuk mulut.Hasilnya, dah 3 hari demam tak baik-baik, bawak dia pergi klinik bagi injection se-das.Tu kat lengan ada kapas.
Ooo, very hot here. Kat Mydin je ni. Lepak dulu sebelum mama ada check up dengan doktor pukul 2.00 petang.Dak Adik dah tertidur dengan Nenek.
 Sebenarnya nak fokus kat lengan Kakak tu. Kena injection. Pergi klinik panel sampai 3 orang kena pegang Kakak termsuk Nenek. Punyalah kuat dia meronta. Mama memang tak berani nak tengok. Saya jenis tak sampai hati. Kang leleh ayer mata ni kang.

 Fuiyo, bila tengok gambar ni, "Eh, anak aku dah macam anak dara dah. Kejap dah besau." Time ni pegi Tesco pulak. Sekarang ni kan Angry Bird Mania. Beg dengan selipar tu cap Angry Bird. Kakak asik demand je nak Angry Bird. Siap pesan, Kakak suka kaler Hijau, Merah dengan Putih tau.So, beg merah, selipar hijau.Jadilah..

 Dak Adik dalam troli.
 Dah sampai Tesco, Kakak cakap dengan Adik "Adik, cepat pakai ni, (tunjuk spek) nanti silau"..Haha, dah macam kumpulan pancaragam pulak dah.
Mak dan Ayah saya. Thanks mak, ayah sebab tolong jaga cucu-cucu ni. Adik memang rapat dengan Atuk.Tak pandai sebut Nenek, nanti dia sebut Atuk jugak.Hihi.
Last but not least, Khayra Nur Rania berjilbab.Family belah Papa ada darah Cina.Kakak dapat tempias nya.

Baby Mama Kuat Ni...


Assalamualaikum kawan-kawan...

Waaa, manyak rindu sama ini belog.

Alhamdulillah hari saya mula bekerja setelah 2 minggu berholiday MC kat rumah mak.Huhu.Saya gagahkan diri bekerja dan berdoa sambil mengusap perut, "Baby mama kuat ni".Kakak Khayra pagi tadi hampir men'stress'kan mama lagi. Maklumlah kawan tu dah 2 minggu tak ke school.Gasak menjerit taknak pegi sekolah.Finally terpaksa guna khidmat PaMa untuk menjemput cucu kesayangan balik Umbai. Thanks mak, ayah...

Oklah, kepada yang masih blur, saya sekarang dah 33 weeks pregnancy.Alhamdulillah.Kehamilan tanpa dirancang. Sangat terkejut, tapi akhirnya redha dengan kurniaan Allah swt.Terus muhasabah diri, bila teringat ramai yang nak sangat anak, tapi still lom ada rezeki.Insyallah ini anak ketiga.Saya tahu pregnant masa dah masuk 9 weeks.Patutlah cik P tak datang 2 bulan.

Insiden masuk wad bermula 25 Disember hari tu.Raya Krismas. Mula-mula masa 24 Disember, Khayra kena muntah-muntah, pastu demam.Saya dengan hasben berjaga malam pantau Kakak.Esoknya saya pulak muntah-muntah.Mungkin loya sebab kurang tidur.Tapi perut rasa sakit sangat kat bawah perut.Saya espect perut masuk angin sebab tak lalu nak makan.Perut kosong.

Malam tu tidur menonggeng-nonggeng saya tahan sakit perut.Suruh hasben picit-picit bahu.Kemain banyak kuar angin.So, macam confident lah saya ni ada angin.Pagi tu, macam takde feel nak pergi klinik sebab ingat sakit biasa.Dalam kul 12.00 pm just pergi klinik panel dekat dengan rumah. Pintu pagar pun tak tutup.Doktor cek, kencing saya kotor sampai 3+. Doktor taknak amik risiko, dia terus buat surat refer ke GH.

Saya dengan blurnya, ajak hasben gerak ke GH pulak. Kebetulan klinik dengan GH dekat je, jerit pun boleh dengar.Saya pun lenggang-kangkung pergi sana. Just nak amik hati doktor je. Hehe. Sampai sana, terus nurse suruh tukar baju pink.Aiseh, kena tahad wad ke?Anak-anak dengan hasben tunggu kat luar, saya dah masuk CDS.

Saya dah start suspen.Apehal ni? Doktor dah cek bukaan, dia kata "jalan" jauh kebelakang lagi.Masa tu baru 31 weeks, memanglah jauh. Tapi sakit perut still ada lagi. Kejap-kejap kang mengeras.Doktor senior scan, dia pun tak nampak punca kenapa saya still sakit. Masa scan tu pun perut ada contraction.Last-last panggil pakar. Dia godek-godek scanner tu atas perut saya, finally.."Puan, saya harap puan dapat puasa start sekarang. Sebab kita kena keluarkan baby malam ni"..Oh What?!!

Ya Allah kenapa boleh jadi macam ni...Doktor traced yang uri saya terpisah sikit. Abruptio Placentae. Just minor. Tapi masa tu tak dapat nak espect berapa besar dia terlekang.Memang kalau kes macam saya ni, diorang terus belah je perut. Kasi baby keluar sebab takut baby jadi apa-apa. Tapi masa tu saya baru 31 weeks, estimation baby weight just 1.7kg.Kecik lagi.Doktor jumpa hasben terangkan mungkin saya kena operate.Suruh hasben standby kat hospital untuk sain kebenaran nak operate saya bila-bila masa.

Family members dah berkampung kat hospital.Masa tu saya ditempatkan di CDS (Center Delivery Suite). Pelawat tak dibenarkan masuk kecuali kebenaran doktor. Hasben dapat masuk sekejap jumpa saya. Mak dan ayah pun tak boleh masuk.Sangat kritikal time tu.Saya dah menangis-nangis mengenangkan nasib baby plus saya takut kena operate.Paling tak best kena injection pain killer & matangkan paru-paru baby.Saaangaat sakit.Menangis lagi.Masa tu takde sape saya nak mengadu. Sorang-sorang atas katil.Teringatkan anak-anak.
Kat tangan masuk air nak dekat 3 botol.Tiap sejam nurse tanya keadaan saya. Perut dah kurang mengeras. Sakit perut pun hampir dah takde. Saya berdoa janganlah kena operate.Kesian baby.Saya tak sanggup.Anak-anak balik rumah nenek Pulai.Saya tak sempat jumpa diorang. Hasben tidur dalam kereta, tunggu kalau-kalau kena operate.Saya sms mungkin tak jadi operate berdasarkan keadaan saya yang dah stabil.Pukul 6.00 pagi baru hasben gerak balik rumah mak dia.

Malam tu pukul 1.00 pagi kena dos kedua untuk matangkan paru-paru baby. Ya Allah sakiitt! Saya dengar sok-sek nurse, diorang cakap kalau ikutkan saya memang dah kena operate. Ada doktor yang dapat kes, walaupun minor je uri terlekang, memang kena operate.Takde tangguh-tangguh.Esoknya, doktor pakar cek. Bila dia puas hati tengok saya dah stabil, dia benarkan masuk wad. So, tak jadi operate.Alhamdulillah. Doktor cakap, kalau mak ok, baby ok, kenapa saya perlu keluarkan baby.Sebetulnya, saya pun setuju. Saya tak bleeding. Just abdomen yang teramat sakit je.

Doktor suruh saya banyak rehat.Stress dengan keadaan sekeliling contohnya dengan persekitaran kerja atau family pun antara faktor membuatkan uri boleh terlekang.Antara lain, angkat benda-benda berat.Ya, saya akui, dengan keadaan anak-anak yang semakin lasak dan kerja-kerja ofis membuatkan kita tak sedar risiko-risiko sebegini.Manalah saya tau boleh jadi, pengalaman kedua-dua anak takde pulak kena macam ni.Itulah, orang kata kalau beranak 5 sekalipun tak tentu anak ke 6 atau 7 sama macam beranak yang lepas-lepas. Setiap kehamilan lain pengalamannya.

Uri yang terlekang masih macam tu lagi.Doktor suruh saya berjaga-jaga.Risiko untuk terlekang semua masih ada. Duduk wad 3 hari.Kena rehat. Hari-hari Kakak dan Khair Amsyar datang.Rindu.Hasben pun amik cuti jaga saya. Sekarang dah dua minggu lebih saya merehat-rehatkan diri. Saya berdoa semoga baby kuat untuk tempoh 2 bulan lagi.Kalau apa-apa nak jadi pun biarlah baby dah 37 weeks ke atas.Saya redha.

Semoga saya dan baby kuat.Amiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...