Sambungan Cerita dan Aktiviti Minggu Lepas

Salam Khamis semua...

Kejap dah Khamis, esok Jumaat.Minggu depan hari Selasa dah masuk bulan Mei pulak.Memang kejap masa berlalu.Haritu baru je sambut New Year.Ish.Ish.Ish. Nak sambung kisah saya handle budak 3 orang minggu lepas.

Bila dah tinggalkan diorang tengok TV, sempatlah jugak saya masak lauk tengah hari.Simple je.Ada ayam kat dalam fridge, moh le kita buat Ayam Masak Kicap.Cukup untuk lunch Kakak dan Abang. Kalau masak sayur, memang confirm kena asingkan sayur dalam pinggan tu T_T

Dah siap masak baru boleh layan diorang.Kakak sambung tengok Upin&Ipin kat youtube pulak.Kadang-kadang dak Abang  meragam kalau tengok Baby Imran menyusu.Dia nak jugak selit.Masa ni lah kena guna power of mama.Tandem. Kiri, kanan anak-anak bergayut.Comel seyh..Hihihi..
 
 Sangat addicted dengan Upin & Ipin dan Pada Zaman Dahulu.Senyap dua orang ni kalau dah ngadap.


 Amsyar yang keletihan. Alhamdulillah semua tidur serentak.Mungkin dah biasa kat taska tidur tengah hari, terus mata tu layu je.Dak Abang ni baru lepas nyusu badan dengan mak dia.Lagi cepat lah dia berlayar.Kakak tidur depan TV.Imran pun sama tidur.Bagus anak-anak :)


 Sementara anak-anak tidur, boleh pulak kita membaking.Tengok kat dalam kabinet dapur ada lagi tepung segera, dengan segera lah saya menggodak tepung.Taraaa! Inilah hasilnya.Dulu saya pernah buat enrty guna tepung segera ni.Meh klik sini.

Bila dah petang, alahai dak Abang bangun tidur menangis pulak.Imran dah lama bangun.Pastu Kakak pulak bangun.Kena mandikan anak-anak.Dah siap semua, barulah angkat baju kat ampaian.Pantas masa berlalu.Tunggu papa balik, baru boleh makan kek.Sebenarnya sayang nak potong sebelum papa tengok.Hee.

So far, sukses.Sebenarnya boleh je jaga budak 3 orang tu tanpa papa.Antara nak tak nak je.Huhuhu.

Pastu hari Sabtu lepas ada kenduri kat rumah mak.Insyallah 28 April ni Mak, Ayah, adik-adik saya Kak Ngah & Anoi akan mengerjakan umrah.Buat kenduri sikit panggil orang masjid dan jiran-jiran.Macam biasa ayah saya jadi MasterChef, buat nasi beriyani.Habis licin.Alhamdulillah.

 Dak Abang dengan Nenek.

 Papa jaga Baby Imran kejap.Masa ni orang lelaki tengah baca yassin kat hall.Kakak Khayra kat dapur, tengah tolong lap pinggan.Rajin tau anak saya.Hehe.

Lepas habis kenduri, benda yang paling bercinta ialah kemas rumah balik.Pergh! Dengan gagah perkasa saya angkat sofa tau.Tapi sofa tu tak angkat terangkat kalau tanpa bantuan incik hasben.Imran pun sporting, tak meragam.Lepas nyusu pastu tidur.Kalau bangun pun diam je, dia main sorang-sorang.



Saya dan Baby Imran.1st time bawak Imran keluar berdua.Masa ni pergi Mydin lepas hantar Kakak dan Abang pegi taska.Melencong jap sebab nak beli pampers Imran.Tak boleh nak merayau lama-lama, Baby Imran nak tidur kat rumah.Dia menangis, time tu la start gelabah.Lagipun Mydin baru bukak, banyak store tak bukak lagi.Motip amik gambar macam tu? Sebab nak tunjuk peha dah kecik.Hahaha poyos. Duduk rumah memang banyak dugaan makan.Tadi timbang macam dah naik sekilo je.Hasben saya bagi masa 2 buan lepas pantang, confirm badan naik balik.Cet!

Mission : Menjaga 3 Orang Budak

Semalam baru post entry tak confident jaga 3 anak kalau papa kerja.

Hari ni ditakdirkan kena belajar camne nak handle sorang budak pompuan umur 3 tahun 4 bulan, dua orang budak lelaki umur 1 tahun 6 bulan dan sorang lagi umur sebulan 3 minggu tanpa bantuan sesapa.Dah anak awak, kena la jaga sendiri, ye tak.

Subuh tadi bangun , kat luar hujan lebat giler.Tunggu sampai kul 8.30 pagi pun still hujan lagi.Camne nak bawak budak-budak pegi taska? Memang la bawak kereta, tapi nak berjalan masuk kereta tu tempias macam hujan gerimis.Takut budak-budak demam.Especially baby Imran.Baik sambung tidur balik.Hehehe.

Harap hari ni anak-anak ku baik-baik saje. Masing-masing dah breakfast bihun tadi.So far ok.Tunggu tengah hari camne.Nak balik rumah mak, tapi mak & ayah hari ni keluar beli barang nak kenduri.Sekarang ni masing-masing tengah tengok Timmy Time termasuk lah baby Imran.

Oklah, nak kemas dapur jap.Tadi tinggalkan pas masak.Sebab bekejar Imran nangis.Sementara bebudak ok, moh ler kita buat apa yang patut.

Semua dah bersih dan wangi. Amsyar dengan Kakak kusyuk tengok TV.Imran pulak tengah berborak sorang-sorang :)

Jadi Housewife Kejap

Salam semua..

Rutin menjadi housewife dalam tempoh cuti bersalin ni amat menyeronokkan.Pagi-pagi kena gerakkan Kakak & Abang bangun. Kena mandi dulu baru pegi taska. Eh, dok rumah pun hantar anak pegi taska ke? Kena. Sebab belum confident nak jaga budak 3 orang tu tanpa papa dia.T_T

Masing-masing makin lasak sekarang ni.Kakak kerja dia nak menyepahkan rumah dengan buku dan mainan.Dak Abang pulak tak boleh tengok Adik Baby menyusu, dia pun bergasak nak menyempil jugak.Kalau tak dapat melaung.Satu taman boley dengar.Pastu kalau time ok budak 2 orang tu, bagus lah.Tiba time gaduh, dua-dua nak nangis.Plus baby kalau bunyi bising pun, dia sibuk nak nangis gak.Last-last mak kau ni yang melalak.Huwaaa!!

Kalau ada papa, boleh lah dia tolong handle.Papa kerja, so anak-anak pun sekolah lah ye.Heee.Lepas semua dah mandi, jom gerak ke taska.Baby pun saya mandikan sekali.Senang.Dah wangi semua barulah confident nak bawak anak keluar.

Amsyar dah naik pangkat duduk carseat kat belakang.Masa belum ada baby carseat sebelah mama.Nasib baik Amsyar ok.

Ni dia Kaknam kita.Kat belakang ni penuh dengan mainan dan buku.Masa ni Khayra tengah behave.Cuba kalau tak dok diam, asik nak jengah baby kat depan je.Bukan apa, takut dia terhumban kalau saya break emergency ke hape ke.

Kalau tak, dia kacau adik dia Khair Amsyar.Kadang-kadang dengar Dak Abang nangis, saya tanya sape buat? Dia tunjuk Kakak.Dak Kakak terkekeh-kekeh ketawa.Entah apa dia buat kat adik dia entah.Mentang-mentang Dak Abang tu terikat.

Ni budak Baby tu.Kena ikut mama hantar Kakak dan Abang pergi taska.Tengoklah carseat tu turun-temurun dari zaman Khayra lagi.Banyak jasanya.

Muka Khair Imran macam tak puas hati.Apehal bro?Haha.Budak sebulan setengah ni.Baik je duduk dalam carseat tu.Diam je.Baby ni macam kita jugak, kalau dah siap mandi and susu, rasa selesa lah nak keluar jalan.

Pukul 9 lebih baru sampai taska.Saje hantar lewat sikit.Dah siap mandi takpe, cikgu pun kurang sikit kerja.Haa.Amsyar yang dah naik sikit badan.Haritu checkup 1 tahun setengah, berat dia 12kg.Lenguh nak dukung. T_T

Harini bfast drivethru je.Cukup la Chicken Mcmuffin.Ada promo RM2.50 je.Bila tambah tax, RM2.65 untuk seketul burger tu.Alhamdulillah kenyang.Minum milo + oat buat milkbooster untuk Khair Imran dan Khair Amsyar.Alhamdulillah susu meriah :)

Petang kang, baru amik budak-budak kat taska.Masa nilah nak basuh baju, sidai baju, kemas rumah atau sebagainya boleh dibuat dengan tenang.Imran pun baik harini sporting bagi mama update blog.Dia tengah tidur.Jap lagi nak sidai baju trip yang kedua.Bye..

Jom Join 1st GA MyMommashop

Baru view blog kengkawan..rupanya ada GA baru..

Jom kawan-kawan kita join GA my schoolmate iaitu Mama Mareesa ni sebelum 19 April 2012.



 Syarat-Syaratnya :

1.Buat 1 entry bertajuk "Jom Join 1st GA MyMommashop"
2.Copy banner di atas dan letakkan di sidebar dan link ke entry ini
3.Jadi Follower http://mymommashop.blogspot.com
4."Like" page fb mymommashop at http://www.facebook.com/pages/Mymommashop/337329782971628
5.Tag 3 org blogger dan pastikan mereka tahu mereka telah di Tag
6.Last sekali jgn lupe tinggalkan komen berserta link entry dan id follower korang hanya di entry ini

Nak tag :
Dan kawan-kawan yg lain :)


Belum Buat Stok EBM Lagi

Saya masih dalam cuti bersalin. Khair Imran masih meneruskan legasi Kakak & Abang dia yang fully breastfeeding.Alhamdulillah.Kadang-kadang terpaksa gak tinggalkan baby kat rumah MIL kalau ada kerja sket kat luar or beli barang.So, rutin mengepam dah kembali.

Stok yang saya buat pun bukan untuk stok waktu kerja nanti.Tapi buat standby kalau Imran kena tinggal dengan MIL.Disebabkan cuti ni laaamaaa lagi, nak pam susu ada rasa liat sikit.Isy..isy..isy..Tunggulah lagi sebulan nak keja baru buat stok kot.Sekarang Imran baru sebulan setengah.Heee..

Hasil tenusu yang saya perah masa nak outing hari tu. Dua botol yang belah kanan tu sekali perah kat B kanan. Alhamdulillah dapat 11 oz. B kiri just dapat 2 oz je. Mungkin sebab saya baru lepas menyusukan Imran yang belah kiri kot.Tu yang dapat sikit je.


Berkahir Sudah Jadi Mak Tang


Selesai sudah waktu berpantang 44 hari. Alhamdulillah..

Hai kawan-kawan. Laaaamaaaa tak berbelog.Sepanjang dok rumah mak ayah, memang tak bukak blog langsung.Blog kawan-kawan pun saya tak dapat nak jengah.Sebabnya...sebab berok ben kat kampung sangat lah slow melow.Tak kuasa nak tunggu page tu loading.

Alhamdulillah dah balik rumah hari Ahad hari tu. Macam jakun je surf internet laju giler kat rumah ni (compare kat kampung la).Khair Imran dah umur 46 hari today.Sekarang saya masih lagi bercuti.Amik 90 hari nok.Pergh!

Ada kesempatan masa lagi nanti saya update.Caucincau!


 Khair Imran dan senyuman sengetnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...