Antara Masalah Yang Dihadapi Apabila Kerja Ulang Alik Melaka-KL-Melaka

Menjadi seorang pekerja yang berulang alik Melaka - KL - Melaka memang banyak cabaran dan masalah luar jangka.Lebih-lebih pada yang menjadikan motorsikal sebagai pengantara rumah dan tol. Bulan April nanti genap 3 tahun incek hasben berulang alik dari rumah ke tempat kerja yang jarak perjalanan sehari ialah 288KM (sumber : disini).

Hari Jumaat 2 minggu lepas, macam biasa hasben akan parking motor kat Tol Ayer Keroh dan tunggu bas kat sana.Agak mudah parking kat tol daripada Melaka Sentral sebab jarak rumah dengan tol lagi dekat.Balik rumah pun cepat.Petang tu hasben kuar ofis lambat.So dapat tiket balik Melaka pun lambat.Bila dah dapat bas, rupanya bas tu masuk Tol Alor Gajah terus ke Melaka Sentral.

Bas dah skip tak masuk Tol Ayer Keroh.Motor hasben parking sana. Dalam pukul 9.30 malam, saya hangkut semua anak-anak masuk kereta pergi pick up papa kat Melaka Sentral. Dengan hujan lebatnya, nasib baik anak-anak behave.Diorang jakun sikit dapat kuar malam-malam dengan keadaan hujan tu.Kalau bukan pasal nak pick up papa, tak dapek nak oi mama ko ni nak hangkut korang jalan-jalan dalam keadaan hujan lebat ni.huhu..

Esoknya pukul 9 pagi baru amik motor papa kat Tol Ayer Keroh.Nasib baik hari Sabtu,kalau hari bekerja, memang saya kena hantar hasben pagi-pagi buta pergi kerja T_T

 Dah amik motor dah. Jumpa kat traffic light.Sombong betul mamat motor tu bila kita ngorat.Hewhew!


  Imran sampai tertidur balik.

 Dak Abang dengan Boboiboynya...
 



p/s : Masih lagi mengharap papa dapat kerja kat Melaka..tapi macam susah je nak dapat.....

Thoughtful Thursday #5 - Doa Harian Untuk Pekerja

WordLess Wednesday - Jaman Dolu-dolu

Cerita Dalam Kereta


Situasi : Dalam kereta menuju ke destinasi biasa

Mama : Kakak ni, kalau cakap memang suka tengok cermin ei? Kalau cakap dengan mama kena tengok muka mama..
Kakak : Kan kakak tengok muka mama dalam cermin tuu...
Mama : Hmmm...



 Adik dah tidur sebab bangun awal...dah siap mandi dah,wangi tau.

 Amik gambar abang yang leka dengan tab. Sepit baju tu dia buat pistol. Biskut tak dilupakan. Kakak muka penyek sebab nak suruh amik gambar dia sorang T_T

Ok, peace!!

Amik dua-tiga snap..dengan tak semena-mena "Pon! Pon!".. Aramak!! Lampu dah hijau dan muka saya juga dah sama kaler dengan lampu traffic light... T__T

Period Pain Dah Mula Merasuk

Untuk kali pertama selepas 11 bulan melahirkan...saya baru dapat period pain..adoiiii!!Tiap-tiap bulan takde pulak sakit, tapi start tahun baru dah mula buat perangai perut ni.Huwaaaa..rasa mcam sakit nak bersalin wooo...


Show House Muzaffar Height

Misi mencari rumah sudah bermula.Mulai 2013 ni, hasben dah saya plan nak cari rumah. Kalau ikut umur, sepatutnya dah lama dah kena beli rumah.Tapi kena tengok juga beberapa faktor.Ada je halangan-halangan yang masih belum membolehkan kamiorang nak duduk rumah sendiri.

Kepada kawan-kawan yang dah ada rumah, sekalung tahniah di ucapkan.Rezeki masing-masing.Insyallah saya akan ikut jejak kawan-kawan semua.Doakanlah ye moga rezeki akan berpihak kepada kamiorang juga...amiin..

Rumah Contoh kat Muzaffar Height
4 bilik tidur
3 tandas
2 ruang tamu
RM27+,+++ (tak ingat sebenarnya..T_T)


Rumah contoh. Yang dah siap furniture untuk non-bumi.Sebelah lagi untuk bumi.Memang berbeza keluasannya.Untuk non-bumi lagi besar.

Ruang tamu

Kalau yang betul-betul, takde partition macam ni.Amik idea interior design


Ruang makan. Kalau corner lot dapatlah sliding door kat ruang makan ni.

Hiasan tepi tangga.Biasanya kita buat stor kan,tapi dia buat macam tu.

Dapur kecik sket.

Bilik bawah

Toilet bawah


Besi tangga dah bertukar jadi cermin.

Tinggi jugak kann

Ruang tamu kedua, tingkat atas

Master bedroom

Balkoni masterbedroom

Bilik ke-3


 Toilet lagi


Bilik ke-4

Rumah untuk bumiputera tinggal berapa unit je.Untuk non-bumi,fullybooked!

Rasanya rumah macam tu tak sesuai dengan saya.Ahaks! Ongkosnya besar sangat buk... Takpelah, ni first time woo masuk rumah contoh.Tak agak-agak nak masuk tengok rumah yang mahal-mahal je.Hahaha.Kena tengok bajet la pasni.Tapi tak salah pun kita tengok-tengok je.Mana tau boleh buat idea nak hias rumah macam mana nanti.Verangannn..

Dating Pertama Untuk Tahun 2013

Mulai tahun 2013 ni, jadual dating nak kena susun betul-betul.Tahun lepas adalah dalam 5-6 kali kuar dating berdua.Tahun ni at least tiap-tiap bulan kena spend cuti untuk kamiorang.Almaklum anak dah 3 ni, masa untuk gedik-gedik kurang.Lagipun budak 3 orang tu jeles..haha.

Kakak tak boleh kalau pakwe dia tu lebih-lebihkan mama.Mesti dia dok celah-celah papa.Dak Abang dengan Adik Imran lagiila jagan cakap.Berebut nak dok kat peha mama je.So, jalan selamat untuk tidak mengecilkan hati sesiapa, (ahaks!) baik saya dan hasben kuar dating, anak-anak dok diam-diam kat taska ye.

Pada saya takat kuar makan pun dah kira ok.Tahun lepas yang tak sempat update dating kat mana. Tahun 2011 yang saya update pun time pegi tengok Transformers kat GSC. Bila cek balik kat blog ada gak terselit entry berdating tahun 2009.Masa tu Khayra je yang ada.Lagi dua orang tak kuar lagi.Hahaha.


Inilah dia couple tu.

Pagi-pagi kena hantar Kakak pergi tadika dulu.Pastu baru hantar 2 hero ke taska.Jom breakfast kat tempat favorite, kat Tasik Ayer Keroh. Mee bandung dia terangkat woo.Pakcik baju merah tu sibuk berintagram.So maknanya baik kita makan dulu.Kalau tunggu pun lapau je dapat.Hahaha.

Ni menu saya.Kuewtiau goreng telo mata.Wallaaa!


Pastu singgah Muzaffar Height kat Ayer Keroh.Saja-saje tengok show house.Rumah cantik, harga pun cantik lah..huhu..nanti saya review dalam rumah tu ye :)

 
Pergi MBO kat Melaka Mall, harem lom bukak lagi.Cerita tak berapa nak menarik.Ok, dalam hati dah riang berfikir-fikir.Marii kita shopingg!!!

 Mula-mula pergi Parkson, carilah baju 2-3 helai.Baju mak budak lah pulak.Asik baju budak-budak je.Sesekali kann..Cari kasut, tak berkenan pulak.Terjah ke Aeon Ayer Keroh pulak.Cari kasut beli selipar sekali.Untuk Imran je tak beli.Lagipun Imran lom pandai jalan.Hehe..

 Tak sampai hati tak beli untuk Imran.Petang tu, lepas amik anak-anak kat taska singgah Mydin Mall beli barang dapur.Grab lah jugak selipar comel ni untuk Imran.hehe..

 Kami.

Kesimpulannya, nak dating tak semestinya tengok wayang je.Banyak agenda lain boleh buat.Shopping yang penting.Haha.Sebenarnya nak spend masa berdua je.Nak pergi mana-mana, bebas sikit anak-anak takde.Bagi can lah kann..Ok next dating, macam biasa mesti lepas gaji..hihihihi...


WordLess Wednesday - Tolong Bapa Cuci Kereta

Khayra Dah Ke Sekolah Tadika

Tahun baru azam baru.So, dengan azam baru ni, nak tingkatkan prestasi kerja.Maka dengan itu, kerja-kerja berbloging pun buat ala-ala je.Awal tahun banyak la nak kena hadap report pentadbiran & kewangan.Susun betul-betul mana yang nak setel dulu.

Tapi rasa nak update blog meluap-luap..Sebelum masuk bulan Februari, meh nak citer sket ni..

Khayra Nur Rania dah masuk Tadika Kemas.Tahun ni dia 5 tahun.Alhamdulillah tak banyak ragam.Dah dari kecik dia dok taska, so takde masalah nak sesuaikan tempat baru.Rambut panjang yang simpan selama 4 tahun tu dah selamat dikorbankan.Itupun direquest oleh anak dara.Sayang betul potong rambut Kakak yang kerinting hujung tu.Tukang gunting adalah mama.Mula-mula nak try je, akhirnya macam syok je tarah rambut orang.Comel gak apa.(Nasib baik la rambut kakak jenis kerinting, so kalau senget-benget tu tak berapa nak nampak la..hahaha)

Setakat 3 minggu sekolah ni, nampak jugak perubahan yang Kakak dapat.Kakak dah pandai tulis nama sendiri.Tapi takat KHAYRA je la.NUR RANIA belum pandai lagi.Panjang sangat, kang dia tak ingat nak tulis huruf apa dulu.Huhuhu.Sekarang ni rutin harian kena hantar kakak pergi school dulu pastu barulah bekejar anta Amsyar & Imran pegi taska.Tengah hari nanti balik school kakak transit ke taska adik-adik dia.Oh ye, saya dah tukar Amsyar ke taska lain.Next episod saya cerita ok :)


Hari pertama ke sekolah.Saya dan hasben cuti.Barulah rasa mcam mana parents lain rasa bila anak first time masuk sekolah.Tak kisahlah sekolah tadika ke sekolah darjah 1 ke, neves dia macam kita yang nak masuk sekolah balik.Anak yang nak masuk sekolah tu rilek je..T_T.....

New Image.Sepit rambut tu trademark.Haha.Actually beg sekolah tu bukan beg baru.Papa belikan beg tu masa Khayra umur 2 tahun.Teruja sangat time tu.Sayang rasanya nak bawak beg pooh pergi taska.Simpan elok-elok,bila nak pakai still nampak baru.Jimat.

Hari pertama school, mama & papa hantar.Sekarang ni, balik tengah ari nak transit ke taska, ada uncle cina tu amik upah hantar budak-budak tadika balik rumah atau taska.Tapi baru dapat SMS minggu lepas, uncle tu tak dapat nak bawak budak-budak ni start bulan Februari atas sebab kesihatan.Uncle tu orang pencen kerajaan, mula-mula buat part time pun sebab hantar cucu ke tadika.Last-last bila ramai request,baru dia buat part time job ni.Lama jugak, hampir 6 tahun dia bawak budak tadika start dia pencen.Khayra sempat naik dengan Ah Kong (saya suruh dia panggil Ah Kong, rasanya Atuk dalam bahasa cina) sebulan je la.Alhamdulillah, masalah kenderaan ni hampir setel bila ada orang sanggup amik upah bawak balik budak-budak tadika.


Kat sekolah tadika ni ada seorang cikgu dan seorang pembantu tadika.Umur murid 5 dan 6 tahun je.

Kat rumah dah start dah rajin menulis.Khayra ni nampaknya tak suka kaler-kaler.Dari kecik yang saya nampak, jarang nak hadap gambar untuk kaler.Kalau menulis tu dia rajin sikit.Malam-malam Kakak akan buat latihan sendiri.Dia akan penuhkan mukasurat tu dengan ABC dan 123.Amsyar pulak akan ikut apa yang Kakak buat, so sekarang ni Dak Abang pun dah start pegang pensil nak menulis.Tulis apa?Hanya Dak Abang je yang tahu..hahaha.





Kakak adalah idola Abang.Kalau Kakak melompat, dak Abang pun melompat,kalau Kakak joget-joget, dak Abang pun joget sama, kalau Kakak membaca, Dak Abang pun sibuk menyempil baca buku yang sama Kakak baca.Kalau Kakak pukul Adik?Dak Abang pun cepat jugak tangan dia.So, mama selalu pesan kat Kakak tunjukkan tauladan yang baik.Dak Abang akan ikut apa yang Kakak buat...



Moga Kakak dan Abang jadi anak yang soleh dan solehah.Amiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...