Papa Yang Supportive..Thanks Papa!

Actually nak post entry ni masa Khair genap 6 bulan hari tu. Emm, nak share jugak.Hee.Amat terharu bila hasben fully support saya untuk fully breastfeeding since Khayra lagi.6 bulan pertama amat penting untuk tumbesaran baby,lebih-lebih cabaran untuk fully breastfeeding.

Hasben post kat wall Facebook.Amat tersentuh.. Thanks sayang. Ok mari kita target lagi 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan = 2 years!



Kecik Punya Hal Hampir Sebulan Terpaksa Guna Tangan

Ooops! Jangan salah sangka ye. Takut ader pulak yang tersengih-sengih kang.Haha.Ni ha, pasal breastpump (BP) saya ni. 2-3 minggu yang lepas, BP saya buat hal. Power sucking dia betul-betul tak memuaskan hati.Macam malu-malu je BP ni nak menjalankan duty dia. Akibatnya susu yang keluar pun ala-ala gitu.Titis demi titis.Selalunya kalau time BP ok, susu yang let down mengalir macam pakai straw.Kelakar pulak emegine susu tu.Haha.

Dah tu,tak kan nak tunggu titis demi titis kan.Kena lah cari alternatif lain.Kepakaran saya selain mengepam guna BP, saya guna yang manual.Guna tangan. Alhamdulillah guna tangan pun boleh.Tapi yang tak syoknya guna tangan ni selain lenguh, susu yang terkumpul dalam botol jadi buih-buih yang banyak.Emegine (emegine lagi) milo tarik.Haa macam tu la buih dia.Style saya,mesti kena penuh-penuh sebotol.Ni ha, dah buih yang penuh kat atas,kena lah saya goncang-goncang sikit bagi buih-buih tu hilang.Kalau tak,time buih tu dah hilang,susu tak penuh sebotol.Tak syok lor.Pastu kalau nak transfer dari botol ke liner bag,buih-buih tadi mesti tak ikut sama.Rugi wei.Buih-buih tu pun susu gak.

Dalam 3 minggu dok guna tangan, saya tak bagitau pun kat hasben.Kang dia melenting pulak, dia beli mahal-mahal tak guna (pada saya tetap mahal).Kalau pam kat rumah, saya konon-konon je letak pam kat sebelah.Padahal guna tangan tu.Ampun bang.Hehe.Pastu,saya rasa macam bersalah je buat olok-olok ni.Barulah kesedaran datang nak cari punca kenapa BP saya lemah gemalai je nak menyedut.Telek punya telek, ada something wrong kat membrane BP ni.Fungsi dia untuk menutup segala lubang aliran BP untuk memudahkan duty untuk menyedut. Umpamanya seperti kedap segala udara dalam BP ni.Faham tak ayat saya.Hehe.Rupa-rupanya membrane ni terkoyak sikiit je.Itu menyebabkan BP ni tak kuat nak sedut.Sebab ada lubang angin.Dah tak kedap udara la.
 Inilah rupa membrane tu.Kecik je benda ni.



Membrane ni kena partner macam ni.Bukanlah kena ada dua bijik macam ni tapi membrane tu melekap dengan benda kuning tu ha.


Rupa sebenar-benarnya benda kecik ni yang mendatangkan masalah besar kat saya T_T

Nasib baik ada sparepart yang lain.Cari balik dalam kotak, ada pun.Fuh,terus melekap kedapan udara dia.Aliran pun lancar je.Takde titis demi titis macam hari tu.Kepada kawan-kawan yang menggunakan breastpump macam saya, kalau agak-agak BP tu sedut lemah gemalai tu, cuba lah cek kat membrane.Mungkin itulah punca BP kita ni macam suck.Ooops!Takleh ye guna ayat tu.Sori.Hee.Jangan putus asa untuk mengepam.Kalau takleh gak,guna tangan pulak ye.Jangan kata tak boleh tau.Saya dah bagitau dengan hasben pasal perah guna tangan.Belum lagi cakap yang dah guna BP balik,hasben dah berleter.Saya dah agak dah T_T .. Sharing is Caring and Loving.


Exclusive Breastfeeding & Solid Food Pertama Saya

Hari ni 23.3.2011 Khair Amsyar genap 6 bulan.Dan selama itulah saya exclusive breastfeeding Khair tanpa tambahan susu formula atau solid food yang lain.Betul-betul ikut buku.Hihi.Tadi dah try bagi makan bubur nasi yang diblend.Dah macam nestum je rupanya.Tapi saya memang elakkan anak-anak saya makan nestum dan apa-apa yang instant.Bukannya apa,lebih baik saya bagi makanan yang memang saya tahu bahan-bahannya.Bubur nasi yang diblend tu pun dah rupa macam nestum.Baik saya buat macam tu je.Lagipun bubur tu kan dari air tangan kita sendiri yang penuh kasih sayang.Cewah!

Khair pun semangat bukak mulut luas-luas.Papa dia kata dah macam anak burung time makan je rupanya.Kurang asam betul.Haha.Iyalah,Khair asik menganga je.Tak menyabar mama nak sudukan bubur.Khair makan tak duduk diam walaupun papa dia tolong pegang time mama nak suapkan.Goyang sana,gerak sini.Aduhai.Macam Inul.Buat permulaan,not bad.Mungkin ni 1st time,so semangkuk bubur blend tu masih berbaki.Saya pun silap bagi Khair makan tak lama dia lepas menyusu.Wrong timing betul la ke mama dia yang excited nak bagi Khair makan.Hahaha.

Insyallah saya akan teruskan misi fully bf (dah tak exclusive bf lagi sebab dah bagi solid food) 6 bulan lagi.Pastu tambah 6 bulan lagi sampailah fasa terakhir hingga Khair 2 tahun.Takpe, target pelan-pelan.Hee..

With Auntie Siti - officemate saya. Orang bujang ni tak kisah dengan sape yang ambik dia.Asalkan awek.Ceh!

Khair Amsyar Jatuh?!

Budak kecit ni bukan jatuh.Tapi tengah syok golek-golek seluruh hall.Menyalar belom lagi.Kadang-kadang tak sedar dia dah sampai betul-betul bawah sofa T_T Kalau tinggalkan kat katil memang takleh lama.Risau mak.


Orang bujang yang suka golek-golek kat lantai.Kalau letak kat tilam,kejap je dia meluncur ke lantai.Rimas agaknye.Tapi kalau dia dah dok kat lantai tu,cepat-cepat la saya angkat.Dada tu tak elok sejuk-sejuk. Khair pun still berbarut lagi.

Adik-beradik Susuan

Zulaikha Nur Damia binti Zulkifli telah saya susukan semasa dia baru seminggu.Masa tu ibu Zulaikha demam masa dalam pantang.Badan menggigil-gigil.Orang kata bentan.First time Zulaikha minum susu saya hanya guna botol.Adik perempuan saya terpaksa datang kerumah amik EBM yang saya perah.Masa tu ibu Zulaikha belum demam lagi.Elok saya sampai rumah lepas balik rumah mak, adik saya call mintak tolong bagi EBM.Zulaikha menangis-nangis sebab lapar.Ibu dia baru start demam tak larat,menggigil-gigil satu badan.

Esoknya ibu Zulaikha masih belum sihat lagi.Saya datang,menyusukan Zulaikha.Sebelum tu memang dah mintak izin kat hasben.Alhamdulillah hasben benarkan.Saya direct feeding Zulaikha 2 kali.So, total Zulaikha minum susu saya sebanyak 3 kali (termasuk EBM).Tu dah kira anak susuan ke? Saya pernah dengar untuk menjadi anak susuan ialah sebanyak 5 kali kenyang.Bermaksud 5 kali kita menyusukan anak itu sehingga kenyang.Takpelah,apa-apa pun saya tetap dah anggap Zulaikha macam anak saya.

Oh ye,sebenarnya Zulaikha tu anak buah saya, anak kepada adik lelaki saya.Sekarang ni Zulaikha dah 3 bulan.Badan pun semangat.Terakhir timbang 6.5kg.Kalah abang Khair.Hehe.

Wah,kemain lagi Abang Khair tu pegang tangan Zulaikha.Tak payah suruh dah pegang dah.



Hakikatnya... T_T

Moga anak-anak saya membesar sebagai anak yang berguna pada ibu bapa dan bangsa.Amiin.

Usia di Penghujung 20-an

Tulisan dak Siti - officemate - kat whiteboard aktiviti. Thanks dear (^_^)

Hari ni 10 Mac 2011.Saya sudah 29 tahun. Masih lagi 20-an. Hehe. Alhamdulillah Allah masih membenarkan saya bernafas di dunia ni.Sebelum umur menginjak ke 3 series, target saya masih belum tercapai. Harap penghujung 20-an ni memberi seribu kerahmatan dan rezeki yang berganda. Moga target saya akan tercapai tahun ni jugak. Amin.

Tapi saya sangat bersyukur kerana dikurniakan suami yang penyayang dan romantik, anak-anak yang comel dan cerdik. ahli keluarga (both side) yang menyayangi antara satu sama lain dan kawan-kawan yang supporting.Alhamdulillah 7 Mac 2011 ulangtahun perkahwinan saya yang ke 3. Adik saya sms "Kak, 3 tahun 3 anak la". Cet. Nanti lah dulu. Sekarang saya berbahagia dengan Encik Khairul Nizam, Kakak Khayra dan Adik Khair. Tapi kalau ada rezeki saya terima dengan redha.

Hasben designed untuk saya. Dia post dalam FB & blog dia. So..so..so ;)

Tinesh Datang!

Hahaha.Dia bergurau pulak. Mesti rindu kat kitorang ni. Siap tinggalkan tapak kaki kat area meja dia dulu. Pastu buat-buat busy dengan bunyik taip dan orang cari kertas.Dulukan dia memang seorang staff yang rajin. Hahaha. Adik-adik staff ku, jangan lah takut-takut. Dia datang sebab rindu kat kita je. Hari tu je dia datang, sekarang dah takde kan. Ok, noktah.

Itu Cerita Minggu Lepas. Hello Tinesh!

Mode : Busy . Internet slow kat ofis . Kat rumah takde masa nak berblogging .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...