Happy 1st Birthday Khair Imran

 ♥25 Februari 2013 - HAPPY 1ST BIRTDAY KHAIR IMRAN ♥





P/s : susah nak taip pakai tab..kalau sempat esok taip pakai keyboard..heee..peace..

Khayra & Imran Menjangkit Chicken Pox Amsyar

Well, dah nama adik-beradik, teman bermain, teman gaduh, teman makan, teman sebilik air, teman tandem dan teman semua sekali.Lastly, Kakak dan Imran pun kena chicken pox menjangkit Amsyar...apo nak dikato..

Macam manalah nak pisahkan budak-budak tu.Kalau dak Abang baring, Adik pulak datang meniarap atas Abang.Bila Kakak nak mandi, Dak Abang start bukak baju nak mandi gak.Dah larang, pastu dengar lah bunyi radio rosak.Nak tak nak bagikan jugak.Haih...

 Khayra start kena hari Khamis (14 Feb), esoknya Imran pulak dah nampak tanda-tanda cacau air

So far setakat ni semua dah kering.Tinggal nak recover balik je.Malam pertama kena, Imran ada gak meragam sikit.Tidur asik terjaga.Pastu tepuk-tepuk kepala.Agaknya tak reti nak garu, dia tepuk la.Kat kepala ada banyak gak yang timbul.Saya tolong gosok-gosokkan.Terasa gelembung air yang belum pecah time saya gosok kepala dia.Kesian...


Saya baringkan Imran atas daun mambu.Sorok daun tu dalam kain batik.Petua kurangkan miang budak chicken pox.


Si Kakak kena hari Khamis, cikgu tadika dia call bagitau yang banyak bintik-bintik yang dah pecah kat badan Khayra.Cikgu memang tau yang adik Khayra kena chicken pox, so automatik dia suspek Khayra pun dah menjangkit.Tengah hari tu terus saya bawak Kakak pergi klinik.Sah! Cacar air.

 Kat dada dia ada gelembung air.Masa ni tengah tunggu doktor panggil kat klinik.Time ni tak banyak lagi, chicken pox tu banyak kuar kat badan & kaki Kakak.

Genap 2 minggu lepas Amsyar kena, Khayra pulak menjangkit.Gambar Amsyar 1hb Februari 2013, tengah tunggu nak cek suspek chicken pox.Khayra pulak 14 Februari 2013 sebab yang sama.Tempat dan pose yang sama, tapi tarikh dan masa lain-lain.(Poliklinik Wahidah, Kota Cemerlang)


Minggu ni Khayra dengan Imran kena kurantin tak boleh pergi school.Semalam dua hari saya cuti jaga budak-budak ni.Amsyar pun skip school.Hari ni turn papa pulak jaga.Tapi Amsyar saya bawak ke taska tadi.Menangis tak nak pergi school sebab tengok Kakak dengan Adik best-best je golek depan TV.Bengkek member.Haha.

Lepas ni saya boleh tarik nafas lega sikit, sebab tiga-tiga anak saya dah kena chicken pox. Betul kan kalau dah kena chicken pox, kebarangkalian nak kena lagi memang takde.Kalau demam campak yang boleh kena ulang-ulang.Betul ke? Betul ke?


WordLess Wednesday - Si Tompok

Budak baik melecet hidung, jatuh sebab panjat kerusi T__T
 

Amsyar Dah Lama Tak Pakai Baju Melayu

Last week...

Hari Jumaat minggu lepas Dak Abang dah start pakai baju melayu kat taska. Dah lama dah saya tak pakaikan dia baju melayu.Sampin dia je saya lupa nak pakaikan.Dia punya excited, sampai kat tadika kakak pun dia nak ikut jugak. Menangis nak ikut kakak.Sebab kat tadika pun budak-budak pakai baju melayu.Amsyar ingat kena berkumpul kat situ dulu kot, pastu pergi jalan-jalan raya.Mama merepek.Hee..

 Selalunya dia babai dalam kereta je, ni siap turun. Rupanya nak ikut masuk sekolah Kakak. Kena tarik masuk dalam kereta balik.Haruuu..


 Muka penyek lepas menangis. Tapi bila mama amik gambar boleh dia pandang kamera jap, pastu sambung menangis balik... T__T
 
Muka dah nampak kena chicken pox..

Dah sampai taska, nak ikut mama balik pulak.Dah hensem-hensem kena lah pergi jalan-jalan kann.. Selalunya ok je, siap tak nak toleh dah kalau mama pergi kerja.Tapi haritu kemain lorat nak ikut mama.Dalam pukul 10.30 pagi saya dapat SMS dari taska pasal chicken pox tu.

Masa saya sampai taska, Amsyar sorang je dah salin baju melayu pastu pakai baju lain. Budak-budak lain masih setia dengan baju melayu.Rupa-rupanya, dia sudak yakk kena kat baju..huhu..Itulah 1st time pakai baju melayu, sejak Raya Haji tahun lepas.Sekarang ni Dak Abang cuti chicken pox lagi.Nak tunggu hari Jumaat depan (itupun kalau dah baik chicken pox), baju Melayu dia pun dah senteng agaknya.. ;)

Amsyar Kena Chicken Pox

Dah Khamis balik dah. Entry lepas hari Khamis gak.Hmm, nak story pasal Amsyar nih.

Jumaat lepas teacher dia sms suruh datang, sebab Amsyar suspek chicken pox. Terus saya bawak Amsyar pergi klinik, dengan harapan, konon-kononnya berita yang saya terima tu pelesu. Tapi..yup! Amsyar kena chicken pox...huhuhu...
Hari ke-2.Sapu ubat sejuk campur daun semambu. Buat kat rumah Atuk Lias.Kat belakang tu la Atuk kesayangan Dak Abang :)

Doktor bagi ubat anti virus zoraxin suspension. Ubat tu memang kuat, insyallah dalam masa 5 hari chicken pox akan susut. Sekarang ni dah hari ke 7 (senang ingat sebab Amsyar kena 1 Feb). Kalau makan ubat tu, Doktor nasihatkan tak payah bagi minum air kelapa. Sebenarnya, ada satu gula kat dalam air kelapa tu membuatkan kuman tu keluar semua. Gula tu yang menggalakkan kuman keluar jadi cecair kat badan. Anti virus tu akan bunuh kuman dari dalam badan lagi.

Kuman akan jadi kuat dan aktif kalau dia tak mati.Sekiranya chicken pox tu menjangkit kat orang lain, kuman tu akan lagi kuat.Orang yang kena jangkitan akan kena lebih teruk.So, kalau kita bunuh kuman tu, kuman tu akan lemah.Kemungkinan orang lain yang terkena jangkitan tak seteruk orang yang bawa jangkitan tu. Alhamdulillah,chicken pox Amsyar sekarang ni pun memang nak kena tunggu kering je.Takdelah teruk sangat dia keluar. Kat kepala sikit, kat badan sikit.

Hari ke-3. Kat bibir pun ada.

Minggu ni memang Amsyar tak dibenarkan ke taska. Kalau datang pun  kena halau..hehe.Nasib baik Amsyar start kena hari Jumaat, so Sabtu & Ahad untung la sikit sebab takyah cuti. Isnin, papa volunteer cuti jaga Dak Abang. Selasa, mama la pulak kann.Hari Rabu, hehehe, mintak tolong Atuk Lias & Nenek Bena jaga.Eh, bukan Rabu, Khamis, Jumaat ke..Terima kasih ye Ayah, Makk..Love U!

 Hari ke-5.Turn mama cuti jaga Dak Abang. Breakfast nasi lemak.Boleh ke makan makan nasi lemak? Nampak ok je Dak Amsyar tu.Huhu.

Alhamdulillah Amsyar demam pun sehari je. Start semalam, ayah & mak datang rumah pagi-pagi pick up Dak Abang balik Umbai. Petang balik kerja baru saya amik dia balik rumah.Harap-harap Imran dengan Kakak tak menjangkit. Actually saya tak kisah diorang kena serentak.Cuti pun tak banyak lah nak apply.Tapi kalau diorang ni kena bersambung-sambung, habislah mak nok.Sekarang ni pun takde tanda-tanda budak dua orang tu nak menjangkit.Cuti nak kena simpan,bulan Jun ni nak fly ke Langkawi.Huhu.
 Dah kurang sikit bintik kat muka.Tinggal kopeng je. Tangan tu asik menggaru je.

Pagi tadi, Amsyar cari mama tengah solat. Budak chicken pox tu still manja dengan mama lagi.Mana taknya, anak jantan saya ni still BF dengan saya. Masih lagi tandem dengan adik. Sambil dia tunggu, dia duduk kat kerusi.Lepas habis solat tengok-tengok Dak Abang tertidur atas meja.Alololo.Kesian dia.

 Ngantuknya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...