Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Mama, Khayra poopoo lagi

Alahai anak dara mama ni kena cirit-birit la. Start balik kampung hari Khamis hari tu dah mula tunjuk simptom cirit ni dengan menyalin diapers dalam 6-7 kali sehari sampai lah semalam bawak pegi klinik kali kedua (kali pertama pegi klinik kat kampung).

Doktor klinik kedua tu cakap budak cirit kena bagi ubat air garam je. Patutlah cirit Khayra tak baik-baik sebab klinik yang pertama bagi ubat tahan cirit,ubat angin/kembong,ubat garam dan krim sapu montot (montot Khayra sampai merah-merah sebab kerap sangat berak).Ubat tahan cirit tu sebenarnya hanya untuk budak 6 tahun ke atas. Lagipun ubat garam dia kaler oren,langsung Khayra tak hingin nak minum. Kalau putih jernih macam air masak tu Khayra boleh terpedaya minum macam tu je. Nasib baik klinik kedua tu bagi ubat garam putih jernih lagi menyucikan.

Alhamdulillah, cirit Khayra dan beransur surut. Doktor cakap dia still berak-berak tapi akan mula berkurangan. Takdelah sampai 6-7 kali sehari lagi. Semalam Khayra dah kurang kepada 2-3 kali sahaja.Bagus.





Setiap kali poopoo Khayra pandai terus cangkung. So,faham-faham je lah. Dengan berpeluhnya siap dengan muka-muka sekali. Masa ni masuk kat Art & Fun Kidz kat Jusco Melaka.Kejap je la masuk.Lepas main-main lebih kurang, Khayra mula menyangkung. Memang dah tau time tu Khayra kena cirit. Bayar untuk setengah jam, tapi baru masuk 15 minit. Burn 15 minit lagi sebab nak pegi bersihkan poopoo cik adik manis tu.


5 Responses
  1. Anonymous Says:

    ala ciannya kena serangan poopoo. apa sebabnya eh? doktor kata apa? (sbg rujukan)


  2. papa Khayra Says:

    doktor kata virus (persekitaran)
    penambahan: semasa kena serangan poopoo jgn bagi baby mkn / minum yg manis2..kompom x baik


  3. Mak Su Says:

    salam ziarah.

    kesian khayra... tentu dia lesu.


  4. Naffz Says:

    ciannye khayra...dah besar panjang rupanya....


  5. Hanna Says:

    eis
    betul kata papa Khayra tu eis..selalunya sebab virus..mungkin dari pemakanan.Lagi satu kalau budak cirit jgn bagi makanan yg berasaskan susu atau krim.

    papa Khayra
    Betul,betul,betul

    Mak Su
    Salam ziarah mak su..alhamdulillah Khayra dah sembuh dari cirit..

    Naff
    Memang dah besar dan panjang sekarang dia ni Naff..hehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...