Semuanya Dia Nak Buat Dalam Satu Masa

Khair Imran ni saya tengok cepat jugak perkembangan dia.Lepas je galak menyelar, seminggu lepas tu dah merangkak.Pastu bukan lesen P, dapat lesen penuh terus.Kemain laju lagi dia merangkak.Bila masa dia berlatih pun saya tak tau.Start merangkak umur 7 bulan 2 minggu.


Sekarang ni mata saya kena alert.Cepat sangat dia menghilang.Time dia menyelar haritu boleh lah saya terlepas pandang kejap.Sekarang ni,kalau grill terbukak, cepat-cepat dia menuju ikut sama kakak dengan abang dia.Hari tu boleh pulak dia amik sandal Kakak, pastu masuk mulut.Alahai anak.

Semalam saya buat kerja kat dapur.Memang nampak dia nak datang kearah saya.Kejap je dia hilang.Kakak jumpa dia dalam bilik stor.Huwaaa!!

 Inilah budak lasak tu.Ni saya umpankan kata-kata manja baru dia datang kat saya.Kalau tak entah apa dia tunggu kat depan grill tu.

Sebab lain saya kata dia cepat, baru 2 hari merangkak, Imran dah nak memaut untuk berdiri.Cikgu kat sekolah cakap, Imran ni semua sekaliharung dia nak buat.Sabar lah Dek.Tak puas mama tengok Imran menyelar haritu, dah merangkak.Ni baru 2 hari merangkak dah nak berdiri.Pastu berjalan.So fast!


 Ini buktinya.ada sebab dia nak berdiri tu.Imran suka dengan remote yang Kakak pegang tu.Selagi boleh dia nak berdiri capai remote tu.

 Kakak macam biasa, busy dengan Disney Channel.Kalau time dia geram dengan Dak Adek baru dia layan.Kalau tak, macam tu la.Imran tak berjaya berdiri.Jatuh balik.

 Masa ni kaki Imran tersangkut.Tak dapat nak berdiri.Separuh badan je.

 Nampak tak kedudukan kaki belah kiri dia.Dah terlipat.Kesian pulak saya tengok, saya betulkan kaki dia.Pastu dah saya pegang, dia nak terus dukung la.Manja ye.

Khayra dan Amsyar dulu pun cepat jugak.Khayra start duduk umur 5 bulan, berjalan 10 bulan.Amsyar pulak start berjalan 9 bulan setengah.sekarang Imran pun nak ikut jejak Kakak dengan abang.Macam ada perlumbaan pulak.Pape pun saya bersyukur anak-anak cepat perkembangan fizikal dia.Alhamdulillah.Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.


3 Responses
  1. along Says:

    comey la si budak kecik nie..


  2. aisyah pom suke maen remote astro... x paham... pendek kate sume remote la dia suke main... remote aircond...remote kipas...


  3. nur Says:

    blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...