Rumah Baru Punya Cerita : Defect Table Top

 Salam Ramadhan semua. Alhamdulillah dah masuk hari ke-6 kita berpuasa. Pejam celik pejam celik nak dekat setahun saya berpindah rumah baru (erk..dah tak berapa baru dah..hee).Tahun lepas pada 6 September 2014 kitorang secara rasminya berpindah tingalkan rumah sewa yang dah 5 tahun kitorang duduk tu.Oleh itu dan demikian,dah berapa lamakah saya tinggal dirumah sekarang?Ya betul baru 9 bulan. (bajet cekgu tanya anak murid)

Ni saya nak borak cikit pasal rumah.Masa mula-mula dapat kunci mesti kita cek apa-apa defect kan.Jangan lupa cek table top sekali.Saya bertuah sebab developer bagi table top siap-siap.Bukan tu je, cornice pun dapat tau.Penuh kat hall dan ruang makan developer bagi cornise.

Lepas dah tanda semua defect, saya perasan kenapa table top aku ni rendah je.Bila saya berdiri sebelah table top alahai pendeknya.Bila ukur tinggi table top just 30 inci.What?!Nak basuh pinggan sok kena bongkok,dah tu mesti air merecik sebab lower nau.Dah le saya laki bini ni saiz Pan-Asia (wakakaka!).Sok-sok mesti incek hasben ngelat tak nak nolong kat dapur sebab sakit  belakang .Tak boleh jadi ni.

Bila melawat rumah sebelah-menyebelah,eh kenapa table top diorang ok je.Saiz standard 32.Maknanya boleh la saya potong sayur tanpa membongkok.Terus saya report kat developer.Dah ngadu gitu-gini lebih kurang, diorang setuju naikkan batu table top bagi tinggi.Sebab ni under waranti lagi.Yes!

Ni table top asal. Memang berbeza ketinggian dengan rumah orang lain.Saya syak diorang tinggikan lantai dapur.Tu pasal bila kita berdiri table top jadi rendah.

Developer hantar sorang uncle cina ni buat kerja-kerja naikkan batu table top.Dia tengok je.Yang buat orang vietnam. Time tu yang pantau incek hasben.Dia kena pecahkan batu permukaan yang atas.Baru naikkan batu bagi tinggi.Dia tinggalkan dulu then lagi 2 hari datang untuk pasang tile pulak.Bagi simen betul-betul kering.

Masa ni dh seronok dah tengok table top dah tinggi.Walaupun baru letak simen.Hanya orang yang tak berapa rendah je faham bila dapat barang yang ikut ketinggian. *sight..


Dah start pasang tile.Dia punya bingit time potong tile jangan cakap lah.Langsung tak dengar apa-apa kalau borak.


Saya request tebuk siap-siap sebab nak tanam dapur.Haha.Bahasa kampung.Tapi uncle ni tak bagi sebab kena standard dengan rumah yang lain.Kang bias pulak.Dia cakap kalau nak tebuk kena upah dia RM200.Tu duit tepi.Eh lorat pulak uncle ni.Hasben kata tak payah.

Pekerja vietnam yang buat semua.Ada dua orang.Sorang tukang bancuh simen je.Sorang lagi tukang buat..

Orang vietnam ni buat sangat teliti.Berapa kali dia ketuk,ejas bagi sempurna kat mata dia.


Akhirnya...taraaa!! Table top ai naik sampai 33 inci setengah tau.Rumah orang lain 32" je.Tu upon request nak tinggi mana.Hehehe.


Dah siap table top.Antara defect yang dikenal pasti.Tengoklah saluran paip sinki tu dah terapung.Paip tu kena ejas balik ikut ketinggian table top.Kos table top free sebab developer yang tanggung.Heeee

Kepada kawan-kawan yang sedang menunggu kunci rumah baru,survey-survey lah kat internet apa yang patut buat bila dah dapat kunci nanti.Kalau ada masalah terus inform kat developer.Kita pun jangan lah banyak songeh,developer ni nak layan orang-orang yang boleh bawak bincang.Macam saya haritu sebab ayat manis je cepat gaklah diorang buat lepas saya report.Amik masa 3-4 hari je lepas report terus diorang datang buat table top baru.

Itu baru cerita table top.Lom cerita pasal kitchen kabinet yang kena tipu tu.rumah baru punya cerita.Nanti saya ceritakan kt entry akan datang.sob...sob....

3 Responses

  1. Heri h Says:

    Jika anda mencari org yg pakar dalam bidang2 berikut ini:
    Wiring
    Lampu 1 poin dalam rm.60.00
    Plack poin 1 dalam 80
    Hitter 1 poin dalam rm 250.00
    Ac/aircond 1 poin rm 250.00
    Kipas 1 poin rm 60.00
    Semua itu tak termasuk pemasangan:
    Pasang lampu 1 set rm 30.00
    Pasang kipas rm 30.00
    Pasang Ac/aircon rm 200.00
    Pasang hitter / air panas rm 30.00
    PAIP
    Paip pecah dalam dinding RM 300.00 dan tergantung keadaan juga
    Tukar mangkuk tandas rm 350.00 tergantung mangkuk tandas juga
    Pasang paip baru rm.1000.00 tergantung keadaan jg
    Tukar pintu Rm 350.00 tergantung pintu jg
    Table top rm 2000.00 tergantung keadaan jg
    kabinet rm 5000.00 bawah atas
    Pasang mozek /TILES RM .........tergantung tiles
    Cat satu rumah RM 700.00 tergantung cat jg
    Jika anda berminat silahkan anda menhubungi kami di talian ini 0172943954
    Kepuasan anda adalah impian kami



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...