Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Gambar Raya 2009 : Part II

Pagi raya Khayra bantai tido lagi.Malam sebelum tu Khayra meragam.Sian Khayra demam.Panas badan dia.So,dah bagi makan ubat,jadinya Khayra syok tido sampai pagi.Rupa-rupanya Khayra nak tumbuh gigi.Baru keluar sebatang.Hihi.Orang lain dah berbatang-batang dah gigi.


Papa tengah siap-siap pakai baju raya.Aku pun tengah siap ni.Tapi takde la nak enterframe kan.Belum pakai tudung lagi nih.Lepas kitaorang siap,baru aku bermaaf-maafan dengan hubby.Nangis-nangis.Hubby buat lawak pulak.Tapi lepas tu serius balik.Segala salah silap aku & hubby berterus terang masa tu.Sedih pulak.Lepas abis bermaafan dengan hubby,baru aku bersiap pakai tudung and mekap.Sorry gambar tak enterframe skali.



Eh,Khayra dah bangun.Masa ni dalam area pukul 7 pagi.Memang rutin family kitorang pagi raya bangun awal.Ayah lagi awal siap.Lepas ayah solat subuh,ayah aku dah tunggu kat kerusi feveret dia.Tunggu semua siap.Ada sesi bermaaf-maafan.


Masa ni tunggu lagi adik aku Kakngah dan Anoi siap.Ape lah diorang ni.Mesti lambat tiap-tiap tahun.Sampai ayah kena panggil.Tahun ni Khayra pertama kali beraya.Atuk dengan nenek lagi excited bila Khayra dah ada.Bila semua orang ready,ayah bagi tazkirah sikit.Syukur sebab kita dapat sambut lagi Aidilfitri tahun ni.Alhamdulillah tahun ni semua adik-beradik aku dapat berkumpul.Abg Uda beraya pertama kali sebagai suami.



Selepas emak mintak maaf dengan ayah,aku sebagai anak sulung memulakan mintak ampun dengan atuk dan nenek Khayra.Syahdu masa tu.Lepas tu diikuti dengan Kak Ngah,Abg Uda,Anoi,Hubby dan akhir sekali my SIL.Nasib baik masa tu Khayra tak meragam.Khayra jadi pemerhati je la.



Aku dan SIL (Liza) saling bermaafan.Tak sedar papa snap gambar ni.Ktorg bermaafan pulak adik beradik.



Lepas tu acara wajib tiap-tiap tahun dari aku kecik sampai la dah jadi mak orang ni,sesi bergambar kat ruang tamu.Memang itulah tempatnya time amik gambar.Agak-agak kalau aku kumpul gambar tempat yg sama tiap-tiap tahun mesti dah berpuluh-puluh ni.Cuma orang je bertambah.Sofa still sama dari dulu.


Atuk,Nenek dan Khayra.Tahun depan ayah dan mak aku nak dapat cucu baru.Insyallah.Khayra dapat sepupu nanti.


Sesi bergambar di studio.Lengkap sudah family aku.Sekarang ayah dan mak ada seorang cucu dan dua orang menantu.


Selingan gambar Raya 2007.Masa ni aku dan adik aku single lagi.Kitorg 4 beradik.Ikut turutan dari belakang,4th (Anoi), 1st (Aku), 3rd (Abg Uda) dan 2nd (Kak Ngah).Adik aku yang lelaki tu kawin dulu.Langkah Kak Ngah.Takpelah,dah jodoh.

3 Responses
  1. kak..naz pun g gambar kat studio..kak lama tak citer perkembangan khayra..dia dah pandai jln?


  2. Hanna Says:

    Naz

    o ye ke..mana gambar naz tu?..tepek la kt blog,nk tengok gak :) alhamdulillah khayra dh start menapak 5-6 langkah..tengah rajin bejalan tu..member xde walker,so gian je la dia nk bejalan..hehe..


  3. khayra kan mmg cepat..jeles je kat perkembangan khayra tau..naz harap rikazz 9bln nanti dah boleh kejo kakak khayra.heheheh..rikazz ada walker tp dia lagi suka tatih sendiri tanpa bantuan apa pun..berlagak btol rikazz tu..kak upload lah citer n gambar perkmbangan khayra..lama tak baca


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...