Bukan Colic, Tapi Hernia
Salam. Berita terbaru tentang Ziyyad An Nafis, baby tu rupa-rupanya bukan kena colic. Seperti yang saya ceritakan di entri ini. Tapi hernia. Apa itu hernia? Bahasa biasa yang kita dengar adalah angin pasang. Secara ringkasnya penyakit ini adalah penyakit orang lelaki. Kawan saya, Lya, tengah berusaha bawa baby dia pergi berurut dulu. Doktor cadangkan operate. Ibu mana yang sanggup tengok baby yang belum sampai umur 2 bulan di operate. Alternatif lain,sekarang ni dalam proses berurut. Alhamdulillah, dah nampak penyakit tu beransur baik. Ada beberapa kali sesi urutan. Saya doakan baby sahabat saya tu sembuh.Antara petua untuk mengelakkan hernia :
Info lain berkenaan dengan hernia boleh klik di sini.
Insyallah baby dalam perut ni boboy, saya berdoa setiap kali solat supaya baby saya dijauhkan segala penyakit. Tips kat atas untuk peringatan saya juga.
- Lepas mandi tuam perut baby & bird dia dengan daun mengkudu atau towel suam
- Letak minyak telon atau minyak yuyee pada telapak perut n telapak kaki baby..
- Bacalah dengan selawat...
- Guna barut yg menutupi perut baby..
- Hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar. Umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak. Hernia bukanlah penyakit keturunan. Proses terjadinya Hernia pada bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut.
- Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat. Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan. Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.
- Bayi umumnya mengalami External Hernia (jenis Umbilical) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Kadar Hernia Umbilical pada bayi baru lahir adalah setinggi 20 peratus dan melonjak 70 peratus pada bayi yang lahir tidak cukup bulan dan pada kebiasaannya tidak terbabit dengan penyakit lain. Hernia jenis ini biasanya kelihatan seperti bonjolan kecil pada bawah kulit pusat yang akan tertonjol keluar apabila perut bayi ditekan atau ketika bayi menangis. Hernia Umbilical berlaku apabila kandungan isi perut, iaitu usus dan Omentum, membentuk satu bonjolan atau dikenali Hernia Sac (Sarang Hernia) di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan dinding Fasia Rektus perut. Biasanya penyakit ini menyerang bayi baru dilahirkan disebabkan oleh Cincin Umbilical, iaitu tempat salur darah Umbilical membekal makanan untuk fetus yang membesar di dalam rahim, tertutup dan tidak sempurna.
- Bergantung pada saiz, Hernia ini biasa sekecil satu sentimeter (cm) dan ada yang melebihi lima cm. Hernia sekecil satu sm biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan pada usia tidak lebih empat tahun. Hernia Umbilical kebiasaannya tidak mendatangkan masalah atau kesakitan tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan kesakitan, terutama pada Hernia bersaiz besar menyebabkan kandungan perut, iaitu usus berbelit atau tercekik pada Cincin Sarang Hernia. Jika itu berlaku, pembedahan segera diperlukan.
- Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya. Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ini kerana, ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus. dan boleh mengakibatkan, tidak hanya cairan yang keluar, lebih teruk lagi, usus juga boleh terkeluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia.
- Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus. Hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan(merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan). Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan. Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia
Info lain berkenaan dengan hernia boleh klik di sini.
Insyallah baby dalam perut ni boboy, saya berdoa setiap kali solat supaya baby saya dijauhkan segala penyakit. Tips kat atas untuk peringatan saya juga.
aqil khalish dikesan kena inguinal hernia ms umur 1mth plus. trus operate, sbb usus dah trn ke lubang laluan yg xterttp tuh. so operate utk naikkan blk usus & jahit blk lubang tuh. termsk trus sunat. hehehe...
salam ramadhan...eh lama tak singgh sini..huhu..
*if ada babyboy mmg kena jaga2 bab ni, mmg masa dlm pantang tu, bird dia mmg kena tuam juga...dh jd kang, susah kan..issh...bahaya betul ye..
nuha pun pernah kena dulu masa dlm pantang. Tp akak try berubat kg..alhamdulillah ok, klu tak melalak jer tiap malam..
fikri pun penah kena angin pasang masa baby dulu.. kami memang bawa berurut.. Alhamdulillah, dah okey.. bb boy ni kena jaga lebih.. dah 3-4 bulan pun, bird dia masih kena tuam...
Mykhalish
oo ye ke mummy aqil..xtau pulak aqil pernah kena dlu..owh,aqil dh dewasa rupanya..hehe..
mamalieyna
hai kak lieyna..salam ramadhan.emm tul tu kak,penjagaan bb kena pantau start time pantang lgkan..risau gak sy nih..huhu..
mrsharis
nuha kena apa kak?hernia atau benjol2 kecil kt perut?msti susah ati time tukan..kesian nuha..tp skang nuha makin cun ler..hehe
kakyong
elok g urut dulu ke kakyong?...skang fikri dh ok la ye..alhamdulillah..kena masuk dlm kepala "bird baby kena tuam.bird baby kena tuam.bird baby kena tuam"..hehe.