Sebelum Ramadhan Menjelma Telah Adakan Acara Makan-makan Dengan Kawan Gedik-gedik
Salam Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah setakat ni saya boleh lagi berpuasa. Saya berdoa semoga dapat berpuasa penuh lagi macam time saya pregnantkan Khayra dulu. Takdelah terhegeh-hegeh nak ganti puasa macam ari tu. Huhuhu.
Sebelum menjelang Ramadhan, saya ada buat mini gathering dengan the bestiest time diploma kt UiTM. Mereka-mereka adalah Puan Atik, Puan Raha dan Cik Yam. Last saya jumpa diorang time saya kahwin 2 tahun lepas. Pastu masing-masing dah beranak satu, barulah nak jumpa balik. Diorang lah tempat saya bermanja masa mula-mula datang Shah Alam 9 tahun lepas.Rindu lah time tuh. Huhuhu. Malas cakap banyak, meh layan gambar je.
So, semua dah ada.
Kenapalah saya ketawa macam tuh. Tak jelita sungguh T_T
Cik Yam yang masih single (tapi ader bawak BF untuk dikenalkan kepada kami-kami.Macam mintak restu pulak.Haha), Puan Atik yang comel, Mama Khayra yang kontrol dan Puan Raha yang maintain
Aksi
Tik, napelah mulut ko camtu. Padahal makanan yang licin kt sebelah tu angkara si tudung coklat dan si tudung hitam.
Sedap. Jangan telan air liur. Sekarang bulan puasa.
Kesian baby Shireeen. Ibu dia pegang jauh-jauh sebab nak masuk gambar empat orang je dalam satu snap.Tak dapaat.
Apesal ada plastik berlambak nih. Mesti ada orang menapau. (Malu nak ngaku pulak)
Memori album gambar. Usia album tu dah 9 tahun. Tu gambar kitorang time muda belia.
"Masa ni nape badan aku kecik sikit?"sambil tunjuk gambar dalam album
Puan Raha nak jugak menyelit. Bukan ke ko tengah bagi susu kat baby tadi?
Bayar time! Posing dulu
Baby Ashir,Baby Khayra dan Baby Shireen
Haip! Tangan Khayra tu merayap je kejanya.
"Yam,cuba ko tengok betul-betul rega dia. Bagi 4 dapat berapa sorang?" (kantoi sebab tong-tong bayar.Haha)
Tak berhati perut betul tinggalkan Yam setel sorang-sorang. Tengok tu,mentang-mentang masing-masing dh ada anak.Pandai taktik memasing nih.Muahahaha
Yam, bila turn ko nih. Cepatlah sikit.
Empat sahabat. Kolej Anggerik. UiTM Shah Alam
Gedik memang haruus.
Perut membuyong.
Eksited.
Encik-encik inilah yang bawak makcik-makcik tadi berjumpa sampai bergegar restoran dan buat macam rumah sendiri tu.Situasi - macam kena paksa bergambar.
A Big Happy Family. Sila padankan dengan pasangan memasing ye.
Jumpa lagi kawan-kawan ku. Sayang kamu-kamu!
Oklah, itu saje cerita bergambar untuk entry kali ini. Thanks buat Yam yang datang jauh-jauh untuk acara berborak ni. Malam tu gak balik KL balik.Masing-masing pun dah berjaya. Sorang lecturer kat UiTM, sorang Pegawai Arkib, sorang lagi Cikgu KPLI.Aku bangga dengan korang. So, kami tinggalkan Restoran Tomyam Klasik dengan hati yang sungguh puas ---> dapat makan + dan berborak pastinya. Next gathering tunggu baby dalam perut ni kuar ye kawan-kawan (^_^)
salam hana..
wahhh hepinye tgk pic tu..kwn2 kite semua jauh2 huhuhuhu
selamat berpuasa utk hana & family ..
pasni khayra jadi kakak..yeayy..;))
hai ina..lama xupdate blog?..apa khabar org s'wak ni?emm..kwn2 kita baru nak jumpa,masa masing2 dok kl langsung x fikir nk buat gathering..haha.
insyallah time raya sok adik khayra kuar..salam ramadhan utk ina sekeluarga :)
selamat berpuasa kak... wah bestnyer dpt kumpul ngan member2... mesti byk cerita yang dikongsi kan kak...
mmg banyak citer yg keluar hajar..smpai x sedar restoran dh nk tutup..haha..salam ramadhan utk hajar :)
seronoknya dapt reunion dgn kwn2 & pasangan masing2.. meriah, walau hanya 4 keluarga... ;)
ha'a, memang meriah kakyong..alhamdulillah sekali setting je,semua dpt berkumpul,walaupun semua duduk jauh2..