Pergi Dating Berdua Tengok Transformers
Hari Jumaat - 1 Julai 2011 saya coti. Bukan cuti sensorang, dengan hasben sekali. Sepatutnya hari Isnin hari tu dah cuti, tapi hasben tak dapat pulak.Jumaat pun Jumaat la.Setiap bulan memang kena peruntukan cuti untuk berdating.Ye lah, kalau tunggu weekend memang tak sempat.Kesiankan anak-anak kalau tinggalkan diorang.The best way, hantar diorang kat taska tapi mak bapak pergi berjimba.Hahaha.
Bulan ni tengok wayang best.Transformers : Dark Of The Moon. Tak kira, orang lain dah citer atau review saya pun nak gak.Seat yang strategik.Saya rasa macam robot tu nak tendang saya je.Saya bukanlah peminat tegar nak tengok citer mekanikal ni.Hasben saya yang yang teruja.Sekali tengok memang tak rugi.Tapi adakala buatkan saya macam nak pekak sikit.Sound system macam nak pecah gegendang telinga.
Dak Sam tak bercinta lagi dengan Megan Fox.Dah ada awek lain,tapi tinggi sket dari dia.Kerja pun tak dapat lagi walaupun dah dapat Pingat Keberanian dari Barack Obama.Sementara tu, masa zaman Neil Amstrong pergi ke bulan, rupanya diorang dah jumpa bangkai pesawat transformers terdampar kat bulan.Ada sekor trasnformer dah mati kat situ.Tapi Neil Amstrong amik satu teras atau alat hape ntah untuk misi rahsia.Kejadian tu jadi top secret.Konon-konon takde apa yang berlaku.Pandai betul Hollywood manipulasi cerita ek.Saya pun hampir terpercaya (lurus).
Nak jadikan cerita, bila citer pasal kat bulan tu dah didedah balik pada zaman sekarang, robot yang baik tu Prime pergi amik robot yang mati kat bulan tu.Sebab tu ketua dia.Lepas dia hidup balik, dia komplot nak tawan bumi.Tapi kena cari semua teras-teras yang tertanam kt seluruh dunia baru boleh berkuasa.Kat situ dah jadi kemarahan orang bumi.Robot-robot semua kena hantar balik ke planet diorang balik.Tapi kat bumi dah ada robot jahat.Pastu bumi dah jadi medan perang.Robot baik tu acah-acah je naik ke planet diorang.Rupanya nak jadi hero selamatkan orang bumi yang dah jadi bestfren robot-robot baik ni.Macam biasa orang baik mesti menang.Senangkan review saya.Hahaha.Penat nak ingatkan balik citer dia.
Yang penting saya suka tengok robot-robot tu dari kereta biasa jadi robot besar tinggi godang.Yang part paling best bila Sam dengan kawan-kawan dia slide kat bangunan yang nak runtuh.Saya pun jerit sama.Tapi takde sapa yang dengar sebab sound dia boleh buat kita terjerit-jerit bila nak cakap.Sape-sape yang nak tengok citer ni dijamin best.
Boleh tak jangan amik gambar macam budak remaja.Geli tengok balik T_T
GSC
Anak-anak tinggal kat taska.Mari berdating.
Jom amik anak-anak.Mama tak sabar nak balik,kena drive sendiri.Hahaha.
sonoknye dpt dating berdua...kalo lias mesti xmo tggalkan anak2 tuk berdating...emmmmmm
so sweeeeeeeetttt... ^___^
bestnya kuar dating...hehehe....
bestnya kuar dating...hehehe....
Mamavouge
nnt pujuklah papa nia kuar dating berdua-duaan je..anak2 tggl kt rmh pengasuh,tp makesure ari weekdays la..kesian kt anak2 nk main2 dgn mama papa time weekend..dh dpt dating mesti nk dating slalu..hehe..
Diera Nadiera
Mmg maniss sgt..jgn smpai kencing manis sudah..haha..
Nasi Kandaq
Best la..tp dlm hati tetap teringatkan anak2..haha..