Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

32 Tahun Dah...

TODAY 10 MARCH 2014...I AM 32 NOW!

ALHAMDULILLAH

25 Feb 2014 : Happy 2nd Birthday Son

Alhamdulillah dengan ini, saya pun telah selesai melaksanakan tugas menyusukan Imran susu ibu sepenuhnya.Syukur Ya Allah. 

Dulu masa Khayra, fully 1 tahun 2 bulan dan campur formula+susu badan sebab pregnantkan Amsyar.Khayra stop breastfeeding dengan saya umur 2 tahun 6 bulan.Amsyar pun sama dengan kes Kakak dia, fully 1 tahun 2 bulan dan campur formula+susu badan sebab pregnantkan Imran.Sama jugak stop breasfeeding umur 2 tahun 6 bulan.

Dan Imran yang paling special sebab time dia menyusu,mama dia kosong (tak pregnantkan sape-sape..hihihi).Alhamdulillah saya dapat perah susu kat ofis dan bekalkan untuk Imran kat taska selama 2 tahun.Hari ni Imran dah 2 tahun.Terharu...


Designed by : Papa



Happy 1st Birthday Khair Imran

 ♥25 Februari 2013 - HAPPY 1ST BIRTDAY KHAIR IMRAN ♥





P/s : susah nak taip pakai tab..kalau sempat esok taip pakai keyboard..heee..peace..

Happy 4th Birthday Khayra Nur Rania

Semalam 19 Disember 2012 adalah bersamaan ulangtahun ke-4 anakandaku Khayra Nur Rania (perghh ayat sastera tu makcik)...

Moga Kakak sihat selalu, dengar cakap mama dan papa, jaga adik baik-baik and rajin berlajar. Semalam sempatlah buat tiup-tiup lilin kat rumah.Beli kek kecik untuk gedik-gedik.Bak kata papa pun, tu mockup je kak.Haha.

Insyallah hari Sabtu ni, mama beli kek besau sikit untuk tiup lilin.Buat kat rumah Nek Bena ok.Masa tu semua balik.
 Happy 4th birthday Kakak! say kejuuuu...

Dak Abang beria nak tiup lilin.

 Hadiah biasa-biasa dari mama.Papa pun beli gak, sanggup tunggu giliran kat Sogo tu.Nak wrap je sampai 16 orang tunggu.Hebat papa kakak tau.Tak ramai papa lain sibuk-sibuk beratur sebab nak balut hadiah T_T

WordLess Wednesday - Let's Ride Babe

Khair Amsyar with his new bike - 2nd Birthday Gift

 

Lepas Dak Abang, Imran Pulak Demam

Alhamdulillah.

Salam Isnin kengkawan. anak-anak pun semuanya dah beransur sihat.Imran still batuk lagi.Haritu lepas
Amsyar demam, berjangkit kat Kakak & Imran. Adoi..Khayra demam sehari je.Antibodi kuat agaknya.Tapi demam Imran melarat sampai sakit mata.

Bila dak Abang demam, mama cuti.Baby Imran demam laagi la mama kena cuti.Kesian dia, merengek je.Kebetulan masa Imran mula nak demam, saya kena bertugas malam-malam kat Perkampungan Ikan Bakar untuk program Jejak Inovasi.Lepas tu makin teruk la demam Imran.Terus papa kata mama bawak balik antu laut.Sudah..Alhamdulillah bila Imran minum air tangkal dua teguk, demam pun kebah.Kebetulan agaknya.

Harap minggu ni bawa keceriaan pada anak-ana-anak semua.

Amsyar yang keletihan.Masa ni on the way pegi taska.Baru baik demam.Mengantuk lagi, walaupun baru lepas mandi pagi.Badan tak sihat.Muka pun dah tirus sikit.Badan turun 1kg.

Imran pun tak sihat.Haish...asik nak berdukung je.Adatlah bila baby demam, nak manja dengan kita.Kepala panas sangat time demam.Bila letak asam jawa, kejap je kering balik.Kalau nak tau demam tu teruk ke tak, bibir mesti merah.Sebab panas. Mata pulak menjangkit papa kot.Sebab sebelum tu papa dah sakit mata.Saya titik kan susu badan sehari sekali selama 3 hari.Alhamdulillah, baik terus.Petua yang saya tahu, kalau mata kiri sakit, titikkan susu breast kanan.Macam tu lah kalau sebaliknya.Tapi bila bapaknya sakit mata, takdelah saya praktikkan macam tu plak.Pakai ubat doktor sudah..hehe..

Kakak Khayra yang makin kurus. Seluar jeans tahun lepas still boleh sarung tanpa bukak zip & butang.Padahal makan banyak.Lepas breakfast nasik lemak, dalam pukul 11.30 dah lapar cari nasik.agaknya banyak cacing kot dalam perut tu.Kena cari jugak ubat cacing ni.Masa umur Khayra 2 tahun tu je makan ubat cacing,lepas tu tak bagi lagi.Rambut pun makin bergulung.Rambut tak pernah potong sejak cukur jambul dalam pantang.Sayang nak potong sebab jenis rambut Khayra ni sikit and ciput.Takut lambat panjang kalau potong.Huhuhu..

 The Sepet Girl.

 Ahad ni - 23 September 2012 birthday Amsyar ke-2.Kejap dah dua tahun ye Bang.Hadiah dah dapat seminggu awal.Wah kemain lagi Dak Abang dengan hadiah dia tu.Kena tunggu beday dulu baru boleh reveal hadiah apa.Tapi Kakak selalu rebut dengan Dak Abang.Takpelah, hadiah baru-baru memang macam tu.Tunggulah sebulan dua, langsung tak heran dah.

Kakak dah mintak hadiah harijadi dia bulan Disember nanti.

"Mama, Kakak nak IPad tau"

Haruuuuu!!!!

Happy Belated Birthday Khayra Nur Rania

Hai kawan-kawan.

Alhamdulillah kesihatan saya semakin baik. Dapat MC seminggu lepas keluar wad. Thanks kat kawan-kawan yang mendoakan saya. Baby dalam perut ni memang aktif. Tak nampak macam ada pape masalah. Tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu.Takmo cerita sedey-sedey dulu.Kita simpan untuk next entry.

Nak story-mori pasal beday Kakak Khayra masa 19 Disember 2011.Nak masuk tahun 2012 baru nak publish.Sori yer Kakak.Alhamdulillah puteri sulung saya Khayra Nur Rania dah 3 tahun. Sob...sob..sob..sangat pantas masa berlalu.Khayra nak dapat lagi adik insyallah bulan Februari 2012 nanti.

Masa beday Kakak, mama & papa apply cuti. Sebab beday hari Isnin, so mari kita bergumbira.Ajak pergi tengok Alvin & The Chipmunks.Ni 1st time Dak Kakak masuk wayang. Adik pun ikut sama.


Mula-mula masuk, movie tak start lagi. Kakak takut sebab tengah tayang trailer Gost Rider. Mau dia ajak balik time tu jugak. Alahai, tak sporting la Kakak. Adik steady je.Pastu pujuk dulu, nasib baik Kakak ajak pergi toilet. Nak kencing. Masuk balik, Alvin dah start. Layan sampai habis.Adik sampai terjoget-joget tengok Chipmunks tu nyanyi.Cumiil.

Dua orang budak yang gumbira lepas tengok wayang.

 
 Sempat ajak main hide & seek dengan mama.Beday girl yang ceria.

Favorite. Mesti nak naik.



 Last-last Kakak je yang berani. Dulu Kakak pun takut macam Adik.Dah besar ni berani lah.


 Khayra Nur Rania and Khair Amsyar

 
As usual, mesti singgah kat Play Land ni. 

 
Masa ni dah kul 1.00 lebey. Mama dah tak tahan lapar. Kakak lasak lari sana-sini.Penat pujuk kuar dari situ. Adik ok je.Masa dalam wayang tadi sempat BF adik.Lantak lah, nasib baik gelap.Pastu adik terlelap kejap. So, pas kuar wayang takde masalah meragam nak makan ke.Nak kena layan Kakak yang nak main semua permainan kat situ. Tahan je lah mak buyong.

Makan kat SR. Adik pun dah terlelap balik. Tak bawak stroller, guna Jusco punya. Pilihan yang bijak.Heee.














Papa order. 

 
 Mama belanja :)
 
 Tiket wayang tadi.


Kakak yang sangat manja dengan Papa.


 Chocolate Indulgence untuk Kakak.


 Happy 3rd Birthday Kakak!



 Sedaap..!



 Oreo Cheese untuk Mama. Kek papa dah lupa, apa ntah.

 Spaghetti for kid untuk lunch Kakak hari tu.


Tengok tu, tersenyum. Favorite Kakak. 


Sangat menyelerakan


Portion yang besar.Jemput makan...


Masuk dalam troli pulak. Takpelah Kakak, troli pun troli lah.

Adik lena diulit intan.Ngantuk sangat.

 My Lil Hero dah bangun. Makan ye sayang.

 Alhamdulillah, Kakak dah besar.



Khayra seorang Kakak yang baik. Bila adik nangis, Kakak datang pujuk. Rajin bila mama suruh tolong sesuatu. Kalau nampak ada benda kotor kat lantai, cepat-cepat amik penyapu.Walaupun Kakak sapu tak bersih, tapi mama tahu Kakak rajin tolong mama.Kadang-kadang buat perangai macam budak kecik, tapi mama faham Kakak nak perhatian lebih.Cakap dah makin keletah. Mama suka berborak dengan Kakak.

Mama doakan Kakak membesar dengan bijak, tolong jaga adik-adik nanti, diberi kesihatan yang baik, hormat orang tua, dan cepat-cepat belajar membaca.Mama, Papa & Adik Khair sangat sayang Kakak.MMMUUUUAAHH!!!

Happy 3rd Birthday - Khayra Nur Rania



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...