Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Sedey. Show all posts
Showing posts with label Sedey. Show all posts

Maafkan Saya Teman-teman....

Assalamualaikum sahabat...

Di kesempatan ini saya memohon maaf kerana merahsiakan my 3rd pregnancy yang telah masuk 32 weeks.

Banyak yang telah terjadi dalam family saya 2 minggu kebelakangan ni.Kesian Khayra entry Birthday yang ke-3 tahun pun tak sempat saya upload.

Dengan Khayra yang muntah-muntah, cirit-birit disusuli dengan demam, Adik Khair yang meragam, keadaan boss yang naik angin dan hasben kerja berulang alik Melaka-KL-Melaka. Haiih...Untuk makluman, saya telah ditahan wad 25 Disember 2011 selama 3 hari disebabkan Abruptio Placentae ataupun Uri Lekang.

Ya Allah, hanya tuhan saja yang tahu hati ni. Doktor bagitau hanya minor. Tapi hampir-hampir baby saya hendak dikeluarkan dikala usia hanya 31 minggu. Tak sanggup rasanya.Nanti saya akan ceritakan kronologi bagaimana keadaan saya sehingga dimasukkan wad.Ini just short update, sebab singgah rumah kejap.Sekarang saya tinggal rumah mak buat sementara.

Doakanlah baby dan saya kuat. Saya tak sanggup nak menulis lagi. Tunggu kekuatan lain untuk next entry. Salam sayang dari saya.

 
19 Disember 2011 : Khayra 3rd Birthday. Masa ni bawak Khayra jalan-jalan tengok wayang Alvin and The Chipmunk and makan-makan.

Stock Clearance..Sangat Sayu..

Salam kawan-kawan. Kejap je dah Jumaat balik. Lepas tu tup tup dah tahun baru. Nak cerita sikit ni..sedey tau...pasal EBM saya.

Sejak bulan Julai 2011, saya dah stop mengumpul EBM. Bermakna saya dah takde sesi mengepam kat ofis. Ni semua sebab Adik Khair tak berminat nak minum EBM. Lebih rela tunggu saya datang taska lunch hour untuk directfeed.Rasanya dekat sebulan lebih Khair tak minum EBM sebelum saya stop mengepam. Meaning that yang saya kumpul EBM semata-mata tanpa bagi Khair pun.

DF pun semakin penuh, so saya dengan rela hati meneruskan rutin menysukan Khair dengan setiap hari pergi taska waktu lunch.Dari bulan Julai sampai ke Disember, DF saya masih lagi on. Tiap-tiap bulan bil elektrik memang kuss semangat lah. Mana lagi dengan aircond nya. End up, saya kena stopkan jugak khidmat DF. 

Dari bulan November lagi niat tu nak bersihkan EBM yang dah expired. Tapi asik tertangguh. Last-last hari Ahad lepas, saya singsing lengan keluarkan EBM yang berketul-ketul tu. Sejuk woo.Saya tak larat nak bilang, just longgokkan dalam dua bakul. Satu bakul untuk EBM yang berbotol (sebab nak simpan botol tu balik), satu lagi EBM yang masuk plastik.

Inilah rupa DF saya.EBM saya kumpul ikut bulan. Pastu ikat dalam plastik.

Pandangan atas : Yang ni saya campurkan dulu dalam satu bakul. Lepas tu baru asingkan plastik dengan botol.

Pandangan sisi : Penuh satu bakul besar. Sayangnyee...

Tengok tu, ada jugak EBM setahun yang lepas. Sungguh sadis..
Pandangan atas : EBM dalam botol. Ada lebih 40 botol kot. Semuanya dah expired.

Pandangan sisi : Separuh bakul T_T

Pandangan atas : EBM dalam plastik. Dah macam jual santan pulak.

Pandangan sisi : Speechless...

Akhirnya DF saya kosong...................

Hanya 3 ketul EBM saya simpan konon-konon mana tau Khair nak minum ke. Itupun EBM bulan Julai 2011. Kalau simpan dalam DF jangka hayat dia 6 bulan. Lagi sebulan EBM tu expired jugak...

Saya search dalam internet apa patut buat dengan EBM tu. Ada yang suruh siram pokok atau buat mandi susu. Kalau boleh jangan buang kat longkang. Kalau siram kat pokok, kat rumah saya lalang je yang ada. Pokok bunga jauh sekali. Ada jugak niat nak bagi kakak jiran sebelah EBM tu suruh siram pokok.Tapi segan pulak.

Kalau nak mandi susu pulak, kena tunggu susu tu cair dalam botol. Tapi EBM betul-betul cair waktu malam. Tak sempat nak bagi anak-anak mandi susu (entah kenapa saya tak sanggup nak mandi susu sendiri..) Akhirnya, bersemadilah EBM yang mencair tu atas tanah depan rumah saya. Sambil berselawat, saya berdoa semoga Allah tak sekat kurniaan susu badan saya nanti. Takut jugak tau.

Khair Amsyar masih lagi menyusu badan dengan saya. Walau tak banyak, tapi Khair tetap menyelak baju saya. Semoga Allah mengurniakan rezeki kepada saya untuk disalurkan kepada Khair Amsyar dan adik-adiknya nanti...Amiin..

Kes Siamang Gigit Budak - Baru 2 Minggu Lepas Pergi Zoo Melaka

Malam tadi tengok Buletin Utama, sangat terperanjat bila sekor siamang (spesis beruk) dalam Zoo Melaka gigit sampai parah seorang budak. Saya dengan hasben berpandangan sekejap. Terkejut sebab baru 2 minggu lepas kitorang bawak anak-anak pergi Zoo Melaka.

Kalau kejadian ni berlaku masa kitorang pergi, tak tahu nak cakap apa. Lepas ni memang tak jejak lagi mana-mana Zoo kot. Saya pulak yang trauma.Nasib baik Khair & Khayra sempat tengok binatang-binatang kat Zoo. Tunggu la beberapa tahun lagi baru boleh pergi Zoo lagi kot.

 Detik-detik cemas bila siamang tu mula menggigit.Budak ni budak yang pertama kena gigit disusuli Adik Muhammad Afieq.

MELAKA: “Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.

“Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.

Difahamkan kejadian itu berlaku selang 15 minit selepas haiwan sama menggigit kaki kanan seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Zukrina Abdul Hadi, 5, yang berkunjung ke zoo itu sempena cuti sekolah bersama keluarganya dari Pekan, Pahang.


Difahamkan juga kanak-kanak terbabit hanya luka kecil dan menerima tiga jahitan di Hospital Melaka (HM) sebelum dibenarkan pulang. Bapanya enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.

Menurut Kamarul, kejadian itu disedari isterinya yang menjerit kuat apabila melihat siamang berbulu hitam, seberat kira-kira 38 kilogram itu menggigit kaki anak keenam daripada tujuh beradik itu.


Katanya, mereka sekeluarga singgah di Zoo Melaka kira-kira jam 12.30 tengah hari.


“Apabila sampai di kawasan siamang itu, kami lihat ramai pengunjung dan saya mendukung Muhammad Afieq sambil diikuti lima anak lain serta isteri yang turut mendukung anak bongsu kami.

“Saya sangka siamang itu jinak kerana tiada papan tanda amaran atau petugas zoo berkawal di kawasan itu. Malah, haiwan itu kelihatan tidak bahaya dan melompat-lompat sambil mengejar pengunjung lain sebelum dia berhenti seketika.


“Ia kemudian berada di kiri saya dan tiba-tiba terus berpusing. Saya tak perasan pada mulanya, namun isteri menjerit kuat mengatakan kaki anak kami digigit dan serentak itu anak menangis kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Kamarul berkata, serentak itu dia memegang kepala siamang itu dan cuba mengerak-gerakannya, namun haiwan itu enggan melepaskan gigitannya.


“Saya yang terperanjat jadi panik dan tidak berani menyentap kepala siamang itu kerana bimbang luka pada betis anak lebih parah. Seorang pengunjung lelaki pantas menyepak badan siamang itu hingga gigitannya tercabut dan saya terus mencampaknnya sekuat hati.


“Dalam keadaan anak menangis dan darah keluar dengan banyak hingga mengenai baju dan seluar, saya berlari ke arah kaunter tiket sejauh kira-kira 1.5 atau dua kilometer untuk mendapatkan bantuan sambil menjerit meminta pengunjung ke pejabat pentadbiran.


“Petugas zoo muncul memberi bantuan dengan mencuci dan membalut luka anak saya sebelum kami dibawa ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya yang tinggal di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.


Menurutnya, dia kesal kerana mendakwa tiada petugas zoo di tempat haiwan itu untuk memberi sebarang bantuan kepada pengunjung ketika kecemasan.


“Sewajarnya ada petugas di setiap lokasi haiwan berkenaan supaya mudah orang ramai yang mengalami kecemasan mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak zoo yang membantu membawa anak ke klinik kesihatan dan seterusnya ke HM untuk rawatan,” katanya.


Menurutnya, setiba di wad kecemasan, anaknya diperiksa dan dirawat doktor sebelum menjalani pembedahan selama tiga jam bermula jam 9 pagi dikendalikan pakar bedah tulang dan pakar bius.


“Alhamdulillah anak saya makin sembuh dan doktor memberitahu dia perlu rawatan susulan setiap hari sehingga benar-benar sembuh. “Selepas itu anak saya perlu menjalani fisiotrapi supaya dapat berjalan seperti sedia kala,” katanya yang merancang memindahkan anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.


Sementara itu, isterinya, Anita Leman, 35, berkata kejadian itu menyebabkan mereka sekeluarga mengalami trauma yang teruk.


“Sampai tujuh keturunan saya tidak akan bawa anak ke mana-mana zoo,” katanya.


p/s : Moga menjadi iktibar kepada semua. Harap, Adik Muhammad Afieq cepat sembuh....

Artikel : Bersalin Selepas Dua Hari Meninggal Dunia

Hari ni saya nak share artikel yang menyentuh naluri saya seorang ibu. Aduhai sangat sedih. Setiap kejadian ada yang tersirat yang Allah berikan. Artikel ini tak beritahu waktu kejadian.Semoga kita semua dilindungi oleh-Nya.



Seorang ibu yang disahkan meninggal dunia namun melahirkan bayi yang sempurna. Kejadian luar biasa ini menggemparkan dunia kedoktoran. Berita ini menjadi bahan perbincangan bidang perubatan.

Mahmoud Soliman suami yang berumur 29 tahun tidak pernah membayangkan boleh menghadapi kesedihan dan kebahagiaan menjadi satu. Isteri yang dicintainya Jayne Soliman 41 tahun, pergi untuk selamanya. Dan sebagai gantinya, dia mendapat seorang bayi perempuan cantik yang dilahirkan dari rahim isterinya.

Yang mengharukan, Aya Jayne demikian nama bayi tersebut, dilahirkan DUA HARI setelah Jayne disahkan meninggal dunia akibat otaknya tidak berfungsi lagi. Hasil bantuan hospital, Aya dilahirkan dengan selamat. 




Sebenarnya kehamilan Jayne tidak mempunyai masalah. Namun di usia kehamilannya yang mencapai 25 minggu, tiba-tiba dia pengsan setelah mengeluh sakit kepala. Mahmoud dengan segera menghantarnya ke Hospital John Radcliffe di Oxford. Namun beberapa jam kemudian,doktor menyatakan otak bekas atlit ski ais nasional Britain ini sudah mati.

Doktor cuba membantu jantung Jayne agar tetap berdenyut dengan pelbagai peralatan. Upaya ini dilakukan agar bayi yang berada di perut Jayne dapat ditolong. Jayne diberi dua dos besar steroid, sehingga jantung bayinya boleh berkembang. Dan akhirnya, Aya Jayne pun lahir dengan selamat melalui pembedahan.

Selepas keluar dari rahim Jayne, Aya diletakkan di perut ibunya untuk memberi sedikit masa bagi keduanya untuk bertemu. Selepas itu Aya terus dimasukkan ke unit rawatan intensif. Mahmoud diberi kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada isterinya, sebelum akhirnya doktor mematikan peralatan sokongan hidupnya.

Perkataan “Aya” berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “KEAJAIBAN”. Itu merupakan nama yang dipilih Jayne semasa hidup.


Speechless T_T

Sangat Touching

Papa kena pergi kursus kat PD 5 hari start Wesak hari tu.Insyallah hari Sabtu papa balik.Sementara ni kitorang duduk rumah mak ayah saya kat Umbai.Taknaklah tinggal 3 beranak je kat rumah tu.Nasib baik rumah mak dekat.

Dan nasib baik hasben suruh bawak baju dia yang belum basuh tu ke rumah mak.Mana tau anak-anak rindu ke.Memang betul pun,malam tu sebelum nak tidur Khayra call papa.Mula-mula dengar suara papa dia ok je.Pastu terus sroot sroot then huwaaaaaa.Melalak.Saya pun tumpang menangis sama.Sedih woo tengok anak yang merindui papa dia.Memang rutin Khayra nak tidur mesti tidur kat lengan papa.

Terus saya pujuk pastu amik baju papa.Senyap terus.Sambil teresak-esak tu Khayra tertidur.Alahai anak papa.
.
Khayra tidur sambil peluk baju papa.Amik bau pun jadilah

Rest In Peace

Dia budak baik. Baru 25 tahun bulan Oktober nanti. Sangat pemurah dan rajin. Dia anak bongsu dari empat adik beradik. No wonder dia sangat hormatkan kakak-kakak kat ofis ni. Kalau keluar breakfast tak lupa ajak semua orang atau volunteer tapaukan makan kepada sesiapa yang nak kirim.Pernah dia hangkut semua orang naik van ayah dia untuk pergi breakfast.Kelakar pun ada.Haha.

Ketua Pegawai Eksekutif adalah bekas Naib Canselor universiti budak ni. Dia sangat suka dapat bekerja sama-sama dengan idola dia.Datuk (Ketua Pegawai Eksekutif) cakap, yang dia pernah bagitau "Saya bukan kerja pasal gaji, tapi saya suka sebab dapat bekerja sama-sama dengan Datuk".Datuk bangga betul dia cakap macam tu. Kalau dia nak mintak tolong apa-apa, mesti dia tanya dulu kt saya atau sesapa samada busy ke tak. Kalau betul-betul orang tu free,baru dia mintak tolong. Kalau tak dia berusaha sendiri setelkan problem yang kadang-kadang diluar bidang dia.

Dia budak yang ada wawasan. Lepas waktu kerja dia masih lagi bekerja untuk cari side income.Hasratnya cuma satu, nak bagi ibu bapa dia hidup senang. Score A yang dia jalankan memang nampak boleh pergi jauh. Sebulan pendapatan dia kat Score A telah melebihi gaji dia sebagai Pegawai Penyelidik.Saya selalu bergurau dengan dia "Wah! tak lama lagi kau boleh jadi Datuk ni.Hahaha".

Dia juga amat pemurah. Jangan tanya berapa not wang ringgit yang dia derma kalau tiba-tiba ada musibah kat ofis. Selalunya duit hijau yang ada 2 digit tu.Ada sekali tu kitorang pergi keluar lunch ramai-ramai. Cash saya memang tinggal 3 hinggit je. Pergi keluarkan kat ATM, semua tak boleh guna. Ada 4 jenis ATM, hampeh. Dia cakap "Akak jangan susah hati. Mari sini, saya belanja" "Kau belanja akak je, atau semua orang ni?" "Takpe, arini saya belanja akak dulu ok" "Tak maulah,segan la akak ko ni asik belanja je"saya terus pergi taska,tak mau dia belanja lagi. Dah malu dah.
    
Hari Ahad haritu, henfon saya dah abis bateri. Cas sampai terlupa nak on henfon balik. Sampailah nak tidur balik malam tu baru saya on.Tup-tup keluar 6 sms, 12 missedcalls.Kak Yam, officemate saya terus call sebab sms yang dia hantar kat saya dah delivered. "Ana...Tinesh dah meninggal!"Terkejut beruk saya.Saya adalah orang terakhir yang tahu dia dah pergi untuk selamanya.Dia eksiden masa bawak motor. Pukul 2 lebih hari Ahad (6 Februari 2011) dia eksiden, meninggal kat situ juga.Baru je hari Rabu sebelum CNY kitorang berborak.Dia lebih banyak bergurau dengan kitorang.Nampaknya hayat dia tak panjang.

Itulah officemate saya - Tinesh Subramanian (1986 - 2011) - walaupun berlainan agama dan bangsa, keakraban kami seramai 14 orang di office seperti bersaudara...
 Gambar ni semasa kitorang main bowling satu ofis masa 29 Januari 2011 aritu. Selepas 8 hari kami bersuka-suka, Tinesh telah tiada untuk selama-lamanya. Kak Yam pernah tanya Tinesh "Lepas ni kita main bowling lagi nak?" Tinesh : "Saya rasa tak sempat kot kak"..Dia dah tahu ajal dia.....




Ni saya cilok kat blog Nurul, budak ofis saya.Dia pun ada buat entry untuk Tinesh. Sebagaimana dalam gambar, macam tu lah kerenah dua-dua budak tu kat ofis..asik nak bergurau je..sekarang dah takde lagi :(

Hari Ini 19 November 2009..Cerita Suka dan Duka

19 November 2009

Suka-suki


Khayra genap 11 bulan hari ni. Ya Allah, tanpa ku sedari dah 11 bulan umur anak mama ni dan 11 bulan la aku bergelar mama.Alhamdulillah.Tinggal sebulan je lagi Khayra nak setahun.Detik-detik kelahiran Khayra telah aku catatkan dalam entri ini . Mama berdoa agar Khayra diberi kesihatan yang baik, jangan nakal-nakal dan bijak dalam semua hal. Insyallah.

Khayra berusia 1 hari.Merah lagi.

Duka
Dalam pukul 11 pagi tadi,emak aku call.Nak informkan yang adik ipar aku keguguran.Adik lelaki aku menangis-nangis bila call emak bgtau yang baby dia mati dalam perut. Sedih aku dengar.Adik ipar aku - Liza - baru pregnant 13 weeks.Tapi dah tersurat yang diorang takde rezeki.Aku ingat lagi,adik aku - Zul - botakkan kepala bila wife dia pregnant.Memang adik aku teruja.Aku pun tumpang seronok.Aku dah mula berkempen fully bfeeding kat Liza.

Tapi,hari ni bila diorang pegi monthly check up and scan,doc cakap janin dah takde.Rupanya uri lagi besar dari janin.So,janin tak dapat oksigen secukupnya.Doc bgtau yang janin dah takde sejak 3 minggu lepas.Subhanallah. Esok,Zul bawak balik Liza ke Temerloh (rumah Mak Ayah Liza).Diorang dok Klang.Pegi hospital dan boleh terus kebumikan janin tu.Harap adik aku dan my SIL tabah.Semuanya ada hikmah.Kemungkinan kalau baby tu hidup,dia tak normal.Allah dah tentukan rezeki masing-masing.

pic from mr.google

Cerita Sedih Lepas Cuti Raya Hari Tu..Huhuhu..

Lepas cuti raya seminggu kat Melaka,kitorang balik KL hari Isnin (28/9/2009).Hati ni macam terdetik je bila teringatkan EBM (express breast milk) aku kat rumah.Rupa-rupanya semua anggapan aku betul.EBM aku semuanya rosak.Ini semua gara-gara elektrik kat rumah aku black out (tendang).Agaknya hujan lebat ribut bagai yang buatkan black out.
Masa mula-mula masuk rumah,hubby terus cakap "Nape fridge rumah kita senyap je Yang?" Aku terus terpa fridge.Ya Allah,bau yang amat busuk menerjah hidung aku.Aku buka bahagian atas fridge,ada ulat dah buat sarang.Kat tepi-tepi tu pintu fridge pulak,ada kumbang menempek-nempek.Botol-botol EBM aku semua dah basi.Dengan penuh sayu aku tutup balik.Termenung kejap.Hubby tak habis-habis rasa kesal.Dia peluk aku,cakap "Kesian sayang abang"berapa kali ayat tu dia ulang.Ialah,nak buat mcam mana.Benda dah jadi.
Hubby teruskan kerja-kerja memunggah barang dari kereta.Seminggu lebih bercuti,memang banyak barang bawak dari kampung.Aku pulak meneruskan operasi membersihkan fridge.Memang nak termuntah.Uweek!Bayangkanlah nak dekat seminggu barang-barang dalam fridge membusuk.Dengan ayam,nugget,sayuran dan macam-mcam lagi barang menjadikan bauan yang begituuu...yark!!Tapi yang paling penting sekali,sayu betul masa buang satu demi satu susu aku tu.Bau susu basi,Masyaallah..busuk!Sama busuk dengan ta*k Khayra.Betul.Mungkin dah terlalu lama buatkan bau dia macam tu.
Aku pun tak pasti berapa lama rumah ktorg black out.Tapi lepas tu menjadi pengajaran kat ktorg supaya bawak semua EBM balik kampung kalau nak bercuti lama.Barang basah jangan tinggalkan.So,malam tu aku berhempas pulas memerah susu untuk bekalan Khayra ke taska.Memang tak banyak dapat.Sebab kalau aku dah lama tak perah,susu memang tak dapat sebotol.Cukup-cukup je.Itu lah kisah aku lepas cuti raya hari tu.Huhuhuhu.

Sebelum kejadian,aku sempat snap gambar susu yang bersusun dalam fridge.Ada 13 botol semuanya.Mula-mula memang saja nak buat entri pasal EBM aku ni.Last-last entri susu rosak pulak yang terjadi.


Aku siap label nama,tarikh dan waktu susu ni diperah.aku akan amik paling kanan hujung,pastu letak yang baru kat para bawah belah kanan.Ada sistem.

Inilah keadaan EBM aku.Sadis betul.

Tengoklah keadaan fridge tu.Bayangkan sekali bau dia.pergh!Cuba tengok kat tepi fridge tu,ada kumbang buat sarang.Kat dalam ice cube tu dah ada ulat-ulat kecik.

p/s:Mintak maaf kepada sesiapa yang geli bila baca entri kali ni ye.Saya pun geli gak.

Kena Gigit

Entri ini khas buat si comel mama, Khayra. Nanti Khayra dah besar,dah pandai baca..mama nak Khayra baca yang ini ye..
Hari ini 09.09.09 bersamaan hari Rabu. Pukul 12tgh tadi mama dengan papa pegi Jalan TAR.Nak cari baju Raya untuk Khayra,Mama dan Papa.Dah puas tawaf Jalan TAR dan Jalan Masjid India,mama tak sedar dah pukul 2.Sepatutnya waktu untuk mama datang taska.Dah setel semua dan kaki dah lenguh, mama datang juga.Papa pun pesan suruh tengok Khayra.Walaupun penat,hati mama tak sabar-sabar nak jumpa Khayra.
Bila mama sampai kat taska,mama tengok Ibu An tengah suapkan Khayra bubur.Mama datang kat Khayra,tapi Khayra pandang mama dengan pandangan sayu.Bulu mata Khayra yang panjang tu basah,macam lepas menangis.Mama tanya kat Ibu An,Khayra menangis ke?Ibu An dengan rasa bersalah mengiyakan.Tapi mama tak rasa apa-apa lagi sebab memang tau yang Khayra kadang-kadang nangis kat taska bila Ibu An takde depan mata.
Mama peluk Khayra.Mama cakap-cakap dengan Khayra.Khayra peluk mama balik.Masa tu lah Ibu An cakap yang Khayra baru lepas kena gigit kat ibu jari tangan kiri.Mama terus cek.Ya Allah,merahnya.Ibu An dah sapu minyak gamat tadi. Sebenarnya mama macam nak nangis bila tengok Khayra macam tu.Tapi mama tahan.Taknak menampakkan yang mama terlalu marah atau sedih.Mama cium jari Khayra.Tiup perlahan-lahan.Walaupun Khayra dah tak rasa sakit lagi,tapi mama rasa bersalah sangat.
Cerita Ibu An,ada sorang baby ni dah mula menggigit baby lain.Nak test gigi kot.Mula-mula tadi,Khayra seolah-olah macam tunggu mama datang.Asik pandang pintu je.Sebelum tu memang Khayra dah makan.Tapi disebabkan mama tak datang lagi,Ibu An bagi lagi bubur.Masa Ibu An nak amik bubur kat pantri,Khayra ikut merangkak ke pintu pantri tu.Tadi Khayra elok-elok je kat tempat sendiri.Kebetulan baby yang kuat gigit tu ada kat pintu,maka terjadi la aksi menggigit jari.
Ibu An sempat datang masa baby yang menggigit tu dah lepaskan jari Khayra.Khayra menangis sakit.Aduhai,kesian anak mama. Mama rasa bersalah sangat.Kalau mama datang on time,mesti Khayra tak kena gigit kan.Tapi mama kena faham,kat taska macam-macam boleh jadi.Mama tak salahkan pengasuh atau baby yang menggigit tu.Mama tak salahkan sesiapa.Mama salahkan diri mama sendiri.
Lepas Ibu An abis cerita,mama pergi susukan Khayra.Selalunya kalau apa-apa terjadi,contoh Khayra jatuh atau terkena sesuatu,mama akan terus menyusukan Khayra.Macam terapi.Khayra menyusu sambil mama urut jari Khayra.Akhirnya Khayra tertidur kekenyangan dipangkuan mama.Sebelum mama hantar Khayra kat tilam,mama cium pipi Khayra puas-puas.Mama rasa bersalah sangat.Maafkan mama ye sayang.Mama terlalu sayangkan Khayra.Mama tak sanggup tengok Khayra disakiti.Mama harap mama tak nangis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...