Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Aktiviti Hari Ini Sempena Menyambut Kedatangan Adik Baby - Rebus dan Sterilized

Oleh kerana saya ada banyak masa menunggu kedatangan adik baby, so aktiviti hari ni ialah merebus dan sterilized semua botol-botol untuk simpanan EBM nanti. Kebanyakan botol-botol ni recycle Kakak Khayra punya.Collect balik semua botol yang boleh guna. Ada gak yang kena reject. Takut time berpantang tak sempat nak bersihkan botol-botol tu.

Setakat ni saya just tambah botol Bumble Bee (yang beli 8 percuma 2 botol tu) je.Yang lain-lain tengok keadaan time berpantang nanti. Ok jom tengok mak buyong wat kerja hari ni. Lokasi adalah rumah mak ayah saya.
Antara barang keperluan untuk aktiviti saya hari ni. Sterilizer Kakak Khayra yang dah lama tak guna sejak tak produce EBM dan botol-botol pelbagai jenama termasuk hadiah dari kawan-kawan. Ini semua Kakaak Khayra yang puunyaa.
Pelbagai kaler tutup botol. Saya suka colorful. Hehe. Ada yang beli online macam Moms Little One. Yang biasa pun banyak gak.
Ini botol Bumble Bee yang cakap tu. Ada 10 botol semuanya. Beli kat Mom's Care kt Jusco Melaka.At least takdelah semua pakai Kakak Khayra punya kaann. 
Encik Sterilizer tengah menjalankan tugasnya. 2 kali trip jugak lah.
Botol-botol yang disaunakan.
Setelah disauna, boleh baring-baring ye.
Yang ni pulak telah terpilih untuk masuk kolam air panas. Menggelegak la korang. Muahaha!

Harapan saya semoga adik baby dapat fully breastfeeding sehingga yang disyariatkan. Saya hanya merancang, dan sentiasa berdoa supaya perjalanan BF saya kali ini dipermudahkan. Insyallah. Amiin..

Pada Kakak Khayra, mama mohon maaf kerana hanya sempat menyusukan Khayra selama 1 tahun 2 bulan. Walaupun begitu, mama tetap akan bagi yang terbaik untuk Kakak ok.


Update : Adik baby masih selesa setelah 3 hari overdue..tak tau bila dia nak keluar.
4 Responses
  1. Srikandi Says:

    Assalamualaikum Hana..

    akak pun tumpang gembira dan excited je rasa.Lama dah merasai pengalaman menerima org baru dalam keluarga.mesti seronok! :)

    apapun akak doakan semoga segala urusan di permudahkan ye.Banyak-banyaklah berjalan sebagai satu senaman.


  2. Hanna Says:

    Salam kak mys..

    tu lah,mcm2 rasa nk sambut org baru ni. kdg2 tak dpt nk lelap fikir apa lg yg belum buat sblum bb keluar..hihi..thanks kak mys,doakan saya moga semua selamat k..


  3. Mrs Nageb Says:

    ko memang sangat rajin dalam keaadaan yang sarat sekarang nih ek...hehe,btw semoga ko selamat eh..ko BF khayra pun lama tuh tau :)


  4. wahhh botol2 semua dah g sauna yer.. botol2 warisan aqil pun mau kena bsh blk nnt nih. apepun ila doakan hanna berjy bf adik kyra. semoga usaha kita dipermudhkan allah taala. nnt ada plan nak tandem nurse kayra ke?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...