Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Dilema

Entry kali ni adalah luahan hati seorang emak budak. Bukanlah bertujuan untuk membangga diri atau sewaktu dengannya. Hanya berkongsi cerita tentang suka-duka Aku dan EBM <---- novel terbaru, dapatkan dipasaran sekarang.

Untuk sesiapa yang baru mengenali diri saya, saya adalah emak kepada dua orang budak, iaitu Khayra Nur Rania (2 tahun 1 bulan) dan Khair Amsyar (nak masuk 4 bulan).Dua-dua budak ni alhamdulillah masih menyusu  badan dengan saya. Iya, betul Khayra pun masih menyusu dengan saya. Khayra fully bf dengan saya time kat rumah. Cuma kat taska je minum susu formula. Itupun minum sikit je.

Khair pun saya tempatkan di taska yang sama dengan kakak dia. Baru ni je Khair dapat masuk taska. Awal bulan Januari hari tu baru ada kosong. Kalau tak, Dak Adik saya tinggalkan kat rumah pengasuh satu taman. Masalahnya sekarang, Khair Amsyar ni susah nak minum EBM. Kalau saya bagi 2 botol, sebotol lagi memang tak terusik. Dak Adik lebih rela tungu saya datang taska waktu lunch. Kalau tak sempat datang, dia takde pilihan kena minum gak. Tapi bergaduh besarlah dia dengan pengasuh. Mengamuk je la.

Dia bukan tak tahu tempat kerja mak dia dengan taska bukan dekat. Adalah dalam 4km pergi balik.Kena tempuh traffic light lagi ada.Pukul 10am memang tak sempat nak jengah.Waktu lunch hour wajib pergi taska menyusu kan anak teruna saya tu.Yang merunsingkan saya (sambil kerut dahi), saya makin malas nak mengepam susu. Adakah disebabkan kekangan masa? Atau busy dengan kerja-kerja ofis? <--- soalan yang agak sama di situ T__T

Setiap kali pam, alhamdulillah saya akan dapat 2 botol penuh. Saya akan pam 2 x sehari. Jumlah yang saya dapat tuai setiap hari ialah 4 botol. Tapi disebabkan Khair Amsyar hanya minum sebotol sehari, ada belen 3 botol tiap-tiap hari. [2 x 2 - 1 = 3] haa amik ko siap bagi jalan kerja lagi. Disebabkan itulah, freezer kat rumah saya dah hampir takde ruang lagi nak simpan EBM. Sekali lagi saya nak nyatakan, statement ni bukan nak membangga diri - _ -

Mula-mula simpan EBM, cantik je tersusun guna botol. Sekarang ni penggunaan botol tak efektif lagi. Saya guna liner bag untuk selit-selit ruang mana yang kosong.Ruang untuk simpan stok makanan pun setiap hari dah kena curi space dia. Tapi kena reservekan ruang nak bekukan balik chiller yang ada 4 ketul tu.Nanti macam mana nak masukkan EBM dalam cooler bag kalau takde chiller kan. Almaklum, fridge saya takdelah sebesar mana.Sekejap je ruang dah penuh.

Masalah problem tu membuatkan hati saya terdetik "Ala, takyah pam lah. Kang Khair bukan minum banyak. Perah banyak-banyak pun ruang dah takde.Pam sekali je lah" Boley gitu.Hati ni (hati lagi) memang lah teringin nak cari deep freezer.Tapi kaan, budget takde lor.Huhuhu. Camne tu kawan-kawan?Saya dah banyak kali tukar botol dan teat supaya Khair selesa menyusu. Dari yang semahal-mahal sampailah yang murah. Khair tetap demand nak direct feed je.

Selalunya EBM yang lebih (walaupun bekalkan sebotol,tetap ada lebih yang tak abis) saya terpaksa buang macam tu je.Setiap kali buang, saya berdoa pada Allah supaya diperbanyakkan lagi susu badan saya. Saya tak berniat nak buang EBM ni. Pernah gak saya bagi Khayra, mintak maaf cakap, si Kakak tu lagi demand. Tengok susu dalam botol je terus reject. Saya dah berapa kali cakap susu ni sama je, susu mama jugak. Siap tolak dengan tangan. Sedey.

Alhamdulillah, walaupun begitu, susu badan saya masih lagi murah dan banyak. Mungkin disebabkan Khayra dan Khair selalu tandem dengan saya. Khayra panjat atas badan saya sambil menyusu, si adik menyusu tepi, dan saya baring dengan relax. Seronok tengok adik beradik ni menyusu sambil bertentang mata.

Sekarang ni, saya tak tahu adakah teruskan pum 2x sehari macam biasa, kurangkan sekali atau beli DF? Mungkin beli DF tapi kalau Khair still demand sebotol sehari, macam mana tu?


Simpanan EBM saya yang dah kacau bilau. Hari tu ada simpan ikut sistem. Sekarang simpan ikut mana ada ruang, di situ ada EBM.


Kat poket pun saya kena selit gak. Kalau tak kat mana lagi saya nak simpan.Huhuhu.

Close up.Kadang-kadang kalau bukak pintu freezer ada je botol EBM yang jatuh. Sebab dah terlebih dari sasaran.

Kat dalam ni pun jadi. Memang takde harapan nak simpan ais.

Sekali lagi saya mohon pandangan kawan-kawan kalau sudi bagi pendapat. Sharing is caring and loving.

p/s : Kalau ada yang nak let go DF area Melaka do contact me :)
12 Responses
  1. Mrs Nageb Says:

    Hi rohana..aku rasa baik beli DF..senang skit..huhu..aku rasa je lah :)huhu


  2. ajumohit Says:

    wah meriahnya stok, alhamdulillah, rasanya better awak cr df,mgkn skrg anak2 awak x brp nk minum ebm, mana tau kmdn hari btukar plak..klu nk cr 2nd hand try google kt mudah ke..kot2la ada yg ok kan


  3. alhamdulillah...

    mungkin awak boleh "tumpang"kan stok susu kat rumah mak ...rasanya dekat gak kan...tp tu klu ada space la..eheeh


  4. Banyaknyer susu ko di..
    Btw,sila amik tag kat blog akak.. :)


  5. Unknown Says:

    Salam,

    nasihat me, pam jer selagi ada. biar stok berlambak dari bila tinggal 7-8 ketul mcm me dah susah hati.

    sayang me kat shah alam, kalau tidak me bleh letgo my df yang dah ditamatkan hayatnya semalam...


  6. nanajay Says:

    salam.. blog walking..
    seronoknye nengok dapat buat EBM.
    Saya langsung tak merase, even dpt susukan direct pun hanye dpt sebulan.
    baby menolak, dgn masalah tersumbat n production menurun sampai dah takde langsung.

    maybe u can seek advise kat susuibu.com atau my mom little ones. susah jugak kan bila anak hanye nak direct feed but at the same time kite kene commit dgn keje.

    anyway.. love ur blog. selamat berkenalan.


  7. Hanna Says:

    Mrs Nageb
    salam khaleelah.sory lmbt reply,so bz ler..aku pun rs kena cr df,tp kena kumpul uwang je dulu..huhu..

    ajumohit
    salam aju,thanks singgah ke blog ni..sy mmg tgh survey df,dh xtau nk letak mana lg dh..sukanya kalau khair dpt minum semua ebm dlm freezer tu,tp budak kecik tu memilih..huhu..


  8. Hanna Says:

    sz | m.s.s
    salam kak..alhamdulillah..
    sy mmg ada tumpangkan 1 beg plastik kira2 20 ketul ebm..terus freezer mak sy full..haha..

    mrsharis
    thanks kak,alhamdulillah..
    kak psl tag tu nnt sy buat hokey:)


  9. Hanna Says:

    Nurul Aznil
    tu la,mmg kena pam sebab b jd bengkak kalau x pam..huhu..
    ala sygnye sy dok mlk,klau x mmg dh rembt df akak tu..peace:)

    nanajay
    salam kenal nanajay..thanks singah kt blog ni..
    xpe,next baby awak bule fully bf,tp kena gali ilmu cukup2,insyallah pasti berjaya..chaiyok2!


  10. MamaPatch Says:

    hi hanna..byknya stok EBM. Ya Allah sonoknye tgk!my bb pun susah nak minum EBM except kalo lapar sumbat je. hope susu sy akan byk jgak mcm awk.happy BF!


  11. Ana,

    Ppendapat akak, better beli DF.

    jangan sesekali skip pengepaman, walaupun bb tak berapa suka ebm sebab bila kita skip mengepamlambat laun susu akan semakin merudum bila usia bb semakin membesar. Skarg bb baru 4bulan, susu memang tengah banyak. Bila masuk ke usia 1 tahun, susu akan semakin berkurangan.

    Awak kena menten jadual pengepaman sepjg masa kalaou nak sentiasa susu byk sampai 2 thn, insyaallah :)

    Susu yg disimpan boleh bertahan 6-1thn, dalam DF. kalau awak tak bukak DF, lagi lama boleh simpan dlm 1thn.

    Jangann simpan susu kat tepi pintu Fridge, tak elok sebab terdedah dgn udara bila bukak tutup fridge.


  12. Hanna Says:

    Mrs.aisheiteru
    alhamdulillah, rezki dr Allah..susahkan nak handle baby yg cerewet ebm ni..insyallah nnt awak pun dpt produce ebm yg melimpah ruah nnt..yg penting byk minum air masak..

    Mieja@Amiizaa2001
    Thanks kak bg pendapat yg bernas tu..mmg sy ni dh mula mls mengepam,tp dh dpt nasiohat dr rakan2 yg baik hati,terus jd rajin pulak..tp msalah nk simpan tu la halnya..DF yg murah agak2 berapa kak?..sy ni kena korek2 duit dulu ni..huhu..xpelah,nnt sy survey..thanks a lot again :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...