Foremilk and Hindmilk
Kawan-kawan yang menyusu badan biasa tak dengar foremilk dan hindmilk? Biasanya orang panggil susu awal dan susu akhir. Kalau nak mudah orang-orang tua panggil air minum budak dan makanan budak.Itulah yang saya nak cerita.
Kat opis saya kebanyakkan staf adalah perempuan dan anak anak dara.Setiap kali sesi mengepam, anak-anak dara ni kemain berminat nak tengok camne saya pam.Err,takdelah saya tunjuk direct B saya ni.Sambil-sambil pam, biasalah mesti dok berborak. Sorang anak dara tu tanya saya "Kak, mak saya kata belah kanan ni air belah kiri ni makanan. Betul ke kak?" Emm,saya dah biasa dah dengar soalan-soalan macam tu.
Oklah, mari kita cek apa betul ke susu belah kanan minuman dan belah kiri makanan.
Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).Apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair (mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yang berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.
Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.Oleh itu, pastikan ibu-ibu membiarkan bayi menghabiskan sebelah payudara sepenuhnya dan tidak bertukar ke payudara yang satu lagi untuk memastikan bayi mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk tersebut.Sumber saya amik kat sini.
Cakap orang-orang tua ni kadang-kadang ada yang tak betulnya. Tapi kita yang faham,kena lah bagitau dengan lembut dan jelas. Jangan sampai orang tua kecil hati. Pada diorang,kalau anak masih tak kenyang sebab bagi kat breast yang salah. Kena tukar yang belah makanan pulak. Tapi hakikatnya kalau kita start yang kanan dulu, pastu bagi yang kiri ataupun yang kiri dulu pastu bagi yang kanan, anak cuma dapat hilangkan haus dan dahaga je la. Proses susu nak bertukar jadi hindmilk terbantut sebab baby dah bertukar breast.Oklah, sharing is caring and loving. Babai.

Ini contoh susu awal (cair) dan susu akhir (pekat).
Yang ni pulak original susu awal dan susu akhir yang saya perah petang semalam. Boleh nampak perbezaan yang pekat dan cair.Betul,perahan ni untuk sebelah breast sahaja.
Ada demand ada lah supplies.Saya ada 2 demand,so supplies kena buat stok banyak. Dua orang budak ni lah yang demand menyebabkan saya mewah dengan susu,alhamdulillah syukur.
Cakap orang-orang tua ni kadang-kadang ada yang tak betulnya. Tapi kita yang faham,kena lah bagitau dengan lembut dan jelas. Jangan sampai orang tua kecil hati. Pada diorang,kalau anak masih tak kenyang sebab bagi kat breast yang salah. Kena tukar yang belah makanan pulak. Tapi hakikatnya kalau kita start yang kanan dulu, pastu bagi yang kiri ataupun yang kiri dulu pastu bagi yang kanan, anak cuma dapat hilangkan haus dan dahaga je la. Proses susu nak bertukar jadi hindmilk terbantut sebab baby dah bertukar breast.Oklah, sharing is caring and loving. Babai.
orang2 tua penuh ngan pantang larang...kengkadang rasa cam tak mau ikut..tapi takut..huhu
Mrs Nageb
kalau x logik jgnlah ikut..aku pun mula2takut2 gak,tp sket2 kita buat org tua ikut cr kita plak..hehe..
dgn org tua ni kita angguk jer.. sbb kdg2 sukar org tua ni nak terima pendapat org muda.., kecuali yg jenis terbuka...
yg penting kita yg gigih nak fully BF anak2 ni, kena ade ilmu.. kalo takde ilmu tu yg mula cepat mengalah..
betul tu kakyong..zaman sekarang ni kena ada ilmu dan fakta..x bole ikut sebrang, at least kena tau..alhamdulillah sekrang ni ramai ibu2 pilih bf..seronok :)
good info dik..
akak pun baru tau pas baca ni.
sharing is caring and loving kan kak lia (^_^)
baru tau la hanna, tp adam mmg suke hisap dua2 belah setiap kali nyusu, biasanya saya bg isap kiri dulu, yg kanan saya pump, pas adam kenyang belah kiri, dia tarik pum tu pastu isap yg kanan pulak...hmmm