Kawan Yang Amat Rapat Dulu Telah Dilupakan

Setelah sekian lama, tiba-tiba tangan ni gatal pulak nak jengah tempat jatuh lagi dikenang...."Friendster". Sekali password dia saya betul-betul dah lupa. Banyak kali try tak dapat jugak. Setelah dibahagi & darab ego + ya aku ingat password dia, last-last mintak gak password kat FS (bukan Fasha Sandha) send ke email. Memang betul-betul hilang ingatan. Akhirnya dapat jugak log in.Phew! Lain benau rasanya. Dah tak macam dulu. Sempat la saya shout up status baru dan tinggalkan email untuk kawan-kawan lama jejak saya kat tempat baru.

Gambar profile Cik FS saya ialah gambar Khayra baru 7-8 bulan tak silap.

Tak sangka dulu kat FS ni la saya dapat ramai kawan, pastu make up FS kasi cantik dan manja, tempat mencurah pengalaman masa pregnantkan Khayra dan bla bla bla. Sekarang ni saya telah melupakannya.Kalau dulu on je PC mesti log in FS. Macam kembar siam la. Bukan dengan saya tapi PC. PC+FS=kembar siam.Oh mintak maaf Cik FS. Selaras dengan perkembangan jaringan sosial (social networking), akhirnya FS telah dipinggirkan dan telah digantikan dengan Incik FB pulak. Sangat sedih.Moga Cik FS dapat terima kenyataan ni ye. Harap tabah menghadapi dugaan global ni. Segala jasa baik Cik FS amat saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian. <----ayat skema surat rasmi kerajaan.
1 Response
  1. kakyong Says:

    dah lama tinggal friendster... huhuu... lagipun memang tak aktif pun dulu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...