Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Kesiankan...

Entah ler, saya just jadi pemerhati je. Kes ini berlarutan sampai tuan blog terpaksa menamatkan blog disebabkan satu ayat yang mengguris hati ibu-ibu yang tidak menyusu badan.Pada mulanya saya tahu citer ni kat blog Kak Noi. Pastu dapat hint kat blog Kak Zel. Apalagas terus menggugel ala-ala kak nam bizibodi.Ape cer yang diorang dok gegar tu.

Riki punya riki, rupanya ada sorang Hamba Allah (HA) ni baru je menceburkan diri dalam bidang penyusuan badan.Anak baru sorang, umo empat bulan, kahwin baru setahun lebih.Tapi disebabkan terlalu obses dan excited dengan breastfeeding, terkeluarlah ayat yang mengatakan - ibu yang tak boleh menyusukan anaknya, breast dia cacat.Huh, berani mati punya ayat.Sejujurnya walaupun saya ada 2 orang anak yang masih menyusu badan dan berkecimpung dalam bidang ni lebih 2 tahun, tak tergamak saya nak buat statement macam tu.Banyak lagi ilmu pasal BF masih belum saya gali lagi.

So dengan percumanya dia dapat fanpage "We Hate You!!" oleh ibu-ibu yang terguris hati dengan statement HA ni.Saya tak nak ulas panjang-panjang. Saya kesiankan HA dan ibu-ibu yang buat fanpage ni.Sedih la gaduh-gaduh macam ni.Saya berdoa kepada Allah, semoga diperbanyakkan susu badan saya hingga Khair 2 tahun lebih.Itu je.



p/s : Sori takde link ye. Kalau ada masa try cari kat gugel atau FB.Tuan blog ni dah menamatkan hayat blog dia semalam.Kesian...

7 Responses
  1. memang kesiannnnn kan hanna...
    akak pun tumpang baca..
    no offense mana2 pihak...

    kerana pulut santan binasa,
    kerana mulut badan binasa...

    membuatkan kita sama2 saling mengingatkan berfikir masak2 sebelum menulis/bercakap ...



  2. Mrs Nageb Says:

    haah..aku pun dok ikut citer nih dari A to Z...Sian kat dia...tapi ye lah..kena jaga word kita kan...

    Tak mo sebelah memana pihak...masih tak layak lagi rasanya...

    Amin..semoga aku pun dapat menyusukan Mareesa sampai 2 tahun... :)


  3. Hanna Says:

    =sz=
    betul tu kak,kdg2 kalau menulis tu ikut sedap hati je.,x pikir psl org lain..harapnya moga kita ni tak camtu la kak kan..

    The Queen @ Widelia
    gitu ler citer nyee..sedey!

    Mrs Nageb
    Betul tu,aku pun rs lom layak nk nasihat ke apa..sebab ilmu pun lom ckup..kita ckp pun kena ikut fkta,bukan hentam je..moga kita sama2 dpt menyusu penuh,insyallah..


  4. akak dapat tahu dari FB. Diorg buat satu page.."Kami benci*&@#$%^ kerana menghina kaum ibu"...

    ermm..mcm tu la klu bercakap ikut sedap mulut.


  5. Hanna Says:

    itulah kak,bdk baru lagi jd mak,excited sgt tu..tp kesian jugak tgk dia,dh xleh berblogging lg..


  6. looor ye ke...taktau apa2..hee~ tp sedihlah if terbaca 'word' tu..me pun tak lama dpt memBF anak..hu~

    apapun jga setiap tutur kata kan..pasti selamat..hu~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...