Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Update Khair Amsyar

Memang rocker rambut Dak Adik ni.Sejak dibotakkan time pantang aritu tak pernah kitorang potong.Hari Jumaat 15.4.11 hari tu just trim rambut belakang dengan bawah telinga je.Papa trim bawah,mama trim kt telinga.Senget benget sebab Khair pusing-pusing kepala.Nasib tak gunting telinga adik.Ouch! Rambut atas don't touch! Papa dia tak bagi trim.Nyampah tau dengan kuasa veto tu.Saya ni tak berapa gemar lelaki rambut panjang-panjang.Kalau boleh nak tengok rambut tu kemas je.Tiap-tiap bulan kalau hasben lambat potong rambut,alamatnya memang kena bebel la dengan saya.Agaknya hasben takleh rambut panjang-panjang (kerja gomen), dia balas dendam suruh anak dia pulak rambut panjang.Adoiyai.Takmau, takmau.Adik kena hensem-hensem.Kalau macam ni, sampai umo setahun baru boleh potong ke papa?

Adik baru belaja duduk senget.Masih belum boleh duduk tegap lagi.Kakak Khayra dulu start duduk tegap masa umur 5 bulan 2 hari.Emm,sorilah saya memang tak boleh lari buat perbandingan dua beradik ni.Senang tengok pencapaian masing-masing.Khair dah boleh menyelar dan angkat lutut macam merangkak.Tapi gostan kebelakang.Takpelah dik.Perlahan-lahan.Semua adik nak buat dalam satu masa.Step by step ok.Makan pun semangat dah sekarang ni.Adik suka dengan bubur ayam tanpa garam, campur dengan puri bayam, pastu blend.Menganga saje.Kalau tambah lagi adik still boleh habiskan.Pergh! Kat taska minum EBM just 3 botol je sehari sebab kenyang makan.Orang bujang ni makan memang juara.Nasib baik taska masak bubur ikut piawaian saya.Hehe.Takdelah saya risau sangat.Last timbang masa umur 6 bulan 7.9kg.Dah start makan bubur sekarang ni tak taulah berat dah berapa kg.Takpelah dik,asalkan adik sihat.


Dua gambar posisi yang sama tapi tempat dan tarikh lain-lain.Gambar kat bawah ni lepas rambut dah trim.Nampak lah kemas sikiiit. (ke sama je?!)

Nanti update citer khayra pulak.Sekarang ni Khayra dah bahasakan diri dia Kakak.Dah pass potty training.Malam je kena pakai diapers.Jimat sikit.Hehe.
1 Response
  1. Anonymous Says:

    wah..cepatnya matang kakak khayra kita :)
    muka adik ada nampak iras2 kakak. bagus ye selera makan dia. semoga sihat selalu :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...