Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Misteri Cincin Tunang


Cuak saya bila cincin tunang yang saya pakai hari-hari hilang!

Rutin saya setiap hari bila balik ofis, saya akan buka jam dan tanggalkan 2 bentuk cincin kat kedua-dua jari manis. Cincin tunang dan cincin risik.Saya masukkan dalam bekas khas. Saya akan tanggalkan tanpa lihat.Tap.Tap.Tap.3 benda tu memang rutin.Kalau salah satu takde,saya akan perasan walaupun tak tengok.Rasa pun dah tahu kalau cincin hilang sebelah.

Petang Isnin (5 April 2011), saya buat rutin macam biasa bila masuk bilik. Esoknya, terkial-kial cari cincin tunang dalam bekas tu.Yang ada cuma 2 utas jam tangan dan sebentuk cincin risik (lengkap dengan penjodoh bilangan,respek kat diri sendirik.huh!). Takkan semalam saya tanggalkan satu cincin je.Mana cincin tunang ni.Kalau nak kata tercicir, saya mesti perasan.Kalau termasuk bekas lain,tak mungkin sebab atas meja solek tu ada satu bekas je.Nak kata terjatuh pun, mesti dengar bunyi ting.Aduhai,dah start cuak.

Masa tu dalam pukul 7.30 pagi, call hasben yang dah sampai KL tu.Manalah tau hasben pinjam kejap ke, terlanggar ke (tak mungkin terlanggar sebab cincin tu dalam bekas). Saya buat-buat tanya "Abang ada nampak cincin tunang tak?" Memang dah tau jawapan dia pun "Eh, manalah abang tau.Takde kerja abang nak nyorokkan cincin ayang tu". Halamak.Mana pulak ni. Celah katil saya cari, bawah meja solek saya cari, belakang pintu saya cari, masih lagi tak jumpa.Skop saya tak jauh dari area bekas tu je.Oklah, masa pun dah suntuk nak pergi keja, saya stopkan dulu pencarian saya.Hati ni macam tak kisah sangat sebab macam tau je cincin tu tak jauh hilangnya.Rilek.

Saya tanya gak Khayra betul-betul.Anak dara tu dah pandaia cakap, so saya berterus terang je la "Kakak, kakak ada main cincin mama tak?Kakak cakaplah kakak letak mana". Saya pakai tembak je yang Khayra amik. "Mana kakak ada amik mama.Kakak tak main pun" Tu dia, budak yang pandai cakap.Aduhai mana pulak ni.Kat ofis saya cari gak.Diam-diam je,belum nak bersuara kat kawan-kawan lagi.Kot la saya salah letak.Tak jumpa jugak.Balik rumah, operasi mencari lagi sekali.Hasben balik, dia pun tolong carikan.Tapi skop dia dalam keta.Tak jumpa jugak.Dia kata saya ni pelupa,manalah tau tertinggal kat rumah mak-mak kitorang ke.Sebab weekend haritu balik rumah mak.

Tak mungkin saya tertinggal,sebab hari Isnin saya memang pakai cincin tu.Saya call mak, hasben call mak dia.Cari memang takde.Berapa kali saya tanya Khayra, saya cakap kalau Khayra nyorokkan pun, saya tak marah just pulangkan balik je.Hasben pun tanya jugak.Manalah tau dia amik cincin tu dalam bekas.Pastu nyorokkan dalam beg sekolah.Khayra tetap cakap ayat yang sama.(Eh,pandai gak anak aku ni berkata-kata ye).

Rabu, pun cari.Masa ni dah start melalak dah.Bengkak-bengkak mata saya bila teringatkan cincin tu dah takde lagi.Bila terkenangkan cincin tu hasil susah payah hasben saya carik duit nak tunang (dulu hasben keja biasa je), lagi macam banjir saya menangis.Cincin cap Pak Habib pulak tu. Ada 9 ketui batu kat cincin tu.Huhuhuh,sayangnye.Saya citer kat member ofis, teori diorang mungkin hasben saya pinjam cincin tu nak buat sample beli cincin lain,pastu ada kata hasben saja nak buat surprise kan saya tengok betapa sayang tak saya kat cincin tu.Saya citer kat hasben, takde masa dia nak buat macam tu.Noktah.Hari Khamis pun tak jumpa jugak.Hari Jumaat saya dah start pasrah.Oklah,kitorang decide hari Sabtu nak bergotong-royong perdana cari cincin tunang yang hilang tu.

Hari Sabtu,habis semua kitorang selongkar.Ruang tamu yang macam takde kena mengena pun licin saya bongkar.Meja solek dah berapa kali saya dan hasben alih mana tau cincin tu terselit kat bawah atau terjatuh kat celah-celah lubang.Atas meja solek dah berapa kali saya bersihkan.Hasben saya teruskan mencari kat luar bilik.Khair tengah tidur kat katil,so saya tutup pintu bilik.Masa tu tinggal hanya saya dan Khair je dalam bilik tu.Sekali lagi saya cek bekas cincin.Masih takde.Saya membelakangkan meja solek,sebab nak cari bawah tilam pulak.Dalam hati saya cakap saya nak mandi wajib dulu (saya dalam keadaan haid sepanjang minggu tu), lepas mandi saya nak start operasi mencari balik.Saya toleh balik ke meja solek, Ya Allah! cincin tu elok terletak atas meja.

Macam mana boleh jadi macam tu?Sedangkan berapa kali saya mengemas atas meja tu.Terus saya amik cincin tu, cari hasben saya kat luar bilik."Abang! Abang jangan main-main. Ni ha cincin ni.Bila abang letak?" Saya masih lagi keadaan terperanjat.Ayat tu cuma nak menyedapkan hati saya je.Sebab memang saya tahu,hasben saya tak masuk-masuk bilik tu.Kalau dia masuk, saya akan nampak (yelah,bilik tak besar mana pun). "Eh! Takde masa la Yang abang nak main-main ni" Keras suara hasben saya menidakkan.Bila kitorang masuk balik bilik tu, bulu roma hasben dah meremang.Terus dia bukak surah Yasiin kat henfon.Saya yang tengah menaip ni pun berdebar-debar bila teringat balik.

Hasben suruh saya minum air, biar reda terperanjat tu.Masa tu jugak saya pergi kat Khayra mintak maaf sebab tuduh Kakak yang amik cincin mama.Kesian Khayra yang jadi suspek utama saya.Saya simpan balik cincin tu, terus pergi mandi.Dalam tengah mandi tu saya terfikir, sapa yang letak cincin tu balik?Ada orang lain ke selain saya dan Khair dalam bilik tu tadi?Kalau 'dia' boleh pinjam cincin saya, jangan lah anak-anak saya pun 'dia' buat macam tu jugak.Na'uzubillah...

Kebetulan tak lama pada tu, ayah dan emak saya singgah rumah.Ayah terus volunteer cincin tu biar ayah yang simpan dulu.Saya pun takut gak, kalau saya pakai terus jadi orang lain ke, hape ke.Yelah,dah 4 hari cincin hilang pastu muncul tetiba,memang cuak la kalau nak pakai.Petang tu, ayah ajak pergi rumah seorang ustaz.Tapi ada halangan yang tak membolehkan kitorang pergi sana.Dalam pada tu saya teringat balik, hari Isnin malam (sebelum cincin saya hilang), adik ipar dan ayah mertua saya datang ke rumah kitorang naik motor, masa tu dah lepas Maghrib.Esoknya cincin saya hilang.Ada 'orang lain' ke yang menumpang ayah mertua saya tu?Misteri.Misteri...

Minggu satu lagi, barulah dapat kitorang bawa cincin tu pada ustaz haritu.Bila dia pegang cincin tu sambil bagi salam, "Memang 'dia' buat pinjam kejap.Takde pape, jangan risau.Dia nak main-main je" Cekadak betul la.Jangan lah main-main dengan saya yang penakut ni.Ustaz tu kata makhluk halus a.k.a bunian.Dia hanya kacau barang je.Anak-anak dia tak akan kacau.Lega memang la lega, tapi seram gak kalau kita hidup dengan family lain yang kita tak nampak kat rumah tu.

Alhamdulillah, hanya kejadian tu je yang berlaku.Lain-lain benda pelik memang takde.Insyallah minggu ni kitorang datang balik kat ustaz tu untuk dia alihkan makhluk tu tempat lain je.Disebabkan saya masih lagi menyewa, rumah tu bukan rumah sendiri, ustaz tu cakap just amik tanah kat depan rumah sikit nanti dia tolong pindahkan tempat lain.Setakat ni, walaupun masih lagi tak 'alihkan' lagi, memang takde apa-apa yang berlaku.

Lawak dari member hasben.

Member Hasben : Kau tau tak kenapa 'dia' pulangkan balik
Hasben : Kenapa pulak?
Member Hasben : Sebenarnya 'dia' nak surprisekan 'bini dia', pastu 'bini dia' tak suka dengan cincin tu, terpaksalah 'dia' pulangkan.
Hasben : Siyot!

Kak Lia pun hilang cincin gak.Tapi cincin kahwin.Taktau la kalau dah jumpa lom.

Wallahu A'lam
4 Responses
  1. Dikk...tau tak, masa akak baca entry awak ni part yg last2 tu tetiba bulu roma akak meremang..sumpah tak tipu.
    Errr..seram la citer awak ni..


  2. Hanna Says:

    seram tak seram la kak...citer penuh penghayatan,true story la katekan..huhu..


  3. lea Says:

    biar betol long..seramm aku!!


  4. Anonymous Says:

    try bukak ayat ruqyah.nak detail dan download ayat tu kat mana bukak urutdanrawat.com.banyak info berguna kat sana..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...