Dating Pertama Untuk Tahun 2013

Mulai tahun 2013 ni, jadual dating nak kena susun betul-betul.Tahun lepas adalah dalam 5-6 kali kuar dating berdua.Tahun ni at least tiap-tiap bulan kena spend cuti untuk kamiorang.Almaklum anak dah 3 ni, masa untuk gedik-gedik kurang.Lagipun budak 3 orang tu jeles..haha.

Kakak tak boleh kalau pakwe dia tu lebih-lebihkan mama.Mesti dia dok celah-celah papa.Dak Abang dengan Adik Imran lagiila jagan cakap.Berebut nak dok kat peha mama je.So, jalan selamat untuk tidak mengecilkan hati sesiapa, (ahaks!) baik saya dan hasben kuar dating, anak-anak dok diam-diam kat taska ye.

Pada saya takat kuar makan pun dah kira ok.Tahun lepas yang tak sempat update dating kat mana. Tahun 2011 yang saya update pun time pegi tengok Transformers kat GSC. Bila cek balik kat blog ada gak terselit entry berdating tahun 2009.Masa tu Khayra je yang ada.Lagi dua orang tak kuar lagi.Hahaha.


Inilah dia couple tu.

Pagi-pagi kena hantar Kakak pergi tadika dulu.Pastu baru hantar 2 hero ke taska.Jom breakfast kat tempat favorite, kat Tasik Ayer Keroh. Mee bandung dia terangkat woo.Pakcik baju merah tu sibuk berintagram.So maknanya baik kita makan dulu.Kalau tunggu pun lapau je dapat.Hahaha.

Ni menu saya.Kuewtiau goreng telo mata.Wallaaa!


Pastu singgah Muzaffar Height kat Ayer Keroh.Saja-saje tengok show house.Rumah cantik, harga pun cantik lah..huhu..nanti saya review dalam rumah tu ye :)

 
Pergi MBO kat Melaka Mall, harem lom bukak lagi.Cerita tak berapa nak menarik.Ok, dalam hati dah riang berfikir-fikir.Marii kita shopingg!!!

 Mula-mula pergi Parkson, carilah baju 2-3 helai.Baju mak budak lah pulak.Asik baju budak-budak je.Sesekali kann..Cari kasut, tak berkenan pulak.Terjah ke Aeon Ayer Keroh pulak.Cari kasut beli selipar sekali.Untuk Imran je tak beli.Lagipun Imran lom pandai jalan.Hehe..

 Tak sampai hati tak beli untuk Imran.Petang tu, lepas amik anak-anak kat taska singgah Mydin Mall beli barang dapur.Grab lah jugak selipar comel ni untuk Imran.hehe..

 Kami.

Kesimpulannya, nak dating tak semestinya tengok wayang je.Banyak agenda lain boleh buat.Shopping yang penting.Haha.Sebenarnya nak spend masa berdua je.Nak pergi mana-mana, bebas sikit anak-anak takde.Bagi can lah kann..Ok next dating, macam biasa mesti lepas gaji..hihihihi...


0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...