Sambungan Cerita Ke JB

Sambung citer basi 2 bulan lepas....

Ini first time saya jejak kaki ke JB.Itupun sebab ada meeting jabatan. Disebabkan bukan sebab holiday, so takde bawak anak-anak pergi jalan-jalan sangat kat JB. Malam tu kitorang singgah ke Danga Bay. Saje tengok lampu-lampu.
 
 

Incek Boss tengah wassap dengan kawan-kawan dia tanya tempat-tempat best kat JB ni, sambil tu google jugak . Memang takde dalam itinerary pun.Waktu ni saje pusing-pusing JB padahal kejap lagi saya kena meeting tu.Turn saya pukul 2.30 petang, so curik masa kuar kejap.

 Pusing-pusing ,pastu berenti kat mana entah.Saje amik angin laut.Imran dah tertidur dah.Nak pergi Legoland masa tak cukup.So round je la.Insyallah kalau ada peluang pergi JB kita buat plan betul-betul.Ni pun terpaksa pujuk Incek Boss amik cuti temankan mak budak-budak ni pergi meeting.Nasib baik Incek Boss setuju,bak kata Incek Boss pun "Redha je la"..kuikuikui..
 

 Hari Selasa kitorang check out dari Hotel Puteri Pacific. Kejap je dah nak balik.Yer lah, datang sini bukan holiday pun.Huhu.Sebelum balik saya sempat jumpa dengan Makcik Sabi saya yang kerja nurse tu. Khayra teruja sebab jarang tengok orang pakai uniform ni.Suka dia dapat jumpa dengan Nekcik dia. Makcik Sabi adik ayah saya :D Alhamdulillah kitorang dapat juga berjumpa sebelum Makcik Sabi berangkat untuk menunaikan ibadat umrah minggu tu.

On the way balik Melaka sempatlah jugak singgah Ayer Itam.Takde shopping sangat pun.Just beli kepek-kepek dengan tikar kartun. Khayra sempat mengepow softtoy Pororo.






0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...