Kerastangan Untuk Kak Ngah #LinaAshraf

Ini kali ke-5 saya buat hantaran.1st time buat masa saya kawin tahun 2008. Pastu buat untuk adik kawin tahun 2009.Then melarat lah 2 orang adik ipau dan last sekali untuk adik kedua saya yang kawin bulan November lepas.

Orang suruh buat kita hantam sajelah.Muahaha.Nasib la labu.Hantaran kali ni adik saya langsung tak kisah tema apa.Bagi bulat-bulat kat saya untuk pilih kaler tema.Setelah disurvey,marilah kita pilih merah + putih.Hantaran yang ni simple je.Cik pengantin tak mo sarat-sarat.Tu je permintaan dia.Yang lain bagi kat akak ko yang buat pilihan.Ammak!

Mula-mula kita balut polisterin dengan kain satin putih.Then hias bucu dengan kepingan foil.siap untuk tapak.



Cukup 9 tapak a.k.a 9 hantaran. Itu mula-mula je janji 9.Pastu meleret-meleret tambah lagi hantaran.Akhirnya sampai hari nikah pihak lelaki bawak 13 dulang.Mak aih! Bermakna orang pompuan kena lebihkan hantaran.So tercungap ler akak ko ni nak ngabiskan 15 hantaran. Mintak nyawa.mintak nyawa...


Baju Kemeja

Pen Parker

Perfume

Jam

Time ni belum tahu lagi nak kena tambah hantaran.Cewah cantik je susun.

Ni gambar sehari sebelum nikah.Tunggang langgang susun hantaran.Sirih junjung pun tak siap lagi.Tupperware kuning tu bukan ler hantaran.Tapi simpan coklat dalam tu buat sementara.Kang naya semut datang.Hari nikah baru curah dalam bekas.

 Dah malam pun tak siap-siap lagi. Pengantin tak fikir sangat pasal hantaran dia.Dia fokus benda lain.Ahkak dia yang kalut ni.So sampailah hari nikah, pun masih tak cukup.Takde idea nak balas apa.Mak pengantin amik kuih bakau 3 bijik letak kat dulang pastu tepekkan bunga ros merah.Tak semenggah.Fuh!Last-last tengok cantik gak.Hahaha.Mintak mahap hantaran 15 dulang tu tak sempat nak snap.Ahkak pengantin macam Ketua Program, busy sangat.


Buat hantaran ni suka-suka je.Kalau takde mood jangan harap ler nak mendeco  hantaran.Kat ofis ni pun ada jugak member yang rajin buat.So boleh tolong-menolong.Tu je.

#LinaAshraf
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...