Hantaran Untuk Abang Uda

Aku perasan kadang-kadang aku ni ada gak bakat terendam. Masa adik aku nikah 30 Mei hari tu, aku siapkan satu hantaran untuk dia. Cewah kakak mithali la katakan. Padahal tu satu je yang aku buat, adik aku yang Kak Ngah tu lagi banyak hantaran dia buatkan. Tak kecoh pun. Muahaha. Ok puan-puan sekelian, mari kita tengok step-step untuk buat hantaran yang simple dimple ni. Sesuai untuk letak telur atau potpuri.


Step 1 : Bahan-bahannya adalah gunting, gam UHU, bunga kecil, riben, rantai hiasan, tapak polisterin, kertas pembalut dan bekas berbentuk love. Renda hiasan tak ada dalam gambar ni. Beli kemudian. Hehe.




Step 2 : Ni contoh bekas berbentuk love tu ye puan-puan. Selalunya dia jual 10 biji sebungkus. Tak jual satu-satu. Kalau kita just nak guna 5, kena beli 10 gak. Pandai diorang ni meniaga ek. Ada bentuk bulat dan empat segi.



Step 3 : Mula-mula kita lilitkan riben di tapak dan di penutup bekas tadi. Boleh lilitkan seluruh bekas ni atau lilit tengah-tengah. Ikut kreativiti maring-masing. hehe. Lepas tu, tempekkan bunga kecil tadi kat atas penutup bekas. Dah nampak tak hasilnya. Boleh la kan.



Step 4 : Inilah beberapa biji bekas love yang telah dikreativitikan oleh saya ye puan-puan. Macam la cantik sangat Oh ye, step untuk hiaskan tapak tu, saya tak sempat nak snap pic. Masa tu saya sambung hari lain. Lupa nak beli riben. Macam biasa, lilit-lilit, pastu gam. Haha keja orang nak senang.



Step 4 : Inilah dia bentuk hantaran yang telah siap ye puan-puan. Kalau nak tambah dramatik ape da dramatik letakkan stand tinggi sket kat tengah-tengah hantaran tu ye. Nampak ada leader kat situ. Bunga pun cari besar sket antara semua.
Itulah serba sedikit aktiviti aku masa adik aku nak kawin hari tu. Tak dapat nak menyumbang benda lain, sumbangkan hantaran pun jadi la. Asalkan ikhlas ye tak. nak sedapkan hati Bekas tu ktorang letakkan telur. Kalau ada sape-sape yang berminat nak cuba, dipersilakan. Kalau nak aku buatkan pun boleh kot. Tengok kalau ada time free la.Hohohoho.
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    wah, cantik...cantik...


  2. naff Says:

    cantik la hanah..i like it


  3. Hanna Says:

    terima kaseh.. terima kaseh..(kembang kuncup)hehe..buat yang termampu je naff & cik xde nama..boleh la tu,cari yang senang buat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...