Khayra Yang Pemalu

Dah lama dah aku perasan perangai si kecit aku yang baru 6 bulan ni. Khayra akan jadi pemalu bila jumpa orang lelaki. Ye betul. Lelaki tau, bukan baby lelaki. Haha. Yang betul-betul aku perasan perangai baru Khayra bila rumah MIL kenduri Sabtu hari tu.
Masa mula-mula Abah (sebenarnya paklong tapi panggil abah) Khayra start nak dukung,tiba-tiba je Khayra palingkan muka dia kat dada aku sambil tersenyum. Masa tu aku ribakan dia. Cewah! Macam budak remaja kena ngurat je aku tengok muka dia. Berapa kali dia buat macam tu. Sambil Abah ajak dukung, dia mesti paling muka pastu senyum. Malu le tu. Hek eleh. Kitorang yang ada kat situ semua gelak.
Semalam pun sama. Aku dan Mr.Papa pegi kedai perabot. ewah2 nak beli perabot baru ke cik kak? Masa tu aku duduk sambil pangku si kecik tu. Tokey kedai tu agah Khayra. Start la dia paling muka kat dada aku. Pastu senyum. Pekerja dia pun sama,bila agah je, Khayra nyorokkan muka dia kat dada aku. Time tu isteri tokey tu ada. Aku cakap yang Khayra malu dengan orang lelaki. Isteri tokey tu tak percaya. Dia agah Khayra. Tapi Khayra buat dek je. Hahaha. Memilih betul baby aku ni.
Aku harap baby aku kekalkan sifat pemalu dia dengan lelaki ni. Jadi Perempuan Melayu Terakhir gitu. Hehe.
2 Responses
  1. alah alah khayra..pemalu yer..bagus bagus..malu itu sebahagian daripada iman


  2. Hanna Says:

    Tu la nazz..pemalu sungguh anak dara ni..hehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...