Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Saya Emak Yang Ada Anak Dua

Update blog versi pantas.

Sayang sangat kat Kakak dan Adik.Sedar tak sedar dah anak dua dak Ana ni. Hehe. Alhamdulillah.

Khayra tak lama lagi nak masuk 2 tahun. 19 Disember ni.Sangat sayang kat adik. "Nape dek?"itulah ayat dia kalau dengar Khair berbunyi. "Mama, buat ei.Ace agi mama tuh buat adik pacal" (Biasa lagi mama tu buat adik Amsyar). Masih menyusu dengan mama.Dengan bahasa mudah, menyusu badan. Pantang tengok adik susu, dia pun nak jugak. "Nak cucu (susu) mama.Huwaa" kalau bad mood "Adik tepilah..Kaiya nak cucu ni..tepi!"Sambil tolak kepala adik Khair yang tengah menyusu T_T

Khair Amsyar nak masuk 3 bulan. Sangat peramah. Suka berborak dengan mama. Dan pantang kalau yang ajak berborak tu pompuan, lagi rancak mulut dia berbunyik. -_- Time saya kerja, Khair dok rumah pengasuh yang sebaris dengan rumah saya. Khayra pulak masih dok Taska. Sebetulnya saya nak Khair dok Taska jugak,senang saya hantar dua-dua sekali. Tapi Taska penuh. Kena tunggu bulan Januari atau Feb nanti. Takpelah, time tu Khair dah besar sikit.

Tak sabar nak balik rumah ni. Sambil drive balik rumah dengan Khayra, kita boleh nyanyi Bulong Kakak Tua, Nobadi nobadi batcu, Nenek-nenek si kokok tige dan perut oh perut kenape engkau sakit, cammane aku tak sakit,makaan naacik lemak,makaan nacik lemak <--- semua tu adalah versi Kakak Kaiya.

4 Responses
  1. Mrs Nageb Says:

    seronoknya tengok ko happy satu keluarga~best kan..kan..


  2. Hannaaaa...geramnya tgk khayra dah tembam. Nuha ni menten slim..huhuhu

    Cakap pun tk pandai lagi nuha ni..geram jer khayra dh pandai berckp :)


  3. Anonymous Says:

    "kaiya nak cucu ni..tepi!"
    haha cute la kakak kaiya kita :)


  4. Hanna Says:

    Mrs Nageb
    alhamdulillah..happy disamping hasben dan anak2..ko pun akan merasainya bila anak2 pandai cakap nnt..boleh pecah perut..hehe..

    mrharis
    nuha menten comey kak..rambut mcm ank omputih, perang..xpe,nuha malu2 lg nk ckp tu,dia simpan je..sok2 mcm2 dia bebel kak, mcm abg dia tu..haha..

    khayra dh susut sket skang ni,aritu dok rmh atok nenek time sy berpantang mmg la semangat bdn dia..mcm2 makanan ada..cuba dok dgn mama dia,memilih nk makan..huhu..

    eis
    time dia meragam mmg mcm tu..tp selalunya kalau adik dia susu,kena buat tandem..kakak sebelah,adik sebelah..hehehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...