Anak Dara Mama Dah Besar - Happy Birthday Sayang!
Alhamdulillah. Hari ni 19 Disember 2010, saya genap dua tahun bergelar mama. Hari ni hari lahir my precious Khayra Nur Rania bt. Khairul Nizam.Tanpa Khayra tak mungkin saya dapat title mama.Tak sangka dah dua tahun saya berkenalan dengan Khayra, dulu dia kecik je.Sekarang ni Khayra dah jadi kakak. Kakak Kaiya.
Dulu masa mula-mula saya tahu yang saya prengnant lepas sebulan nikah, hati ni berharap biarlah yang keluar nanti baby boy.Entah la,mungkin kerana lelaki adalah ketua, so saya fikir lelaki kena keluar dulu. Lepas 5 bulan pregnant, saya dapat tahu yang dalam perut ni adalah girl. Emm,takpelah.Saya pun takdelah frust sangat.Bermula lah misi mencari barang-barang gegirl.
Setelah 39 minggu, akhirnya my 1st baby girl keluar. Alhamdulillah. Saya dan hasben sepakat nama Khayra Nur Rania.Saya berniat nak bagi Khayra fully breastfeeding sampai 2 tahun. Setelah setahun, Allah memberi saya rezeki lagi apabila pregnant adik Khayra. Tapi saya dapat fully bfeed sampai 1 tahun 2 bulan je. Lepas tu saya mula campur susu formula sebab production susu merudum.Sepanjang saya pregnant, Khayra tak sabar tunggu adik keluar. Khair Amsyar dilahirkan masa umur Khayra 1 tahun 9 bulan.
Khayra ringan tulang. Tadi baru je dia tolong saya kemas lepas makan. "Kaiya tolong mama tau" Aduhai, tersentuh naluri keibuan saya."Papa, Kaiya tolong mama.." Kena ek jugak dengan papa dia, sambil bawak plastik berisi polisterin dan suratkhabar ke dapur. Sebelum tu dia dah siap-siap angkat jug dah. Mau pecah jugak jug tu wahai anak.Jaga adik pun pandai. Tanpa disuruh bila adik dia menangis, Khayra akan baca selawat yang dia dengar kat kenduri-kenduri. Sambil cakap "Dek, sape wat dek?" "Ala shayang-shayang". Sejuk hati saya dengar macam tu. Khayra dah boleh harap dah walaupun masa tu usia baru nak masuk 2 tahun.
Sekarang ni, saya begitu bersyukur kerana dikurniakan anak perempuan dulu. Kalau kenangkan balik dulu saya mengharapkan anak lelaki sebagai anak pertama, saya patut merasa malu. Allah memberi rezeki setiap hambanya penuh tersirat dan berbeza-beza. Kita tak tau apa perancangan Allah kepada kita. Yang penting, kita harus menjaga rezeki yang diberi sebaik mungkin.
Buat anak mama Khayra Nur Rania, mama harap Khayra membesar sebagai anak yang bijak, sihat, mendengar kata mama dan papa, rajin, penyayang, pandai jaga adik, cerdik, comel dan solehah. Mama menghalalkan setiap titis susu mama yang Khayra minum. Walaupun mama hanya fully breastfeed Khayra 1 tahun 2 bulan, mama harap mama dapat tebus balik bila adik Khair Amsyar keluar.Sampai sekarang walaupun mama dah niat nak bagi susu sampai Khayra 2 tahun, tapi mama tak sanggup nak pisahkan susu dengan Khayra. Sebab Khayra pandai amik hati mama bila Khayra mintak susu. Khayra automatik baca doa makan bila menyusu...
Happy 2nd Birthday Sayang....
My precious
My heart
Klip Video yang sempat mama rakam. Mata tu sebenarnya tengah tengok TV. Nama pun budak-budak kan.
heppy birthday..so cute... salam kenal..mari jemput ke blog
Happy Birthday kaka kaiya...cutenya dia...bijak tol...tersenyum aku nengok videon tuh...hug n kisses to ur kaiya and amsyar...muuuuah :)
happy birthday kakak kaiya.. auntie aminkan sekali doa mama kakak kaiya :D
happy besday khayra..
Geram tgk pipi khayra dah chubby..
Ari tu tunjuk video kt nuha..dia till ingat khayra lagi laa ;)