Cerita Jumaat Minggu Lepas
Hari Jemahat minggu lepas pergi melawat ofismate yang tengah jadi Mak Tang.Pergi 8 orang serbu rumah dia.Nak jumpa lil girl Siti Aisyah Amani.Bila sampai dak kecik tu tengah tidur.Baru lepas breastfeed.Patutlah sedap tido.
Syoknya tidur. Mak Yong tengah berlatih nak pegang baby.(Aik?Tak reti-reti lagi?!)
Nasib baik baby dalam perut tak jeles.Member la ni.
Buat macam baby sendiri ye.Tepuk belakang nak bagi kuar angin.Menjadi tau.(Bangga)
Siti Aisyah Amani dengan Mummy Enni
Mama dia bersalin operate.Supposed due 2 Feb, tapi terawal 20 Januari 2012.Nak kata kebetulan atau tidak, 20 Januari adalah genap setahun atok Siti Aisyah Amani kembali ke rahmatullah.Kuasa tuhan, hanya Dia saja yang tahu.
Lepas ofis hour, pas amik anak-anak kat taska bawak pergi beli barang dapur sikit. Gagah bawak dua orang budak dengan keadaan Mak Yong yang tengah sarat ni.Masa tu hasben balik lambat, tiket balik Melaka kul 5.30 ptg.Orang ramai balik kampung sebab cuti panjang.
Pergi Mydin Hypermarket petang tu.Kakak nak vitagen.Adik nak biskut.Layankan aje.Nasib baik budak-budak ni beri kerjasama.Takdelah nak berdukung.
Adik yang pantang nampak kamera.Mesti nak kepala senget.Kat mana entah dia tiru.Kakak pakai baju raya.Saja pakaikan baju kurung setiap Jumaat.Kang dah besar tak muat pulak.Sayang.
Dalam kereta Kakak dah lentok.Dekat pukul 7 petang baru gerak balik rumah.Masa bawak kereta nak sampai kat rumah, tengok papa kat sebelah naik motor.Cepatnya sampai.Melaka - KL 1 jam setengah je.Pastu papa pecut naik motor balik rumah.Sama-sama sampai.Alhamdulillah.
Adik dan Biskut.
tecit nyeeee aisyah time ni....huhuhuhu...