Dah Suka Pergi Taska
Malam tadi budak jantan ni dah tak sabar nak pergi taska. Lepas mama siapkan beg masing-masing, Adik dah angkat beg tu, suruh mama pakaikan.Dah amik kunci grill dah suruh bukak.Nasib baik kejap je.Kalau dia bantai nangis nak pergi sekolah malam tu gak, haruu.Dia tak perasan ke kat luar tu gelap gelita.Betul tak sabar nak jumpa kawan-kawan lah Dak Adik ni.
Pagi tadi dah macam Panca Sitara pulak. Masing-masing dah siap mandi, amik spek - sila pakai.Yang bagusnya Dak Amsyar ni, celik mata je dah ada dalam toilet, tapi tak nangis.Siap senyum lagi sambil mata terkebil-kebil sebab baru bangun tidur.Kesian gak, sebab kejutkan tidur.
Gaya terkini bila amik gambar.Macam orang nak berlari pun ada.
Comot bedak.Papa mesti tak berkenan tengok anak-anak dia pakai bedak macam tepung gomak.Sorilah papa, nak cepat tadi.Main tepuk je kat muka Kakak.Masa ni ada jiran sebelah nak pergi kerja.Dak Adik punya ramah siap babai lagi.Kuat lak tu dia jerit "BYE".Haha.
Sampai taska.Hari ni awal sikit sampai.Kakak nak karipap.Singgah jap beli kat kafe sebelah taska.Hari-hari makan karipap.Haritu hari-hari mintak nasi lemak.Ada musim la budak-budak ni.Kat taska memang sediakan breakfast, saje bagi extra bfast kat Kakak & Adik.
Budak-budak kecik kat taska yang belum mandi.Comel je.
Ni gambar semalam. Gaya peluk balang biskut ke taska.Dalam kereta buat kudapan sepanjang ke taska.Tengok beg lagi besar dari tuannya.Macam payung terjun pulak.Haish..
comlenye dia amik gambar macam tu, macam nak lari 10 meter hikhikhikkk
hai wina :)
skrg ni mcm2 gaya dia amik gambar..pntg kita kuarkan kamera, leher dah senget2 posing..hihi..