Picture : Google (Kyrgyz Muslim Couple)
8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah
- Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
- Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
- Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik
baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada
fakir miskin.
- Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
- Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng
neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi
tasbih (zikir).
- Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
- Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi)
- Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan
ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan
taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana
pintu yang ia suka.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)
Post a Comment