Amsyar : New Haircut

Salam Senin yuols..

Dah lama tak citer pasal Dak Abang Amsyar. Oopps! Sekarang dah naik pangkat "Abang".Budak jantan ni makin lasak. Dengan berat badan semakin bam-bam ni, lagi seronok nak gomol.Haha.

Tapi satu je, Amysar ni penakut dengan orang sikit.Kalau dah selalu jumpa baru dia ok.Paling tak best kalau ajak pegi gunting rambut.Mesti nak nangis. Sudahnya, bergulung la rambut dia sampai dah tutup mata. Last potong rambut time nak raya tahun lepas.Punyalah lama. Oleh sebab mama tak tahan tengok rambut yang ikal tu, so dengan kuasa veto seorang puan mama, "Papa, tolong lah gunting rambut dak abang tu.Kang mama gunting jadi bob style plak kang." Dengan pantas papa bebudak ni carik gunting.Hahaa.

Muka seriyes. Rupanya tengah tengok citer kartun.Rambut depan dah turun sampai mata.Selalu kena selak dengan mama.Takleh tengok rambut dia panjang.Rimas.Belah tepi telinga kadang-kadang terjulur masuk dalam lubang.Haish..Kat belakang kepala dah boleh ikat dah sebenarnya T_T



Tukang gunting dah amik posisi.Mula-mula je behave dok kat kusi.Toleh kiri-kanan.Kakak jadi pompom girl kat sebelah. Actually Kakak yang orang pertama tadah kepala nak gunting.Nak botak katanya.Hai la anak.Kenapa botak jugak yang kamu pilih... T_T


Suspek dah berdiri.Tak leh lama-lama duduk.Tak cool gunting duduk.Tukang gunting kena cari port baik.Umpanan adalah iPhone yang menyiarkan citer Pada Zaman Dahulu.

Sikit-sikit rambut kena tarah.Hantam la labu papa. Asalkan pendek dan kemas.

Tukang gunting dah lenguh kaki sebab mencangkung.Kena ikut stail suspek yang berdiri.Baru ngam ho.

Sangatlah kusyuk suspek ni.Tak payah toleh kiri kanan dah kalau ada umpan yang bagus.Tukang gunting pun senang buat kerja :)

Muka suspek dah kena lumur dengan bedak.Mula-mula suspek miang kat tengkuk, assistant tukang gunting pun tepeklah bedak kat tengkuk.Bila rambut dah termasuk dalam mulut, budak cerdik ni pergi tuang bedak dalam mulut..........................

Belakang suspek si Kakak tengah sapu rambut lebihan tanpa disuruh. Sebenarnya dia buat main. Abis baju penuh dengan rambut.Sorang lagi...adoi anak...

Hampir setengah jam tukang gunting mengerjakan rambut suspek.Akhirnya setel gak.Mama yang lega sebenarnya.Takdelah nak amik masa nak sikat rambut Dak Abang tiap kali mandi (itu sebenarnya motif utama). * geleng kepala.

Lepas ni papa takleh ngelak nak gunting rambut Dak Abang la ye.Mama tahu papa boleh gunting, selalu pandai betul papa ngelat.For first attemp, not bad. Boley la..Hee..Thanks papa :) 

Hasil kerja papa :

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...